Monday, October 17, 2011

PUNAH

Bismillah


Masa terluang

Bawak mak dan anak2 buah pi TESCO Kampar

Cuci2 mata


Nmpak KFC

Anak buah jerit ajak makciknya nih

Ok, fine..

Order cukup2 utk mak dan anak buah saja

Makciknya cuit sikit2 aje

Smpai masa

Anak buah leka main mainan beli kat tesco


Mak sedara kena habiskan KFC semua


**Punah azam nak diet**


Eh tapi memang tak baik membazir kan?



Hahahaha…alasan memang maha terbaik..

Kui kui


NOTAKUKUKAKIKU: kena giat berjogging semula, nak dapatkan stamina sebelum bercuti masuk Taman Negara…fuh!

Sunday, October 16, 2011

artifak

Bismillah

eh sempat lagik berjalan2 ke tempat bersejarah di Lembah Bujang, Merbok, Kedah...

rasanya semua orang pon tahu kot, dalam subjek sejarah dulu, ada mention nama Lembah Bujang, ada candi Buddha dulu2...ni masa kerajaan kedah Tua lah ni...


sekali last week, dapat gak sampai ke sini..selalu tgok gmbar dalam buku teks je..itupon gmbar hitam putih...keh keh...

banyak nama2 candi kat sini..tp yg utama adalah candi pendiat ...kira ni yg tapak asal la ni..sekali tgok mcm susunan batu bata aje, tp bila dibelek betol2, halusnya batu2 ni depa wat bentuk bulat lah, petak tepat la..zaman dulu mana ada mesin2 mcm skrg...

kat situ ada gak muzium..dia tunjukkan sejarah pembinaan dan aktiviti arkeologi nak cari artifak2 lama zaman nih..eh siap jumpa kepingan emas lagi tu..



yg ni kepala patung buddha tp bahagian muka depan dia dah leper , rosak waktu proses mencari artifak ni.. eh sama plak mcm kepala buddha masa saya dan suami hanimun di Jogjakarta kat borobudur...depa ni sedara mara lah kot..thehehehe....

pastu sempat kami tgok kat satu lagi tapak warisan di mana aktiviti mencari bahan2 artifak zaman kerajaan kedah tua dulu..kawasan ni bawah ladang sawit..


bila kami sampai, kami tgok pelajar2 arkeologi USM sedang sibuk mencari bahan artifak tu..teliti sgt depa kerja,..ketuk sikit, berus sikit..ketuk sikit, berus sikit...haisshhh...sabor bebenor tgok depa nih..kalau saya, trus guna cangkul kot! hahahaha

dikatakan kawasan ni dulu merupakan jeti tempat kapal2 berdagang..dan depa jumpa mcm tinggalan kapal lama kat situ..

pergh! silap2 leh jumpa harta karun lagi tu..hehehe

menurut penenrangan pegawai kat situ, zaman penjajah org putih dulu, depa dah korek tmpat ni dan bawa barang2 berharga balik ke negara depa...yg tinggal sikit tu jelah..alahai...

bila tgok balik depa wat kerja, saya rasa inilah antara kerjaya yg tak mungkin saya berjaya ceburi sb saya bukan sabar sangat buat teliti mcm ni..kalau tak, takkan lah saya jahit kraftangan awal2 cantik jahitan insang pari, bila dah hujung2, saya belasah jahit jelujur kasar je!

bagi cepat habis!

hahahahha

NOTAKUKUKAKIKU: sekali sekala tgok tmpat sejarah menarik jugak


the carnival, Sg Petani..jalan2 main air

Bismillah

sekali sekala kembali mcm alam remaja mandi manda main air , seronok juga ye..terlupa umur dah nak masuk 3 series..hehehehe

ada apa dengan umur..itukan hanya number..ecewah, ayat penyedap hati..kui kui

last week sempat berjalan ke the carnival kat sungai petani..

dtg hari weekday, takdelah ramai sgt org..
ala2 sunway lagoon la tempat ni...

paling extreme naik menatang ni.. rasa jantung tertinggal kat udara masa pelampung melambung ke atas sebelum patah balik masuk dalam pool...

org sakit jantung boleh arwah nih..hehehehe

suasananya pun aman damai... leh la bagi hilang stress di minda tu..

eh tapi bila I tgok anak dara pakai swimming suit , body mcm kerengga, tiba2 stress I dtg balik!

arghhh!! stress! stress!

bila nak dpt figure tu balik? hwaaaa....

*trus terjun pool*


NOTAKUKUKAKIKU: suggested to all, happy with family!

Wednesday, October 12, 2011

hakikatnya semua kita ini SOMBONG...

Bismillah

kalau dikata kita sombong,
berapa ramai antara kita menafikannya?

walhal
hakikatnya kita memang sombong...

sombong sesama makhluk,
sombong dengan Tuhan...

sombongya kita pada Tuhan
dengan mengaku kita patuh agamaNya
tapi dalam masa sama
kita ingkar arahanNya..

sombongnya kita pada Tuhan
dengan masih berkata kita bersyukur dengan rezekiNya
tapi dalam masa sama
kita canang harta kita pada semua itu milik kita

sombongnya kita pada Tuhan
saat kita bersaksi mengangkat lafaz akad nikah
dengan nama kalimah Allah mengharapkan restu dalam perkahwinan
tapi setelah itu
suami isteri tidak cuba menjalankan ibadah bersama2 berjemaah

sombongnya kita pada Tuhan
saat suami berjanji untuk menerima amanah seorang isteri
tp setelah itu
aurat isteri tak pernah ditegur, umpat keji isteri tak pernah dilarang
lupa semua amanah yg tersandar di bahu

sombongnya kita pada Tuhan
saat isteri berjanji taat setia pada suami
dan segalanya hanya buat suami
tapi setelah itu
perhiasan susuk tubuh dijaja merata,
berlumba2 cantik tanpa niat semua utk suami seorang
lupa janji yg terlafaz di hari bahagia

sombongya kita pada Tuhan
dengan berkata syukur dengan nikmat anak
tapi kita memilih anak lebihkan hal dunia
belajar agama di anggap sampingan dan kolot
katanya zaman moden itu semua tak penting
apalah sgt anak yg bijak mengaji dan menyebut kalimah Allah
dari anak yang pandai bermain muzik persis artis terkenal


sombongnya kita pada Tuhan
dalam solat kita mengaku kepadaNya kami mohon segala
tapi hakikatnya
diluar sana
kita mengharap orang yg lebih atas membantu dan tentukan segala
sehingga lupa apa terjadi semua ketentuan Allah...

sombongnya kita pada Tuhan.....

Ya Allah, tetapkanlah hati kami dengan iman dan takwa
jadikan kami redha dengan setiap apa Engkau tetapkan
dan jadikan kami orang yg bersyukur....

Tuesday, October 11, 2011

menghias rumah di syurga

Bismillah

sedikit ilmu saya kongsikan dari artikel dalam majalah Solusi...

katanya, jangan kita mati sebelum kita siapkan rumah yg selesa di syurga...dan cara utk menyiapkannya adalah dengan zikirullah...

skrg ini, para malaikat sedang membina rumah kita di syurga.. tp mereka berhenti bila 'bahan-bahan' binaan tiada...

'bahan binaan' itu ialah dengan zikir kita..

setiap kali kita berzikir ' La Haw La wala Qu wa ta illa billah" , akan bertambah binaan rumah kita serta berdirinya pohon2 rendang... jadi lebih banyak kita menyebut zikir ini, lebih banyak pokok berdiri dan lebih redup dan nyaman rumah kita...

bukankah kita nak kekal di dunia sana? tak akan mati2 lagi...

jadi, baiklah kita siap2kan umah yg selesa supaya lebih indah kehidupan kita di sana...

jom kita sama2 mula 'membina dan menghias' rumah kita di sana..

mudah2an,insyaAllah....

NOTAKUKUKAKIKU: hati tenang bila zikir

Monday, October 10, 2011

ini sudah lebey!

Bismillah

weekend lepas saya dan suami gi Gombak,umah sepupu suami..

itupon atas permintaan beriya sepupunya suh 'tgok2kan' umah diorang.. katanya ada gangguan...

awal2 lagi suami gitau saya, kita kena bermalam di sana satu malam..

saya ni bukanlah berani sgt orgnya, tp demi nak membantu , saya iyakan saja.. selebihnya berserah pada Allah...

mengikut kata sepupu tu, anak2 dia pon kerap nmpak 'benda2' nih.. yg si mak pon sama.. tp yg si bapa tak plak..

so malam tu, suami buatlah bacaan ayat2 Quran dan berserah pada Allah...

sebelum tido, kakak sepupu tu dah warning kat saya dan hasben..katanya nak minta maaf awal2 sebab biasanya sebelum tidor, atau awal2 pagi , anak2 dia akan terbangun dan menangis tak henti2...so dia risau kami terganggu tidor..

nak dijadikan cerita, malam tu saya yg rasa mengantuk giler..suami rilex je.. so dalam nak lena tu, boleh plak suami ajak berborak..elok je habis borak, suami yg tertidur dulu.. tinggal saya terkebil2...

ah sudah!

baca ayat2 pendinding lebih kurang, berserah pada Allah...

tak lama pastu, saya terkejut sb rasa mcm ada benda menggeletek tapak tangan saya..

hati mula tak sedap..tp masa tu berani lagi ..bc doa lebey kurang..try smbung tido balik..

elok je baru rasa nak masuk alam lain, rasa ada benda merayap kat kaki dalam selimut plak..

opocot!

trus saya naik hangin.. ni menatang ni saja lah nak kacau tau kita takleh tidor ni..trus saya baca ayat2 pastu hilang takde apa..

malas nak gerak suami sb tgok dia mcm letih je drive siang tu..

trus saya baca ayat smbil zikir smpai ke subuh.. dengar je azan subuh, barulah lega hati ni..

esok pagi bangun, baru cerita kat suami dan sepupu.. baru diorang perasan, first time semalam anak diorang tidur lena tak jaga2.. si mak pon tau2 dah subuh..kalau tak sebelum ni, satu rumah terpaksa bersengkang mata..

cis! cis!

agaknya 'menatang' tu tak kacau depa, saja ngusik saya plak..

ini sudah lebey ni!

tp alhamdulillah, harap2 terus amanlah umah diorang pas suami buat air bacaan Quran suh depa wat mandi..selebinya berserah pada Allah...

harap2 janganlah plak menatang tu ganggu saya plak.. kata suami, cabarannya memang pada ahli keluarga terdekat..maksudnya kalau si suami yg tukang berubat, tak isteri, anak2 atau keluarga terdekat mesti diganggu...tp yg penting, kena kuatkan amal dan yakin, tiada lebih Kuat dari Dia Pencipta...

insyaAllah, mudah2an saya kuat dan tak fikir2 sgt menatang nih... tawakkal tu a'laAllah..

mood deco2 dtg balik...habeslah...

Bismillah

sejak masuk rumah kami di tanjung malim, baru sekali je lah sempat hias sikit2 isi rumah..itupon sederhana aje ..maklumlah ongkosnya baru melayang terbang utk urusan jual beli rumah , duit lawyer dan sebagainya...

dari asal yg mcm ni



hias sikit2 ...





tambah kolam kecik bagai--> bajet rumah tepi air terjun..siap berasap2..eh dah rupa mcm kisah seram nenek kebaya plak..heheheh

lepas tu, bila start cuti belajar--2 tahun...hanya weekend je dpt balik spend masa di rumah.. selebihnya di upm.... maka selama 2 tahunlah rumah terabai tanpa sebarang perubahan..ah dasar tiada anjakan paradigma langsung..eh?

skrg, dh habis belajar dan kenbali menetap di rumah sendiri, maka mood mendeco2 plak dtg.. alamak! alamak! suami mengeluh...keh keh.. siaplah utk mendengar pelbagai idea konon2 kretip bininya nih..heheheh

rasa mcm nak let go sofa ni... berangan nak letak kerusi rotan plak.. ada sesapa nak beli tak? usia baru 2 tahun setengah...3 + 2 seaters...harga boleh nego...:)

meja makan ni pon rasa mcm nak letgo jugak... rasanya nak upgrade sikit la:P anyone?

owh pokok buluh ni masih menjadi kesayangan.. nak tanam yg ori, kena bersiram plak :P

dah survey2 kat dealer nippon paint, humakaih, banyak btol combinasi warna menarik..*mata berpinar (@-@)...

kalau anyone ada yg minat, email me ya.. drhana@ymail.com

NOTAKUKUKAKIKU: baru nak mula tanam pokok :P