Tuesday, October 19, 2010

oh ini kisah saya!

1. write 5 interesting facts about the person who give u this award


 

- senior saya masa vet degree dulu..

- ada sorang little girl yg adorable

- suka bershopping tak hengat..ekekeke..

- sgt2lah sukakan kucing ..mcm saya .. sb tu kat facebook dia, nama dia hantu kucen..hehe

- orangnya happy go lucky.. keep it up, kak zue!


 

2. write down 10 interesting facts about yourself and your hobby


 

- masa kecik2 nak sgt jadi penyanyi pas tgok baju lip lap ramlah ram..ekekeke.. suara sedapkah??? Jeng..jeng..jeng…kui kui

- sekali terjadi doctor hewan yang sangatlah takut nak pegang hamster..ekekeke

- selalu verangan ngan en.hubby nak rembat moto besar sebijik, then join konvoi.. tp fikir2, muda2 ni kena keja keras dulu..kalau panjang umo, insyaAllah adalah rezeki tu

- suka pada photography..tp utk sendiri2 je lah.. hehehe

-masa kecik suka kumpul setem.. mula2 dapat melalui pen pal .. contact melalui surat dan dpt alamat dari majalah gituh.. vangga amatlah kalau dpt setem obersea.. tapi bila start orang jual setem oversea kat pasaraya, trus fed up.. hoi! Tak aci lah ko kumpul setem tanpa bersusah payah..terus saya lupakan hobi tu..motif???? hahaha


 

3. pick your most 10 deserving recipients and describe them


 

  • Iqa- ratusagi
  • Miss
  • Titin
  • Cheqna
  • Zulkbo
  • Wahidakhairy
  • Shinnaz
  • Farahfatihah
  • Shilalatif
  • Kak lynn nasir


 

Sudi2lah ye..layan…

NOTAKUKUKAKIKU : kak ramlah ram saya nak wat konsert wei..agak2 dia pakai tak baju lip lap tu? Hah sudah! Ni yg nak jd penyanyi balik ni..ekekekek

Sunday, October 17, 2010

Belalang tua …sudah ada pengganti

Bismillah

Baru-baru kawen dulu, first time naik bukit bendera ngan en. Hubby..maklumlah, kawen ngan orang Penang, haruslah singgah ke bukit bendera..gituh…hahaha

Lalu kat satu pakcik duduk tepi jalan kat atas bukit tu, dia jual daun kelapa yang di anyam menjadi mcm2 bentuk..ada bentuk orang, bentuk kereta, belalang dan mcm2 lagi..

Pakcik tu agaknya syak kami ni mesti baru kawen, maklumlah inai masih merah di jari, merenyam kemain..haha.. xpe, saya kata diri sendiri, xdosa,kan? Kui kui..

So pakcik tu tgur kami, : "ha ni cik abang, beli cenderamata tanda ingatan hanimun kat bukit bendera utk orang rumah"

Eh eh semua orang yg dok kerumun kat situ tgk kami..owh! malu! Malu! Kot ye pon pakcik, toksah announcement gitu..malu I ! hihi

Disebabkan tekaan pakcik tu betul kami baru kawen, maka en.hubby belikan saya bentuk belalang..alololo..cumelnya..gituh..

Hari tu kemas2 kotak kat umah, terjumpa balik belalang tua yg dah makin reput tu..kesian dia..bajet mcm kenangan terindah la konon, sb tu saya simpan dalam kotak khas..cewah..

I pon tunjuk kat en. Hubby, ksian dia kan yang, dah tua dah dia.. tgok, kaki sebelah pon dah tak da..

Ececeh, konon2 dengan harapan, ada chance en.hubby bawak jalan2 naik bukit bendera sekali lagi..hahaha.. poyo btol la bini sapa la ni?

En. Hubby senyum jek..


 

Alih2, semalam, pi dating jalan2singgah kat tasik.. sekali en.hubby hambek sehelai daun kelapa.. trus dia wat cenggini cenggitu..



Last2, terus jadik mcm ni..

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


 

What??? Belalang sama mcm kami beli kat bukit bendera dulu???

En.hubby kata, nah,pengganti belalang tua..

Hwaaa… terharunya saya..syahdu gituh..huhu

Padahal dalam hati, hwaaa melepas naik bukit bendera lagi sekali.. hehehe

Tapi memandangkan en.hubby bersusah payah menuntut ilmu nak wat menatang ni dari kawan sekolah dia, ahkak terus jadi, oh sweetnya kamu!


 

NOTAKUKUKAKIKU: jadi mak belalang..

Thursday, October 7, 2010

This is my way..

Bismillah

Korang pernah tak dengar atau nyanyi lagu ni masa sekolah tadika atau rendah dulu?

This is the way I brush my teeth, I brush my teeth, I brush my teeth

This is the way I brush my teeth, early in the morning..

This is the way I comb my hair, I comb my hair, I comb my hair

This is the way I comb my hair, early in the morning.

Ewah, nyanyi smbil berlakon nmpak? Siap wat gaya sikat rambut rapat ke belakang? Nge ngeh..

Ok, hari tu ada adik junior saya Tanya. Mcm mana saya nmpak rilex dengan bebanan projek master dan diploma saya? Saya tahu, dia sedang runsing dengan study dia juga..

Saya gitau, saya mcm orang lain jugak. Rasa stress, down dan kadang2 mcm hilang semangat.. lagi2 bila ada halangan dalam urusan study mahupun apa jua keadaan.

Cuma mungkin saya bukan jenis yg moody tak tentu hala, smpai orang lain turut rasa ke'negatif'an saya masa tu..oh harapnya tidak..

Cuma 1 je saya suka share sebelum2 ni dengan kawan2 atau kawan2 yang sudi bertanya..

♪ ♪THIS IS THE WAY I HANDLE MY TASKS, I HANDLE MY TASKS, I HANDLE MY TASKS..la la la♪♪

Eh menyanyi plak.. sudeh!

Ok selama ni saya amalkan self reward method.. atau kata lain, kaedah ganjaran diri sendiri..

Ingat isi minyak kat Esso Mo-bil je ke dapat mata ganjaran? Ekekke

Self reward method ni adalah kaedah di mana kita 'pujuk/ugut' diri sendiri untuk melakukan sesuatu smpai Berjaya , kemudian kita hadiahkan pada diri sendiri apa yang kita suka..

Contohnya, saya sangatlah gila kentang pada koleksi baju2 tak kisahlah dress ke, t-shirt ke, .. so saya akan 'bet' pada diri sendiri, kalau sebelum hujung minggu ni saya dapat settlekan assignment saya, hari minggu nnti saya boleh beli sehelai baju yg saya suka.. kalau saya bertangguh dengan assignment saya, sehari saya lewat, bersamaan seminggu saya perlu tunggu utk boleh dapatkan baju yang saya nak..

Kita orang pompuan ni selalunya memang tak sabar nak beli baju yg kita dah berkenan sesangat,kan? Eleh, jangan tipu la..hehehe.. so dari pada orang lain sambar baju tu, baik saya cepat2 wat assignment then sambar baju fevered hati saya tu ..ha, kan bagus mcm tu , kan?

Kaedah ini melatih diri kita jujur dan amanah sekaligus.. kalau kita tipu, tipu diri sendiri, rugi je ,kan?

Smpai ke hari ini saya amalkan kaedah ini pada diri saya.. sumpah, saya bukan jenis kaki study giler kentang dan biasanya level motivasi dalam diri saya adalah selalu terumbang –ambing..sekejap ok, sekejap tidak.. .. kalau saya tak buat mcm ni, hanyutlah saya selamanya..

Lagipun , memang fitrah kita hidup ni suka pada ganjaran ,kan? Allah sendiri menjanjikan kita pahala dan kebhagiaan lain sekiranya kita buat apa yang disuruh.

So sekarang ni, saya sedang 'bet' pada diri sendiri.

Yg terdekat, saya kena habiskan data collection selewat2nya end of Nov , baru saya boleh bercuti ke Langkawi dengan hubby.. kebetulan en. Somi akan mengadakan show silat di sana bulan disember nnti.. oh, tolong jgn tinggalkan saya sendiri bercuti dengan ayam2 di sini..hwaa!!! oleh itu, saya bekerja keras sekarang utk data collection..(muka yakin)

Dan keduanya, saya sudahpun de-activate akaun facebook saya.. sbelum ni rasa mcm byk masa terabai sebab facebook,(tp bukan saya layan game FB, jgn invite saya).. saya hanya boleh activatekan semula akaun facebook saya hanya setelah saya siap hntar first full draft thesis master saya.. mungkin march/april tahun depan.. oh sumpah, rindukan kawan2 di sana tp apakan daya, saya perlu 'cabar' diri saya sendiri..huhu

So, ♪ ♪THIS IS THE WAY I HANDLE MY TASKS, I HANDLE MY TASKS, I HANDLE MY TASKS..la la la♪♪

Lain orang, lain caranya,kan?

But this is my way(+_+)


 

NOTAKUKUKAKIKU: bertabahlah wahai hati…rakan blog lah peneman saya kini..


 

Sunday, October 3, 2010

maafkan saya kerna menodai kamu….*poyo*

Bismillah

Mode sebanyak sibuk… bukan sedikit sibuk..

Dengan aktiviti pagi2 yg perlu segera 'menyempurnakan' urusan dengan ayam2 jantan ayam hutan

Depa ni pun ikut mood jugak

Ada hari, ON aje

Ada hari, macam hape je…

Apa saya buat?

Ni ha…

*

*

*

*

*

*

*



NOTAKUKUKAKIKU: bukan berniat jahat ye..ngeh ngeh

Status terkini para donatku…

Bismillah

Donat-donat saya sudah genap berumur 2 bulan.. sudah mendapatkan first vaccine last week..

Sudah punya nama

Sudah dicukur bulunya kerana bercampur dengan kucing liar waktu bermain, sudah terkena flea infestation.. oleh kerana bulu sgt tebal, saya potong pendek sebelum disembur ubat antiflea tersebut..sudah rupa seperti rambut MAT PE-RANG.. ngeh ngeh..

Ini ALANG- sgt nakal dan kuat makan berbanding yang lain.. seekor jantan macho

Ini AYEN
@ REN-REN
– betina yg nmpak ayu bila dok diam, tp bila main gaduh2 ngan yang lain, mengalahkan jantan

Ini TOK TAM@ TOK JANGGUT- saiz paling besar antara yang lain, sangat manja..pantang nmpak kaki berjalan, pasti dikejar dengan bersungguh2..AWAS kepada penggeli makhluk berbulu2 ini

Ini ACHIK- saiz paling kecik tapi ketua paling nakal.. suka lawan cakap mak dia..buktinya tgok saja gmbar di bawah ni..



Dan ini dia ibu sejati ibu mithali tonggak keluarga bahagia..eh eh dah mcm bunyi lagu, IBU MITHALI..hehehe

Cimon masih dalam proses menaikkan semula kegebuan badannya..


 

Status lain: tuan punya kucing kena rombak bajet bulanan sb kena masukkan list makanan dan ubat2an keluarga berbulu2 ini..

SEKIAN

NOTAKUKUKAKIKU: sayang kuceng…

Monday, September 13, 2010

Hadiah buat emak di hari raya ..

Bismillah

Tahun ni, hari lahir emak jatuh pada hari raya..10 Sept 2010..

Alhamdulillah, emak masih sihat dan ceria sungguhpun peneman hati emak sudah pergi selama2nya..

Kami mendoakan emak dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik, rezeki yg murah dan kami anak-anak emak dapat terus berbakti pada emak selagi nyawa ditanggung badan..

KAMI SAYANGKAN EMAK!

NOTAKUKUKAKIKU: double happiness(^_^)

Friday, September 3, 2010

Dapat Songket kertas…(^_^)

Bismillah

Salam semua

Wah wah, kemain sibuk bersiap2 nak beraya ye..heheh

Saya dah kembali pulang dari Penang semalam, dan hari ni berada di umah sendiri di Tanjung Malim..ingat tak kes telur ayam kampong yg seplastik besar hari tu ? hari ni saya dah siap2 resepi nak wat kuih sikit2..hehehe..harap2 menjadiklah..ekekeke

Ok, kali ni penghargaan buat kawan blog yg tak pernah berjumpa face to face tp sudi mengirimkan kad raya songket yg anggun gituh.. datangnya dari Shinnaz..

Terima kasih bebanyak kerana sudi menghantar kad raya pada akak..memang nostalgialah kalau dapat kad raya dekat2 nak raya ni.. maklumlah, tak ramai lagi orang nak guna kad raya yg di pos kan?


Sangat berbesar hati menerimanya.. (^_^).. dan dengan jujurnya mengaku, itulah satu2nya kad raya yg diterima tahun ni selain kad raya dari syarikat insurans diri dan simpanan..huhu..yg lain2, semua dok pakat hantar kat email je..

Thanx ek Shin..akak doakan awak dan suami terus berbahagia hingga ke syurga..nnti raya jemputlah dtg ke rumah.. (^_^)

Selamat hari raya!

NOTAKUKUKAKIKU: teringat zaman bercinta, dpt kad bunyi2..hahahha…