Bismillah
Lagi beberapa hari aje dah nak masuk tahun baru,kan? Mana yang masih study di universiti, mungkin tgh pulun nak final exam ..mana yang bekerja, mungkin ada sgt sibuk sebab nak set planning tahun hadapan dan siapkan bebanan tugas yang perlu disiapkan sepanjang 2011..
Alhamdulillah, saya juga sedang mempersiapkan fizikal dan mental sebab bermula januari 2012, saya akan kembali bertugas di tempat kerja.. mendapat peluang cuti belajar sepenuh masa dengan bergaji penuh dan biasiswa sepanjang dua tahun amatlah saya syukuri..sebab tidak semua orang punya peluang yang sama..terima kasih kepada universiti dan kementerian pengajian tinggi yang tak pernah lewat bab urusan gaji dan biasiswa..Cuma saya je kadang2 terbabas lewat hantar update status study..hehehe…
Cuti sekolah pon masih berbaki kurang dari 2 minggu je lagi.. memandangkan suami cikgu sekolah, inilah masanya pon nak menggunakan kesempatan yang ada melakukan aktiviti bersama-sama.. perancangan asal tempoh hari nak backpack travel ke Riau, Indonesia terpaksa dibatalkan saat akhir..SEDEY suami kena mesyuarat plak dan mengambil kira cuaca sekarang yang tidak menentu, so terpaksa dibatalkan.. sebabnya planning asal nak travel naik kapal je..nak mencuba pengalaman baru naik kapal ke Indonesia..hehehe..tapi nampaknya tak kesampaian tahun ni..takpelah, xde rezeki..
Bebrapa hari yang berbaki ni, saya stay di Penang umah mentua.. perancangan asal minggu hadapan nak hiking gunung bersama 2,3 orang kawan cikgu suami saya.. tapi masih belum menetapkan bila, gunung mana sb ada dua pilihan yang perlu dibuat..disebabkan komitmen masing2, yang baru berkahwen, yang nak jaga emak, semuanya ada reason masing2.. takpelah, kalau jadi Alhamdulillah..tak jadi pon, xpelah.. for time being, aktiviti kami suami isteri adalah nak maintainkan stamina..so training silat bersama selain hiking Bukit Jambul .. orang Penang rugi tau kalau tak manfaatkan bukit jambul ni.. memang agak mencabar dan kalau yang jarang2 hiking atau exercise, silap2 boleh kejang kaki 4,5 hari..tapi kalau maintain buat, insyaAllah leh buat.. credit:gugel
awal2 dulu pon saya leh sampai to the top within 40 minutes.. normally average 30 minutes..alhamdulillah, sekarang antara 15 ke 20 minit..sebabnya rasa tercabar suami dok usik, ‘ cepat, cepat, cepat’.. ni tak aci nih, train silat sama2, tp stamina dia lebih plak..hehehe..padahal tahu lah kekuatan org laki mana sama, ye dak? Dari atas bukit ni kan, leh Nampak panorama seluruh Penang..syiok tau..kat top tu, ada gymnasium jugak..so agak2 betis dan paha dah cantik sebab selalu hiking, rasa nak build muscle kat lengan ke, nak wat six pack ketul2 ke, leh la guna equipment kat situ..FREE je…kat atas tu ada gak disediakan tempat minum air panas..tp kena masak sendiri la..hehehe
Hujung minggu ingat nak pi ronda perlis.. kalau dah sampai perlis, wajiblah ke wang kelian/padang besar ye dak? LILYSAAD atau EFAFAIRUZ, jom kita beronggeng rokiah hujung minggu ni di sana? Hehehe
Harap2 leh refresh balik minda dan fikiran sebelum memulakan kerja..! rindu tau nak masuk bilik kuliah..dulu, first day masuk bilik kuliah, saya duduk kat seat student. Siap borak2.. alih2, bila semua student dah masuk, baru saya ke depan.. laa, budak pendek ni ke nak mengajar kita? Hahahaha…tahu sgt, sb muka semua pon tak cover2 buat terkejut depan I..cis!
SELAMAT LEBIH SEMANGAT DI TAHUN BARU!
NOTAKUKUKAKIKU: nak perbaiki kerja…
selamat taun baru!semoga taun baru ni lebih baik dari yg lepasss =p
ReplyDeletehihihi nama i disebut2! sekali husband bagitau nak balik kampung daaa.. lama sangat dah x blk sejak dia bz keja ni.. hehe.. next2 time kite jumpe k!
ReplyDeletesihat gila aktiviti korang..hehehe..apa pun..take care ok..
ReplyDeleteMas; sama lah utk mas jugak ye
ReplyDeleteEfa; owh xpe..saja je kalau free.slmat balik kg;)
Zai; hehe..sb Ada suami yg dok nak challenge, kalau tak jd ayam daging lah aku.hahaha