Bismillah
Ada sekali tu, anak sedara perempuan saya yang baru Darjah 3 meluahkan perasaannya.. Katanya, di sekolah dia sering diejek kawan2 sekelas sebab dia ni berkulit gelap...
Sedih saya mendengarnya.. Dalam usia hanya 9 tahun, besarnya cabaran untuk kanak2 perempuan sepertinya...seingat saya, waktu saya berumur mcm tu zaman awal 90an dulu, tiada langsung istilah siapa kulit putih atau hitam, siapa gemuk atau kurus,..pendek kata, zaman kanak2 dulu tiada cabaran perbandingan sifat luaran...
Saya pernah join camping dengan student suami yg masih sekolah rendah. Memandangkan sekolah suami mengajar tiada cikgu perempuan masa tu, so sayalah yg bertanggungjawab menjaga student pompuan kat asrama..
Waktu pagi masa semua org tgh bersiap2 nak ke Dewan , saya terdengar pelajar tahun 2 dan 4 berkongsi cerita tentang krim muka yang dipakainya.. Yg is A cadang krim mukanya bagus, yg si B kata, kulitnya tak sesuai...
Tersenyum saya melihatnya...gamaknya bunyi mcm wanita sebaya saya plak cara bualannya... Bezanya alam kanak2 skrg berbanding dulu;)
Sbnarnya faktor persekitaran banyak menyumbang bagaimana kanak2 zaman skrg berfikir.. Melihat gmbar2 artis pujaan yg cantik2 walhal diphotoshop semata2, melihat iklan2 barang kecantikan di TV, melihat ibu dan saudara perempuan berhabis dengan barang kecantikan...semuanya memberi kesan terhadap pemikiran kanak2..
Dan walaupon ia nampak kecik, tp sebenarnya sedikit sebanyak mempengaruhi self- esteem seseorang..rasa rendah diri, tidak berkeyakinan, takut utk bersosial, takut berada di tempat awam, Dan jika tidak di bimbing, lama kelamaan tak mustahil anak2 ini membesar dengan low self-esteem...
Saya tunjukkan gambar saya ketika menengah rendah ni pada anak sedara tu..
Pakej lengkap: KULIT HITAM BERKILAT, SUNBURN plak tu, JERAWAT sana sini, GEMUK
Sudah cukup menerangkan betapa makciknya ni bukanlah di kalangan org bertuah memiliki kesempurnaan fizikal sejak zaman muda;)
Tapi, dengan kekurangan ni, makciknya ni berazam utk cemerlang dalam hal lain ( walaupon takdelah excellent mana ;p) dan yakin orang akan terlupa memandang kekurangan luaran kita semata2 ...
Tak dinafikan, melihat kawan2 yang lebih cantik, kulit cerah bersih, dapat perhatian semua, sedikit sebanyak memberi kesan dalam peningkatan keyakinan diri seorang remaja terutama perempuan...
Tapi percayalah, bila kita cemerlang dari sudut lain, kita sendiri akan terlupa tentang kekurangan kita:)
LAGIPON, zaman sekarang dah banyak krim pencerah,! Hahaha
Moral of the story:) kita yang dewasa ni kena bantu anak2 muda yang masih mencari2 identiti Dan keyakinan diri supaya mereka tak tertinggal hanya kerana desakan kecantikan luaran semata2;)
NOTAKUKUKAKIKU : pengalaman mendewasakan;)


