HARGA PASARAN : RM335-359
HARGA SAYA : CUMA RM280 including postage
Bismillah
Alhamdulillah
Rezeki Uwais
Dapat upgrading to this item
Mudah2 an lebih suksess mengepam
Weee!!!!
Bismillah
Ikutkan , dalam family saya, saya ni anak perempuan yg bongsu.. So bila disahkan pregnant hari tu, kemain semua orang happy ..tambah plak saya pregnant agak lewat..dah masuk 4 tahun usia perkahwinan..
Tapi cabaran pregnant Dan melahirkan Kali ni memang banyak cabarannya buat saya..
First sekali, saya duduk umah sorang2 sepanjang pregnant memandang kan suami masih tak de rezeki lagi dpt posting ke Perak ni.. Dia di Penang.. Hujung minggu baru balik.. Mulalah mulut orang nak mengata.. Ingat kami suka2 ke nak dok jauh2 mcm ni.. Tp saya redha Dan dah siap sedia minda ni.. Tuhan mudahkan saya takde pening, morning sickness yg teruk.. Siap saya leh drive sendiri ke kl, naik turun Kapal terbang, semuanya Allah permudahkan...
Keduanya, dalam sejarah keluarga, first time saya ni nak di operate utk bersalin.. Jadi everyone mcm gelabah , Ada yang mcm pandang sinis..eh eh mcm lah hina kalau bersalin dgn czer.. Memandangkan saya jurusan perubatan, saya get used dengan procedure on theatre , anesthesia dsb.. Lagipon buat apa merisikokan diri sendiri Dan baby sb saya dah tahu masalah placenta previa saya haritu.. Tension juga sedara Mara termasuk keluarga sendiri pon mcm tak beeper setuju nak operate.. Tension betol.. Mujur suami faham.. Mana tak fahamnya, isterinya dah bagi lecture anatomi Dan fisiologi serta surgical procedure kat dia..hahahahaha..
Ketiganya, Dari zaman arwah opah smpai mak saya, sampai lah dua orang Kakak saya termasuk kakak2 ipar, semuanya lebih suka dengan susu formula.. Bila saya kata saya nak fully breastfeed Uwais ni, semua mcm pandang remeh.. Tension saya.. Lagi2 bila tgok saya invest banyak duit beli pump manual avent Dan single electric autumz..dengan botol2 yg comel tu, dengan aksesori lain.. Diorang rasa mcm membazir..padahal benda2 ni pada saya long term penggunaannya..Ada rezeki anak2 masa dtg plak,mana tahu..hehehe.. Pastu bila tgok saya bangun awal pagi nak wat power pumping, lagi lah nmpak leceh..tu tak masuk lagi siap nak label kan, nak susun dalm fridge dsb... Tp saya kuat kan semangat .. Alhamdulillah, Ada rezeki lagi utk Uwais dah masuk 2 bulan ni.. Suami sorang je yg betul2 support sb dia pegang pada ayat Quran yg menggalakan anak2 disusukan smpai 2 tahun..Dan isterinya ni pon dah bagi lecture fisiologi macam mana penghasilan susu..tak leh emosi2 Dan stress..hahaha..nasiblah Wahai sang suami, dapat isteri doktor, sokmo kena kuliah..kihkih
Saya berdoa sgt saya terus bersemangat Dan tak cepat putus Asa...moga2 Allah berikan saya kekuatan.. Amin
Bismillah
Sebelum bersalin, semangat nak berpantang penuh berdisiplin..
Last2 tau kena czer, trus patah semangat sb nak tungku terhad, nak urut pun terhad, nak sapu itu ini pun terhad.. ( alasan...heheeh)
Sepanjang 42 hari target nak berpantang,
1. Cuma sekali pakai pilis
2. Cuma beberapa Kali bertungku itupon di akhir2 pantang
3. Cuma tiga hari je berurut badan, kawasan perut tak leh usik
4. Takde makan jamu2 sb anak kuning lama smpai habis pantang baru sembuh sepenuhnya...maklumlah, I darah O.. Doktor kata memang lambat
5. Tak berbengkung..konon2 dah beli siap bengkung moden, tp sekali je pakai, luka kat jahitan terbukak sikit...hwaaa...baru nak feeling2 ramping
Kesimpulannya
Percubaan berpantang Kali pertama = GAGAL
SILA CUBA LAGI KALAU ADA REZEKI KALI KEDUA
Hehehe....
P/S: ber'jamu ' dengan set vitamin Shaklee je.. Nak tmbah susu juga katanya....
Kenangan warded hampir sebulan lamanya...mujur Ada yg sudi melawat...hehehe