Monday, December 26, 2011

Terlalu cepat "terasa"

Bismillah

Minta maaf awal2 post kali ni mungkin ada yang terasa..tapi hakikatnya kita memang selalu terlupa..

Bab " cepat terasa" bila ditegur walaupon teguran itu memang benar

Saya tumpang intai2 FB suami, terbaca satu post di buat oleh kawan suami..saya Kira dia seorang ibu dan guru sekolah..

Dia menyatakan di wall dia memberi " amaran " pada seseorang yang menegur kesilapan wanita ni dalam post sebelumnya...bunyinya lebih kurang mcm " nak bagi kuliah ke, ceramah ke, letak kat wall sendiri sudah lah. Jgn sibuk kat post orang"..

Saya tidaklah meletakkan sesiapa yang bersalah, sb tak tau hujung pangkal..cuma saya teringat kisah pada diri sendiri dan saya tetap menyalahkan diri sendiri yang " mudah terasa" bila ditegur..

Kisah 2 tahun lepas, masa tu saya Dan suami berada di Masjid Jamek KL..kebetulan diadakan agihan bubur lambuk sempena sambutan Ramadhan. Lepas Asar, kami pon jengah2lah sekitar Masjid kot2 ada rezeki dapat merasa bubur lambuk hari tu..

Kami menghormati kawasan masjid yang rata2 inginkan jemaah menghormati jemaah lain termasuklah kawasan lelaki perempuan yang berasingan, berpakaian sopan Dan sebagainya ..

Sngguhpon hakikatnya kami halal suami isteri, tp saya decided jalan jarak sikit dari suami sb takut Ada tersilap anggap dengan status kami..dalam dok tercari2 , lintas seorang pegawai agama.. Elok je melintas kami, dengan bahasa sinis, dia tegur" kawasan masjid ni, jalan jauh2 sikit"

Berdesup hati saya.. Tgok keliling tak silap memang kami yg dimaksudkan..

Apa perasaan kita ditegur mcm tu di hadapan org awam yg ramai tu? Para jemaah lain semuanya dok pandang sinis kat kami..Allahuakbar, malunya rasa!

Suami saya pon hangin la jugak. Sedangkan kami dah usaha berjalan jarak yg jauh sebagai menghormati kawasan masjid.

Hati tgh panas, memanglah mudah melenting,kan? Termasuklah kami..

Kami berpatah balik keluar kawasan masjid. Trus padam selera nak merasa bubur lambuk .. Sebelum smpai pintu gate, pegawai tu dah ushar kami dgn pandangan tajam.. Alih2 suami terus capai tangan saya Dan berjalan selamba..

Trus pegawai tu tahan, dgn bahasa agak kasar, tanya ni dah bernikah ke belum ni ?

Suami bengang Kali kedua, trus keluarkan kad e - nikah kami.. Trus pegawai tu senyap.. Nak cover malu, dia cakap ni kawasan masjid.kena hormat kat sini..

Kalau ikut hati yg panas, saya nak menjawab, td kami dah jalan jauh, ditegur kasar khalayak ramai, encik tahu ke hormati perasaan org?

Tapi memandang suasana dalam masjid, yang baru selesai solat berjemaah , trus kami cepat2 keluar..

Dalam train, kami berdua terdiam..fikir2 suami bagitau rasa menyesal buat mcm tu..tp disebabkan teguran tidak secara berhemah, disitu puncanya berlaku perselisihan..

Inilah yg banyak berlaku hari ni.. Kita mudah melenting Dan terasa bila ditegur..dan kita yang menegur ni kadang2 tak fikir apa cara terbaik utk menegur..

Nabi dah ajar menegur secara berhemah .. Kalau pegawai td tu tanya secara personal pada kami apa hubungan kami, dah tentu kami tak bersikap melawan dengan perbuatan mcm tu.. Dan kami plak kalau tak melawan dengan tunjuk sikap mcm tu, mesti pegawai tu tak marah kat kami.

Sama jugalah kes lain.. Tgok org tayang gmbar seksi atau sosial di FB dsb, tegur lah secara baik secara private message. Jgn malukan di wall yg memalukan dia. Dan kita yang ditegur, terimalah tegurn dgn positif walaupon hakikatnya memang menyakitkan hati..

Nabi dah pesan, kalau kita kuat Dan mampu, boleh tegur dengan perkataan / lisan.. Dan selemah2 nya sekadar dengan tidak bersetuju dengan hati..kalau kita melihat maksiat/ kemungkaran tanpa rasa benci, maknanya iman kita masih lemah..

Wallahualam ..



Semoga saya sendiri dan kita semua masih mampu menegur paling tidak membenci kemungkaran Dan kita pon boleh terima teguran dengan positif..walaupon saya mengaku, adakalanya kita rasa berhak utk marah, tp bila bersabar, sebenarnya lebih terasa nikmatnya iman..

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.


Semoga Allah berikan kekuatan...

7 comments:

  1. cheqna pernah msj kat fb tegur pasal kawan cheqna yang selalu sangat mendedahkan masalah rumahtangga dia kat fb..alih2 bini dia bahasakan cheqna balik..marah2...so cheqna diam jela...

    ReplyDelete
  2. Cheqna: itu adat dunia cheqna.adakala kita berniat baik, tetapi Ada org tak dapat terima. Tp sekurang2 nya cheqna dah lepas tanggungjawab kan;)

    ReplyDelete
  3. thanx...peringatan utk saya ni...hmm.. btw.mesti pegawai tu nampak korang cam belum kawen lagi,eka penah gak dipandang sinis keluar masuk hotel dgn en somi.dan penah ada org tanya, dah ijab qabul belum. sbb tu kalu nak gi hanimun speially masa smbut annvrsary eka sgp cari inai...konon cam pengantin baru la

    ReplyDelete
  4. Eka: hmm sekapal kita ni eka:) dah kawen pon masih rasa serba salah,kan? Sabar je la:)

    ReplyDelete
  5. orang yang "kuat agama" ni selalu rasa diorg cukup hebat dan beriman nak tegur dengan kaedah memalukan orang lain..walau pun nabi tak buat macam tu pun..

    ReplyDelete
  6. Zai: tu la..kadang2 org yang menggunakan nama Dan imej orang "kuat agama" ni menyebabkan org menjauhkan diri dari agama tu sendiri..

    ReplyDelete
  7. trims atas kunjungan ke Simply Noir sebentar tadi. saya tertarik untuk membuat komen di sini.

    pengalaman saya doing volunteer banyak mendedahkan saya kepada mereka2 yang belum memperbetulkan akhlak diri sendiri tapi sering bersangka buruk pada orang lain.

    tepat sekali what you wrote. kalau si pemberi teguran mengikut cara Rasul Allah, pasti lebih aman dunia ni. Pssti berkurangan orang yang sensitif.

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)