Bismillah
Honestly , i am not good in politic and for the time being, i am not interested into it.. In future, wallahualam...
dah beberapa hari ni sibuk bertelagah antara ahli tertinggi dalam parti yang asasnya dulu bermatlamat membina negara Islam tapi sejak kebelakangan ni dah ke arah negara berkebajikan..tak tahulah mana pendirian asal parti ni didirikan..yang sini kata sana bongkak dan sombong..yg sana kata sini frust tak dicalonkan..bla..bla..bla..
pada saya, STOP IT!
sekarang ini, bukan masa yang sesuai untuk kita orang melayu yang bershahadah kalimah Lailahaillallah bertelagah dan saling menyalahkan sama lain..sedangkan orang bukan islam dan kaum lain, bertepuk tangan kita jadi mcm ni.. silap2 pangkat jawatan ke mana, maruah agama bangsa tergadai..Nauzubillah
pagi tadi saya menghadiri sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat USM, Penang..mengena sangat tema sambutan tu, "KESEFAHAMAN ASAS MELESTARIKAN UNIVERSITI"..
sungguhpon ia berteras universiti, tapi sebanarnya dari sinilah boleh dilakukan perubahan yang melibatkan agama, bangsa dan negara..
suasana kita sekarang ni , bukan utk mencari kesefahaman..tapi lebih mencari titik ketidaksamaan.. yang parti keris kata parti bulan begini..yang parti bulan dok maki parti keris..tak sudah2..
kalaulah mana2 parti pon terus mencari kesalahan masing2, tak mustahil melayu islam di malaysia ni terus berpecah belah..tidak maju dan terus mundur berbangsa bangsa lain..
antara yang menjadi istimewanya majlis semalam adalah kehadiran Ustaz Kazim Alias Al Hafiz..penceramah feveret saya sekeluarga..hehehe...
antara point ceramah beliau, ada 6 perkara yang kita kena lakukan utk mencari kesefahaman tidak kira kita atas parti apa sekalipon..
perkara utama adalah KEKUATAN TAUHID..kalau semua dari kita fikir bahawa kita ini sama sama Islam, yang mengaku Allah itu Tuhan kita, Nabi Muhammad itu Rasul kita, mengapa setiap benda kita perlu pisah2kan.. berdirilah atas parti apa sekalipon, tapi matlamat akhir adalah utk memajukan agama dan bangsa kita..jangan sampai kita lemah sebab tidak bersatu.. kalau parti keris kata nak bela melayu, islam, institusi raja, parti bulan pon kena support sama..mungkin cara berbeza tapi matlamat yang sama hanya kerana pegangan akidah kita sama..
begitu juga dalam suasana kita yg bukan berpolitik ni..di tempat kerja misalnya.. memanglah perangai kita takkan sama, tapi bila bekerja, kerana tauhid kita adalah atas kalimah Lailahaillallah, buatlah perkara2 yang memudahkan semua orang..jangan asyik menunding jari orang itu begini, org ini begitu..
bila kita selalu cari titik ketidaksamaan, maka tidak sefahaman lah sampai bila2...
sempena tahun hijrah 1433 yang sudah pon bermula, dan tahun baru masihi 2012 yang bakal bermula, jom kita perbaiki kekuatan tauhid kita..jangan pecah2 hanya kerana kita tak sama ideologi..
lagipon matlamat kita bukan sepenuhnya di dunia ni, kita kena lebih kejar akhirat..cuma jadikan dan manfaatkan peluang di dunia sebaiknya utnuk jadi bekalan kita di akhirat sana..
SELAMAT BERHIJRAH!
*borong cd ceramah ustaz..boleh juga tmbah ilmu sikit2:)*
NOTAKUKUKAKIKU: kawan2 sekitar penang, ahad ini Ustaz Kazim akan berceramah di Masjid Sg Ara, pukul 9 malam.. jom cuba lapangkan masa utk tambah ilmu..kerana ada kala, kita perlu diingatkan sb kadang2 kita tidak tahu atau terlupa..Wallahualam...
ramai yg EMO bila sembang politik =p
ReplyDeletemas, memang..sb masing2 nak jaga kepentingan diri sendiri, bukan kepentingan agama dan bangsa..
ReplyDeletepolitik yang semua nak dapat jawatan kak. adoi ai. lagi2 nak pilihan raya. kemain lagi pancing undi.
ReplyDeletezara: betul zara..yg benar2 nak jaga kebajikan bangsa dan agama dah tertindas..tak nampak dan dengar suara dah..kesian nasib kita nnti
ReplyDelete