Wednesday, March 23, 2011

Kali ni saya kalah! Surrender!

Bismillah

Ikutkan saya ni kira giler kentang kuat semangat jugaklah bab menelan apa2 yg mungkin mcm tak masuk akal.

Saya ok aje makan buah mengkudu yang bau dia mcm hazab apa tu. Demi nak dapatkan kesihatan yang baik, saya rela telan.

Saya ok aje minum setiap hari jus pegaga piyau punya yg pekat rasa mc telan jus rumput. Demi nak awet muda katakan(T_T)

Saya ok aje makan peria yang Nauzubillah pahit kelat semua siap pakej demi nak jaga kesihatan buah pinggang katanya.

Saya ok aje minum air rebusan daun inai yang payau tu demi nak kekalkan kulit kemerahan dan bermaya kononnya(+_+)

TAPI

Kalau disuruh saya telan ini

>

>

>

>

>

>

HARAP MAAF.

Rupanya semangat saya masih belum kental giler kentang..huhu

Saya beli sebotol, ( nasib baik beli yg kecik,saja nak test)..kononya nak jaga kesihatan minda dan mata lah kononnya sb kaya DHA katanya.

Telan satu sudu, trus terkeluar balik siap lunch yg saya makan habis terkeluar balik.

Hadoii! Apa keteruk sgt bau dan rasanya?

No wonder la kakak saya punya stok siap berkulat dalam freezer dia..

Hehehe ..

Eh cop! agaknya mungkin yang perisa original kot. kalau perisa oren mungkin sedap sikit kot? saya ingatkan saja nak try yg ori sb mcm pelik plak minyak menatang cmpur prisa buah2an..apa ke peliknya combination tu. sekali.... hambek ko! huhu

Tp yg ingin mencuba, silakan..hehehhe

NOTAKUKUKAKIKU: makanan yg asli jugak terbaekkk!!

Tuesday, March 8, 2011

TIPS MENCUCI WAJAH DENGAN TEKNIK YANG BETUL

Bismillah

Hari tu kan dah janji nak share apa2 tips masa beauty consultant Mary Kay dtg kat bilik kolej saya,kan?sini

Meh, I nak share sikit..mungkin ramai yang dah tahu..tp tak mustahil ada jugak yg tak tahu..mcm saya..

Sebelum2 ni main belasah aje waktu basuh muka dengan cleanser ke apa..rupanya ada teknik yang betul..

Ok,kali ni saya nak kongsikan teknik mencuci wajah dengan betul..eh eh tengok..I siap wat katun utk korang tau..keh keh..dah rupa kapas melekat atas kepala dah rupanya..hahaha..

Ok, HERE WE GO!

LANGKAH 1: cara terbaik untuk mengurut wajah kita adalah dengan menggunakan tiga jari terakhir iaitu jari hantu, manis dan kelingking.. sb kalau kita guna jari telunjuk sama, tekanan lebih kuat mungkin akan menyebabkan wajah kita lebih mudah berkedut..oh no!

Kemudian, ambik pencuci wajah anda tu letakkan sikit pada jari hantu..kemudian dibahagi2 sama rata ke lima titik pada wajah mcm dalam gmbar ni.. agak2 ajelah, nak guna pembaris pon boleh..kui kui

LANGKAH 2: bermula dari bahagian hujung dagu, buat urutan membulat ke atas menggunakan tiga jari tadi . ini tujuannya untuk kita buka roma2 halus dan supaya make up ke hape semua dapat disingkirkan dengan baik.

LANGKAH 3: teruskan dalam gerakan membulat ke atas, teruskan ke bahagian pipi dan dahi serta bawah hidung..berikan tekanan lebih kuat bila di bahagian antara dua kening..ini sgt mereleasekan tekanan seharian kita bekerja/study..

LANGKAH 4: Untuk di bahagian hidung, lakukan urutan ke bawah hingga hujung hidung dan berikan sikit tekanan ..ini dapat membantu kita menyingkirkan black head/white head kat tang hidung tu..

LANGKAH AKHIR: bilas dengan air sebersih2nya..lap dengan towel dengan cara ‘dabbing’ bukan mengesat.. tekan2 manja aje dgn towel bersih..

Lepas tu, boleh truskan pakai toner/moisturizer dan sunblock dsb..

Oh satu tips menarik, waktu mencuci kita urut hala ke atas.tapi bila start utk mekap mcm pakai alas bedak ke, sapu compact powder ke, mulakan sapuan dengan menghala ke bawah..dapat sorok segala pori2 dan cela,insyaAllah..

Haa! Cubalah! Confirm muka anda berseri2..

Tak percaya? Tgok ni? MODEL kat atas pas cuci muka terus jadi mcm ni.

HAHAHA

NOTAKUKUKAKIKU: amal ayat 4 surah Yusuf setiap hari,naik seri muka(^_^)