Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Tumit...

Bismillah

Nabi s.a.w pernah bercerita mengenai orang yang berwuduk tapi dimasukkan ke dalam neraka..

Sahabat yang mendengar merasa hairan.

Tanya sahabat," Wahai Rasulullah , apakah sebabnya orang berwuduk tapi masih dimasukkan dalam neraka?"

Nabi menjawab, " kerana dia tidak berwuduk dengan sempurna sebab tidak mengalirkan air wuduk dengan sempurna hingga tumitnya.."

Moral of the story: kena lebih hati2 ketika berwuduk. Ada yang bila basuh kaki mcm seolah2 menari. Seeloknya masa basuh bahagian kaki, usap betul2 rata2 dengan tangan kita termasuk celah2 jari kaki.

Wallahualam ...

Sekadar berkongsi

Monday, January 9, 2012

Antara keduanya? Bagaimana?

Bismillah


Saya kongsikan sikit antara isi kuliah agama





Masa kita lahir, ayah kita mengazankan dan iqamat di telinga kita
Kemudian, bila mati kita disembahyangkan

Bandingkan dengan urusan solat seharian kita

Bila azan dah dilaungkan
Dan bilal mengiqamat tanda solat akan dimulakan
Kemudian bersolatlah kita
Yang rata2 tak lebih dari 10 minit
Kemudian selesai solat


Bagaimana kualiti ketika solat?
Kusyuk? Bersungguh2?
Atau masih teringat status apa nak letak di wall FB, blog dsb??


Begitulah perumpamaan kita hidup di dunia ni
Antara azan dan iqamat sewaktu kita keluar dari perut mak kita
Smpailah saat nak disembahyangkan

Bagaimana kualiti kehidupan dan iman kita?

Dan begitulah perumpamaan singkatnya kehidupan kita ni
Sama mcm waktu bersolat


NOTAKUKUKAKIKU : mengingatkan diri sendiri dan kawan2 yg sudi..

Thursday, January 5, 2012

Takut

Bismillah

Tahun 2011 dah banyak benar cerita2 hantu.. Dari yg main congkak, jgn pandang belakang, jgn pandang belakang congkak smapilah kubur berasap ke apa ntah...hehehe..saya bukan pengikut setia di pawagam, crita transformer yg bung bang bung bang pon saya tidor, ini kan pulak crita tak de moral of the story sgt..hehehe

Cukup2lah tu tahun lepas 2011 dgn crita hantu..smpai raya pon dok tayang crita hantu:)

Memanglah manusia normal tu dibekalkan dengan sifat takut.. Tapi ketakutan mcm mana yg kita perlu jadi kan pedoman hidup? Apa takut yang bernilai pada kehidupan Dan diri kita?

Dua perkara sahaja yang sebenarnya kita perlu takutkan...

Pertamanya, TAKUT BERBUAT MAKSIAT...

Alhamdulillah, pada yang sudah berkahwin mungkin tidak lagi terdedah pada berlakunya MAKSIAT.. Tapi bagaimana dengan sejarah kita sewaktu saat berkenalan, bercinta Dan sebagainya.. Allah itu Maha Pengampun, mari kita bertaubat dengan menyesali, berjanji tak akan buat lagi dan membenci perkara2 tu..mudah2an kita diampunkan....



Keduanya, TAKUT AMALAN TAK DITERIMA

Subhanallah, takutnya kita kalau2 kita syok sendiri melakukan ibadat padahal Allah tidak memandang pon nilai ibadat kita.. Contoh paling mudah, dalam bacaan solat.. Kita mungkin rasa kita sudah arif dalam setiap bacaan.walhal, hukum tajwid kita tunggang langgang, sebutan makhraj tidak betul, dsb...

Kita mungkin dalam tak sedar, sombong pada Allah.. Di dalam solat, kita lengkap menutup aurat dan khusyuk sujud pada Dia, tapi sebaik selesai solat, tudung kita dicabut atau mungkin masih tidak menutup dada yang Ada aset penuh berharga yg layaknya hanya utk lelaki bernama suami, stokin tidak dipakai dgn alasan panas Dan rimas... Sabarlah wahai kawan2 wanitaku, Allah mahu menjaga kita Dan mengingatkan darjat kita dengan kewajipan aurat..di sini mungkin terasa beban, tp di akhirat sana, tak terjangkau dek fikiran nikmatnya balasan Tuhan...

Para suami mungkin terabai Dari segi tanggungjawab sebagai suami atau bapa dalam tak sedar.. Contoh mudah dari segi tanggungjawab mendidik isteri.. Kita masih tak berani menegur para isteri yg mengumpat, yg memakai legging jelas lekukannya sana sini, yg mewarnakan rambut takut2 tidak sah mandi junubnya dsb... Allahuakbar, kita bersaksikan tok kadi menyebut perjanjian dengan Allah utk menjaga amanah isteri sewaktu akad nikah, tapi kenapa tidak dijaga para isteri ke arah lebih baik? Utk menegur isteri, kita dulu patut berubah.. Takkan dah sampai berjanggut bermisai masih pakai seluar pendek mendedahkan kepala lutut kot;) cukup2 lah mengenakan seluar pendek sewaktu zaman sekolah rendah.. Jadikanlah diri sendiri berbeza dengan kanak2 yang masih belum akil baligh;)

Dan satu perkara yg dalam tak sedar, kadang2 kita terlupa check pada diri kita, harta benda kita, Ada tak yang Allah haramkan Dan menyebabkan amalan kita tak diterima? Contohnya kita beriktikaf dengan memakai gelang ke tangkal ke sebagai boleh menyembuhkan penyakit.. Allahuakbar, cukup2lah zaman gelang cincin hikmat dalam cerita zaman lalu.. Di zaman penuh kemodenan makin jelas tanda2 yang kiamat itu semakin dekat, cukuplah kita yakin AlQuran itulah sebaik2 penawar;) tapi atas keyakinan kita juga.. Kalau kita sendiri letak AlQuran secondary option, mcm mana nak rasa nikmatnya AlQuran itu sendiri:)


Jom kawan2, kita semak semula diri kita di tahun baru ni.. Manalah tahu, mungkin ini tahun terakhir buat kita.. Semoga Allah menjadikan kita mati dalam khusnulkhotimah..dengan pengakhiran yang baik...Amin....insyaAllah ...


NOTAKUKUKAKIKU: teruskan mencari kekayaan dunia utk lebih berkongsi di jalan Allah, mudah2an bekalan di sana mencukupi utk kita..Amin

Friday, December 30, 2011

Terima kasih

Bismillah

Sedikit diuji hari ini
Asam garam kehidupan lah tu,kan;)


Suami bawa pi Laksa Jangguih, Balik Pulau
Terus ke Pulau Betong
Menikmati damainya ombak




Subhanallah, damainya hati
Suami mengingatkan
Mengapa Allah menjanjikan sungai2 air jernih mengalir kepada hamba2Nya
Kerana di sinilah kedamaian paling dirasai
Tanda kuasa Ilahi


Benar ;)


Balik dengan hati yg sudah pun tenang,....


Terima kasih , Tuhan
Kurniaan alam penuh kedamaian

Dan kerana mengurniakan seorang teman di sisi
Buat pengingat tentang Kalamullah...
Kurniaan sgt bernilai buat hambaMu
Yg kadangkala tersungkur dengan perasaan....

Thursday, December 29, 2011

Cerminkan diri

Bismillah

Kita boleh saja
Memuji2 diri sendiri bila bercermin
Tp mengapa menipu hati
Bahawa pujian itu sebenarnya bukan layak buat kita


Oh beratnya dugaan
Di saat diuji kesusahan, kita kuat menghadapi
Tapi saat diuji kesenangan, kita mula bermegah diri
Terlupa kesenangan jua bisa merebahkan memadamkan cahaya hati




Ya Allah,
Jauhkan perasaan bermegah2 dengan harta dan keturunan kami
Kerana kami beriman dengan firmanMu, Surah Al- Kahfi; 46


" Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."

Kayakanlah aku, oh Tuhan....

Bismillah

Ku pohon dariMu , Tuhan

" Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu
Dan hiasilah aku dengan sifat berlapang dada ( lemah lembut)


Muliakanlah aku dengan ketakwaan,
Serta indahkanlah aku dengan kesihatan"




Imam Syafie r.a ;-
"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para Nabi, Rasul, dan orang2 soleh"

Masih belum terlambat

Bismillah

Ada lagi 2 hari sebelum 31 Dec 2011.. Maknanya masih sempat bagi yg masih belum menyempurnakan kewajipan ZAKAT..perkara wajib kenalah ditunaikan , ye dak? Mungkin Ada yg hampir2 terlupa:)

rukun Islam itu 5 perkara

1. Mengucap shahadah Lailahaillallah kerana kita mengEsakan Allah
2. Solat fardu 5 kali sehari
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Mengerjakan haji bagi yg mampu..

Rata2 3 perkara pertama tu rasanya takde masalah kot:) mungkin kena baiki lagi iktikad/ keyakinan di smping cuba lebih solat dengan kusyuk di awal waktu..Dan time posa kena lebih kurangkan perkara sia2.. mengerjakan haji mungkin Ada yang dah buat, dan berazam nak saving supaya dpt tunaikan bila dah cukup nnti;)

Tapi bab zakat ni kadang2 ada yg terlupa..eh, ada plak cuba nak skip:p katanya tak layak sb gaji kecik:) KEcik KE?

Meh tgok syarat SIAPA yg WAJIB zakat?

1. Org Islam yg ada harta samada WANG/ EMAS/PERAK/ SAHAM/ TERNAKAN/ TANAMAN dan yg Ada gaji tetap tak kira org gomen ke swasta..

2. Merdeka- maknanya kita bebas, bukannya hamba

3. Sempurna milik- maksudnya kita bebas guna harta tu sesuka hati kita..bukan yg masih berhutang dsb

4. Cukup nisab - iaitu nilai harta kita tu bersamaan nilai 85 g emas mengikut harga semasa.. Contohnya kalau harga emas skrg RM190 x 85 = RM 16,150..

5. Cukup haul- maknanya kita memiliki harta tu cukup tempos satu tahun hijrah..yg ni Ada pengecualian dalam zakat pertanian Dan pendapatan


So , kita dah lepas tak syarat semua kat atas ni?
Kalau dah, dah WAJIB bayar tu:)



Mudah je nak kira baper kita kena bayar.

1. Total kan jumlah pendapatan kita setahun - A
2. Kemudian tolakperbelanjaan yg DIBENARKAN - B
a. Diri -RM 8000
b. Isteri- RM3000
c. Anak 3 orang x RM1000
d. Pemberian pd mak ayah selama 12 bulan
e. KWSP 11% selama 12 bulan
f. Simpanan tabung haji selama 12 bulan
3. Pendapatan yg lazat dizakat = ( A-B)= C.. Kalau total C ni sama atau melebihi nilai nisab iaitu nilai 85 g emas
4. Zakat yg WAJIB dibayar 2.5 % x C



Rugilah kan, perkara rukun yg lain kita dah molek buat, alih2 bab zakat kita abaikan.. Masih belum sempurna kita sebagai seorang Islam..

Mudah2an sama2 kita beringat;)

One thing, kalau kita dah tunaikan zakat, leh dapat rebat cukai pendapatan..kalau zakat kita melebihi cukai pendapatan, so leh dapat pengecualian cukai pendapatan..tp dengan syarat kena zakat sebelum 31 Dec ye:)

NOTAKUKUKAKIKU : Allah janji tambahkan lagi rezeki pada hambaNya yg belanjakan harta di jalan Allah..lagi pon bukan hak kita nak risaukan rezeki masa depan kita selagi keyakinan kita Allah Yang Memberi Rezeki:)

Monday, December 26, 2011

Terlalu cepat "terasa"

Bismillah

Minta maaf awal2 post kali ni mungkin ada yang terasa..tapi hakikatnya kita memang selalu terlupa..

Bab " cepat terasa" bila ditegur walaupon teguran itu memang benar

Saya tumpang intai2 FB suami, terbaca satu post di buat oleh kawan suami..saya Kira dia seorang ibu dan guru sekolah..

Dia menyatakan di wall dia memberi " amaran " pada seseorang yang menegur kesilapan wanita ni dalam post sebelumnya...bunyinya lebih kurang mcm " nak bagi kuliah ke, ceramah ke, letak kat wall sendiri sudah lah. Jgn sibuk kat post orang"..

Saya tidaklah meletakkan sesiapa yang bersalah, sb tak tau hujung pangkal..cuma saya teringat kisah pada diri sendiri dan saya tetap menyalahkan diri sendiri yang " mudah terasa" bila ditegur..

Kisah 2 tahun lepas, masa tu saya Dan suami berada di Masjid Jamek KL..kebetulan diadakan agihan bubur lambuk sempena sambutan Ramadhan. Lepas Asar, kami pon jengah2lah sekitar Masjid kot2 ada rezeki dapat merasa bubur lambuk hari tu..

Kami menghormati kawasan masjid yang rata2 inginkan jemaah menghormati jemaah lain termasuklah kawasan lelaki perempuan yang berasingan, berpakaian sopan Dan sebagainya ..

Sngguhpon hakikatnya kami halal suami isteri, tp saya decided jalan jarak sikit dari suami sb takut Ada tersilap anggap dengan status kami..dalam dok tercari2 , lintas seorang pegawai agama.. Elok je melintas kami, dengan bahasa sinis, dia tegur" kawasan masjid ni, jalan jauh2 sikit"

Berdesup hati saya.. Tgok keliling tak silap memang kami yg dimaksudkan..

Apa perasaan kita ditegur mcm tu di hadapan org awam yg ramai tu? Para jemaah lain semuanya dok pandang sinis kat kami..Allahuakbar, malunya rasa!

Suami saya pon hangin la jugak. Sedangkan kami dah usaha berjalan jarak yg jauh sebagai menghormati kawasan masjid.

Hati tgh panas, memanglah mudah melenting,kan? Termasuklah kami..

Kami berpatah balik keluar kawasan masjid. Trus padam selera nak merasa bubur lambuk .. Sebelum smpai pintu gate, pegawai tu dah ushar kami dgn pandangan tajam.. Alih2 suami terus capai tangan saya Dan berjalan selamba..

Trus pegawai tu tahan, dgn bahasa agak kasar, tanya ni dah bernikah ke belum ni ?

Suami bengang Kali kedua, trus keluarkan kad e - nikah kami.. Trus pegawai tu senyap.. Nak cover malu, dia cakap ni kawasan masjid.kena hormat kat sini..

Kalau ikut hati yg panas, saya nak menjawab, td kami dah jalan jauh, ditegur kasar khalayak ramai, encik tahu ke hormati perasaan org?

Tapi memandang suasana dalam masjid, yang baru selesai solat berjemaah , trus kami cepat2 keluar..

Dalam train, kami berdua terdiam..fikir2 suami bagitau rasa menyesal buat mcm tu..tp disebabkan teguran tidak secara berhemah, disitu puncanya berlaku perselisihan..

Inilah yg banyak berlaku hari ni.. Kita mudah melenting Dan terasa bila ditegur..dan kita yang menegur ni kadang2 tak fikir apa cara terbaik utk menegur..

Nabi dah ajar menegur secara berhemah .. Kalau pegawai td tu tanya secara personal pada kami apa hubungan kami, dah tentu kami tak bersikap melawan dengan perbuatan mcm tu.. Dan kami plak kalau tak melawan dengan tunjuk sikap mcm tu, mesti pegawai tu tak marah kat kami.

Sama jugalah kes lain.. Tgok org tayang gmbar seksi atau sosial di FB dsb, tegur lah secara baik secara private message. Jgn malukan di wall yg memalukan dia. Dan kita yang ditegur, terimalah tegurn dgn positif walaupon hakikatnya memang menyakitkan hati..

Nabi dah pesan, kalau kita kuat Dan mampu, boleh tegur dengan perkataan / lisan.. Dan selemah2 nya sekadar dengan tidak bersetuju dengan hati..kalau kita melihat maksiat/ kemungkaran tanpa rasa benci, maknanya iman kita masih lemah..

Wallahualam ..



Semoga saya sendiri dan kita semua masih mampu menegur paling tidak membenci kemungkaran Dan kita pon boleh terima teguran dengan positif..walaupon saya mengaku, adakalanya kita rasa berhak utk marah, tp bila bersabar, sebenarnya lebih terasa nikmatnya iman..

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.


Semoga Allah berikan kekuatan...

Apa aktiviti di hari cuti Krismas?

Bismillah

Sabtu Ahad kami ke Perlis..Sabtu cari barang keperluan dan juga " kehendak" di Padang Besar.. Hari Ahad, masuk ke Satun, Thai di sempadan Wang Kelian.. Tak sia2 hiking Bukit Jambul setiap hari, ronda keliling 3,4 kali tanpa ketar lenguh lutut..hehehe...alasan kukuh utk bersenam dan aktif exercise tu..Hehehe..

Alhamdulillah , Allah bagi kekuatan dan kesihatan yg baik, so dapat lah bawa barang sikit utk mak Dan mentua adik kakak semua;)




Balik ke Penang, sampai dah Maghrib.. Solat2 semua, bergegas laki bini merempit ke Masjid Sg Ara..malam tu Ada ceramah agama oleh Ustaz Kazim Alias Al - Hafiz..punya ramailah orang smpai ke tepi2 jalan.. Seronok tgok anak2 muda masih beruniform kerja pon berhenti Dan sama2 dgr kuliah ustaz.. Mcm nilah generasi muda yg negara Dan agama mahukan;) jiwa terisi dengan benda bermanfaat ..Alhamdulillah, semoga makin ramailah kita terus menuntut ilmu agama..

Saya terbaca dalam satu paper research di US, katanya faktor kejayaan dalam berkarier sebenarnya 70% faktor ilmu pengendalian jiwa dan 30% ilmu teknikal.. Mereka membuktikan org yg berpegang pada agama lebih maju kehadapan Dan bertahan berbanding dengan org yg hanya cemerlang ilmu teknikal.. Kita tgok saja suasana kita di Malaysia ni.. Ramai org hebat tersungkur bila tidak berpegang kuat pada suruhan agama contohnya dengan kes rasuah, skandal sana sini..

Subhanallah, betapa pengisian jiwa tu penuh hikmah Dan sebak tu Allah meletakkan menuntut ilmu itu fardu utk umat Islam..

Saya bukan org yg fakih benar dalam agama, tp bersyukurlah sekeliling ramai org yg mengingatkan kita.. Dan tiada sebab utk kita " tertinggal" dalam menambah ilmu agama.. Mudah2- an kita terus terdorong menambah ilmu biarpon sedikit;)

JOM JADIKAN AZAM BARU 2012- " Menambah ilmu agama;)"

InsyaAllah ;)




Apa xtvt korang? Jomlah share;)

Sarapan pilihan..

Bismillah

One of my preferences
For simple yet healthy breakfast


I am prefer unshelled almond compare to shelled almond.

" unshelled almond" term indicates almond with shell still attached..

# contains about 26% carbohydrates (12% dietary fiber, 6.3% sugars, 0.7% starch and the rest miscellaneous carbohydrates).

# rich source of vitamin E, containing 26 mg per 100 g

# rich in dietary fiber, B vitamins, essential minerals and monounsaturated fat , one of the two "good" fats which potentially may lower LDL cholesterol. Typical of nuts and seeds, almonds also contain phytosterols, associated with cholesterol-lowering properties.

# using them in the daily diet might lower several factors associated with heart disease, including cholesterol and blood lipids




Rasulullah juga dah mengajar kita tentang amalan pemakanan sihat dengan mengambil biji- bijian..sains hanya membuktikan;)

Jom kita amal kan amalan sunah Nabi, insyaAllah Nabi itu kan kekasih Allah..amalan Dan akhlaknya semestinya terpelihara Dan penuh 1001 kebaikan;)

NOTAKUKUKAKIKU : bekfes tamar tetap no 1.. Jogging, hiking insyaAllah maintain tenaga;) cubalah !

Wednesday, December 21, 2011

Yang ada dikongsi bersama…

Bismillah

Hampir terlupa plak gaji bulan ni diawalkan sebab dah nak krismas,kan? Wah, senyum lebar kakitangan awam sb dapat bonus setengah bulan gaji, ye dak? Syukur, sungguhpon masih ada yang tak berhenti merungut jumlahnya tak besar la, tak setimpal lah, eh cuba Tanya, yang kita sumbang di tempat kerja dah cukup besar tak? Cuba tolak kira2 penggunaan bil internet layan facebook, download youtube, berblog, YM dan sebagainya..tu tak termasuk charge handset, tablet, dan sebaginya…silap2 lebih dari jumlah bonus yang kita terima..so, mari sama2 kita bersyukur ye…

Lagipon siapa nak bagi sejumlah tu secara percuma ,kan? Bersyukurlah dari yang langsung tak dapat apa…hehehe

Ni kebetulan ada YES plak ye..wah, tepat masanya ..hehehe..

Ops, tapi sebelum berYES sakan, jangan lupa ye..setiap rezeki yang kita terima, bukan 100% milik kita.. Allah itu Maha Adil.. siapa yang punya kelebihan baik dari segi pelajaran, ilmu, pendapatan yang membolehkan kita perolehi kekayaan, perlu membantu orang yang tidak senasib kita..


credit:gugel

So, masih belum terlewat kan.. asingkan siap2 2.5% dari jumlah bonus kita dan dizakatkan..mudah2an bertambah murah rezeki kita..

ada sesetengah orang berpendapat buat apa terlalu mengejar harta dunia..pada saya, betul pendapat tu SEKIRANYA kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam kat dunia ni...MasyaAllah, sedih ye kalau masih ada umat Islam masih berfikiran macam ni..takde salahnya mencari kekayaan dunia yang Allah sediakan, selagi kita tak terlalu meletakkan itu matlamat hidup kita..kalau kita punya kekayaan besar mcm mana pon, dan kita tetap menjalankan ibadat, dan tetap berzakat utk kemajuan umat, di mana dosanya kalau kita berusaha mencari kekayaan? Sb itulah Allah letakkan salah satu rukun Islam itu adalah berzakat..maknanya Allah membenarkan kita kaya tapi kaya sambil membantu yang susah..sayangnya, tak ramai melihat apa rahsianya Tuhan meletakkan 5 rukun Islam tersebut…

Mudah2an bertambah manfaat diri kita ni pada orang lain dengan rezeki yang berkat..insyaAllah..

Tahun 2011 pon dah nak berpenghujung, jangan lupa juga kira2 zakat pendapatan ye…

NOTAKUKUKAKIKU: sepanjang lalu di kawasan Kulim tempoh hari, banyak banner Jom Pakat Berzakat.. syukur masih ada yang mengingat…

dah tiba masanya...

Bismillah

Honestly , i am not good in politic and for the time being, i am not interested into it.. In future, wallahualam...

dah beberapa hari ni sibuk bertelagah antara ahli tertinggi dalam parti yang asasnya dulu bermatlamat membina negara Islam tapi sejak kebelakangan ni dah ke arah negara berkebajikan..tak tahulah mana pendirian asal parti ni didirikan..yang sini kata sana bongkak dan sombong..yg sana kata sini frust tak dicalonkan..bla..bla..bla..

pada saya, STOP IT!

sekarang ini, bukan masa yang sesuai untuk kita orang melayu yang bershahadah kalimah Lailahaillallah bertelagah dan saling menyalahkan sama lain..sedangkan orang bukan islam dan kaum lain, bertepuk tangan kita jadi mcm ni.. silap2 pangkat jawatan ke mana, maruah agama bangsa tergadai..Nauzubillah

pagi tadi saya menghadiri sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat USM, Penang..mengena sangat tema sambutan tu, "KESEFAHAMAN ASAS MELESTARIKAN UNIVERSITI"..

sungguhpon ia berteras universiti, tapi sebanarnya dari sinilah boleh dilakukan perubahan yang melibatkan agama, bangsa dan negara..

suasana kita sekarang ni , bukan utk mencari kesefahaman..tapi lebih mencari titik ketidaksamaan.. yang parti keris kata parti bulan begini..yang parti bulan dok maki parti keris..tak sudah2..

kalaulah mana2 parti pon terus mencari kesalahan masing2, tak mustahil melayu islam di malaysia ni terus berpecah belah..tidak maju dan terus mundur berbangsa bangsa lain..

antara yang menjadi istimewanya majlis semalam adalah kehadiran Ustaz Kazim Alias Al Hafiz..penceramah feveret saya sekeluarga..hehehe...

antara point ceramah beliau, ada 6 perkara yang kita kena lakukan utk mencari kesefahaman tidak kira kita atas parti apa sekalipon..

perkara utama adalah KEKUATAN TAUHID..kalau semua dari kita fikir bahawa kita ini sama sama Islam, yang mengaku Allah itu Tuhan kita, Nabi Muhammad itu Rasul kita, mengapa setiap benda kita perlu pisah2kan.. berdirilah atas parti apa sekalipon, tapi matlamat akhir adalah utk memajukan agama dan bangsa kita..jangan sampai kita lemah sebab tidak bersatu.. kalau parti keris kata nak bela melayu, islam, institusi raja, parti bulan pon kena support sama..mungkin cara berbeza tapi matlamat yang sama hanya kerana pegangan akidah kita sama..

begitu juga dalam suasana kita yg bukan berpolitik ni..di tempat kerja misalnya.. memanglah perangai kita takkan sama, tapi bila bekerja, kerana tauhid kita adalah atas kalimah Lailahaillallah, buatlah perkara2 yang memudahkan semua orang..jangan asyik menunding jari orang itu begini, org ini begitu..

bila kita selalu cari titik ketidaksamaan, maka tidak sefahaman lah sampai bila2...

sempena tahun hijrah 1433 yang sudah pon bermula, dan tahun baru masihi 2012 yang bakal bermula, jom kita perbaiki kekuatan tauhid kita..jangan pecah2 hanya kerana kita tak sama ideologi..

lagipon matlamat kita bukan sepenuhnya di dunia ni, kita kena lebih kejar akhirat..cuma jadikan dan manfaatkan peluang di dunia sebaiknya utnuk jadi bekalan kita di akhirat sana..

SELAMAT BERHIJRAH!



*borong cd ceramah ustaz..boleh juga tmbah ilmu sikit2:)*


NOTAKUKUKAKIKU: kawan2 sekitar penang, ahad ini Ustaz Kazim akan berceramah di Masjid Sg Ara, pukul 9 malam.. jom cuba lapangkan masa utk tambah ilmu..kerana ada kala, kita perlu diingatkan sb kadang2 kita tidak tahu atau terlupa..Wallahualam...

Monday, December 5, 2011

Keberkatan

Bismillah

Hampir terlupa dengan hari Asyura ..sibuk sgt mengejar waktu..mujur terdetik hati nak dgr siaran radio IKIM semalam...

Apa lebihnya Hari Asyura ye?

Para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".

Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Subhanallah,banyak rupanya kejadian di hari Asyura..Jom kita baiki khusyuknya solat, banyakkan sedekah walaupon hanya senyuman dan Salam,lebihkan zikir Dan solawat ke atas Nabi..mudah2 an kita juga mendapat keberkatan di Hari Asyura..Amin


NOTAKUKUKAKIKU: suka sgt bubur asyura: p

Friday, December 2, 2011

Sekelip mata

Bismillah

Kemarin dtg serdang ngan hasben, stay hotel bajet kat serdang raya..
Agenda rutin, makan malam di restoran feveret, trus merayau cuci mata kat bazaar larut malam di jalan reko kajang..

Sebelum kuar bilik, dgr bunyi dentuman Dari jalan raya..
Syak ini mesti accident

Turun je hotel, nmpak org berkerumun
Ada satu badan terlantar atas jalan betul2 dpn hotel

Lama menanti keputusan pengesahan doc yg dtg check
Akhirnya nmpak pak polisi kluarkn plastic hitam

Fahamlah kami, org tu dh mati:(

Dlm kereta masih tak henti berfikir
Betapa sekelip mata Tuhan memanggil kembali
Hitung diri Dah bersiapkah diri sendiri

Rupanya masih banyak perlu diitebus kelalaian selama ini

Dan berdoa agar bila tiba saatnya nnti
Biarlah dlm kalimah Lailahaillallah kalimah suci

Amin...

NOTAKUKUKAKiKU: kejadian ni ada dlm paper 1 dis..

Wednesday, November 30, 2011

Usah pernah menghukum

Bismillah

Saya ni bukanlah anti social lebih2 lg dalam era technologi serba canggih skarang ni. Memang trend la zaman skarang majoriti ada FB, twitter, Skype,mcm2 la lagi..

Dan kebanyakannya berdiri di atas satu reason paling munasabah ...untuk mengekalkan social dengan rakan2 , baik yg dh lama kita tak jumpa, yang hari2 jumpa, yang baru berjumpa malah dengan yg langsung kita tak pernah jumpa.. Hebatnya kuasa social networking..

Tp masih munasabah kah medium2 ini sekiranya ia lebih menjadikan kita saling berlumba2 utk menceritakan semua perkara termasuk yg remeh malah sehingga Hal peribadi turut diwarwarkan.

Skrg ni trend "tag and comment" semakin menjadi2..

Apakah terasa hebat bila setiap kali kita upload gmbar yg barangkali melibatkan aktiviti dan perasaan org lain, kemudian kita tag kawan2 yg kebarangkalian akan memberi komen2 yang berderet2 sehingga akhirnya kita lupa bahawa konsep mengekalkan silaturahim itu tercemar.malah lebih bahaya kita sebarkan fitnah plak..Nauzubillah

Dah tiba masa kita 'hijrahkan' diri dari benda2 yg nmpak remeh tp besar kesannya...

NOTAKUKUKUKAKI: Isu melabel org di FB semakin menjadi2..

Friday, November 25, 2011

salam maal hijrah 1433

Bismillah

Salam Maal Hijrah yg ke 1433
semoga tahun baru ini ,kita lebih berusaha untuk menjayakan diri sendiri, agama, bangsa dan negara

sempena memulakan tahun baru yang kita harapkan penuh warna warni kebahagiaan
saya pohon ampun dan maaf andai ada salah silap sepanjang menulis dalam blog ni
kalau saya menegur, ada yang terasa hati, maafkan saya kerana teguran itu buat pengingat diri saya sendiri

andai ada terkurang sana sini, ampunkanlah atas ketidaksempurnaan ini..

semoga Allah merahmati kita semua...

NOTAKUKUKAKIKU: permulaan yang gembira di tahun baru (^_^)

Tuesday, November 15, 2011

iktibar kesusahan org lain

Bismillah

Saya cukup kagum dgn kwan2 y semangatnya maintain xberubah baik dr segi pelajaran atau kerjaya..

Saya pulak level smgat ni ada masa naik,ada ms trun..hmm

Pg ni bdn xbpe sedap..agaknya smalam mkn daging byk kot.mula la naik lemau je rasa..

Bila dh lemau,nk buat keja pn mcm malas..hmm

Tgah usaha kembalikan mood,saya intai kt tingkap.nmpk ada 3 org apek tgah btukang buat rumah org nk renovate la gamaknya..sy agak y dua org tu dlm 50-60 an umurnya.sorg lg dlm 30an mcm tu..

Matahari dok cacak atas kepala,dpa steady je buat keja.lg2 y apek tua tu.
Tetiba ujan,dpa msih steady wat work..

Sy tgk keadaan sy.sjuk bhawa dingin,xkna ckit pn pns matahari..

Atas alasan apa sy untk tidak jd produktif mcm mereka..

Astaghfirullah,lalainya diri ni..

NOTAKUKUKAKIKU: kdg2 kita tlalu asyk melihat kesenangan org shj..

Monday, November 14, 2011

BIADAP

Bismillah

memang, kasar bunyinya kalau kita kita sebut biadap ataupon terdengar org sebut perkataan ni..tapi itulah yg dilalui dalam seharian...

dari start atas jalan raya, smpai nak cari parking, di pejabat , atas jalan raya semula dan smpailah ke rumah...ada saja kadang2 perkara2 yg boleh dikategorikan sebagai 'biadap' sama ada orang yang buat atau kita sendiri yg buat..sedar ataupon tidak...

tapi adakalanya kita berlaku 'biadap' kerana 'kebiadapan' org lain..

setuju tak??

contoh situasi saya minggu lalu...


handphone ringing.. saya jawab ..terdengar suara pemanggil seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai wakil sebuah syarikat bla..bla..bla.. dan menawarkan saya kad VIP untuk pelbagai faedah...of course faedahnya bisa buat hati cair kalau tak fikir panjang....

selalunya saya secuba mungkin tidak melayan panggilan dari caller yg tak dikenali kerana sekarang ini, mcm2 syarikat kol utk tawar itu ini tapi hakikatnya sekali berjanji, memang manis janjinya tp bila duit /kad kredit dah di kaut, lesap tinggal ko sorang terkontang kanting...

saya cukup berhati2 bila berurusan dengan kad kredit berdasarkan pengalaman kawan2 yg sudah terkena...

tapi kali ini saya tak sempat beri alasan kerana tersalah sangka dengan panggilan laki tu yg membahasakan saya Dr. Fazhana.. selalunya panggilan dari bank dan sebagianya menggunakan panggilan Puan Fazhana.. urusan di tempat kerja sahaja menggunakan Dr. Fazhana..sangkaan saya ofismate kol atas urusan kerja dsb..

ok, fine, dah hampir terjerat skrg...

yg mula tak sedap hati tu, boleh plak dia main2kan nama saya smbil nyanyi lagu Farhana kumpulan Jimbara tu.. eh? ko ni nak mengorat anak dara ke hape? kalau urusan kerja, cakaplah straight to the point...

takpe, SABAR...

start je dia bagitau antara faedahnya leh potongan gi umrah...itu first thing dia mention..dan siap2 gitau, saya short cut je ni, sb banyak sgt faedahnya..

wah, boleh plak hal macam ni main short cut short cut ye...

takpe, SABAR....

tiba2 leh plak mencelah, eh ni nak panggil Puan ke Cik ni? * nada mengada2* eh, ko ni bercakap nak bersembang ke hape.. tahulah suara aku ni kecik mcm doremon, tp kalau awal2 td dh bahasakan nama official saya, so belasah je lah puan kalaupun aku lom kawen ke hape..

ok, my blood rising up...

disebabkan cara dia bercakap mcm budak2 baru sunat nak try ayat budak junior, saya rasa saya perlu berkeras sikit...

then saya cakap, " ok mcm ni lah, u nak short cut explain kat saya, saya pon nak short cut to the point.. ni apa benda kad semua ni kena bayar ke apa? ada hidden fee ke apa ye?

tahu dia jawab apa...

" eh, saya baru nak cakap semua ni xpayah bayar..puan dah potong2 cakap saya..saya baru nak gitau berita gembira ni kat puan...bla..bla...."--> suara tinggi

ok, my blood now higher than u're expecting! beware!

" takde, senang citer.. u cakap td nak short cut bagi cepat, saya bagi u senang ..lagipon saya ada urusan kerja di ofis ni.." *'

" eh saya pon tgh kerja ni.. puan kerja, saya pon tgh kerja!"

boleh plak ko tengking aku ye...

ada 1% je baki kesabaran dan ayat berbudi bahasa...

" sorrylah, ( wah, boleh lagi aku yg say sorry..) saya nak masuk meeting kejap lagi..sb tu saya nak tahu.. saya rushing ni"

" hah? meeting? eh ni dah tengahari baru nak meeting? puan tak meeting pagi2 ke?"bla..bla...

TETTTT!!!!!!

MY RED BUTTON IS ON!

" eh, u ni sapa nak arah I meeting pagi2 ni? sapa u nak order sesuka hati.. kalau bekerja cara mcm ni, sampai ke tua lah u dok hadap tipon merayu memujuk org dengan offer u yg short cut short cut tu! dah, i"m not interested! tq!

call ended....

pergh! menyirap betol... tu cara berbudi bahasa dengan org ye?eloklah sgt...

pas letak tipon, saya menyesal tak sudah sb tersembur kata2 mcm tu..saya tahu bunyinya memang biadap..tapi kalau dah diasak banyak kali, dh bagi peluang cakap elok2, itulah padahnya....

itu gara saya mengaku sudah Puan, kalau cakap masih Cik td?? mahu lagi berani dia terus paksa dan biadap mcm tu...


tp itulah situasi hari ni...

saya confirm, kalau mamat tu ada blog, mesti dia akan update citer kutuk pasal saya..mulalah mengata orang ada jawatan sikit, kurang ajar dengan dia..takde budi bahasa...

status kat FB, confiirm nak update, "bengang, pangkat ada, budi bahasa zero"


dan itulah juga situasi hari ini..kita selalu menyalahkan org lain kerana biadap/kurang ajar dengan kita...

tapi pernah tak kita fikir dan menyalahkan diri sendiri, mungkinkah diorang biadap sb kebiadapan kita???

HIDUP SELALU MENYALAHKAN ORANG LAIN SAMA SEPERTI KITA BERCERITA KELEMAHAN DIRI SENDIRI KERANA SATU JARI YG MENUNDING, EMPAT JARI BALIK PADA KITA...

fikir2kan....


***kalaulah mamat tu TER jumpa blog ni dan terasa terkena batang hidung, akak minta maaf lah ye..tak niat nak kutuk kerja sesiapa..janji halal..tapi improvelah adab budi bahasa tu.. org tak kisah dek ko kerja apa, pangkat apa..tapi, org kisah sikap kita, budi bahasa kita...

dan sorry lagi satu, sb dah tertipu, sbnarnya akak tgh enak menjilat eskrem kat tesco masa ko kol..hahahhaa..sb ko kureng, terus masuk ofis kononnya..amponnnn!!!! hehehehe

PEACE!!!! akak cool , dek..ko je silap cakap tengking2... laki akak pon tak pernah naik suara, dek oii..

PEACE sekali lagi!


NOTAKUKUKAKIKU: adab budi bahasa dah makin luntur...



Thursday, November 10, 2011

jangan pernah terasa hebat

Bismillah

jangan pernah terasa hebat
bila sudah mampu berkereta besar
kerana kereta yang besar
belum terjamin lagi kelajuanya membantu kita cepatnya meniti Siratul Mustaqim


jangan pernah terasa hebat
bila sudah ada pangkat yang tinggi
kerana pangkat yang tinggi
belum terjamin lagi tingginya membantu kita mencapai waktu hisab yg cepat di padang Masyar


jangan pernah terasa hebat
bila mengenakan pakaian jenama yg hebat
kerana pakaian yg mahal itu
belum lagi terjamin mampu menahan diri kita dari panasnya di dataran saat amalan dihisab


jangan pernah terasa hebat
bila punya gajet yang maha canggih
kerana gajet yang canggih itu
belum tentu dapat memudahkan sampainya doa waris yang ditinggalkan tanpa didikan agama


jangan pernah terasa hebat
hidup ini pinjaman semata-mata....


NOTAKUKUKAKIKU: segera istighfar saat terlintas rasa riak dan u'jub dalam hati....

musibah itu juga satu nikmat

Bismillah


saya kongsikan kata2 perbincangan dengan seseorang yang saya cukup kagum dengan keyakinannya yang sgt tinggi terhadap Allah walaupon pembawakan dirinya nampak biasa2 saja..


mengenai nikmat Tuhan...

ramai dari kita menganggap nikmat itu hanya sebagai kesenanagan, murahnya rezeki dari Tuhan dan sebagainya...


tapi bila ditimpa sakit/musibah/ujian, ramai yang menghukumnya sebagai musibah/balasan atas dosa yang dilakukan...


tapi hakikaktnya , jika diperhatikan , kadangkala kesenangan itu adalah musibah dan kesusahana itu adalah satu nikmat...



cuba kita fikirkan nikmat di negara kita ni.. contoh paling mudah, nikmat makanan yang pelbagai yang boleh kita makan bila2 masa, tiap2 masa... satu nikmat besar tak terhingga tu kalau dibandingkan dengan negara yang miskin mcm kat somalia dsb...



tapi disebabkan dengan nikmat makanan yg akhirnya kita leka dan tenggelam dalam memenuhi nafsu selera , berapa peratusan meningkat kebelakangan ini disebabkan obesiti/jantung/darah tinggi/diabetes dan sebagainya...


semuanya kerana nikmat yg kita bangga2kan kita gunakan berlebihan.. dan macam trend plak skrg ye, berebut2 nak memenuhi selera sana sini dan berbelanja berlebihan hanya sekadar utk memenuhi selera besar...sesekali tidak apa, tp jika selalu sgt, takut2 lari sunah yang dianjurkan Nabi kita, makan hanya bila lapar dan sebelum kenyang..



kasihan kita tgok suasana banjir yg melanda negara jiran kita sekarang, thailand.. saya yang pernah melalui saat banjir masa menetap di johor di zaman sekolah dulu dapat rasa betapa susahnya menghadapi banjir... yg beranak kecil, yang sakit, yang uzur... kita yang perempuan plak time period, sukarnya nak uruskan diri dalam banjir mcm tu..maklumlah air kotor.. kalau ditempatkan di dewan orang ramai, mana nak bertudung walaupon tgh tidor, mana nak dijaga aurat , mana nak solat dsb...

tp benar pendapat musibah itu juga satu nikmat... nikmat supaya kita redha dan sabar..ingat kuasa Allah.. ingat rezeki Allah boleh kita dapat dan boleh hilang bila2 masa saja...

tapi sayangnya berapa ramai yang mengharungi musibah denagn mengeluh dan mengabaikan terus perintah Allah.. berapa ramai yang lupakan solat dan berdoa minta perlindungan, berapa ramai yang tayang aurat walaupon keadaan bukanlah terlalu darurat...


cuba lihat dalam siaran penduduk somalia yang mengendong anak kecik kurus kering, tapi kepala masih berselindung di dalam selendang besar... walaupon terhimpit dengan kelaparan, tapi bab aurat masih terjaga...

mengapa kita yg masih banyak keselesaan tak mampu menutup aurat sebaiknya tanda kita syukur pada Allah walaupon diuji?

semoga Allah melindungi orang2 di negara jiran dan juga melindungi kita yang sebenarnya turut diuji...

DIUJI DENGAN KESENANGAN DAN KESELESAAN

Wallahualam....

NOTAKUKUKAKIKU: Allah Maha Pelindung....