Tuesday, August 3, 2010

Bila tangan keras tak berseni masih cuba nak menjahit…

Bismillah

Saja nak share.. sekarang ni saya sedang bertungkus lumus mengambil data untuk kajian master saya di UPM.. saya wat kajian mengenai ayam hutan jantan..

Ha, apa beza ayam hutan ngan ayam kampong?

SOKLAN TEKA TEKI TEKA TEKUK HARI INI..

So memandangkan saya handle ayam hutan jantan sebanyak 45 ekor setiap hari, mcm2lah idea saya terpaksa fikirkan untuk handle.. ayam hutan ni satu peel dia sangatlah brutal hokeh untuk dipegang..kalau tak bulu dia yang tertanggal, tangan saya pulak yang calar balar…huuu

Oh sebelum tu..

Hati2 dengan saya sebab saya adalah 'pemolest ' ayam hutan jantan..ekekeke

Setiap hari saya perlu mengumpulkan semen/ air mani ayam hutan jantan..caranya adalah dengan teknik 'PENGURUTAN ABDOMINAL' ..eh eh hapeke pelik bunyinya..itu direct translation untuk ABDOMINAL MASSAGE..ekekeke

MAAF, PERKHIDMATAN INI HANYA UNTUK AYAM HUTAN JANTAN BAGI TUJUAN PENYELIDIKAN.HARAP MAKLUM

*Nampak mcm ada yang terbeliak bijik mata baca statement saya ni''hehehehe*

Ok, so bayangkan dengan ayam yang banyak perangai tu, so nak mudah saya telah membeli satu net kecil yang selalu orang wat tangkap ikan kat akuarium tu..

Tapi sempat guna 3 hari je..pastu tengoklah hasilnya, ayam2 hutan saya kerjakan..

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Oleh itu, saya telah mengambil alternative dengan menjahit sendiri dengan kain perca yang saya pernah ceritakan nak wat pyjama dulu tu kat sini..hahahha..tak boleh blah kalau teringat kisah saya itu..

Maka, ahad lalu, dengan mengabaikan sedikit suami yang hanya dapat bertemu di hujung minggu, maka saya telah menghasilkan ini..

SIAP KO AYAM, PASNI AKAN KU'KERJA'KAN KAMU SEMUA! HAHAHAHHA

NOTAKUKUKAKIKU: dah tak baper nak lalu makan ayam sb hari2 tgok muka hayam wuruk tu..huuu


 

3 comments:

  1. kak..
    jangan pasni muka akak macam ayam sudah..huhuhuhuhu
    larikzzzz
    selamat berjuang kak =)

    ReplyDelete
  2. owh..daku curious bagaimanakah rupanya semen ayam..

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)