Tuesday, October 11, 2011

menghias rumah di syurga

Bismillah

sedikit ilmu saya kongsikan dari artikel dalam majalah Solusi...

katanya, jangan kita mati sebelum kita siapkan rumah yg selesa di syurga...dan cara utk menyiapkannya adalah dengan zikirullah...

skrg ini, para malaikat sedang membina rumah kita di syurga.. tp mereka berhenti bila 'bahan-bahan' binaan tiada...

'bahan binaan' itu ialah dengan zikir kita..

setiap kali kita berzikir ' La Haw La wala Qu wa ta illa billah" , akan bertambah binaan rumah kita serta berdirinya pohon2 rendang... jadi lebih banyak kita menyebut zikir ini, lebih banyak pokok berdiri dan lebih redup dan nyaman rumah kita...

bukankah kita nak kekal di dunia sana? tak akan mati2 lagi...

jadi, baiklah kita siap2kan umah yg selesa supaya lebih indah kehidupan kita di sana...

jom kita sama2 mula 'membina dan menghias' rumah kita di sana..

mudah2an,insyaAllah....

NOTAKUKUKAKIKU: hati tenang bila zikir

Monday, October 10, 2011

ini sudah lebey!

Bismillah

weekend lepas saya dan suami gi Gombak,umah sepupu suami..

itupon atas permintaan beriya sepupunya suh 'tgok2kan' umah diorang.. katanya ada gangguan...

awal2 lagi suami gitau saya, kita kena bermalam di sana satu malam..

saya ni bukanlah berani sgt orgnya, tp demi nak membantu , saya iyakan saja.. selebihnya berserah pada Allah...

mengikut kata sepupu tu, anak2 dia pon kerap nmpak 'benda2' nih.. yg si mak pon sama.. tp yg si bapa tak plak..

so malam tu, suami buatlah bacaan ayat2 Quran dan berserah pada Allah...

sebelum tido, kakak sepupu tu dah warning kat saya dan hasben..katanya nak minta maaf awal2 sebab biasanya sebelum tidor, atau awal2 pagi , anak2 dia akan terbangun dan menangis tak henti2...so dia risau kami terganggu tidor..

nak dijadikan cerita, malam tu saya yg rasa mengantuk giler..suami rilex je.. so dalam nak lena tu, boleh plak suami ajak berborak..elok je habis borak, suami yg tertidur dulu.. tinggal saya terkebil2...

ah sudah!

baca ayat2 pendinding lebih kurang, berserah pada Allah...

tak lama pastu, saya terkejut sb rasa mcm ada benda menggeletek tapak tangan saya..

hati mula tak sedap..tp masa tu berani lagi ..bc doa lebey kurang..try smbung tido balik..

elok je baru rasa nak masuk alam lain, rasa ada benda merayap kat kaki dalam selimut plak..

opocot!

trus saya naik hangin.. ni menatang ni saja lah nak kacau tau kita takleh tidor ni..trus saya baca ayat2 pastu hilang takde apa..

malas nak gerak suami sb tgok dia mcm letih je drive siang tu..

trus saya baca ayat smbil zikir smpai ke subuh.. dengar je azan subuh, barulah lega hati ni..

esok pagi bangun, baru cerita kat suami dan sepupu.. baru diorang perasan, first time semalam anak diorang tidur lena tak jaga2.. si mak pon tau2 dah subuh..kalau tak sebelum ni, satu rumah terpaksa bersengkang mata..

cis! cis!

agaknya 'menatang' tu tak kacau depa, saja ngusik saya plak..

ini sudah lebey ni!

tp alhamdulillah, harap2 terus amanlah umah diorang pas suami buat air bacaan Quran suh depa wat mandi..selebinya berserah pada Allah...

harap2 janganlah plak menatang tu ganggu saya plak.. kata suami, cabarannya memang pada ahli keluarga terdekat..maksudnya kalau si suami yg tukang berubat, tak isteri, anak2 atau keluarga terdekat mesti diganggu...tp yg penting, kena kuatkan amal dan yakin, tiada lebih Kuat dari Dia Pencipta...

insyaAllah, mudah2an saya kuat dan tak fikir2 sgt menatang nih... tawakkal tu a'laAllah..

mood deco2 dtg balik...habeslah...

Bismillah

sejak masuk rumah kami di tanjung malim, baru sekali je lah sempat hias sikit2 isi rumah..itupon sederhana aje ..maklumlah ongkosnya baru melayang terbang utk urusan jual beli rumah , duit lawyer dan sebagainya...

dari asal yg mcm ni



hias sikit2 ...





tambah kolam kecik bagai--> bajet rumah tepi air terjun..siap berasap2..eh dah rupa mcm kisah seram nenek kebaya plak..heheheh

lepas tu, bila start cuti belajar--2 tahun...hanya weekend je dpt balik spend masa di rumah.. selebihnya di upm.... maka selama 2 tahunlah rumah terabai tanpa sebarang perubahan..ah dasar tiada anjakan paradigma langsung..eh?

skrg, dh habis belajar dan kenbali menetap di rumah sendiri, maka mood mendeco2 plak dtg.. alamak! alamak! suami mengeluh...keh keh.. siaplah utk mendengar pelbagai idea konon2 kretip bininya nih..heheheh

rasa mcm nak let go sofa ni... berangan nak letak kerusi rotan plak.. ada sesapa nak beli tak? usia baru 2 tahun setengah...3 + 2 seaters...harga boleh nego...:)

meja makan ni pon rasa mcm nak letgo jugak... rasanya nak upgrade sikit la:P anyone?

owh pokok buluh ni masih menjadi kesayangan.. nak tanam yg ori, kena bersiram plak :P

dah survey2 kat dealer nippon paint, humakaih, banyak btol combinasi warna menarik..*mata berpinar (@-@)...

kalau anyone ada yg minat, email me ya.. drhana@ymail.com

NOTAKUKUKAKIKU: baru nak mula tanam pokok :P

yg dirindui selalu...


Friday, October 7, 2011

yang penting, YAKIN

Bismillah

Hari tu guru silat suami saya ( skrg mcm guru silat saya jugak sb skrg saya join suami training silat kat umah pakcik ni :p ) berkongsi cerita pengalaman yang pernah dia lalui..

Hal berkait dengan amalan doa..

Pakcik zainal ni style org tua dulu2.. maksudnya org tua dulu sangat yakin dengan khasiat doa-doa tertentu…contohnya amalan doa akashah, doa ayat lima, ayat tujuh dan sebagainya..

Sejak zaman muda pakcik, dia tak tinggal amalan doa ayat tujuh.

Pakcik zainal sendiri tak pasti kejadian ni benar2 disebabkan amalan doa tu atau tidak..tp keyakinan seorang Islam mestilah yakin dengan doa yang diamalkan,kan?

Pakcik zainal ni pernah kerja bawa lori balak di Kelantan.. satu hari, tgh bawak lori, tiba-tiba ada sebuah kereta cucuk lori pakcik dan hon berkali2 suh pakcik berhenti. Pakcik zainal ni confuse lah apahal plak dia kena berhenti sedangkan dia takde masalah apa2..

Lama jugak depa hon2 dan minta pakcik berhenti..yg pakcik zainal ni tetap tak mahu berhenti..

Sekali kereta tu cuba pintas pakcik dan nak halang dari depan..

Ditakdirkan Allah, semasa kereta tu cuba overtake, pakcik Nampak dalam kereta tu ada 3-4 orang.. sebaik saja kereta dan lori berselisih, pakcik tgok semua laki2 tu tiba-tiba muka jadi sgt terkejut dan ketakutan bila melihat pada pakcik…dan trus diorang kelam kabut pecut kereta ..

Seolah-olah diorang nmpak sesuatu yng mengejutkan dalam lori tu…

Pakcik zainal yakin bahwa Allah telah tolong mungkin dengan apa sekalipon tp berkat doa tu..

Kita sebagai Islam takkan nak tolak kuasa Allah,kan?

Saya rujuk kitab Majmuk Syarif yang suami saya hadiahkan sebelum kami berkahwin dulu.. owh I tell you, dengan hadiah yang mungkin tak semahal pakwe orang lain bagi, inilah yang buat cinta berputik..ececeh… barulah saya tahu suami mahu sayangkan saya dunia akhirat dengan amalan2 doa2 ni…amin…

Back to story, saya rujuk kitab ni dan mencari apa sebenarnya khasiat ayat tujuh yang pakcik zainal berkali2 suh suami dan saya amalkan…

Dalam majmuk syarif ni tulis, antara khasiat Ayat Tujuh ialah:

1. Sesiapa yang amalkan atau membacanya, maka siapapun tidak boleh membinaasakannya, menyakiti padanya, atau mengalahkan dengan izin Allah

2. Ia juga menghindar dari tenung, sihir dan guna2 yang dtgnya secara samar2

Ayat Tujuh ni terdiri daripada:

1. Ayat 51 Surah atTaubah

2. Ayat 107 Surah Yunus

3. Ayat 6 Surah Hud

4. Ayat 56 Surah Hud

5. Ayat 60 Suarah al-Ankabut

6. Ayat 2 Surah Fathir

7. Ayat 38 Surah az-Zumar

Yang penting, kita kena yakin dengan amalan doa yang kita amalkan..apa pon jadi, semua itu datang dari Allah..

Sebab itu kadang2 ada orang sibuk kata umah dia ada benda lah, mistilklah.. walhal dia solat , mengaji dan sebagainya.. mungkin disitu ada kekurangan dari segi keyakinan itu sendiri.. kalau kita berdoa, tp dalam masa sama kita sendiri tak 100% yakin, memanglah benda2 tu menganggu..betul kan?

Wallahualam.. sekdar berkongsi ilmu yang sedikit…

Jom kita amalkan.. nak lebih detail, leh beli buku ni kat kedai jual buku2 agama.. eh asyik beli majalh In-Trend, Cleo dan Women Weekly aje, sekali2 belilah buku agama buat bekalan ..hehehe..tu I cakap pada diri sendirilah(^_^)…

Selamat beramal…

NOTAKUKUKAKIKU: syukur dikelilingi orang2 yang menasihati…Alhamdulillah..

Thursday, October 6, 2011

to haadyai with love

Bismillah




ngedate smpai ke Haadyai

akur awek siam memang comey(=_=)



NOTAKUKUKAKIKU: pekena pulut mangga siam..perghh!!! tangkap leleh...:P

Wednesday, October 5, 2011

Subhanallah....

Bismillah


pandanglah aku ,Tuhan

jangan biar aku trus leka

dari mengucap kebesaranMu

NOTAKUKUKAKIKU: lega....