Monday, October 17, 2011

cabaran flying fox bersama pelajar2 buta

Bismillah

ada masa terluang, saya join suami bantu program outdoor flying fox dengan rombongan sekolah pendidikan khas..semuanya pelajar dari tadika sampai darjah 6...

program ni dibuat di pulau aman, penang...

masyaAllah, peluang bekerja dengan mereka yg buta sngt menginsafkan saya...betapa besar nikmat Allah beri pada kita yg celik..

tp itu tak bermakna mereka yg buta ni tidak bernasib baik..sebenarnya mereka lebih beruntung sb sungguhpon mata depa buta, tp hati mereka celik..bersih sb tak payah tgok maksiat dan kejahatan dalam dunia ni..Subhanallah

saya bertugas untuk memimpin adik2 ni naik tangga ke atas platform sebelum depa dilepaskan utk event flying fox tu..kesian, langkah mereka terpaksa diatur berhati2 dengan arahan dari kita yg nampak nih...

yg sedihnya, ada satu student tu tanya, " akak, leh mati tak naik benda ni?"

saya terkedu.. betapa mereka tak dapat nak bayangkan mana rupa flying fox ni..

sorang lagi student tanya," kak, nnti kat atas ada orang tiup kami ka bagi tterbang?"

soalan pelik2 kelakar pon ada tp itulah hakikatnya hidup orang buta..tak dapat nak bayang mcm mana selagi mereka tak rasai sendiri...

pengalaman ni benar2 memberi saya pengetahuan baru bagaimana nak handle aktiviti luar bersama org2 seperti mereka..

syukur Ya Allah, berikan kami penglihatan..dan jangan Kau tarik kenikmatan ini kerana lalainya kami, Nauzubillah...

NOTAKUKUKAKIKU: ada yang kata,' lega dah turun, rasa mcm pi Mekah"..tergelak kami...

2 comments:

  1. subhanallah...untung akk dapat rasa pengalaman ngan adik2 tu...sedikit sebanyak menginsafkan kita

    ReplyDelete
  2. hehehe.. rasa mcm p Mekah? depa tau ka mekah tu apa.. sian kan..

    kita yg celik ni kalau tak celik2 lagi taktau laa..

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)