Tuesday, June 22, 2010

Cara potong kuku…

Bismillah..

Hari ni nak share lah sikit cara potong kuku mengikut sunah Nabi.. cantiknya Islam tu sb diajar adab dari sekecil2 perkara sehinggalah yang paling utama yg lain..

Terjumpa artikel ni dalam satu laman disini dan rasanya tak salah nak share utk tmbah ilmu kita..

Dari kita bersia2 potong kuku tanpa dapat pahala, apa kata pas ni kita amalkan apa yang disaran Nabi..

Ok kenapa agaknya ada hari2 tertentu sahaja baik dan lebih afdal utk kita potong kuku? Tengok ni..


 

Kuku adalah sebahagian dari badan kita dan perlu kita hormati. Memotong kuku ada adabnya seperti ikut hari, aturan kuku yang dipotong dan buang kuku yang telah dipotong ke tanah kerana kita juga adalah dari unsur tanah.


 

Hari potong kuku:

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



aturannya pulak, tgok numbering pada rajah ni..


jom sama2 kita upgrade sikit amalan kita :)

NOTAKUKUKAKIKU : terfikir mcm mana orang bela kuku panjang pastu makan pakai tangan..tak geli ke?