Thursday, January 26, 2012

strength....

Bismillah

Sometimes, being too ambitious is "harmful"

Like me



I wanna do this, do that

But I just too busy

Too exhausted



Although finally

The flying colors really make me like ‘WOW, I did something benefits to all”


O Allah,

Lend me Your strength

Amin….


NOTAKUKUKAKIKU: had several good news recently…will share with you , SOON..alhamdulillah, good start of 2012…

Tuesday, January 24, 2012


alas baru..tapi MALU

Bismillah

Memandangkan bilik ofis baru masih belum terusik

Cuti panjang raya cina terfikir nak buat alas meja buat lapik laptop kengkononnya

Asyiklah pen atau mouse bergerak2 sebab meja mcm licin ( alasan..thehehe)



Dulu kan saya wat projek keychain kain felt ni

Tapi bila full time research, xdelah masa nak menjahit segala



Kelmarin selongkar2 banyak rupanya baki kain yg ada dalam kotak jahitan


Jumpa felt kaler hitam ni


Orait! Set! Buat alas meja satu!



Pompuan, haruslah bermotifkan bunga2 gitu…


Eh? Rasa mcm kosong sgt plak..

Apa kata kita tambah lebah satu?

Ok siap!



Suami dtg lawat buat check-up

Buat apalah bininya sorang2 dalam bilik tu



KOMEN PERTAMA: ala, tambah lah matahari, baru Nampak bersinar

ISTERI: ok lah…




KOMEN KEDUA: ish, Nampak macam tak lengkap ekosistem ni:P tambah la siput babi satuJ

ISTERI: baekkkkk….




NAH!!!


AWAS! JANGAN GELAKKAN SAYA YG SUDAH NAK MASUK 3 SERIES INI PUNYA ALAS MEJA SEPERTI INI!!!


NOTAKUKUKAKIKU: rasa goyah nak teruskan pakai alas ni bila student dah mula dtg lawat bilik buka sem nanti..heheheh

Wednesday, January 18, 2012

Semangat!

Bismillah

Alhamdulillah, bila dah start keja, jadual harian totally berubah
Kalau dulu tgh cuti belajar, suka hati pas subuh kalau nak tido semula sebelum ke lab/ farm

Skrg, pagi2 dah siap2
Nak train punctual sungguhpun masa flexible adalah pilihan utk tenaga akademik:)


Kalau dulu masa nak bersiap baru terkial2 fikir nak pakai baju apa
Skrg tidak lagi:)
Dah siap2kan baju Dan tudung semua sejak malam lagi
Bila malas, selalu bercakap dgn diri sendiri
" esok pagi,kalau takde elektrik, kena pakai tudung bibik plak":p
( tudung bibik = tudung instant)..hmm seboleh mungkin tak mau:p
Hehehe


Memaksimumkan penggunaan masa minggu pertama ni utk kenal semua orang,
Kenalpasti facilities baru yg ada
Kenalpasti potensi utk majukan apa2 yg masih perlu dibaiki


Ptg solat siap2 di ofis
Terus salin baju riadah
Terus ke tasik utk jogging


Sengaja tak balik umah dulu
Kalau smpai umah, jawabnya dok ngadap crita kat tv jelah:p


Alhamdulillah, di samping persediaan utk hiking gunung nanti
Kesihatan tmbah baik Dan cergas
Ibadat dapat ditingkatkan
Kerja harian dapat diselesaikan:)


Ptg td up kan KM waktu jogging
Selalu 2 pusingan = ~1.5 km dah pancit
Hari ni rasa badan ringan plak ( perasaan?)
Dapat complete kan 5 pusingan:)



Terdengar dalam tv alhijrah subuh tadi
Kalau kita beriadah berniat kan kerana Allah dan ikut sunnah Nabi
InsyaAllah, riadah kita tidak sia2:)

Mudah2an....


Sejak dua menjak ni saya Dan suami mcm minat nak belajar parkour.. Ye ke eja mcm tu? Tp kt tanjung malim ni tak nmpak plak geng pakour ni" (*,^).. Hehehe

Korang exercise tak? Apa jenis senaman yg korang suka dan buat? Jom share:)

Monday, January 16, 2012

Suci bersih

Bismillah

Semangat je hari ni dapat bilik ofis sendiri
Alhamdulillah , semuanya lancar...


Masa baru dapat memang suci murni



Tgok lah bila student masuk start sem baru nanti
Mcm mana rupanya bilik ni
Hehehe


Hari ni praktis kan salah satu amalan sihat di tempat kerja baru
Sungguhpon saya bukanlah baru di sini, cuma bercuti belajar aje


Perkara pertama
Memberi salam dan berkenalan dengan staff akademik sekitar ofis dan juga staff sokongan..Dan kalau perlu, hiaskan sikit dengan lawak jenaka..

Pastikan ingat seboleh mungkin nama dan rupa setiap yg kita kenal

Hasilnya, setiap hari dtg ke ofis, bila sudah kenal, saling memberi salam, saling mendoakan
Kita akan jadi lebih ceria:)


Bila sudah mesra, mudah untuk berurusan,
Alhamdulillah:)


NOTAKUKUKAKIKU : terharu makcik2 cleaner , guard semuanya masih ingat pada saya walaupon dah 2 tahun bercuti..semoga Allah merahmati semuanya:)

Pecah rumah

Bismillah

Skrg ni byk kes pecah rumah dan mencuri... Mcm kes wardina tu,kan? .Nauzubillah, minta dijauhkan Tuhan dengan pandangan org yg berniat jahat ni..


Saya terdengar sorang ustaz bercerita mengenai kisah seorang makcik yg keluar tinggalkan umahnya. Ditakdirkan Allah, ada orang pecah masuk ke rumahnya.

Tapi yg sgt mengejutkan, duit, barang kemas semuanya langsung tak terusik dan seolah2 pencuri tu tak nmpak sedangkan makcik tu simpan barang kemas selamba mcm tu je dlm almari Dan mudah dilihat. Duit pon letak atas rak je..yg hilang cuma laptop buruk..

Ustaz kongsikan satu amalan doa utk minta kita dilindungi dari pandangan orang yg jahat. Ini sempena mengambil tauladan kisah pemuda dlm surah AlKahfi di mana Allah tidurkan mereka dalam gua beratus tahun lamanya walhal Allah alihkan juga mereka ke kanan ke kiri seolah2 sedang tidur.sampaikan org jahat yg mencari mereka tak nampak mereka itu di dalam gua tu. Subhanallah, besar kuasa Tuhan.

Amalkan baca surah AlKahfi ayat 18 sebelum kita tinggalkan umah/ kereta/ Dan apa saja ,mudah2an Allah tutupkan pandangan org yg berniat jahat pada kita Dan harta benda kita...

Surah AlKahfi ayat 18:


وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.


Semoga Allah lindungi kita dan ahli keluarga kita,amin

First day back to working

Bismillah

Alhamdulillah, dah balik lapor diri di tmpat keja lama:)

Semuanya ramah mesra tgok si kerdil ni dtg terkedek2
Maklumlah, 2 tahun cuti belajar xpayah kejar nak punch card
Pagi ni gelabah puyuh siap pagi2
Hehehe


masuk2 punch je

kenal2 semua orang

terus kena heret masuk training course

tp ilmu sgt berguna nak improve mengajar student nnti


then dapat join celebrate besday one of my collegues

dapat kek free:P LOL


makanya petang ni

kena berjogging utk bakar semula kalori yg telah disumbat kedalam perut:P





Alhamdulillah
Sudah tahu bebanan kerja yg sedang menanti

Semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang:)

Doakan ye:)

NOTAKUKUKAKIKU : dpt ramai kawan baru..:)

Saturday, January 14, 2012

Tumit...

Bismillah

Nabi s.a.w pernah bercerita mengenai orang yang berwuduk tapi dimasukkan ke dalam neraka..

Sahabat yang mendengar merasa hairan.

Tanya sahabat," Wahai Rasulullah , apakah sebabnya orang berwuduk tapi masih dimasukkan dalam neraka?"

Nabi menjawab, " kerana dia tidak berwuduk dengan sempurna sebab tidak mengalirkan air wuduk dengan sempurna hingga tumitnya.."

Moral of the story: kena lebih hati2 ketika berwuduk. Ada yang bila basuh kaki mcm seolah2 menari. Seeloknya masa basuh bahagian kaki, usap betul2 rata2 dengan tangan kita termasuk celah2 jari kaki.

Wallahualam ...

Sekadar berkongsi

Thursday, January 12, 2012

Cancel lah!

Bismillah


Kemarin beli sebuah buku ni



Isi kandungannya lebih untuk memotivasikan diri ke arah lebih cemerlang dalam hidup di samping baik di sisi agama



Konon2 nak present kat suami sebab tgh proses pujuk dia smbung phD sama2 nnti, insyaAllah ...
Konon2 nak bagi dia dapatkan balik semangat dan mood study;p


Sekali selak2 , muka surat pertama



Aishhh, mcm kurang sopan plak bunyinya
Mcm bunyi " nah abang, aku bagi ko buku ni"

Hahaha
Mcm kureng plak


Yang tak tahan tu
Perenggan akhir



HORMAT SAYA

Wah, banyak cantek suruh org hormat kita sesuka hati

Hahaha

NOTAKUKUKAKIKU ; naseb bek buka sampul plastiknya dulu sebelum bagi kat suami..hehehe

Saya sahut cabaran! Anda bagaimana?

Bismillah






Fakta:

Dengan berjalan 10,000 langkah sehari, dapat kurangkan secara anggaran 64 gram lemak - Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia



Tapi dari pengalaman saya, kalau jalan banyak tapi lenggang kangkong sangat pastu makan berlebihan pon, berapa puluh ribu pon takde effect..hehehe


Make sure, heart beat kita meningkat dengan berjalan lebih laju;)




NOTAKUKUKAKIKU : sayangi jantung

Wednesday, January 11, 2012

Nak join?

Bismillah

Ada sesiapa yg free cuti Maulidurasul Dan Thaipusam 3-7 Feb ni, nak beraktiviti lasak, meh join saya...

Kita hiking Gunung Stong, Kelantan:)

Sedikit fakta Gunung Stong saya cilok dari gugel

" Gunung Stong merupakan salah satu gunung tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah."




"Gunung Stong menempatkan salah satu air terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang tersohor dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia"





Leh bawa anak isteri, suami, kawan2 Dan sapa2 lah:p

Tapi make sure kena mulakan maintain stamina dari sekarang, ye?

Saya pon doa2 juga supaya kesihatan Dan stamina kami suami isteri baik masa tu.. Kita merancang, Allah yang tentukan, ye dak?:)

Kalau berminat, email saya sebelum Rabu minggu depan ye..



drhana@ymail.com

Bye!

Tuesday, January 10, 2012

Cabaran menjadi perempuan zaman ini

Bismillah


Ada sekali tu, anak sedara perempuan saya yang baru Darjah 3 meluahkan perasaannya.. Katanya, di sekolah dia sering diejek kawan2 sekelas sebab dia ni berkulit gelap...


Sedih saya mendengarnya.. Dalam usia hanya 9 tahun, besarnya cabaran untuk kanak2 perempuan sepertinya...seingat saya, waktu saya berumur mcm tu zaman awal 90an dulu, tiada langsung istilah siapa kulit putih atau hitam, siapa gemuk atau kurus,..pendek kata, zaman kanak2 dulu tiada cabaran perbandingan sifat luaran...


Saya pernah join camping dengan student suami yg masih sekolah rendah. Memandangkan sekolah suami mengajar tiada cikgu perempuan masa tu, so sayalah yg bertanggungjawab menjaga student pompuan kat asrama..

Waktu pagi masa semua org tgh bersiap2 nak ke Dewan , saya terdengar pelajar tahun 2 dan 4 berkongsi cerita tentang krim muka yang dipakainya.. Yg is A cadang krim mukanya bagus, yg si B kata, kulitnya tak sesuai...


Tersenyum saya melihatnya...gamaknya bunyi mcm wanita sebaya saya plak cara bualannya... Bezanya alam kanak2 skrg berbanding dulu;)


Sbnarnya faktor persekitaran banyak menyumbang bagaimana kanak2 zaman skrg berfikir.. Melihat gmbar2 artis pujaan yg cantik2 walhal diphotoshop semata2, melihat iklan2 barang kecantikan di TV, melihat ibu dan saudara perempuan berhabis dengan barang kecantikan...semuanya memberi kesan terhadap pemikiran kanak2..


Dan walaupon ia nampak kecik, tp sebenarnya sedikit sebanyak mempengaruhi self- esteem seseorang..rasa rendah diri, tidak berkeyakinan, takut utk bersosial, takut berada di tempat awam, Dan jika tidak di bimbing, lama kelamaan tak mustahil anak2 ini membesar dengan low self-esteem...

Saya tunjukkan gambar saya ketika menengah rendah ni pada anak sedara tu..





Pakej lengkap: KULIT HITAM BERKILAT, SUNBURN plak tu, JERAWAT sana sini, GEMUK

Sudah cukup menerangkan betapa makciknya ni bukanlah di kalangan org bertuah memiliki kesempurnaan fizikal sejak zaman muda;)

Tapi, dengan kekurangan ni, makciknya ni berazam utk cemerlang dalam hal lain ( walaupon takdelah excellent mana ;p) dan yakin orang akan terlupa memandang kekurangan luaran kita semata2 ...

kenangan zaman degree


Tak dinafikan, melihat kawan2 yang lebih cantik, kulit cerah bersih, dapat perhatian semua, sedikit sebanyak memberi kesan dalam peningkatan keyakinan diri seorang remaja terutama perempuan...


Tapi percayalah, bila kita cemerlang dari sudut lain, kita sendiri akan terlupa tentang kekurangan kita:)






LAGIPON, zaman sekarang dah banyak krim pencerah,! Hahaha


Moral of the story:) kita yang dewasa ni kena bantu anak2 muda yang masih mencari2 identiti Dan keyakinan diri supaya mereka tak tertinggal hanya kerana desakan kecantikan luaran semata2;)


NOTAKUKUKAKIKU : pengalaman mendewasakan;)

Activated

Bismillah


Hari ni saya dah activate semula akaun FB saya yang dah dua tahun ditutup.. Cuma satu new year wish pada tahun lepas.pastu trus deactivated;)

Memandang kan minggu depan, saya dah nak masuk bekerja semula

So hari ni , saya dah aktifkan semula:)



Sebabnya ramai student saya dalam friendlist utk memudahkan saya inform hal kuliah dsb...

Maklumlah, student skrg mengadap FB lebih banyak dari mengadap buku..eh ye ke? Tak kot... Ini bukan fakta.. Cuma sesetengah aje.. Cuma kita je selalu memandang buruk pada generasi baru tanpa kaji Dan bertanya...hmmm


Saya monitor siapa antara student saya yang paling kerap online FB, dan dia akan saya pilih jadi WAKIL KELAS.. Apa2 update, dia yg bertanggungjawab:)

BIJAK TAK mcm ni:p


So kawan2 blogger yg sudi add saya, leh jumpa di FB saya ;)

drhana@ymail.com

Harap dapat gunakan FB dgn bermanfaat;)

Activated

Bismillah


Hari ni saya dah activate semula akaun FB saya yang dah setahun ditutup

Memandang kan minggu depan, saya dah nak masuk bekerja semula

So hari ni , saya dah aktifkan semula:)

Sebabnya ramai student saya dalam friendlist utk memudahkan saya inform hal kuliah dsb
Maklumlah, student skrg mengadap FB lebih banyak dari mengadap buku..eh ye ke? Tak kot... Ini bukan fakta.. Cuma sesetengah aje.. Saya monitor siapa antara student saya yang paling banyak online FB, dan dia akan saya pilih jadi WAKIL KELAS.. Apa2 update, dia yg bertanggungjawab:)

BIJAK TAK mcm ni:p








Bershopping yg berilmiah ;p

Bismillah


Saya masih memegang status pelajar post- grad di UPM sb konvo bulan Nov nnti;)
Makanya layak menerima baucer yg Tok Najib umumkan hari tu:)



Alhamdulillah, setiap pelajar menerima baucer buku 1 Malaysia berjumlah RM200



Dapat je baucer, trus saya borong buku academic and non academic di koperasi





Alhamdulillah, dapat beli buku2 idaman
Maklumlah, minggu depan kad student tu dah kena simpan elok2 dalam laci
Dan pakai semula kad pekerja ni





Oh yeah! Punch card time!
Huhuhu

NOTAKUKUKAKIKU : syukur Allah murahkan rezeki, terima kasih PM:) nak berbakti semula pada anak bangsa, insyaAllah ...doakan ye:)

Monday, January 9, 2012

Antara keduanya? Bagaimana?

Bismillah


Saya kongsikan sikit antara isi kuliah agama





Masa kita lahir, ayah kita mengazankan dan iqamat di telinga kita
Kemudian, bila mati kita disembahyangkan

Bandingkan dengan urusan solat seharian kita

Bila azan dah dilaungkan
Dan bilal mengiqamat tanda solat akan dimulakan
Kemudian bersolatlah kita
Yang rata2 tak lebih dari 10 minit
Kemudian selesai solat


Bagaimana kualiti ketika solat?
Kusyuk? Bersungguh2?
Atau masih teringat status apa nak letak di wall FB, blog dsb??


Begitulah perumpamaan kita hidup di dunia ni
Antara azan dan iqamat sewaktu kita keluar dari perut mak kita
Smpailah saat nak disembahyangkan

Bagaimana kualiti kehidupan dan iman kita?

Dan begitulah perumpamaan singkatnya kehidupan kita ni
Sama mcm waktu bersolat


NOTAKUKUKAKIKU : mengingatkan diri sendiri dan kawan2 yg sudi..

Tak sempat

Bismillah

Cukup untuk bertahan smpai lunch







Hopefully(=_=)

Hanya selepas 29 tahun….

Bismillah

First time cuba menanam pokok sendiri adalah waktu subjek ALAM DAN MANUSIA darjah 4 dulu..cikgu asked each group to plant one type of vegetable. My group was assigned to plant longbean. Berminggu-minggu kami menunggu hasil tanaman kami.. malangnya pokok yang saya tanam, semua tak menjadi..


Bila cakap pada cikgu, cikgu kata saya ni kategori ‘tangan panas’.. orang ‘tangan panas’ susah nak Berjaya kalau planting..kesian saya…I kept that word in my mind..


Beberapa percubaan lain mcm nak tolong mak hias umah, so tanamlah pokok rose, bunga kertas dan sebagainya..semuanya GAGAL…akhirnya saya mengalah, saya memang ‘tangan panas’ mcm cikgu kata..


Setelah masuk alam bekerja, ditambah sudah berkahwin dan dah punya rumah sendiri, perasaan nak bercucuk tanam dtg kembali sebab mcm ralat je nak guna daun kesum sikit je , dah kena salin baju siap2 tudung semata2 nak beli kat kedai/pasar.. kalau beli banyak, jawabnya layu sesaje dalam freezer…


Saya start beli buku panduan menanam pokok sayuran dan hiasan samada dalam pasu atau atas tanah, gugel tgok mcm mana nak dapatkan pokok yang sihat, belajar cara membaja, merawat tanah, smpailah apa perlu buat utk tingkatkan hasil bunga dan buah/sayuran dsb..


Mula2 tu bila dah dapat info cara menanam dengan betul, masih tak yakin pokok akan bertahan lama..so saya prefer beli pokok yang dah siap disemai dalam plastic polybag atau pasu..tak berani nak mulakan dari biji benih sendiri..


Tp lama2 saya fikir, takkanlah selamanya orang ber’tangan panas’ ni tak boleh tanam pokok sendiri.. mcm tak logic plak..


So saya start kumpul tanah dan rawat sebijik2 mcm dalam buku kata..kalau penulis tu tipu, saya pasrah aje..hehehehe… kemudian campuran tanah yang betul, baja, siram dan sebagainya …


Alhamdulillah, sudah nampak menjadi:)






Mcm tu lah perumpamaan kita dalam kehidupan ,kan? Kalau kita ditakdirkan Allah sudah ada bakat yg tak perlukan usaha lebih, mungkin kita bernasib baik menjalani kehidupan dengan baik.. tp jika tidak berbakat, tidak semestinya kita tak boleh buat..cumanya perlu usaha lebih sikit.. ada orang cmpak bijik benih pas makan, tak lama pokok hidup sendiri..tapi ada orang, siap dijaga ditatang, masih belum hidup pokok yg diharap. Tapi dengan menambah ilmu lebih sikit, tak mustahil pokok tu masih boleh hidup…


Sama dalam kehidupan, ada orang dilahirkan dengan kebijaksanaan dan kebolehan masing2.. tp kalau kita tidak berkebolehan, kita masih boleh memperbaiki utk jadi seperti mereka dengan usaha lebih sikit.. dan selalunya orang kata, benda yang sukar nak kita dapatkan, kita akan lebih hargai, betul tak?
Dengan ilmu , apa2 saja pon berubah dengan izin Allah.. so takde sebab kalau kita masih terus dibelengu kata2 orang yang mudah memberi kesimpulan pada diri orang lain.. kita yang sebenarnya bertanggungjawab ats potensi diri sendiri…


Oh ya, pagi ni, waktu siram pokok bunga yang sudah bertambah2 bunga tak henti2 dalam pasu kecik saya ni, terjumpa sesuatu yang sgt cantik..lagi2 bila warna dia contrast dengan warna bunga dan daunt u..

Subhanallah, rasa seronok ada makhluk Tuhan turut sama menikmati pokok yang saya tanam..semoga bertambah berseri dan rahmat kat umah ni..amin…



Sekarang,dah siap wat wallpaper lagi…


Betul la kan, sebelum ni susah nak bagi pokok hidup sihat, sekali dah berjaya, kemain eksaited saya:0


NOTAKUKUKAKIKU: no wonder tgok pakcik jiran suka benor menatap pokok2 hiasan dia..sekarang, turn saya plak..hehehe

I LIKE " BARANG FREE".. LOL

Bismillah


Rezeki awal tahun 2012




Kalendar 2012 theme " Puss in Boots"
Redeem slip pada bungkusan makanan kucing demok saya;)






Leather bag and purse,
Redeem point credit card






Ladybird timer;)
Free gift after joining one contest by Reader's Digest;)



Lady's hand watch ;)
Free gift sb langgan Reader's Digest 2012;)


Barang free, memanglah suka, ye dak;p




alhamdulillah, mudah2an murah rezeki berpanjangan...amin...

Friday, January 6, 2012

Aktiviti malam

Bismillah


Aktiviti baru laki bini;)






Memanah dalam umah
Habis tertembus perut teddy bear;p


NOTAKUKUKAKIKU : tajamkan skill tumpuan

Thursday, January 5, 2012

Takut

Bismillah

Tahun 2011 dah banyak benar cerita2 hantu.. Dari yg main congkak, jgn pandang belakang, jgn pandang belakang congkak smapilah kubur berasap ke apa ntah...hehehe..saya bukan pengikut setia di pawagam, crita transformer yg bung bang bung bang pon saya tidor, ini kan pulak crita tak de moral of the story sgt..hehehe

Cukup2lah tu tahun lepas 2011 dgn crita hantu..smpai raya pon dok tayang crita hantu:)

Memanglah manusia normal tu dibekalkan dengan sifat takut.. Tapi ketakutan mcm mana yg kita perlu jadi kan pedoman hidup? Apa takut yang bernilai pada kehidupan Dan diri kita?

Dua perkara sahaja yang sebenarnya kita perlu takutkan...

Pertamanya, TAKUT BERBUAT MAKSIAT...

Alhamdulillah, pada yang sudah berkahwin mungkin tidak lagi terdedah pada berlakunya MAKSIAT.. Tapi bagaimana dengan sejarah kita sewaktu saat berkenalan, bercinta Dan sebagainya.. Allah itu Maha Pengampun, mari kita bertaubat dengan menyesali, berjanji tak akan buat lagi dan membenci perkara2 tu..mudah2an kita diampunkan....



Keduanya, TAKUT AMALAN TAK DITERIMA

Subhanallah, takutnya kita kalau2 kita syok sendiri melakukan ibadat padahal Allah tidak memandang pon nilai ibadat kita.. Contoh paling mudah, dalam bacaan solat.. Kita mungkin rasa kita sudah arif dalam setiap bacaan.walhal, hukum tajwid kita tunggang langgang, sebutan makhraj tidak betul, dsb...

Kita mungkin dalam tak sedar, sombong pada Allah.. Di dalam solat, kita lengkap menutup aurat dan khusyuk sujud pada Dia, tapi sebaik selesai solat, tudung kita dicabut atau mungkin masih tidak menutup dada yang Ada aset penuh berharga yg layaknya hanya utk lelaki bernama suami, stokin tidak dipakai dgn alasan panas Dan rimas... Sabarlah wahai kawan2 wanitaku, Allah mahu menjaga kita Dan mengingatkan darjat kita dengan kewajipan aurat..di sini mungkin terasa beban, tp di akhirat sana, tak terjangkau dek fikiran nikmatnya balasan Tuhan...

Para suami mungkin terabai Dari segi tanggungjawab sebagai suami atau bapa dalam tak sedar.. Contoh mudah dari segi tanggungjawab mendidik isteri.. Kita masih tak berani menegur para isteri yg mengumpat, yg memakai legging jelas lekukannya sana sini, yg mewarnakan rambut takut2 tidak sah mandi junubnya dsb... Allahuakbar, kita bersaksikan tok kadi menyebut perjanjian dengan Allah utk menjaga amanah isteri sewaktu akad nikah, tapi kenapa tidak dijaga para isteri ke arah lebih baik? Utk menegur isteri, kita dulu patut berubah.. Takkan dah sampai berjanggut bermisai masih pakai seluar pendek mendedahkan kepala lutut kot;) cukup2 lah mengenakan seluar pendek sewaktu zaman sekolah rendah.. Jadikanlah diri sendiri berbeza dengan kanak2 yang masih belum akil baligh;)

Dan satu perkara yg dalam tak sedar, kadang2 kita terlupa check pada diri kita, harta benda kita, Ada tak yang Allah haramkan Dan menyebabkan amalan kita tak diterima? Contohnya kita beriktikaf dengan memakai gelang ke tangkal ke sebagai boleh menyembuhkan penyakit.. Allahuakbar, cukup2lah zaman gelang cincin hikmat dalam cerita zaman lalu.. Di zaman penuh kemodenan makin jelas tanda2 yang kiamat itu semakin dekat, cukuplah kita yakin AlQuran itulah sebaik2 penawar;) tapi atas keyakinan kita juga.. Kalau kita sendiri letak AlQuran secondary option, mcm mana nak rasa nikmatnya AlQuran itu sendiri:)


Jom kawan2, kita semak semula diri kita di tahun baru ni.. Manalah tahu, mungkin ini tahun terakhir buat kita.. Semoga Allah menjadikan kita mati dalam khusnulkhotimah..dengan pengakhiran yang baik...Amin....insyaAllah ...


NOTAKUKUKAKIKU: teruskan mencari kekayaan dunia utk lebih berkongsi di jalan Allah, mudah2an bekalan di sana mencukupi utk kita..Amin

Real age vs emotional age?

Bismillah


I like to think of myself as an independent, well-composed , mature adult, but close friends and family members might beg to differ!

When I'm around them, I'm nothing but giddy-headed, nonchalant and sometimes shockingly unreasonable! They've seen me giggle for no reason, swing my legs when I sit and become increasingly grumpy when I'm nearing bedtime.

But my argument is that I have my fair share of "adult" moments too. Like when I travelled abroad alone... Ok, maybe not! What about when I made the decision to buy a house and car with my very first job salary? Or about how serious I am at work.

So you see, i may not always behave my real age, but I'm emotionally grown-up in some ways.hehehe..

Last week I spent hours with my niece:) she is nine..she showed me her new coloring book given by my husband last year. There were kitty, animals, plants, etc.. I was like being excited to see one of the picture...




And without realizing that I was like, hey, I am ur classmate.let's finish up this coloring book:)

HOURS LATER
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#



Don't u think I juz made a "revenge" because I did not have such coloring books during that age? Huhuhu


Footnote: I was so happy to show this to hubby, but then he juz realized that he should buy for two next time;p LOL

Wednesday, January 4, 2012

Menjelang tahun baru 2012

Bismillah




Night before New Year , I was still in Penang. Honestly speaking, never celebrate New Year with any outdoor activity. I still remember during my first year in university, my roommate and I insisted to wait until midnite because she was really keen to see the colorful of "bunga api" that can be seen from our hostel corridor. .we tried to stay up by reading, talking to each other juz because to wait 12 am on the dot..

But then both of us realized that we had missed the moment once we woke up at 5 a.m.. Hahaha..Year after, we were separated. I pray she got the opportunity. Me?? Still never...hehehe

But this year, got a bit difference. But it was juz because my hubby ;p LOL..otherwise, might be the same as previous years;p

That nite , Penang CM launched " Hari Pengishtiharan Georgetown as Bandararaya" while waiting the midnite new year celebration.




It was awesome light performance and really colorful everywhere:) so many people gathered near Padang Kota Lama..

Silat team and hubby were invited to perform their Silat as opening event..then they brought " obor" to be delivered to Penang CM as the mark of official launching..




Hubby led the team but the wife was the one who so excited..keh keh.. I tried to capture photos as many as possible. Unfortunately, so many taller photographers crossed me and I I juz have to back off:( poor me:(




Since the team was the first performer, hubby and I decided not to wait until midnite..we had planned to drive back to TM that night. We juz missed our own home after two weeks stayed in Penang..

So still no chance to see people shouting everywhere during midnite. However, thankful at least I know, how people nowadays celebrate their new year. I pray all of us enjoyed the moment but at the same time, started to be better person ahead:)

We arrived safely at our home early in the morning of the new day, new year:) We love to see our pet and planting all are in good health:)