sekali lagi, en.suami dijemput membacakan doa perjalanan supaya perjalanan kami dari melaka singgah sebenatr di KL dan terus ke Penang akan dipelihara hendaknya
kemudian konvoi kami dilepaskan oleh pihak permata camp resort... terima kasih daun keladi, lain kali sponsor lah penginapan kami lagi..hehehehe
terus bertolak melalui tol sungai besi dan berhenti sekejap di stesen minyak sb group konvoi SYM bahagian tengah akan sama2 join kami hari ni ke muzium negara...
happy semua orang...
kemudian, sebelum kami dibenarkan masuk melawat ronda2 dalam muzium, kami di beri jalur gemilang sorang satu dan diminta keliling KL smbil kibarkan bendera Malaysia.. dah namanya pon konvoi sempena merdeka ray,kan? hehehehe
kami bermula dari pintu masuk muzium ke sekitar jalan tunku Abdul Rahman, jalan kuching dan kembali semula ke muzium...
di sekitar dataran merdeka... masa ni hampir nak tertonggeng sb sibuk nak snap ambik gmbar dari atas motor..hahahaha
kemudian group photo session di hadapan pintu muzium.. gmbor nak masuk paper jugak nih..hehehe
makan betol2 pasni nak trus balik penang...hehehe..bunyinya mcm pas ni tak jumpa restoran mana2 dah..hehehe
dan sebelum bertolak, kami bersalaman dengan pihak muzium dan sesama kami kerana kalau ditakdirkan hujan lebat, kemungkinan kami dibenarkan free ride..so kami mungkin akan berpecah atas highway dan jumpa semula di Penang...
alhamdulillah, kami semua smpai jam 5 ptg di Juru Penang..semuanya selamat sampai..alhamdulillah