Bismillah
Hari tu guru silat suami saya ( skrg mcm guru silat saya jugak sb skrg saya join suami training silat kat umah pakcik ni :p ) berkongsi cerita pengalaman yang pernah dia lalui..
Hal berkait dengan amalan doa..
Pakcik zainal ni style org tua dulu2.. maksudnya org tua dulu sangat yakin dengan khasiat doa-doa tertentu…contohnya amalan doa akashah, doa ayat lima, ayat tujuh dan sebagainya..
Sejak zaman muda pakcik, dia tak tinggal amalan doa ayat tujuh.
Pakcik zainal sendiri tak pasti kejadian ni benar2 disebabkan amalan doa tu atau tidak..tp keyakinan seorang Islam mestilah yakin dengan doa yang diamalkan,kan?
Pakcik zainal ni pernah kerja bawa lori balak di Kelantan.. satu hari, tgh bawak lori, tiba-tiba ada sebuah kereta cucuk lori pakcik dan hon berkali2 suh pakcik berhenti. Pakcik zainal ni confuse lah apahal plak dia kena berhenti sedangkan dia takde masalah apa2..
Lama jugak depa hon2 dan minta pakcik berhenti..yg pakcik zainal ni tetap tak mahu berhenti..
Sekali kereta tu cuba pintas pakcik dan nak halang dari depan..
Ditakdirkan Allah, semasa kereta tu cuba overtake, pakcik Nampak dalam kereta tu ada 3-4 orang.. sebaik saja kereta dan lori berselisih, pakcik tgok semua laki2 tu tiba-tiba muka jadi sgt terkejut dan ketakutan bila melihat pada pakcik…dan trus diorang kelam kabut pecut kereta ..
Seolah-olah diorang nmpak sesuatu yng mengejutkan dalam lori tu…
Pakcik zainal yakin bahwa Allah telah tolong mungkin dengan apa sekalipon tp berkat doa tu..
Kita sebagai Islam takkan nak tolak kuasa Allah,kan?
Saya rujuk kitab Majmuk Syarif yang suami saya hadiahkan sebelum kami berkahwin dulu.. owh I tell you, dengan hadiah yang mungkin tak semahal pakwe orang lain bagi, inilah yang buat cinta berputik..ececeh… barulah saya tahu suami mahu sayangkan saya dunia akhirat dengan amalan2 doa2 ni…amin…
Back to story, saya rujuk kitab ni dan mencari apa sebenarnya khasiat ayat tujuh yang pakcik zainal berkali2 suh suami dan saya amalkan…
Dalam majmuk syarif ni tulis, antara khasiat Ayat Tujuh ialah:
1. Sesiapa yang amalkan atau membacanya, maka siapapun tidak boleh membinaasakannya, menyakiti padanya, atau mengalahkan dengan izin Allah
2. Ia juga menghindar dari tenung, sihir dan guna2 yang dtgnya secara samar2
Ayat Tujuh ni terdiri daripada:
1. Ayat 51 Surah atTaubah
2. Ayat 107 Surah Yunus
3. Ayat 6 Surah Hud
4. Ayat 56 Surah Hud
5. Ayat 60 Suarah al-Ankabut
6. Ayat 2 Surah Fathir
7. Ayat 38 Surah az-Zumar
Yang penting, kita kena yakin dengan amalan doa yang kita amalkan..apa pon jadi, semua itu datang dari Allah..
Sebab itu kadang2 ada orang sibuk kata umah dia ada benda lah, mistilklah.. walhal dia solat , mengaji dan sebagainya.. mungkin disitu ada kekurangan dari segi keyakinan itu sendiri.. kalau kita berdoa, tp dalam masa sama kita sendiri tak 100% yakin, memanglah benda2 tu menganggu..betul kan?
Wallahualam.. sekdar berkongsi ilmu yang sedikit…
Jom kita amalkan.. nak lebih detail, leh beli buku ni kat kedai jual buku2 agama.. eh asyik beli majalh In-Trend, Cleo dan Women Weekly aje, sekali2 belilah buku agama buat bekalan ..hehehe..tu I cakap pada diri sendirilah(^_^)…
Selamat beramal…
NOTAKUKUKAKIKU: syukur dikelilingi orang2 yang menasihati…Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi mengomen(^_^)