Showing posts with label tips kecantikan n kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kecantikan n kesihatan. Show all posts

Monday, November 26, 2012

siyes saya rindu..


Bismillah

betullah kan, nikmat kesihatan tu tiada tandingan.. bukanlah saya merungut, tp sejak dah diczer ni, pergerakan masih lagi limited, badan mula rasa tak sedap..saya suka keadaan berpeluh lencun habis pas bersenam/berjogging mcm dulu2 sebelum pegnen..rasa puas.. kadang training silat ngan hasben, dah mcm laki bini bergaduh gamaknya..tp pastu puas dengan peluh mencurah2..




skrg, dah dua bulan, masih tak berani nak bersenam berat2.. paling2 tidak, wat senaman ringan je..cuba juga sekali dua bercycling guna basikal senaman dalam umah, tp perut rasa mcm belum selesa lagi...

siyes saya rindu nak berlari2 berpeluh2 mcm selalu..mudah2an cepatlah dikembalikan nikmat yg satu ni :) amin...

Wednesday, January 18, 2012

Semangat!

Bismillah

Alhamdulillah, bila dah start keja, jadual harian totally berubah
Kalau dulu tgh cuti belajar, suka hati pas subuh kalau nak tido semula sebelum ke lab/ farm

Skrg, pagi2 dah siap2
Nak train punctual sungguhpun masa flexible adalah pilihan utk tenaga akademik:)


Kalau dulu masa nak bersiap baru terkial2 fikir nak pakai baju apa
Skrg tidak lagi:)
Dah siap2kan baju Dan tudung semua sejak malam lagi
Bila malas, selalu bercakap dgn diri sendiri
" esok pagi,kalau takde elektrik, kena pakai tudung bibik plak":p
( tudung bibik = tudung instant)..hmm seboleh mungkin tak mau:p
Hehehe


Memaksimumkan penggunaan masa minggu pertama ni utk kenal semua orang,
Kenalpasti facilities baru yg ada
Kenalpasti potensi utk majukan apa2 yg masih perlu dibaiki


Ptg solat siap2 di ofis
Terus salin baju riadah
Terus ke tasik utk jogging


Sengaja tak balik umah dulu
Kalau smpai umah, jawabnya dok ngadap crita kat tv jelah:p


Alhamdulillah, di samping persediaan utk hiking gunung nanti
Kesihatan tmbah baik Dan cergas
Ibadat dapat ditingkatkan
Kerja harian dapat diselesaikan:)


Ptg td up kan KM waktu jogging
Selalu 2 pusingan = ~1.5 km dah pancit
Hari ni rasa badan ringan plak ( perasaan?)
Dapat complete kan 5 pusingan:)



Terdengar dalam tv alhijrah subuh tadi
Kalau kita beriadah berniat kan kerana Allah dan ikut sunnah Nabi
InsyaAllah, riadah kita tidak sia2:)

Mudah2an....


Sejak dua menjak ni saya Dan suami mcm minat nak belajar parkour.. Ye ke eja mcm tu? Tp kt tanjung malim ni tak nmpak plak geng pakour ni" (*,^).. Hehehe

Korang exercise tak? Apa jenis senaman yg korang suka dan buat? Jom share:)

Thursday, January 12, 2012

Saya sahut cabaran! Anda bagaimana?

Bismillah






Fakta:

Dengan berjalan 10,000 langkah sehari, dapat kurangkan secara anggaran 64 gram lemak - Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia



Tapi dari pengalaman saya, kalau jalan banyak tapi lenggang kangkong sangat pastu makan berlebihan pon, berapa puluh ribu pon takde effect..hehehe


Make sure, heart beat kita meningkat dengan berjalan lebih laju;)




NOTAKUKUKAKIKU : sayangi jantung

Monday, December 26, 2011

Sarapan pilihan..

Bismillah

One of my preferences
For simple yet healthy breakfast


I am prefer unshelled almond compare to shelled almond.

" unshelled almond" term indicates almond with shell still attached..

# contains about 26% carbohydrates (12% dietary fiber, 6.3% sugars, 0.7% starch and the rest miscellaneous carbohydrates).

# rich source of vitamin E, containing 26 mg per 100 g

# rich in dietary fiber, B vitamins, essential minerals and monounsaturated fat , one of the two "good" fats which potentially may lower LDL cholesterol. Typical of nuts and seeds, almonds also contain phytosterols, associated with cholesterol-lowering properties.

# using them in the daily diet might lower several factors associated with heart disease, including cholesterol and blood lipids




Rasulullah juga dah mengajar kita tentang amalan pemakanan sihat dengan mengambil biji- bijian..sains hanya membuktikan;)

Jom kita amal kan amalan sunah Nabi, insyaAllah Nabi itu kan kekasih Allah..amalan Dan akhlaknya semestinya terpelihara Dan penuh 1001 kebaikan;)

NOTAKUKUKAKIKU : bekfes tamar tetap no 1.. Jogging, hiking insyaAllah maintain tenaga;) cubalah !

Thursday, December 22, 2011

sebelum berakhir...

Bismillah

Lagi beberapa hari aje dah nak masuk tahun baru,kan? Mana yang masih study di universiti, mungkin tgh pulun nak final exam ..mana yang bekerja, mungkin ada sgt sibuk sebab nak set planning tahun hadapan dan siapkan bebanan tugas yang perlu disiapkan sepanjang 2011..


Alhamdulillah, saya juga sedang mempersiapkan fizikal dan mental sebab bermula januari 2012, saya akan kembali bertugas di tempat kerja.. mendapat peluang cuti belajar sepenuh masa dengan bergaji penuh dan biasiswa sepanjang dua tahun amatlah saya syukuri..sebab tidak semua orang punya peluang yang sama..terima kasih kepada universiti dan kementerian pengajian tinggi yang tak pernah lewat bab urusan gaji dan biasiswa..Cuma saya je kadang2 terbabas lewat hantar update status study..hehehe…

Cuti sekolah pon masih berbaki kurang dari 2 minggu je lagi.. memandangkan suami cikgu sekolah, inilah masanya pon nak menggunakan kesempatan yang ada melakukan aktiviti bersama-sama.. perancangan asal tempoh hari nak backpack travel ke Riau, Indonesia terpaksa dibatalkan saat akhir..SEDEY suami kena mesyuarat plak dan mengambil kira cuaca sekarang yang tidak menentu, so terpaksa dibatalkan.. sebabnya planning asal nak travel naik kapal je..nak mencuba pengalaman baru naik kapal ke Indonesia..hehehe..tapi nampaknya tak kesampaian tahun ni..takpelah, xde rezeki..

Bebrapa hari yang berbaki ni, saya stay di Penang umah mentua.. perancangan asal minggu hadapan nak hiking gunung bersama 2,3 orang kawan cikgu suami saya.. tapi masih belum menetapkan bila, gunung mana sb ada dua pilihan yang perlu dibuat..disebabkan komitmen masing2, yang baru berkahwen, yang nak jaga emak, semuanya ada reason masing2.. takpelah, kalau jadi Alhamdulillah..tak jadi pon, xpelah.. for time being, aktiviti kami suami isteri adalah nak maintainkan stamina..so training silat bersama selain hiking Bukit Jambul .. orang Penang rugi tau kalau tak manfaatkan bukit jambul ni.. memang agak mencabar dan kalau yang jarang2 hiking atau exercise, silap2 boleh kejang kaki 4,5 hari..tapi kalau maintain buat, insyaAllah leh buat.. credit:gugel


awal2 dulu pon saya leh sampai to the top within 40 minutes.. normally average 30 minutes..alhamdulillah, sekarang antara 15 ke 20 minit..sebabnya rasa tercabar suami dok usik, ‘ cepat, cepat, cepat’.. ni tak aci nih, train silat sama2, tp stamina dia lebih plak..hehehe..padahal tahu lah kekuatan org laki mana sama, ye dak? Dari atas bukit ni kan, leh Nampak panorama seluruh Penang..syiok tau..kat top tu, ada gymnasium jugak..so agak2 betis dan paha dah cantik sebab selalu hiking, rasa nak build muscle kat lengan ke, nak wat six pack ketul2 ke, leh la guna equipment kat situ..FREE je…kat atas tu ada gak disediakan tempat minum air panas..tp kena masak sendiri la..hehehe


Hujung minggu ingat nak pi ronda perlis.. kalau dah sampai perlis, wajiblah ke wang kelian/padang besar ye dak? LILYSAAD atau EFAFAIRUZ, jom kita beronggeng rokiah hujung minggu ni di sana? Hehehe


Harap2 leh refresh balik minda dan fikiran sebelum memulakan kerja..! rindu tau nak masuk bilik kuliah..dulu, first day masuk bilik kuliah, saya duduk kat seat student. Siap borak2.. alih2, bila semua student dah masuk, baru saya ke depan.. laa, budak pendek ni ke nak mengajar kita? Hahahaha…tahu sgt, sb muka semua pon tak cover2 buat terkejut depan I..cis!

SELAMAT LEBIH SEMANGAT DI TAHUN BARU!

NOTAKUKUKAKIKU: nak perbaiki kerja…

Wednesday, December 7, 2011

DEGIL...

Bismillah

Org pompuan memanglah suka benda2 lawa atau yg membantu dia rasa lebih lawa,betul dak?walaupon kadang2 itu cuma anggapan diri sendiri.kadang2 kita rasa pkai mcm ni, kita rasa lebih lawa.tp org lain pandang, biasa2 aje..begitu juga sebaliknya..kdg kita rasa serba tak kena, eh sekali ada ramai yg memuji bertan-tan..siap ada main2 mata lagi...awww;p GATAI! Hehehe

Contoh paling simple, bab kasut.. Skrg ni dh mcm2 pattern, dari flat, wedges,heels Dan stilleto ..

Tau tak kategori heels?

Kalau ikut website Jimmy Choo Dan Gucci,

Tumit less 6cm= low heel
Tumit 6cm ke 8.5 cm = mid heels
Over than that(2 to 5") = high heel

Kalau nak citer pasal high heels ni, rata2 kita tau ianya tak elok sgt utk kesihatan kaki,kan? Tp buat2 tak tau je kadang2 tu sb dh suka..heehhehe...lagi2 musim sales2 ,ye dak?

Kalau ikut Sumber sini, high heeled ni menyebabkan tapak kaki kita ni lebih tirus ke bawah dan ke depan.sementara jari2 menghala ke atas.so lagi tinggi heel tu, lagi slanting tapak kaki kita. Bila kedudukan mcm tu, tendon Archilles kita jd lebih pendek. Pi gugel tgok kedudukan Archilles tendon tu..ini yg menyebabkan kaki mudah sakit bila kita tukar pakai flat atau lower heels.

Lagi satu, bila kaki kita slanting, berat badan kita hampir semuanya di tampung kat bawah hujung tapak kaki dan hujung jari kaki.ini boleh menyebabkan kerosakan tisu kat situ. Tu yg selalu kita mengeluh cepat kebas2 la, pedih tapak kaki la..kdg2 tu tmbah teruk, jadi melecet..uiiii kesiannya kita org pompuan ni kan..ekekeke

Lagi satu perasan dak, org yg pakai kasut terlampau tinggi ni, gaya jalan pon dah mcm lain sikit alignmentnya tu..hehehe..yelah, bila kaki dah menirus ke depan, belakamg terutama keliling pinggang akan jadi sedikit ke belakang sb nak stabil kan berat badan. Akhirnya beri tekanan pada lower vertebrae..tu yg kerap lenguh2 pinggang...

Tapi fakta ni bukanlah maknanya kita tak leh pakai high heels langsung..satgi ada company kasut saman blog ni..hahaah..Disarankan , one third of time kita berkasut tu, kita ganti pakai lower heels atau well-cushioned sneaker. Occasion penting ,kita pakai lah high heels kalau suka:)

Eh cop! Tp ada one paper published in European Publication,2008 Dan Urology Journal 2005, mengatakan memakai high heel boleh improving muscle tone terutama pada bahagian pelvic.. So pd wanita yg mengalami kencing tak lawas atau tak terkawal( incontinence), bolehlah kurangkan dengan pemulihan bahagian otot pelvic dgn memakai high heels...wah! Satu point di situ untuk rembat high heel baru...ekeke


Study by Chen et al, 2008 mengatakan jika dibandingkan wanita yg pakai high heels dgn yg flat, pelvic muscle tone dia lebih kurang sama je.. TAPI,!! Wah,siap caption lock lagi..haha..TAPI, contractile power pd bahagian pelvic tu lebih aktif pd wanita yg pkai heels.
Dapat tak main point di situ?

Alah, dah terang lg bersuluh plak..hehe.. Mksudnya, mcm pakai heel smbil wat senaman Kagel lah..senaman pa tu?? Dah , pi gugel(=_=')

So, sb reason yg ciput ni, maka semalam I dah terembat 2 heels..haha..hasben tak tau lg ni..Alah, kalau diberitahu kebaikan pakai high heel tu td, ada apa hal, ye dak?? Ekekeke...haha..anak dara boleh ambik teladan..hehe..eh tp keburukan yg lebih byk tu tanggung sendiri lah ye..hihi
DASAR DEGIL!! Hehe





Bukan apa, saya pakai heels hanya bila kerja masuk kelas kuliah..takdelah budak2 sayup2 mata memandang saya yg rendang ni kt depan..hehe..kt ofis, sandle pun dah ok;)

SELAMAT MEREMBAT HEELs BARU dgn reason yg "kukuh" td ;p LOL

NOTAKUKUKAKIKU ; kasut warna almond tu sekali pandang mcm kulit buah salak;p

Tuesday, November 15, 2011

cabaran -part 2

Bismillah

Nampaknya semakin kuat cabaran utk saya lebih berusaha kurangkan lagi berat badan…

Cabaran Part 1 ada DI SINI


Sejak join konvoi motor Penang-Melaka beberapa bulan lepas, crita DISINI, SINI LAGI, DAN SINI JUGA


Selalu jugaklah ushar2 moto ngan en.somi

Tambah bila tgok rancangan GPS Iman kat Tv3 tu

Yang anak2 muda naik superbike pi wat program kat kampung2 dan sebagainya

Lagi tambah kemaruk kat motor2 superbike ni



Tapi kesian saya

Setiap kali en.somi mention nama model sekian sekian

Soklan yg saya Tanya

Dan WAJIB saya Tanya adalah

“motor tu sesuai single rider ke atau berdua?”



Yelah, kan ada sesetengah superbike hanya ada single seat aje, kan?

Oh kalau en.somi nak beli yg single, haruslah si isteri bantah habis2an..

Hehehehe



Akhirnya

Minggu lepas

En.somi tunjuk gmbar dari mudah.my

Model Kawasaki ER6N ni


Ok, ciri-ciri sudah menepati criteria

Sesuai dua orang



Tapi….


En.somi dah bagi hint

“ kalau naik berdua, berat balance dua2, motor ni memang superb lah”

(=_=)



Apa maksud ‘balance dua2 tu?

Cer citer cer citer….



Hwaaa!!!

** Smbil sarung kasut jogging dan tambah kilometer larian**

TAK LEH JADI NI

CABARAN NI!!!


NOTAKUKUKAKIKU: dh dpt berat ideal, tp masih di BMI yg maksimum…tak selamat lagi nih..huhu

Friday, November 11, 2011

LEPER....

Bismillah

ni nak share pasal senaman nak mencantikkan body figure lah sikit..hehehe..part2 yang kritikal contohnya tang perut....


saya dapat tips ni sebenarnya dari sorang kenalan..nak describe sikit pasal dia..hehehe..dia ni kira takdelah kata kategori badan kurus slim n lean..kira mcm chubby2 gitu..tp mcm juz nice lah...


saya admire tgok dia pakai baju fit kalau kat umah, tang perut tu nmpak mcm flat je..selalu kalau badan chubby2 ni, potensi perut nak naik sama tu tinggi juga kan...


saya tanya selamba kat dia..eh apasal perut you nampak mcm kemas je ye? u amal senaman apa?


so dia bagi tips-crunch exercise...

saya tgok cara dia buat...oklah, not too difficult to do...bila gugel kat youtube, banyak rupanya ditunjukkan mcm2 style nak buat crunch exercise nih....


awal2 buat, memang rasa mcm perit sikit...lebih2 lagi kat kawasan sekitar perut...


tapi lama2 dah get used, eh best plak..siap leh nyanyi dondang sayang..ekekeke


and the result????


pas hampir sebulan, dh kurang almost 2 inches kat bahagian pinggang akibat penyusutan bahagian perut..wakakaka...alhamdulillah....


skrg leh cari tailor repair suar jeans sb bahagian pinggang dah loose...cewah!

harap2 bertahan lama lah ye..hehehhe


cubalah!

NOTAKUKUKAKIKU: sesuai utk org yg baru bersalin sb compare ngan sit up, senaman ni tak stress kuat pada muscle bahagian abdomen..so very low risk....

Wednesday, November 9, 2011

Monday, October 24, 2011

i'm pale without these....part 1

Bismillah


juz because i'm keep growing
and keep adding the number of age

sigh(=_=)....






from left to right:

1. Body Shop
2. Loreal
3. Avon
4. Revlon
5. Mary Kay
6. Farmasi
7. Clinique

low to high range, doesn't matter.....

NOTAKUKUKAKIKU: try to find a good scrub for lip treatment..suggestion???

seronoknya

Bismillah

eh nak kata kulit saya cantik sgt tidaklah...tp ada tips yang saya amal untuk elak jerawat...maklomlah, zaman sekolah menengah dulu saya pemilik jerawat tegar! hehehehe

tp alhamdulillah start masuk uni dah makin hilang dan skrg cuma sebijik dua je itupon kalau balik dari travel atau buat outdoor xtvt...huhu!

amalkan makan KACANG BADAM!



yeah! kacang badam kaya dengan Zink dan asid omega -3...kajian mendapati org yg ada masalah jerawat mempunyai kandungan zink yg rendah..zink membantu mencegah tumbuhnya jerawat dengan mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai utk 'didiami' jerawat..asid omega-3 plak menghalang penghasilan molekul yg mencetuskan keradangan kulit..so ini dpt mengahlang terjadinya jerawat:)

lagi satu Nabi kita pon suka makan badam ngan susu,kan? so pastinya 1001 rahsia khasiat badam yg boleh kita dapat...

saya selalu beli badam yg masih dalam kulit ... suami selalu beli kat chowrasta ,penang..setengah kilo dalam RM 20 kalau tak silap..tak ingat sb selalu main order je..*TANPA BAYARAN*...hahahha

SELAMAT MENCUBA!

NOTAKUKUKAKIKU: kalau beli yg packed, masin..kena banyak minum air ye...

SENGAL....

Bismillah

eh cop! sengal di sini bukan bermaksud sikap yang menjengkelkan tu..hehehhe

ni sengal badan lagi2 kalau kita baru je habis buat aktiviti yg lasak mcm berjogging dan sebagainya..rasa satu hari nak tidor je kalau sengal badan dah menyerang,kan?

apa yang saya sarankan adalah dengan minum jus avokado! nyummy!

sebiji avokado mengandungi kira2 300kalori dan 88 % daripadanya terdiri daripada lemak. lemak ni bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi2 tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut..

ia sekaligus dapat hindarkan sengal2 badan!

cubalah!

NOTAKUKUKAKIKU: suka blend jus sendiri di umah hampir setiap hari (^_^)

Wednesday, September 14, 2011

sudah tua...:(

Bismillah

dulu, lari /jogging mcm nak mati berapa km pon
stamina maintain


kaki takde sakit2
badan takde lenguh2


tapi sejak melangkah nak masul 3 series ni



baru bersilat berkuntau sikit dengan suami
sakitnya mengalahkan orang pergi tebang balak nun


haihhh
kena buat sesuatu ni




ada cadangan tak??


NOTAKUKUKAKIKU: amal madu, habatus sawda, kurma setiap hari..tapi kalau umur semakin meningkat, memang tak leh watpa...fitrah alam..huhu

Sunday, August 7, 2011

hibernasi...

Bismillah

salam ramadhan semua(^_^)...

dh masuk minggu kedua dah..sat je rasa.. ada yang mula 'tuang' solat tarawikh tak? hehehhe

saya berhibernasi sebentar beberapa minggu ni...

sedikit tips saya nak kongsikan sempena bulan ramadhan ni...

1. disebabkan kita kurang masa utk minum air masak dengan banyak sb berbuka dah pulun air manis, pi tarawikh dah lewat, pastu nak tido dah.. masa sahur plak tak lalu nak teguk air banyak2.. so saya amalkan bawa botol air masak waktu pi tarawikh. setiap selesai solat isyak, dan setiap dua rakaat tarawikh, saya akan minum air masak ..dan pastikan selesai saja witir, pastikan sudah habis sebotol besar tu.. insyaAllah, kulit kekal lembap dan bermaya sepanjang hari, dan tiada pecah2 di bibir..

2. kadangkala kita terlalu gelojoh sehingga kurang menguyah makanan sewaktu berbuka atau bersahur.. ini mengganggu sistem penghadaman kita dan akan menyebabkan sembelit. sembelit mendatangkan kulit yang kusam, tidak sedap perut dan sakit kepala.. saya amalkan makan buah betik hampir setiap hari sewaktu selepas solat tarawikh.. selain membantu pelawasan, ia juga mengelakkan kita makan nasik second round ( sesetengah orang ) dengan banyaknya..kan nak nmpak anggun di hari raya kan ? *konon (^_^)*

3. ketika berbuka dan bersahur, amalkan menguyah makanan sebanyak mungkin ( afdal 40 kali ) untuk memudahkan penghadaman dan buat kita cepat kenyang.. insyaAllah, amalan ni sgt memberi manfaat...

Selamat kekal sihat dan anggun di hari berpuasa !



NOTAKUKUKAKIKU: syukur masih panjang umur utk ramadhan ni...

Wednesday, July 20, 2011

senyumlah ...

Bismillah

Bila berselisihan

Senyumlah

Tanda salam perkenalan


Bila kesedihan

Senyumlah

Pasti terlupakan kedukaan


Senyumlah dengan ikhlas

Pasti wajah lebih menawan


Senyumlah

Walaupun tanpa kata-kata

Pasti semua hati kan senang


NOTAKUKUKAKIKU: senyuman sedekah paling berharga

Thursday, June 23, 2011

nak rambut 'cendawan' ?

Bismillah

Cantikkan tgok rambut yang lebat, hitam dan lembut aje.. yang rambut mcm ‘cendawan’ mcm ni pon comel :P


Petua mudah, mak nenek ajar dari dulu.

Ambil segenggam kacang hijau.

Cuci bersih, lalu rebus dengan air kira-kira 3 gelas,

rebus sampai mendidih tetapi jangan sampai kacang hijau yang direbus pecah.

Setelah mendidih, angkat dan saring.

Embunkan air itu semalaman.

Keesokan harinya, gosok2kan air rebusan kacang hijau tadi pada kulit kepala, dan urut2 sikit.

Biarkan kejap selama 30 minit.

Pastu bilas.

Syaratnya : kena rajin ..yang ni yang susah kan? Nak cantik ke tidak? Nak ke tidak?

NOTAKUKUKAKIKU: kalau byk duit, pi je yunnam tu, tp ribu riban le..yang ni, agak2 malas, leh tukar menu jadi bubur kacang..ehh?

Thursday, May 26, 2011

rutin sekarang

Bismillah

ada yang tanya how to lose weight tanpa perlu tinggalkan nasi?

ni ha saya kongsikan
satu jenis tarian yang saya amalkan
alhamdulillah sangat membantu


dengan syarat
jangan malas
buat hari2
usaha kejar masa yang sama ngan instructor zumba ni

mula mula memang kekok
sekarnag tutup mata dah boleh wat
ekekeke
(tapi alamatnya semua makhluk berdekatan bertempiaran lari) hahaha

kenapa pilih tarian zumba ni?
sb ia membentuk kaki yang kuat
punggung terbentuk cantik
lengan kurang menggeleber
otot perut bertambah mantap
silap2 leh ada 6 pek :P
yang paling best
rasa seksi owh leh menari laju2..hehehhe

CUBALAH!

NOTAKUKUKAKIKU: saya jenis takleh tinggal nasi, so let's dancing :)
(ada part2 spank2 tu sila abaikan ye..hahaha)

Tuesday, May 24, 2011

petua kuruskan *sikit* peha cara saya..LOL

Bismillah

Alhamdulillah, dah 80% target BW tercapai..hehe



Peha mcm ayam KFC beberapa bulan lalu





dan kini

peha ayam KFC (masih) Cuma terkurang bagi makan sikit..hehehe


Semuanya gara2 ini

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Menolak 6kg makanan ayam penelur setiap pagi

Secara berselang-seli kanan dan kiri

Walaupon memberi sedikit kesan bising melampau yang annoying pada ayam2..hahaha


Sejauh ini

Seluar jeans lama dah leh sarung semula

Di samping terjaga tiada sakit pinggang mengangkat benda berat

Dan kaki yang kuat..

SEPAK NAK?

*Tanya pada diri sendiri?*

hehehe

Tuesday, March 8, 2011

TIPS MENCUCI WAJAH DENGAN TEKNIK YANG BETUL

Bismillah

Hari tu kan dah janji nak share apa2 tips masa beauty consultant Mary Kay dtg kat bilik kolej saya,kan?sini

Meh, I nak share sikit..mungkin ramai yang dah tahu..tp tak mustahil ada jugak yg tak tahu..mcm saya..

Sebelum2 ni main belasah aje waktu basuh muka dengan cleanser ke apa..rupanya ada teknik yang betul..

Ok,kali ni saya nak kongsikan teknik mencuci wajah dengan betul..eh eh tengok..I siap wat katun utk korang tau..keh keh..dah rupa kapas melekat atas kepala dah rupanya..hahaha..

Ok, HERE WE GO!

LANGKAH 1: cara terbaik untuk mengurut wajah kita adalah dengan menggunakan tiga jari terakhir iaitu jari hantu, manis dan kelingking.. sb kalau kita guna jari telunjuk sama, tekanan lebih kuat mungkin akan menyebabkan wajah kita lebih mudah berkedut..oh no!

Kemudian, ambik pencuci wajah anda tu letakkan sikit pada jari hantu..kemudian dibahagi2 sama rata ke lima titik pada wajah mcm dalam gmbar ni.. agak2 ajelah, nak guna pembaris pon boleh..kui kui

LANGKAH 2: bermula dari bahagian hujung dagu, buat urutan membulat ke atas menggunakan tiga jari tadi . ini tujuannya untuk kita buka roma2 halus dan supaya make up ke hape semua dapat disingkirkan dengan baik.

LANGKAH 3: teruskan dalam gerakan membulat ke atas, teruskan ke bahagian pipi dan dahi serta bawah hidung..berikan tekanan lebih kuat bila di bahagian antara dua kening..ini sgt mereleasekan tekanan seharian kita bekerja/study..

LANGKAH 4: Untuk di bahagian hidung, lakukan urutan ke bawah hingga hujung hidung dan berikan sikit tekanan ..ini dapat membantu kita menyingkirkan black head/white head kat tang hidung tu..

LANGKAH AKHIR: bilas dengan air sebersih2nya..lap dengan towel dengan cara ‘dabbing’ bukan mengesat.. tekan2 manja aje dgn towel bersih..

Lepas tu, boleh truskan pakai toner/moisturizer dan sunblock dsb..

Oh satu tips menarik, waktu mencuci kita urut hala ke atas.tapi bila start utk mekap mcm pakai alas bedak ke, sapu compact powder ke, mulakan sapuan dengan menghala ke bawah..dapat sorok segala pori2 dan cela,insyaAllah..

Haa! Cubalah! Confirm muka anda berseri2..

Tak percaya? Tgok ni? MODEL kat atas pas cuci muka terus jadi mcm ni.

HAHAHA

NOTAKUKUKAKIKU: amal ayat 4 surah Yusuf setiap hari,naik seri muka(^_^)