ramai yang gembira nak terima bonus hujung tahun ni...termasuk lah saya! hehehe..alhamdulillah...
tp jangan kita lupa ye, Allah berjanji utk menambah lagi nikmat kalau kita berkongsi nikmat yang kita dapat dengan yg memerlukan...
dalam agama kita, tiada konsep aku yang kerja, hasilnya semua hak aku...
kita jangan lupa, kejayaan kita juga disebabkan orang lain..contohnya dalam doa hamba di Afrika sana, "Ya Allah, selamatkanlah kami umat Islam, berikanlah kami kejayaan dalam dunia yang mencabar ini"
bukankah itu doa utk kita juga di Malaysia ni?
jadi apa alasan kita utk tidak sama2 membantu orang memerlukan? mana tahu, berkat pertolongan kita mereka jadi sihat dan boleh trus mendoakan kita...
jadi sempena bulan kebanyakan orang nak jadi extra kaya ni, jom sama2 kita bersedekah pada yang memerlukan...
antaranya saya kongsikan di sini laman web yang minta kita bantu saudara mara kita di Kemboja sana...http://http://infaqkemboja.blogspot.com/
kalau ada bajet lebih, leh buat ibadah korban, raya haji dh nak dekat,kan?
kalau tak pon, cukuplah memberi apa yg ada....
yg penting ikhlas...
selalu sgt shopping tudung cantik, beg cantik, baju cantik kat online, sesekali jom menderma online plak...saham akhirat ni :)
selamat berinfaq!
NOTAKUKUKAKIKU: syukur
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi mengomen(^_^)