Sunday, October 3, 2010

maafkan saya kerna menodai kamu….*poyo*

Bismillah

Mode sebanyak sibuk… bukan sedikit sibuk..

Dengan aktiviti pagi2 yg perlu segera 'menyempurnakan' urusan dengan ayam2 jantan ayam hutan

Depa ni pun ikut mood jugak

Ada hari, ON aje

Ada hari, macam hape je…

Apa saya buat?

Ni ha…

*

*

*

*

*

*

*



NOTAKUKUKAKIKU: bukan berniat jahat ye..ngeh ngeh

Status terkini para donatku…

Bismillah

Donat-donat saya sudah genap berumur 2 bulan.. sudah mendapatkan first vaccine last week..

Sudah punya nama

Sudah dicukur bulunya kerana bercampur dengan kucing liar waktu bermain, sudah terkena flea infestation.. oleh kerana bulu sgt tebal, saya potong pendek sebelum disembur ubat antiflea tersebut..sudah rupa seperti rambut MAT PE-RANG.. ngeh ngeh..

Ini ALANG- sgt nakal dan kuat makan berbanding yang lain.. seekor jantan macho

Ini AYEN
@ REN-REN
– betina yg nmpak ayu bila dok diam, tp bila main gaduh2 ngan yang lain, mengalahkan jantan

Ini TOK TAM@ TOK JANGGUT- saiz paling besar antara yang lain, sangat manja..pantang nmpak kaki berjalan, pasti dikejar dengan bersungguh2..AWAS kepada penggeli makhluk berbulu2 ini

Ini ACHIK- saiz paling kecik tapi ketua paling nakal.. suka lawan cakap mak dia..buktinya tgok saja gmbar di bawah ni..



Dan ini dia ibu sejati ibu mithali tonggak keluarga bahagia..eh eh dah mcm bunyi lagu, IBU MITHALI..hehehe

Cimon masih dalam proses menaikkan semula kegebuan badannya..


 

Status lain: tuan punya kucing kena rombak bajet bulanan sb kena masukkan list makanan dan ubat2an keluarga berbulu2 ini..

SEKIAN

NOTAKUKUKAKIKU: sayang kuceng…

Monday, September 13, 2010

Hadiah buat emak di hari raya ..

Bismillah

Tahun ni, hari lahir emak jatuh pada hari raya..10 Sept 2010..

Alhamdulillah, emak masih sihat dan ceria sungguhpun peneman hati emak sudah pergi selama2nya..

Kami mendoakan emak dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik, rezeki yg murah dan kami anak-anak emak dapat terus berbakti pada emak selagi nyawa ditanggung badan..

KAMI SAYANGKAN EMAK!

NOTAKUKUKAKIKU: double happiness(^_^)

Friday, September 3, 2010

Dapat Songket kertas…(^_^)

Bismillah

Salam semua

Wah wah, kemain sibuk bersiap2 nak beraya ye..heheh

Saya dah kembali pulang dari Penang semalam, dan hari ni berada di umah sendiri di Tanjung Malim..ingat tak kes telur ayam kampong yg seplastik besar hari tu ? hari ni saya dah siap2 resepi nak wat kuih sikit2..hehehe..harap2 menjadiklah..ekekeke

Ok, kali ni penghargaan buat kawan blog yg tak pernah berjumpa face to face tp sudi mengirimkan kad raya songket yg anggun gituh.. datangnya dari Shinnaz..

Terima kasih bebanyak kerana sudi menghantar kad raya pada akak..memang nostalgialah kalau dapat kad raya dekat2 nak raya ni.. maklumlah, tak ramai lagi orang nak guna kad raya yg di pos kan?


Sangat berbesar hati menerimanya.. (^_^).. dan dengan jujurnya mengaku, itulah satu2nya kad raya yg diterima tahun ni selain kad raya dari syarikat insurans diri dan simpanan..huhu..yg lain2, semua dok pakat hantar kat email je..

Thanx ek Shin..akak doakan awak dan suami terus berbahagia hingga ke syurga..nnti raya jemputlah dtg ke rumah.. (^_^)

Selamat hari raya!

NOTAKUKUKAKIKU: teringat zaman bercinta, dpt kad bunyi2..hahahha…

Wednesday, August 11, 2010

DoNAT2 KEsayangan HAmBA..

Bismillah

Eh eh choppp!

Ni bukan entri pasal makan2 donat..saya faham disaat berpuasa ni, air masak pon rasa mcm air oren ..heheheh

Ni pasal donat2 saya yg berbulu2 gebu gebus ..hehehe




Semua dah buka mata, tapi masih belum punya nama..

So saya hanya gelarkan keempat2nya sebagai DONAT..

Sb dia bulat, Nampak gebu mcm donat :P antara 4 ekor, yg paling saya rasa nak geget adalah yg berbelang sikit mcm anak rimau ni..

NOTAKUKUKAKIKU: harap maaf kalau ada yang terliur nak makan donat tetiba..

Tuesday, August 10, 2010

Contoh jadual bulan Ramadhan…

Bismillah

Alhamdulillah, mesti semuanya sedang bersemangat dengan azam untuk memenuhi bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin ,kan? InsyaAllah, mudah2an semuanya lancar dan diberkati Allah..

Syukur, dapat solat berjemaah utk malam pertama tarawikh..mudah2an Allah tetapkan iman kita beribadah smpai lah ke tamat Ramadhan dan amalan menambahkan nilai ibadah terus diamalkan di bulan2 seterusnya..

Saya terdengar ceramah di Program Tanyalah Ustaz di TV9 pagi2 subuh tu..katanya, kejayaan nilai ibadat kita di bulan Ramadhan adalah dengan melihat ibadah kita dibulan lain.. maksudnya, kalau kita buat sebanyak mana ibadah sekalipon dalam bulan Ramadhan, tp di bulan2 lain kita abaikan, sia2 aje sebab kita tak menghayati apa tujuan ibadah2 di bulan Ramadhan tu utk dibawa ke bulan yg lain..

So, kesimpulannya, biarlah ibadat kita di bulan Ramadhan kita ni ikhlas, bukan sekadar mengikut musim..mudah2an…

Ok, nak share sikit information yg saya baca dari satu sumber..bagus juga utk kita ikut..

Berikut ialah contoh jadual bulan Ramadhan dengan Puasa, al-Quran dan Doa

04.00 am Bangun, Solat Tahjud
05.00 am Sahur, berdoa
06.00 am Solat Subuh, Ma'thurat, Bacaan Quran, Iktikaf di Masjid
07.00 am Berkemas ke Kerja / Membaca Tafsir / Belajar Quran
09.00 am Masuk kerja/ Belajar Quran
10.00 am Resume kerja
01.00 pm Solat Zuhur/ Bacaan Quran
02.00 pm Resume Kerja
04.30 pm Solat Asar/ Ma'thurat
05.00 pm Balik ke rumah/ Siapkan juadah / Baca al-Quran
07.00 pm Berkemas
07.30 pm Doa/ Berbuka/ Solat Maghrib / Makan Malam
09.00 pm Solat Isyak/ Taraweh
10.30 pm Baca al-Quran
11.30 pm Tidur

* Masa bersama keluarga ialah ketika mencari, menyediakan makanan dan menunaikan ibadah.
** Semua perkara sia-sia dielakkan.
Semoga kita dapat sama2 manfaatkan :)

NOTAKUKUKAKIKU: jangan jadi hamba makanan ketika berbuka

Tuesday, August 3, 2010

Bila tangan keras tak berseni masih cuba nak menjahit…

Bismillah

Saja nak share.. sekarang ni saya sedang bertungkus lumus mengambil data untuk kajian master saya di UPM.. saya wat kajian mengenai ayam hutan jantan..

Ha, apa beza ayam hutan ngan ayam kampong?

SOKLAN TEKA TEKI TEKA TEKUK HARI INI..

So memandangkan saya handle ayam hutan jantan sebanyak 45 ekor setiap hari, mcm2lah idea saya terpaksa fikirkan untuk handle.. ayam hutan ni satu peel dia sangatlah brutal hokeh untuk dipegang..kalau tak bulu dia yang tertanggal, tangan saya pulak yang calar balar…huuu

Oh sebelum tu..

Hati2 dengan saya sebab saya adalah 'pemolest ' ayam hutan jantan..ekekeke

Setiap hari saya perlu mengumpulkan semen/ air mani ayam hutan jantan..caranya adalah dengan teknik 'PENGURUTAN ABDOMINAL' ..eh eh hapeke pelik bunyinya..itu direct translation untuk ABDOMINAL MASSAGE..ekekeke

MAAF, PERKHIDMATAN INI HANYA UNTUK AYAM HUTAN JANTAN BAGI TUJUAN PENYELIDIKAN.HARAP MAKLUM

*Nampak mcm ada yang terbeliak bijik mata baca statement saya ni''hehehehe*

Ok, so bayangkan dengan ayam yang banyak perangai tu, so nak mudah saya telah membeli satu net kecil yang selalu orang wat tangkap ikan kat akuarium tu..

Tapi sempat guna 3 hari je..pastu tengoklah hasilnya, ayam2 hutan saya kerjakan..

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Oleh itu, saya telah mengambil alternative dengan menjahit sendiri dengan kain perca yang saya pernah ceritakan nak wat pyjama dulu tu kat sini..hahahha..tak boleh blah kalau teringat kisah saya itu..

Maka, ahad lalu, dengan mengabaikan sedikit suami yang hanya dapat bertemu di hujung minggu, maka saya telah menghasilkan ini..

SIAP KO AYAM, PASNI AKAN KU'KERJA'KAN KAMU SEMUA! HAHAHAHHA

NOTAKUKUKAKIKU: dah tak baper nak lalu makan ayam sb hari2 tgok muka hayam wuruk tu..huuu