Wednesday, November 30, 2011

Usah pernah menghukum

Bismillah

Saya ni bukanlah anti social lebih2 lg dalam era technologi serba canggih skarang ni. Memang trend la zaman skarang majoriti ada FB, twitter, Skype,mcm2 la lagi..

Dan kebanyakannya berdiri di atas satu reason paling munasabah ...untuk mengekalkan social dengan rakan2 , baik yg dh lama kita tak jumpa, yang hari2 jumpa, yang baru berjumpa malah dengan yg langsung kita tak pernah jumpa.. Hebatnya kuasa social networking..

Tp masih munasabah kah medium2 ini sekiranya ia lebih menjadikan kita saling berlumba2 utk menceritakan semua perkara termasuk yg remeh malah sehingga Hal peribadi turut diwarwarkan.

Skrg ni trend "tag and comment" semakin menjadi2..

Apakah terasa hebat bila setiap kali kita upload gmbar yg barangkali melibatkan aktiviti dan perasaan org lain, kemudian kita tag kawan2 yg kebarangkalian akan memberi komen2 yang berderet2 sehingga akhirnya kita lupa bahawa konsep mengekalkan silaturahim itu tercemar.malah lebih bahaya kita sebarkan fitnah plak..Nauzubillah

Dah tiba masa kita 'hijrahkan' diri dari benda2 yg nmpak remeh tp besar kesannya...

NOTAKUKUKUKAKI: Isu melabel org di FB semakin menjadi2..

Tuesday, November 29, 2011

xtvt tahun baru

Bismillah

ahad lepas, balik umah mak saya di bidor perak..sempena Maal Hijrah..mak awal2 lagi dah reminded saya dan suami, Ustaz feveret kami nak mai surau taman perumahan mak ni sempena Karnival Maal Hijrah 1433..

bermula jam 6 pagi, semangat tgok para jemaah ramai sgt turun solat subuh berjemaah sb pas solat subuh, Ustaz Kazim Elias Al Hafiz bagi ceramah..memang tak miss seboleh mungkin kalau ada peluang join kuliah beliau..dulu ustaz mai penang, saya dan mak mentua 'berkejor' smpai masjid negeri penang tu..hehehehe..



isi kuliah ustaz bertemakan Maal Hijrah..insyaAllah, akan saya kongsikan dalam post seterusnya...


mula jam 9 pagi, masing-masing penduduk taman dan sekitar dtg memeriahkan karnival ni..memandangkan ini kali pertama karnival mcm ni diadakan di taman ni, so serba serbi masih dalam proses belajar ..tp saya kagum bila dari budak sekolah rendah smpai pakcik makcik yang berumur semuanya bersatu padu...

ada pertandingan menulis jawi utk kaum wanita..eh eh, saya pon tak lepaskan peluang masuk bertanding..ekekeke... maklomlah, umur dah layak bergelar wanita..huhu..kalau tak, teringin jugak join perlawanan bola jaring..tp bila tgok semuanya adik2 perempuan sekolah menengah yang masih cergas melompat berlari segala, trus cepat2 ambik tempat kat meja pertandingan tulisan jawi..ekekekeke...

utk adik2 lelaki remaja plak, diadakan pertandingan futsal,dan sukaneka...adik2 sekolah rendah plak ada pertandingan bercerita dan pertandingan azan..uii meremang bulu roma dengar adik2 azan beralun2 nadanya...sejuk perut mak dia mengandung..


utk adik2 pra-sekolah, depa join pertandingan mewarna..comel je tgok katun barney jadi kaler kuning..heheheh

utk kaum mak-mak plak, diadakan sukaneka ..kemain meriah sekali sekala tgok makcik2 main tangkap2 belon guna kain batik..segala latah opocot, oh mak kau semua keluar..hehehehe


booth2 pameran dan jualan juga dibukak..beri peluang utk penduduk taman dan yg sekitarnya berniaga..saya rasa baguslah buat mcm ni, sb bagi peluang pada semua orang...yang paling saya rasa bagus sgt karnival mcm ni dibuat, ia secara tak langsung mengimarahkan lagi masjid/taman ..bukan sekadar tempat menunaikan solat dan kuliah agama, tp lebih dari itu..masa nilah dapat berkenal2an dengan orang2 dalam taman, baik dari mak ayah, smpai ke anak cucu..

semoga usaha mengimarahkan masjid/surau akan terus digiatkan...takdelah nnti masjid/surau tersergam indah tapi sunyi tidak bernyawa...

majlis penutup dibuat oleh ADUN yang dijemput khas...seronok bila usaha2 permulaan mcm ni disambut baik oleh pemimpin setempat..malah, ADUN umumkan sumbangan RM5000 utk surau taman ni utk galakkan lagi anjuran majlis2 seperti ni..Alhamdulillah....





Alhamdulillah, ada rezeki ptg tu .saya dapat Johan pertandingan tulisan jawi tu..eh , nmpaknya memang sesuai sgt kategori wanita tu utk saya,iye? ekekekek....


NOTAKUKUKAKIKU: tulisan jawi dah bengkang bengkok sb lama tak guna...

Friday, November 25, 2011

salam maal hijrah 1433

Bismillah

Salam Maal Hijrah yg ke 1433
semoga tahun baru ini ,kita lebih berusaha untuk menjayakan diri sendiri, agama, bangsa dan negara

sempena memulakan tahun baru yang kita harapkan penuh warna warni kebahagiaan
saya pohon ampun dan maaf andai ada salah silap sepanjang menulis dalam blog ni
kalau saya menegur, ada yang terasa hati, maafkan saya kerana teguran itu buat pengingat diri saya sendiri

andai ada terkurang sana sini, ampunkanlah atas ketidaksempurnaan ini..

semoga Allah merahmati kita semua...

NOTAKUKUKAKIKU: permulaan yang gembira di tahun baru (^_^)

Wednesday, November 16, 2011

Rumah P.Ramlee

Bismillah

Tahun ni raya haji tak pi temankan mak ayah mentua pon tgok korbankan lembu..hehehe.. dh en.somi ajak pi jalan penang, maka wajiblah saya mengikut..hihi..

Pi ronda Jalan Kulit, trus nak balik sb mcm nak hujan…alih2 lalu depan rumah kelahiran P.Ramlee

Singgah lah sat, alang2 dah lalu..lagipon nak hujan..kami nek motor je sb dalam penang ni time coti bersaranglah tunggu dalam kereta sb jammed


Ini rupanya rumah P.Ramlee, comel aje



Sampai2 aje, masuk dalam rumah ni..ada diletakkan pelbagai koleksi dokumen P.Ramlee termsuklah sijil kelahiran dan IC dia..
eh nmpak evergreen lah tgok IC ni..dulu tgok mak ngan arwah abah punya pon mcm ni sebelum tukar Mykad.. nmpak gmbar muda belia zamn arwah abah ngorat mak naik vespa..ekekeke….nostalgia betol…

Ni gmbar2 ahli keluarga P.Ramlee..

Yg ni arwah mak dia


Yang ni arwah ayah dia


Ni geng2 band dia la kot


Zaman muda mudi

Ni biola yg bawa nama besar pada P.Ramlee


Ni koleksi baju2 dia,masih elok tersimpan…


Eh nostalgia lah tgok katil style ni..skrg pon dh trend balik mcm zaman dulu kan?


Ronda2 bawah rumah pon ada basikal yg digunakan P.Ramlee dulu.. ada tulis kat situ, P. Ramlee ni krestif orangnya..dia gunakan brek tangan basikal ni untuk cipta irama smbil dia dendangkan lagu..wah, memang super kreatif la…


NOTAKUKUKAKIKU: suka tgok body figure wanita zaman P.Ramlee..mcm kerengga..hehehe

Tuesday, November 15, 2011

cabaran -part 2

Bismillah

Nampaknya semakin kuat cabaran utk saya lebih berusaha kurangkan lagi berat badan…

Cabaran Part 1 ada DI SINI


Sejak join konvoi motor Penang-Melaka beberapa bulan lepas, crita DISINI, SINI LAGI, DAN SINI JUGA


Selalu jugaklah ushar2 moto ngan en.somi

Tambah bila tgok rancangan GPS Iman kat Tv3 tu

Yang anak2 muda naik superbike pi wat program kat kampung2 dan sebagainya

Lagi tambah kemaruk kat motor2 superbike ni



Tapi kesian saya

Setiap kali en.somi mention nama model sekian sekian

Soklan yg saya Tanya

Dan WAJIB saya Tanya adalah

“motor tu sesuai single rider ke atau berdua?”



Yelah, kan ada sesetengah superbike hanya ada single seat aje, kan?

Oh kalau en.somi nak beli yg single, haruslah si isteri bantah habis2an..

Hehehehe



Akhirnya

Minggu lepas

En.somi tunjuk gmbar dari mudah.my

Model Kawasaki ER6N ni


Ok, ciri-ciri sudah menepati criteria

Sesuai dua orang



Tapi….


En.somi dah bagi hint

“ kalau naik berdua, berat balance dua2, motor ni memang superb lah”

(=_=)



Apa maksud ‘balance dua2 tu?

Cer citer cer citer….



Hwaaa!!!

** Smbil sarung kasut jogging dan tambah kilometer larian**

TAK LEH JADI NI

CABARAN NI!!!


NOTAKUKUKAKIKU: dh dpt berat ideal, tp masih di BMI yg maksimum…tak selamat lagi nih..huhu

iktibar kesusahan org lain

Bismillah

Saya cukup kagum dgn kwan2 y semangatnya maintain xberubah baik dr segi pelajaran atau kerjaya..

Saya pulak level smgat ni ada masa naik,ada ms trun..hmm

Pg ni bdn xbpe sedap..agaknya smalam mkn daging byk kot.mula la naik lemau je rasa..

Bila dh lemau,nk buat keja pn mcm malas..hmm

Tgah usaha kembalikan mood,saya intai kt tingkap.nmpk ada 3 org apek tgah btukang buat rumah org nk renovate la gamaknya..sy agak y dua org tu dlm 50-60 an umurnya.sorg lg dlm 30an mcm tu..

Matahari dok cacak atas kepala,dpa steady je buat keja.lg2 y apek tua tu.
Tetiba ujan,dpa msih steady wat work..

Sy tgk keadaan sy.sjuk bhawa dingin,xkna ckit pn pns matahari..

Atas alasan apa sy untk tidak jd produktif mcm mereka..

Astaghfirullah,lalainya diri ni..

NOTAKUKUKAKIKU: kdg2 kita tlalu asyk melihat kesenangan org shj..

Monday, November 14, 2011

BIADAP

Bismillah

memang, kasar bunyinya kalau kita kita sebut biadap ataupon terdengar org sebut perkataan ni..tapi itulah yg dilalui dalam seharian...

dari start atas jalan raya, smpai nak cari parking, di pejabat , atas jalan raya semula dan smpailah ke rumah...ada saja kadang2 perkara2 yg boleh dikategorikan sebagai 'biadap' sama ada orang yang buat atau kita sendiri yg buat..sedar ataupon tidak...

tapi adakalanya kita berlaku 'biadap' kerana 'kebiadapan' org lain..

setuju tak??

contoh situasi saya minggu lalu...


handphone ringing.. saya jawab ..terdengar suara pemanggil seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai wakil sebuah syarikat bla..bla..bla.. dan menawarkan saya kad VIP untuk pelbagai faedah...of course faedahnya bisa buat hati cair kalau tak fikir panjang....

selalunya saya secuba mungkin tidak melayan panggilan dari caller yg tak dikenali kerana sekarang ini, mcm2 syarikat kol utk tawar itu ini tapi hakikatnya sekali berjanji, memang manis janjinya tp bila duit /kad kredit dah di kaut, lesap tinggal ko sorang terkontang kanting...

saya cukup berhati2 bila berurusan dengan kad kredit berdasarkan pengalaman kawan2 yg sudah terkena...

tapi kali ini saya tak sempat beri alasan kerana tersalah sangka dengan panggilan laki tu yg membahasakan saya Dr. Fazhana.. selalunya panggilan dari bank dan sebagianya menggunakan panggilan Puan Fazhana.. urusan di tempat kerja sahaja menggunakan Dr. Fazhana..sangkaan saya ofismate kol atas urusan kerja dsb..

ok, fine, dah hampir terjerat skrg...

yg mula tak sedap hati tu, boleh plak dia main2kan nama saya smbil nyanyi lagu Farhana kumpulan Jimbara tu.. eh? ko ni nak mengorat anak dara ke hape? kalau urusan kerja, cakaplah straight to the point...

takpe, SABAR...

start je dia bagitau antara faedahnya leh potongan gi umrah...itu first thing dia mention..dan siap2 gitau, saya short cut je ni, sb banyak sgt faedahnya..

wah, boleh plak hal macam ni main short cut short cut ye...

takpe, SABAR....

tiba2 leh plak mencelah, eh ni nak panggil Puan ke Cik ni? * nada mengada2* eh, ko ni bercakap nak bersembang ke hape.. tahulah suara aku ni kecik mcm doremon, tp kalau awal2 td dh bahasakan nama official saya, so belasah je lah puan kalaupun aku lom kawen ke hape..

ok, my blood rising up...

disebabkan cara dia bercakap mcm budak2 baru sunat nak try ayat budak junior, saya rasa saya perlu berkeras sikit...

then saya cakap, " ok mcm ni lah, u nak short cut explain kat saya, saya pon nak short cut to the point.. ni apa benda kad semua ni kena bayar ke apa? ada hidden fee ke apa ye?

tahu dia jawab apa...

" eh, saya baru nak cakap semua ni xpayah bayar..puan dah potong2 cakap saya..saya baru nak gitau berita gembira ni kat puan...bla..bla...."--> suara tinggi

ok, my blood now higher than u're expecting! beware!

" takde, senang citer.. u cakap td nak short cut bagi cepat, saya bagi u senang ..lagipon saya ada urusan kerja di ofis ni.." *'

" eh saya pon tgh kerja ni.. puan kerja, saya pon tgh kerja!"

boleh plak ko tengking aku ye...

ada 1% je baki kesabaran dan ayat berbudi bahasa...

" sorrylah, ( wah, boleh lagi aku yg say sorry..) saya nak masuk meeting kejap lagi..sb tu saya nak tahu.. saya rushing ni"

" hah? meeting? eh ni dah tengahari baru nak meeting? puan tak meeting pagi2 ke?"bla..bla...

TETTTT!!!!!!

MY RED BUTTON IS ON!

" eh, u ni sapa nak arah I meeting pagi2 ni? sapa u nak order sesuka hati.. kalau bekerja cara mcm ni, sampai ke tua lah u dok hadap tipon merayu memujuk org dengan offer u yg short cut short cut tu! dah, i"m not interested! tq!

call ended....

pergh! menyirap betol... tu cara berbudi bahasa dengan org ye?eloklah sgt...

pas letak tipon, saya menyesal tak sudah sb tersembur kata2 mcm tu..saya tahu bunyinya memang biadap..tapi kalau dah diasak banyak kali, dh bagi peluang cakap elok2, itulah padahnya....

itu gara saya mengaku sudah Puan, kalau cakap masih Cik td?? mahu lagi berani dia terus paksa dan biadap mcm tu...


tp itulah situasi hari ni...

saya confirm, kalau mamat tu ada blog, mesti dia akan update citer kutuk pasal saya..mulalah mengata orang ada jawatan sikit, kurang ajar dengan dia..takde budi bahasa...

status kat FB, confiirm nak update, "bengang, pangkat ada, budi bahasa zero"


dan itulah juga situasi hari ini..kita selalu menyalahkan org lain kerana biadap/kurang ajar dengan kita...

tapi pernah tak kita fikir dan menyalahkan diri sendiri, mungkinkah diorang biadap sb kebiadapan kita???

HIDUP SELALU MENYALAHKAN ORANG LAIN SAMA SEPERTI KITA BERCERITA KELEMAHAN DIRI SENDIRI KERANA SATU JARI YG MENUNDING, EMPAT JARI BALIK PADA KITA...

fikir2kan....


***kalaulah mamat tu TER jumpa blog ni dan terasa terkena batang hidung, akak minta maaf lah ye..tak niat nak kutuk kerja sesiapa..janji halal..tapi improvelah adab budi bahasa tu.. org tak kisah dek ko kerja apa, pangkat apa..tapi, org kisah sikap kita, budi bahasa kita...

dan sorry lagi satu, sb dah tertipu, sbnarnya akak tgh enak menjilat eskrem kat tesco masa ko kol..hahahhaa..sb ko kureng, terus masuk ofis kononnya..amponnnn!!!! hehehehe

PEACE!!!! akak cool , dek..ko je silap cakap tengking2... laki akak pon tak pernah naik suara, dek oii..

PEACE sekali lagi!


NOTAKUKUKAKIKU: adab budi bahasa dah makin luntur...



Sunday, November 13, 2011

Terharu

Bismillah

Hari ni pg2 ada knalan tipon,btnya khbr dan mendoakn pkbran baik buat saya skeluarga..

Rasa terharu tiba2..

Betapa dlm dunia ni, dgn rhmat ksh syg dr Allah,kita pnya org2 y mengasihi dan trus mengiringkan doa y tbaik buat kita..

Betapa Allah itu sifatNya Maha Penyayang,dan Dia hntar org2 y baik menemani kita di saat kita rasa snyi..

Inilah salah satu rhmat Allah y kdg kala kita trlupa..


NOTAKUKUKAKIKU: doakan y tbaik untk saya skeluarga.amin

Friday, November 11, 2011

LEPER....

Bismillah

ni nak share pasal senaman nak mencantikkan body figure lah sikit..hehehe..part2 yang kritikal contohnya tang perut....


saya dapat tips ni sebenarnya dari sorang kenalan..nak describe sikit pasal dia..hehehe..dia ni kira takdelah kata kategori badan kurus slim n lean..kira mcm chubby2 gitu..tp mcm juz nice lah...


saya admire tgok dia pakai baju fit kalau kat umah, tang perut tu nmpak mcm flat je..selalu kalau badan chubby2 ni, potensi perut nak naik sama tu tinggi juga kan...


saya tanya selamba kat dia..eh apasal perut you nampak mcm kemas je ye? u amal senaman apa?


so dia bagi tips-crunch exercise...

saya tgok cara dia buat...oklah, not too difficult to do...bila gugel kat youtube, banyak rupanya ditunjukkan mcm2 style nak buat crunch exercise nih....


awal2 buat, memang rasa mcm perit sikit...lebih2 lagi kat kawasan sekitar perut...


tapi lama2 dah get used, eh best plak..siap leh nyanyi dondang sayang..ekekeke


and the result????


pas hampir sebulan, dh kurang almost 2 inches kat bahagian pinggang akibat penyusutan bahagian perut..wakakaka...alhamdulillah....


skrg leh cari tailor repair suar jeans sb bahagian pinggang dah loose...cewah!

harap2 bertahan lama lah ye..hehehhe


cubalah!

NOTAKUKUKAKIKU: sesuai utk org yg baru bersalin sb compare ngan sit up, senaman ni tak stress kuat pada muscle bahagian abdomen..so very low risk....

Thursday, November 10, 2011

jangan pernah terasa hebat

Bismillah

jangan pernah terasa hebat
bila sudah mampu berkereta besar
kerana kereta yang besar
belum terjamin lagi kelajuanya membantu kita cepatnya meniti Siratul Mustaqim


jangan pernah terasa hebat
bila sudah ada pangkat yang tinggi
kerana pangkat yang tinggi
belum terjamin lagi tingginya membantu kita mencapai waktu hisab yg cepat di padang Masyar


jangan pernah terasa hebat
bila mengenakan pakaian jenama yg hebat
kerana pakaian yg mahal itu
belum lagi terjamin mampu menahan diri kita dari panasnya di dataran saat amalan dihisab


jangan pernah terasa hebat
bila punya gajet yang maha canggih
kerana gajet yang canggih itu
belum tentu dapat memudahkan sampainya doa waris yang ditinggalkan tanpa didikan agama


jangan pernah terasa hebat
hidup ini pinjaman semata-mata....


NOTAKUKUKAKIKU: segera istighfar saat terlintas rasa riak dan u'jub dalam hati....

musibah itu juga satu nikmat

Bismillah


saya kongsikan kata2 perbincangan dengan seseorang yang saya cukup kagum dengan keyakinannya yang sgt tinggi terhadap Allah walaupon pembawakan dirinya nampak biasa2 saja..


mengenai nikmat Tuhan...

ramai dari kita menganggap nikmat itu hanya sebagai kesenanagan, murahnya rezeki dari Tuhan dan sebagainya...


tapi bila ditimpa sakit/musibah/ujian, ramai yang menghukumnya sebagai musibah/balasan atas dosa yang dilakukan...


tapi hakikaktnya , jika diperhatikan , kadangkala kesenangan itu adalah musibah dan kesusahana itu adalah satu nikmat...



cuba kita fikirkan nikmat di negara kita ni.. contoh paling mudah, nikmat makanan yang pelbagai yang boleh kita makan bila2 masa, tiap2 masa... satu nikmat besar tak terhingga tu kalau dibandingkan dengan negara yang miskin mcm kat somalia dsb...



tapi disebabkan dengan nikmat makanan yg akhirnya kita leka dan tenggelam dalam memenuhi nafsu selera , berapa peratusan meningkat kebelakangan ini disebabkan obesiti/jantung/darah tinggi/diabetes dan sebagainya...


semuanya kerana nikmat yg kita bangga2kan kita gunakan berlebihan.. dan macam trend plak skrg ye, berebut2 nak memenuhi selera sana sini dan berbelanja berlebihan hanya sekadar utk memenuhi selera besar...sesekali tidak apa, tp jika selalu sgt, takut2 lari sunah yang dianjurkan Nabi kita, makan hanya bila lapar dan sebelum kenyang..



kasihan kita tgok suasana banjir yg melanda negara jiran kita sekarang, thailand.. saya yang pernah melalui saat banjir masa menetap di johor di zaman sekolah dulu dapat rasa betapa susahnya menghadapi banjir... yg beranak kecil, yang sakit, yang uzur... kita yang perempuan plak time period, sukarnya nak uruskan diri dalam banjir mcm tu..maklumlah air kotor.. kalau ditempatkan di dewan orang ramai, mana nak bertudung walaupon tgh tidor, mana nak dijaga aurat , mana nak solat dsb...

tp benar pendapat musibah itu juga satu nikmat... nikmat supaya kita redha dan sabar..ingat kuasa Allah.. ingat rezeki Allah boleh kita dapat dan boleh hilang bila2 masa saja...

tapi sayangnya berapa ramai yang mengharungi musibah denagn mengeluh dan mengabaikan terus perintah Allah.. berapa ramai yang lupakan solat dan berdoa minta perlindungan, berapa ramai yang tayang aurat walaupon keadaan bukanlah terlalu darurat...


cuba lihat dalam siaran penduduk somalia yang mengendong anak kecik kurus kering, tapi kepala masih berselindung di dalam selendang besar... walaupon terhimpit dengan kelaparan, tapi bab aurat masih terjaga...

mengapa kita yg masih banyak keselesaan tak mampu menutup aurat sebaiknya tanda kita syukur pada Allah walaupon diuji?

semoga Allah melindungi orang2 di negara jiran dan juga melindungi kita yang sebenarnya turut diuji...

DIUJI DENGAN KESENANGAN DAN KESELESAAN

Wallahualam....

NOTAKUKUKAKIKU: Allah Maha Pelindung....

Wednesday, November 9, 2011

kematian itu pasti..

Bismillah

raya haji kedua, sepupu belah ayah mentua meninggal..usia sudah emas ...sempat pi lawat utk solat jenazah..rasa sebak pulak melihat ramainya yg datang mengiringi..

esok time sendiri pergi, berharap ramai juga mengiringi mendoakan kebaikan mcm ni..

dan beberapa hari sebelum kematian, saya dan suami sempat berbincang utk ambil kesempatan mahirkan diri untuk pengurusan mandi jenazah..

di UPM dulu ada diadakan kursus di masjid besar..tapi entah kenapa, saya lepaskan peluang mcm tu..walaupun dalam hati pernah terdetik utk belajar dan mahirkan diri utk pengurusan mandi jenazah..

tambah2 pula, waktu arwah abah pergi, alhamdulillah, abang2 saya uruskan sendiri mandi jenazah dan abg kedua imamkan solat jenazah..itu doa abah sejak dapat anak lelaki sulung ,kata mak..abah berdoa perginya dia nanti, biarlah ada anak lelakinya sendiri yang mengimamkan solat..syukur, doa abah termakbul...

dan saya terfikir, seandainya ditakdirkan emak nanti, siapa pula nak uruskan mandi jenazah kalau bukan anak2 perempuannya sendiri.. sedih juga bila tgok sebelum2 ni, bila ibunya meninggal, anak2 perempuan sibuk menyiapkan hidangan utk semua jemaah yg mengurskan jenazah dari mandi jenazah smpai solat jenazah..sedangkan sepatutnya tanggungjawab anak perempuanlah memandikan jenazah ibunya..kan lebih tertutup aib si mati?


anak lelaki pula dok menung saja ..semuanya serah pada tok imam utk mandi,kapan dan solatkan jenazah.. ruginya tak dapat berbakti pada ibu/ayah sendiri buat kali terakhir...


insyaAllah, niat di hati sudah lama terpasang..dan saya dan suami sedang berusaha utk mempelajari kaedah pengurusan mandi jenazah...insyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan kami...

mungkin takdir Allah, belum masanya utk saya dan suami punya anak sendiri, tp seandainya ditakdirkan satu hari ada rezeki, doa kami sama sperti doa abah...

dan kawan2 yg ada anak, didiklah anak perkara2 asas agama waktu masih kecik ni.. mulanya didikan itu dengan akidah Allah itu Tuhan, Muhammad itu Rasulullah...dan ajarkan adab2 kerana didikan adab itu permulaan terbaik.. esok lusa, kita ibu bapa yang kena jawab apa yg telah kita didik pada anak2 kita..berat tanggungjawab tu..

insyaALlah, semoga kita selamat urusan dunia akhirat...amin....

NOTAKUKUKAKIKU: zaman ni mak ayah galak sgt nak anak terer nyanyi/berlakon..esok mati, jgn smpai anak duduk termenung tak tahu nak wat apa..ruginya kita sia2kan harta kita tu yg Allah beri...

riadah...

Bismillah







NOTAKUKUKAKIKU: berat mcm yoyo..jap naik, jap turun..adoyai!


Saturday, November 5, 2011

Projek sehari sebelum raya korban

Bismillah

Eh rasa jeles plak tgok kek-kek cantik kat laman web resepi ni…

Sejak dua menjak semangat nak turunkan berat badan cara sihat ni *kononnya*, mcm dah kurang sikit aktiviti baking membaking kat dapur ni.. ikutkan saya bukan peminat kek tahap tegar. Tapi kalau dah saya yang buat, yg dalam rumah ni Cuma saya dan suami, pas pass sikit kat mak, kat mentua, eh sapa plak nak habiskan kek ni ye? Ekekeke..alasan munasabah tak ni? Ke munasarawak??? Wakakakka

Tetiba gatai tangan sehari sebelum balik raya ke penang, selongkar bahan2, ehem cukup semuanya..maka mari kita mulakan operasi..

Kali ni buat moist chocolate cake.. ala, I tahu ramai yg dah hebat bab kek ni..smbil tutup mata pon boleh buat..baiklah , saya Cuma amatur (=_=)

Resepinya sama saja mcm dh banyak sgt org dok citer dalam blog la, fb la.. tapi I alter sikit bagi uhmmm sikit..hehehe

Ikutkan resepi asal guna 3 bijik telur gred A.. tapi saya belasah guna 4 bijik..eh? kata nak kek berlemak berkrim..hehehe

Minyak masak pon leh tahan banyak nih.. barulah tmbah gebu dan lembap aje…

Hasilnya

TADAAAA!!!




yang ni saja buat dalam paper cup ..dalam baper bijik je.yg lain semua bake dalam aluminium foil tu dan di potong2..tapi yg sliced dah siap2 pack utk mak n mak mentua..hehehe

Memang la rasanya superb tapi kalau kolestrol naik, lemak naik, jangan salahkan I bagi resepi tak sihat ni..pi lari setempat pas makan kek ni..hehehe

Psst!! Pstt!!

Ada rahsia ni..sbnarnya I makan sepotong ciput je kek ni..yg lain bagi kat mak dan mak mentua…

Sb I tahu resepi ni tak sihat lagi2 utk orang yg sedang berusaha nak turnkan berat bdn ni..wakakaka

Di pagi raya, dah mintak ampun kat mak dan mak mentua dah…

Aci tak??

Hwakakaka

NOTAKUKUKAKIKU: suka tgok kek cantik tp tak suka makan..

salam aidiladha 2011

Bismillah


Assalammualaikum semua

*pas solat raya kat masjid USM..hehehe*


Salam Aidiladha 2011


semoga kita dilapangkan dada dan hati
untuk terus berkorban
demi agama kita




berkorban masa, tenaga mahupon apa saja
demi mencari redha Ilahi



NOTAKUKUKAKIKU: beraya di Penang..