Sunday, September 25, 2011

KONVOI- final

Bismillah

hari terakhir misi konvoi kami sebelum bertolak ke Penang...

pagi tu sesi taklimat sambil makan pagi..nyum nyum...terima kasih pihak permata camp resort yg sponsor breakfast kami pagi tu

sekali lagi, en.suami dijemput membacakan doa perjalanan supaya perjalanan kami dari melaka singgah sebenatr di KL dan terus ke Penang akan dipelihara hendaknya
memandangkan masing2 penat juga dengan masa yg padat penuh aktiviti, otot mulalah cramp sana sini..so pagi tu kami bersenam ringan dan poco2 sikit...


kemain happy sekali sekala orang tua mcm kita ni bersenam ramai2..hehehe

kemudian konvoi kami dilepaskan oleh pihak permata camp resort... terima kasih daun keladi, lain kali sponsor lah penginapan kami lagi..hehehehe


terus bertolak melalui tol sungai besi dan berhenti sekejap di stesen minyak sb group konvoi SYM bahagian tengah akan sama2 join kami hari ni ke muzium negara...
isi minyak siap2 sb nnti dah nak trus shoot ke RnR Tapah dari muzium negara nnati
lega bila nampak menara KL tanda dh dekat nak smpai muzium yg dituju..hehehehe,,
sampai je di muzium negara, kami disambut dengan meriah.. siap ada RTM dtg buat liputan dan interview ketua konvoi kami... masing2 dok pakat masuk TV.. I aje sorok jauh2..malu lah :P keh keh...

slot ni dh ditayangkan dalam Selamat Pagi Malaysia 21 Sep lalu..


happy semua orang...



kemudian, sebelum kami dibenarkan masuk melawat ronda2 dalam muzium, kami di beri jalur gemilang sorang satu dan diminta keliling KL smbil kibarkan bendera Malaysia.. dah namanya pon konvoi sempena merdeka ray,kan? hehehehe

kami bermula dari pintu masuk muzium ke sekitar jalan tunku Abdul Rahman, jalan kuching dan kembali semula ke muzium...




di sekitar dataran merdeka... masa ni hampir nak tertonggeng sb sibuk nak snap ambik gmbar dari atas motor..hahahaha




kemudian group photo session di hadapan pintu muzium.. gmbor nak masuk paper jugak nih..hehehe





ketua pengarah jabatan muzium berbesar hati merasmikan aktiviti kami pagi tu..terima kasih datuk..pas penyampaian cenderamata, acara makan2 lagik..hehehe


makan betol2 pasni nak trus balik penang...hehehe..bunyinya mcm pas ni tak jumpa restoran mana2 dah..hehehe
masa ni bergilir2 lagi ngan en.suami ambik gmbar sb nak guna masa wisely..saya ni jenis makan lambat..hehehe..

sebelum bertoalk balik, acara berkumpulan beramai2 memeriahkan suasana...refreshkan diri yg sudah kekenyangan..



dan sebelum bertolak, kami bersalaman dengan pihak muzium dan sesama kami kerana kalau ditakdirkan hujan lebat, kemungkinan kami dibenarkan free ride..so kami mungkin akan berpecah atas highway dan jumpa semula di Penang...


alhamdulillah, kami semua smpai jam 5 ptg di Juru Penang..semuanya selamat sampai..alhamdulillah

NOTAKUKUKAKIKU: next convoy to Johor... nak pi ke tak? tgok dulu, kalau muka sempat putih balik..hahahah..

Saturday, September 24, 2011

konvoi- part 3

Bismillah

hari kedua, aktiviti pagi adalah ke sebuah taman di bukit katil untuk aktiviti gotong royong disamping menyampaikan bantuan utk yg memerlukan...

kami disambut dengan perarakan kanak2 tadika siap dengan baju kurung bendera nih smbil paluan kompang..meriah sekali kami disambut...

aktiviti menyanyi lagu negaraku, Melaka Maju 2010 dan sebagainya...
orang lain selalunya wat kerja dulu, baru makanan dihidang..tp kami sebab semua tak sarapan lagi, selamba minta bagi makan pagi dulu..baru pi gotong royong..hehehehe..tak malu kalau bab lapar nih...keh keh
sedap giler semua makanan yg terhidang..style kampung2..rasanya nikmat betol..mungkin di masak dengan kasih sayang, bak kata suami setiap kali masakan saya menjadi...kalau tak jadi, kurang kasih sayang katanya..padahal tak cukup barang ramuan..boleh gitu???



bila dah makan, barulah semua ada tenaga nak bergotong royong.. saya escape dari wat gotong royong sb saya ada excuse..jadi photographer, so layaknya ambik gmbaor org2 ni bergotong royong..gitew....

acara bako membako


habis je wat keja, kumpulan koir kanak2 dari tadika ni plak memeriahkan susana..siap lagu merdeka ada, lagu raya ada, lagu kanak2 pon ada..



kemudian acara mengagih2kan sumbangan dan sedekah org ramai buat org yg memerlukan ...

kemudian kami truskan perjalanan ke open house di rumah seorang VIP .. makan makan makan!



Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua negeri Melaka turut hadir dan berbesar hati kami berpeluang berjumpa dan berslaaman dengan beliau...


kemudian kami ke rumah anak yatim kompleks az-zaharah... di sini kami bertemu dengan para pelajar sekolah ni yg rata2 anak yatim disamping menyumbangkan sumabgan utk mereka...



kemudian kami ke sebuah kedai motor yg merupakan dealer motor2 SYM yang kami gunakan.. ada juga motor2 berkuasa tinggi yg lain yg turut dijual..

bilalah nak merasa motor besor ni..hehehe





lepas je turun dari menatang ni, saya bagi soklan saya budak baru belajar pada suami..ni kalau kita beli menatang ni, kat tol, nak masuk lane motor ke lane keta??? kah kah... suami pasrah istrinya zero bab permotoran nih..hehehehe

malam tu kami dijemput menghadiri sebuah kenduri kampung di mana Ketua Menteri Melaka yg akan dtg...

meriahnya deme sambut kami siap dengan paluan kompang bagai.. dan makcik2 pon ramah tamah belaka...




malam tu saya dan suami bergilir2 jadi photographer sb masa ni kepala saya pening sekali lagi sb speaker kuat giler ngan orang berkarok..hahahha..apalah saya ni, asal dgr org karok je, saya pening..ke keh... kalau saya yang karok???//

ORANG PENGSAN!

hahahaha

dan kemuncak malam tu adalah kehadiran Ketua Menteri Melaka.. berbesar hati dapat bersama2 beliau sb hari tu di Penang Datuk dh meriahkan open house sana..

terima kasih Datuk:)




habislah cerita di hari kedua yg penuh dengan makan2 dan kulit muka yg terbako masa nih...

apapon, nice experiences!

NOTAKUKUKAKIKU: seronok budak2 berebut nak bergambar atas motor2 kami yg banyak nih...hehehe








Thursday, September 22, 2011

konvoi -part 2

Bismillah

Kami sampai di Melaka dalam pukul 6 petang..hujan lebat di KL sedikit membuatkan perjalanan tmbah panjang.. yg saya ni dok belakang rasa nak leper ponggong nih..hehehehe.. sebabnya seat motor ni sgt lah lebar utk orang berkaki pendek mcm saya..so dpt bayangkan tak kena tahan atas motor beberapa jam..sekejap2 saya bersila atas motor tu..hahahha…

Penginapan kami di sponsor oleh pihak Permata Camp Resort.. kat sini style dorm..so terpisahlah sementara semua pasangan yang ada..keh keh…tak nyenyak tidor dibuatnya..keh keh.. TIPU!! Letak2 aje kepala, trus lesap..

Malam tu kami dinner di restoran berhampiran MITC Melaka.. belasah sepinggan dua, trus menuju ke Melaka River Cruise…

Layankan sekejap pemandangan sekitar sungai Melaka malam2 ni syiok jugak..

Ada ahli konvoi yg layan karok dekat pentas depan tu.. cakap kat suami, leh tak saya nak nyanyi sama(^_^).. suami kata, toksah, satgi sian ramai lagi dok baris nak naik boat tu ..nnti hujan lebat, tak merasa depa tu…(=_=)à satu penghinaan (=~=)

Kemudian dh puas ronda sungai Melaka, kami berkonvoi pula ke rumah terbuka seorang Datuk ni..maapler, tak baper ingat namanya..tp org penting dalam kerajjann negeri Melaka la jugak..so belasah makan lagi…

Ada persembahan karok jugak di sana.. masa ni saya dh mula pening kepala.. bingit kot speaker kuat giler,… alahai, memang I org kampong..tak biasa karok2 melalak ni..hahahhaa…

Agak2 kenyang, ramai2 angkat kaki smbil ucap trima kasih daun keladi, next year jemputlah kami lagi…heehehe

NOTAKUKUKAKIKU: makan2 dan makan… mewahnya kita,,…alhamdulillah