Monday, January 16, 2012

Pecah rumah

Bismillah

Skrg ni byk kes pecah rumah dan mencuri... Mcm kes wardina tu,kan? .Nauzubillah, minta dijauhkan Tuhan dengan pandangan org yg berniat jahat ni..


Saya terdengar sorang ustaz bercerita mengenai kisah seorang makcik yg keluar tinggalkan umahnya. Ditakdirkan Allah, ada orang pecah masuk ke rumahnya.

Tapi yg sgt mengejutkan, duit, barang kemas semuanya langsung tak terusik dan seolah2 pencuri tu tak nmpak sedangkan makcik tu simpan barang kemas selamba mcm tu je dlm almari Dan mudah dilihat. Duit pon letak atas rak je..yg hilang cuma laptop buruk..

Ustaz kongsikan satu amalan doa utk minta kita dilindungi dari pandangan orang yg jahat. Ini sempena mengambil tauladan kisah pemuda dlm surah AlKahfi di mana Allah tidurkan mereka dalam gua beratus tahun lamanya walhal Allah alihkan juga mereka ke kanan ke kiri seolah2 sedang tidur.sampaikan org jahat yg mencari mereka tak nampak mereka itu di dalam gua tu. Subhanallah, besar kuasa Tuhan.

Amalkan baca surah AlKahfi ayat 18 sebelum kita tinggalkan umah/ kereta/ Dan apa saja ,mudah2an Allah tutupkan pandangan org yg berniat jahat pada kita Dan harta benda kita...

Surah AlKahfi ayat 18:


وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.


Semoga Allah lindungi kita dan ahli keluarga kita,amin

8 comments:

  1. tula...kite lebih takut org dari syaitan2 ni kalau tgl rumah sorang malam kan..maklumla pencuri skang ni bukan takat amek duit,..kite pun dicederakan..haaaiisshhh....

    selalu mas amalkan bismillah 21 x....insyaallah selamat dr pencuri atau kebakaran...tp kan faza,kalau ALLAH kata nak kene,otomatik kite dilupekann utk baca amalan2 ni..

    ReplyDelete
  2. mas: betul tu..org Islam beriman hebatnya terletak pada kesabaran dan redha dengan qada' dan qadar. kalau kita dah usaha dan yakin penyerahan pada Allah Yang Maha Berkuasa, kalau terjadi juga, kita anggap ia bukanlah rezeki kita dan bersabar dengan ujian/...mudah2an...

    ReplyDelete
  3. teringat masa rumah kena pecah masa aku sekolah rendah dulu.. dia buat apa tu yg bagi semua org tidur dalam rumah tu.. masuk kut bilik adik beradik perempuan..nasib baik dia tak apa2 kan akak2 aku..

    ReplyDelete
  4. trma kasih hana atas perkongsian ini
    =)

    ReplyDelete
  5. skang ni mmg bahaya..banyak je manusia berniat jahat..kdg2 tu org yg kenal dgn kita jer yg nak wat benda2 jahat ni..thanks for sharing hana..

    ReplyDelete
  6. zai: barang harta benda boleh dicari, tp keselamatan diri paling utama,kan? anyway, tu namanya pukau:)

    cheqna: sama2 kasih..sama2 kita saling amal ye

    lily: yup, kadang2 org yg kita kenal atau baru kita kenal yg merancang benda jahat sb dah tahu sedikit sebanyak hal kita dan rumah kita dsb. kena lebih berhati2 sambil amal doa ni..insyaAllah..sama2..

    ReplyDelete
  7. thanx for sharing. bahaya kan zmn skang. dlm umah sendiri pun tak selamat

    ReplyDelete
  8. Eka: sama2 kasih..betul tu, org dah semakin tak takut buat jahat..mohon Allah lindungi kita Dan keluarga

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)