Sunday, December 4, 2011

Saturday, December 3, 2011

Cer teka

Bismillah




Apa benda nih?
Kalau terer, tekalah..

Posted using BlogPress from my iPad

hati2lah ye...

Bismillah

kes samun handbeg kaum pompuan masih menjadi-jadi..tp saya tgok, masih banyak juga yang bawa handbeg smbil jalan lenggang kangkong sambil menghayun2kan handbeg tanpa rasa berhati2...




boleh nak bawa handbeg, tp pastikan kalau kita berjalan, seboleh mungkin bawa di sebelah bahu yang bukan ke arah luar jalan.. kalau beg dikelek tu jenis tali pendek, kepit rapat celah ketiak tu kemas2... jangan expose tali yg akan memungkinkan mudah dicapai...takpelah kalau rasa tak leh nak tayang sgt 'kecantkan' pattern handbeg kita tu, janji jiwa dan keselamatan diri kita terjaga..

skrg ni trend beg sling tali panjang.. memang trendy, tp mesti lebih berhati2..kalau nak sangat bergaya juga, pastikan purse kecik kita simpan dalam poket seluar..so kalau apa2 jadi, at least handbeg kita saja yg 'terkorban'..barang berharga like IC/kad nikah/lesen/duit/kad bank semua selamat.selalu yg pakai sling beg,pakai seluar kan? ke pakai baju kurung pon boleh? entah, saya bukan orng up to date dalam berfesyen.kalau pakai baju kurung tp nak bersling jgak, mungkin kena fkirkan alternatif lain nak simpan purse kecik kita...

yg saya selalu dok perati, kita pompuan ni mcm leka kalau bercakap kat phone smbil kelek handbeg,smbil berjalan..oh a BIG NO di situ.. kalau boleh, stop dulu kat dalam kedai ke, masuk toilet ke sebelum jawab phone. jangan sesekali expose pada open so that kurang risiko diragut..

dan yang paling penting, setiap kali kita keluar umah, berdoalah pada Allah..itu yg paling penting..sb Allah kan sifatNya Maha Pelindung..mudah2an kita terlindunglah dari sifat jahat org2 yg nak kesenagan cara mudah tapi kotor ni..amin....

NOTAKUKUKAKIKU: ambil iktibar dengan kejadian pada org lain...

'upgrading'

Bismillah



-Posted using BlogPress from my iPad

Friday, December 2, 2011

Sekelip mata

Bismillah

Kemarin dtg serdang ngan hasben, stay hotel bajet kat serdang raya..
Agenda rutin, makan malam di restoran feveret, trus merayau cuci mata kat bazaar larut malam di jalan reko kajang..

Sebelum kuar bilik, dgr bunyi dentuman Dari jalan raya..
Syak ini mesti accident

Turun je hotel, nmpak org berkerumun
Ada satu badan terlantar atas jalan betul2 dpn hotel

Lama menanti keputusan pengesahan doc yg dtg check
Akhirnya nmpak pak polisi kluarkn plastic hitam

Fahamlah kami, org tu dh mati:(

Dlm kereta masih tak henti berfikir
Betapa sekelip mata Tuhan memanggil kembali
Hitung diri Dah bersiapkah diri sendiri

Rupanya masih banyak perlu diitebus kelalaian selama ini

Dan berdoa agar bila tiba saatnya nnti
Biarlah dlm kalimah Lailahaillallah kalimah suci

Amin...

NOTAKUKUKAKiKU: kejadian ni ada dlm paper 1 dis..

selalu terlupa

Bismillah

kita selalu terlupa
mengucapkan terima kasih dan penghargaan
kepada kawan-kawan yang menghiburkan hati kita
yang berkongsi dengan kita
yang menceritakan pengalaman buat pedoman diri kita
yang menasihati demi keselamatan dan kesihatan kita
yang mencetuskan idea bernas buat kita sama berfikir
yang memberi cadangan terbaik utk kita jadikan pilihan dalam kehidupan


credit: klik

oleh itu

AYUH
ucapkan terima kasih dan penghargaan buat teman2 kita
tidak kira di alam nyata dan maya


TERIMA KASIH
untuk kawan-kawan yang berkongsi cerita,pendapat dan sebaginya
kepada yang turut membaca dalam senyap tpi tiada meninggalkan kesan(hehehe)
kepada yang sama tersenyum dan ceria dgn cerita tp dalam masa sama tidak membenarkan org lain membaca kisah perkongsiannya( kes private2..hehehe)
kepada yang sama turut memberi ulasan komen membina
tak lupa pada yang sudi memberikan perhargaaan yg hebat2 belaka

TERIMA KASIH
kerana anda semua
sumber kegembiraan hidup seharian saya!

Thursday, December 1, 2011

rezeki percuma

Bismillah

Lama tinggalkan umah sendiri di tanjung malim masa wat master hari tu
laman sekangkang kera tepi umah langsung terabai


bajet nak maintain rumput karpet mcm ala2 padang golf (angan2(=_=))
tp dah balik sbtu ahad aje
mana plak sempat nak upah org mesin rumput

sebelum raya , sempat panggil org mesin rumput bagi trim sikit 'karpet' dh rupa tilam tebalnya


alih2 balik raya


ada 17 anak pokok betik memenuhi kawasan rumput ni

Alhamdulillah,
kami syak burung hitam mata merah yg selalu bertenggek atas bumbung yang 'tanam'kan ni


rezeki percuma lah kiranya
tak payah susah2 bertanam
alih2 hidup subur je
nak tanam sendiri
entah bila lah jawabnya..hehehe



kalau berbuah nnti
tak mau 'berebut' dengan burung hitam mata merah tu
sb dia yang 'tanam'
heheheeh

TAPI
nak request kat burung tu

tolong tanamkan pokok cili, pandan, kari, kesum,kunyit...

BOLEH???

hehehehe

NOTAKUKUKAKIKU: selalu ushar ladang betik cina kat kampung mak...gebu2 buahnya...