Tuesday, October 18, 2011

ulasan seorang yg kurang arif :P

Bismillah

Saya selalu dengar orang2 yang suka mengatakan dia tak main tgok citer2 melayu sama ada di tv atau di panggung…katanya citer tak mencabar minda…

Pada saya itu hak masing2..


Tapi saya punya pendapat saya sendiri..


Memang diakui cerita2 Melayu ni agak tak ‘memberansangkan’ otak ..asyik2 ending dia mati, atau sakit atau kemalangan utk cepat tamatkan cerita..


Tapi pada saya, biarpon dari segi teknikal jalan citer tu kurang menarik, dan kadangkala tak logic ( contohnya tikam kat perut, tak sampai seminit mati..tak logic secepat tu..lainlah kalau kt jantung)..tp ada yang lebih bermakna bila kita menonton sesuatu cerita.. iaitu PENGAJARAN…


Berapa ramai antara kita ( termasuk saya kadangkala) yang mengambil iktibar dari hiburan?


Contohnya: dalam drama melayu, mula hidup susah..pastu mak gadai tanah smpai anak Berjaya ke menara gading. Pastu anak jadi lupa diri.pastu nak bagi citer tamat cepat, mak sakit dan nazak.. anak pulak accident dan lumpuh.baru teringat dosa kat mak. Bila nak jumpa mak, mak dah mati..


Ramai yg akan mula member komen pedas, asyik2 itulah ending citer melayu..bila susah baru nak ingat.pastu mesti tak sempat jumpa minta maaf..


Tapi pernah tak kita fikir pengajarannya? Maknanya jangan sesekali kita lupa diri smpai takde kesempatan lagi buat kita ..tak kiralah mak tu mati ke, anak tu yg accident ke, giler ke..tapi itulah pengajarannya..


Cuba bandingkan dengan filem kemegahan omputih sana.. filem 2012 kata nak kiamat tu..


Ramai kita gah kata tgok citer tu syok giler, mcm real dan mcm2 pujian..tapi ada ke pengajaran dari citer tu? Ending citer tu, orang2 miskin semua jatuh dalam lautan tu..manakala org kaya terus terselamat dalam kapal mewah tu.. kiranya walaupon kiamat, ko selamat dan survive kalau ko dari golongan kaya.. wah, leh lawan kuasa Tuhan nampaknya kalau jd org kaya..so crita mcm tu ke kita perlu nak bangga2kan?


Saya banyak baca komen2 di blog mengenai cerita drama Tahajjud Cinta setiap jumaat..yg eman manan jadi ustaz shauki tu..

credit : here

Masa mula2 tu saya pon antara yang geram jugak bila tgok ustaz tu mempermainkan agama utk membolehkan dia memenuhi nafsu semata. Dan bijak bermain hadith Nabi utk argue dgn isteri2 dan org kampong..


Tapi bila dah sampai ending, saya terfikir..kenapa perlu kita marah dengan sikap ustaz shauki tu..sb memang dalam alam realitinya, memang wujud org2 seperti ni..


Saya faham, semua wanita pon akan emosi kalau disentuh bab poligami..tp bukanlah semua org berpoligami tu mcm ustaz shauki..


Cuma apa yg saya rasa lebih penting utk kita teladani dari cerita ni ialah dengan part paling akhir dalam drama tu..dia tulis hadith nabi : “akan dtg pada akhir zaman, org2 menggunakan agama utk diri sendiri”..


Kisah gunakan agama utk nafsu dalam kes ustaz shauki ni Cuma satu cabang dalam hidup hari ni..tgoklah berapa ramai orang politik mula memancing dengan hanya mengatakan berlandaskan agama tp akhlak sendiri tidak terjaga terpekik sana sini, berapa ramai orang berani gunakan hadis utk membuktikan barang jualannya sgt berkesan walhal dia sendiri tak yakin dengan Nabi dan amalkan suruhan Nabi,..


Tgok saja status di FB, twitter dan sebagainya..berapa ramai yg copy paste hadis Nabi di wall masing2 hanya utk menunjuk2 dia alim dalam ilmu agama tp bila dilihat gmbar2nya, aurat terbuka, bersosial dan sebagainya..apa tujuan meletakkan hadis Nabi di wall tp tidak perbaiki utk jadi akhlak nabi?


FIKIR2KAN JAUH LEBIH TAJAM ..jangan kita berhibur menonton tv atau wayang semata2 utk hiburan tapi ambillah tauladan…


Wallahualam …

sekian, ulasan penonton drama Tahajud Cinta...heheheheh


NOTAKUKUKAKIKU: dh lalui hampir hidup bersama dengan orang yg suka mainkan agama utk kepentingan diri sendiri..syukur Allah tetapkan tiada jodoh buat kami…

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi mengomen(^_^)