Thursday, November 10, 2011

musibah itu juga satu nikmat

Bismillah


saya kongsikan kata2 perbincangan dengan seseorang yang saya cukup kagum dengan keyakinannya yang sgt tinggi terhadap Allah walaupon pembawakan dirinya nampak biasa2 saja..


mengenai nikmat Tuhan...

ramai dari kita menganggap nikmat itu hanya sebagai kesenanagan, murahnya rezeki dari Tuhan dan sebagainya...


tapi bila ditimpa sakit/musibah/ujian, ramai yang menghukumnya sebagai musibah/balasan atas dosa yang dilakukan...


tapi hakikaktnya , jika diperhatikan , kadangkala kesenangan itu adalah musibah dan kesusahana itu adalah satu nikmat...



cuba kita fikirkan nikmat di negara kita ni.. contoh paling mudah, nikmat makanan yang pelbagai yang boleh kita makan bila2 masa, tiap2 masa... satu nikmat besar tak terhingga tu kalau dibandingkan dengan negara yang miskin mcm kat somalia dsb...



tapi disebabkan dengan nikmat makanan yg akhirnya kita leka dan tenggelam dalam memenuhi nafsu selera , berapa peratusan meningkat kebelakangan ini disebabkan obesiti/jantung/darah tinggi/diabetes dan sebagainya...


semuanya kerana nikmat yg kita bangga2kan kita gunakan berlebihan.. dan macam trend plak skrg ye, berebut2 nak memenuhi selera sana sini dan berbelanja berlebihan hanya sekadar utk memenuhi selera besar...sesekali tidak apa, tp jika selalu sgt, takut2 lari sunah yang dianjurkan Nabi kita, makan hanya bila lapar dan sebelum kenyang..



kasihan kita tgok suasana banjir yg melanda negara jiran kita sekarang, thailand.. saya yang pernah melalui saat banjir masa menetap di johor di zaman sekolah dulu dapat rasa betapa susahnya menghadapi banjir... yg beranak kecil, yang sakit, yang uzur... kita yang perempuan plak time period, sukarnya nak uruskan diri dalam banjir mcm tu..maklumlah air kotor.. kalau ditempatkan di dewan orang ramai, mana nak bertudung walaupon tgh tidor, mana nak dijaga aurat , mana nak solat dsb...

tp benar pendapat musibah itu juga satu nikmat... nikmat supaya kita redha dan sabar..ingat kuasa Allah.. ingat rezeki Allah boleh kita dapat dan boleh hilang bila2 masa saja...

tapi sayangnya berapa ramai yang mengharungi musibah denagn mengeluh dan mengabaikan terus perintah Allah.. berapa ramai yang lupakan solat dan berdoa minta perlindungan, berapa ramai yang tayang aurat walaupon keadaan bukanlah terlalu darurat...


cuba lihat dalam siaran penduduk somalia yang mengendong anak kecik kurus kering, tapi kepala masih berselindung di dalam selendang besar... walaupon terhimpit dengan kelaparan, tapi bab aurat masih terjaga...

mengapa kita yg masih banyak keselesaan tak mampu menutup aurat sebaiknya tanda kita syukur pada Allah walaupon diuji?

semoga Allah melindungi orang2 di negara jiran dan juga melindungi kita yang sebenarnya turut diuji...

DIUJI DENGAN KESENANGAN DAN KESELESAAN

Wallahualam....

NOTAKUKUKAKIKU: Allah Maha Pelindung....

1 comment:

  1. kekadang kesengsaraan itu membuat seseorang akan insaf dan sentiasa mengingati/menghampiri Penciptanya...tetapi ramai jg yang sebaliknya hanya menyalahkan takdir semata-mata.

    berat mata memandang berat lagi bahu org yg memikul bebannya...semoga kita di negara yang harmoni ini akan sedar / disedarkan sebelum musibah bakal menimpa..Na'uzubillah.

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)