Monday, September 13, 2010

Hadiah buat emak di hari raya ..

Bismillah

Tahun ni, hari lahir emak jatuh pada hari raya..10 Sept 2010..

Alhamdulillah, emak masih sihat dan ceria sungguhpun peneman hati emak sudah pergi selama2nya..

Kami mendoakan emak dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik, rezeki yg murah dan kami anak-anak emak dapat terus berbakti pada emak selagi nyawa ditanggung badan..

KAMI SAYANGKAN EMAK!

NOTAKUKUKAKIKU: double happiness(^_^)

Friday, September 3, 2010

Dapat Songket kertas…(^_^)

Bismillah

Salam semua

Wah wah, kemain sibuk bersiap2 nak beraya ye..heheh

Saya dah kembali pulang dari Penang semalam, dan hari ni berada di umah sendiri di Tanjung Malim..ingat tak kes telur ayam kampong yg seplastik besar hari tu ? hari ni saya dah siap2 resepi nak wat kuih sikit2..hehehe..harap2 menjadiklah..ekekeke

Ok, kali ni penghargaan buat kawan blog yg tak pernah berjumpa face to face tp sudi mengirimkan kad raya songket yg anggun gituh.. datangnya dari Shinnaz..

Terima kasih bebanyak kerana sudi menghantar kad raya pada akak..memang nostalgialah kalau dapat kad raya dekat2 nak raya ni.. maklumlah, tak ramai lagi orang nak guna kad raya yg di pos kan?


Sangat berbesar hati menerimanya.. (^_^).. dan dengan jujurnya mengaku, itulah satu2nya kad raya yg diterima tahun ni selain kad raya dari syarikat insurans diri dan simpanan..huhu..yg lain2, semua dok pakat hantar kat email je..

Thanx ek Shin..akak doakan awak dan suami terus berbahagia hingga ke syurga..nnti raya jemputlah dtg ke rumah.. (^_^)

Selamat hari raya!

NOTAKUKUKAKIKU: teringat zaman bercinta, dpt kad bunyi2..hahahha…