Thursday, July 29, 2010

KELUARGA BAHAGIA TOYEN + CIMONtel

Bismillah

Ok sebagai memenuhi janji nak hapdet sebuah keluarga bahagia, dipersembahkan…

KELUARGA EN.TOYEN ,PUAN CIMON DAN ANAK2…




Nama masih belum difikir2kan..

Ada cadangan?

Ada cadangan?
Tahniah kat Shinnaz berjaya teka bape ekor anak cimon..hehehe..haa, ada nmpak ciri2 hidung itu ? kui kui

NOTAKUKUKAKIKU: saya juga sedang berbahagia :P

Monday, July 12, 2010

Hikmah berwudu’

Bismillah

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa para sahabat pernah bertanya:

"Wahai Rasulullah, bagaimana tuan dapat mengenali umat tuan yang datang kemudian?"

Baginda menjawab: " Tidakkah kalian dapat membezakan unta-unta yang berwarna putih di antara unta-unta yang berwarna hitam gelap?"

Para sahabat menjawab :"Ya"

Baginda bersabda:"Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dengan berkilatan kepala dan kaki mereka akibat (basuhan) wudu'. Dan aku telah menunggu (untuk menyambut) mereka di telagaku."


 

Rupanya berwudu' bukan sekadar kita menjadikan solat kita sah, lapang fikiran, suci fizikal setelah kepenatan..rupanya ia juga sebagai 'penanda' siapa kita di sana nanti..

Semoga kita manfaatkan kelebihan berwuduk ni.

NOTAKUKUKAKIKU: pernah baca seorang artis katanya petua dia awet muda dengan selalu pelihara wuduk..semoga kita pelihara yang lain juga