Thursday, December 29, 2011

Masih belum terlambat

Bismillah

Ada lagi 2 hari sebelum 31 Dec 2011.. Maknanya masih sempat bagi yg masih belum menyempurnakan kewajipan ZAKAT..perkara wajib kenalah ditunaikan , ye dak? Mungkin Ada yg hampir2 terlupa:)

rukun Islam itu 5 perkara

1. Mengucap shahadah Lailahaillallah kerana kita mengEsakan Allah
2. Solat fardu 5 kali sehari
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Mengerjakan haji bagi yg mampu..

Rata2 3 perkara pertama tu rasanya takde masalah kot:) mungkin kena baiki lagi iktikad/ keyakinan di smping cuba lebih solat dengan kusyuk di awal waktu..Dan time posa kena lebih kurangkan perkara sia2.. mengerjakan haji mungkin Ada yang dah buat, dan berazam nak saving supaya dpt tunaikan bila dah cukup nnti;)

Tapi bab zakat ni kadang2 ada yg terlupa..eh, ada plak cuba nak skip:p katanya tak layak sb gaji kecik:) KEcik KE?

Meh tgok syarat SIAPA yg WAJIB zakat?

1. Org Islam yg ada harta samada WANG/ EMAS/PERAK/ SAHAM/ TERNAKAN/ TANAMAN dan yg Ada gaji tetap tak kira org gomen ke swasta..

2. Merdeka- maknanya kita bebas, bukannya hamba

3. Sempurna milik- maksudnya kita bebas guna harta tu sesuka hati kita..bukan yg masih berhutang dsb

4. Cukup nisab - iaitu nilai harta kita tu bersamaan nilai 85 g emas mengikut harga semasa.. Contohnya kalau harga emas skrg RM190 x 85 = RM 16,150..

5. Cukup haul- maknanya kita memiliki harta tu cukup tempos satu tahun hijrah..yg ni Ada pengecualian dalam zakat pertanian Dan pendapatan


So , kita dah lepas tak syarat semua kat atas ni?
Kalau dah, dah WAJIB bayar tu:)



Mudah je nak kira baper kita kena bayar.

1. Total kan jumlah pendapatan kita setahun - A
2. Kemudian tolakperbelanjaan yg DIBENARKAN - B
a. Diri -RM 8000
b. Isteri- RM3000
c. Anak 3 orang x RM1000
d. Pemberian pd mak ayah selama 12 bulan
e. KWSP 11% selama 12 bulan
f. Simpanan tabung haji selama 12 bulan
3. Pendapatan yg lazat dizakat = ( A-B)= C.. Kalau total C ni sama atau melebihi nilai nisab iaitu nilai 85 g emas
4. Zakat yg WAJIB dibayar 2.5 % x C



Rugilah kan, perkara rukun yg lain kita dah molek buat, alih2 bab zakat kita abaikan.. Masih belum sempurna kita sebagai seorang Islam..

Mudah2an sama2 kita beringat;)

One thing, kalau kita dah tunaikan zakat, leh dapat rebat cukai pendapatan..kalau zakat kita melebihi cukai pendapatan, so leh dapat pengecualian cukai pendapatan..tp dengan syarat kena zakat sebelum 31 Dec ye:)

NOTAKUKUKAKIKU : Allah janji tambahkan lagi rezeki pada hambaNya yg belanjakan harta di jalan Allah..lagi pon bukan hak kita nak risaukan rezeki masa depan kita selagi keyakinan kita Allah Yang Memberi Rezeki:)

2 comments:

  1. Assalamualaikum saudari..

    Terima kasih kerana singgah di blog saya dan juga peringatan tentang kefardhuan mengeluarkan zakat. Kata guru saya jika sesiapa yang tidak mengeluarkan zakat sehinggalah dia menemui Tuhannya, maka kelak di akhirat, harta itu akan dijadikan seperti seterika untuk mengosok badannya...Allahu Akhbar

    Dan pesannya lagi, lebih afdalnya keluarkan zakat menurut tahun hijriah.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Saudara Abd Razak,

    Terima kasih kembali.. Alhamdulillah, saya sendiri yg pernah " terleka" dengan tuntutan zakat waktu tahun awal bekerja, rasa perlu saling mengingatkan .mudah2 an Allah merahmati kita umat Islam.. Amin

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)