Sunday, August 7, 2011

hibernasi...

Bismillah

salam ramadhan semua(^_^)...

dh masuk minggu kedua dah..sat je rasa.. ada yang mula 'tuang' solat tarawikh tak? hehehhe

saya berhibernasi sebentar beberapa minggu ni...

sedikit tips saya nak kongsikan sempena bulan ramadhan ni...

1. disebabkan kita kurang masa utk minum air masak dengan banyak sb berbuka dah pulun air manis, pi tarawikh dah lewat, pastu nak tido dah.. masa sahur plak tak lalu nak teguk air banyak2.. so saya amalkan bawa botol air masak waktu pi tarawikh. setiap selesai solat isyak, dan setiap dua rakaat tarawikh, saya akan minum air masak ..dan pastikan selesai saja witir, pastikan sudah habis sebotol besar tu.. insyaAllah, kulit kekal lembap dan bermaya sepanjang hari, dan tiada pecah2 di bibir..

2. kadangkala kita terlalu gelojoh sehingga kurang menguyah makanan sewaktu berbuka atau bersahur.. ini mengganggu sistem penghadaman kita dan akan menyebabkan sembelit. sembelit mendatangkan kulit yang kusam, tidak sedap perut dan sakit kepala.. saya amalkan makan buah betik hampir setiap hari sewaktu selepas solat tarawikh.. selain membantu pelawasan, ia juga mengelakkan kita makan nasik second round ( sesetengah orang ) dengan banyaknya..kan nak nmpak anggun di hari raya kan ? *konon (^_^)*

3. ketika berbuka dan bersahur, amalkan menguyah makanan sebanyak mungkin ( afdal 40 kali ) untuk memudahkan penghadaman dan buat kita cepat kenyang.. insyaAllah, amalan ni sgt memberi manfaat...

Selamat kekal sihat dan anggun di hari berpuasa !



NOTAKUKUKAKIKU: syukur masih panjang umur utk ramadhan ni...

Sunday, July 24, 2011

yg dinanti...

Bismillah


Kesakitan yg pasti tapi masih yang dinanti

Demi sebuah perjalanan sempurna


Semoga Allah melindungi

Amin…


NOTAKUKUKAKIKU: syukur…

Friday, July 22, 2011

PROJECT RUNAWAY ...

Bismillah



Cer teka? Cer teka?

Saya nak buat apa???

NOTAKUKUKAKIKU: blink! Blink ~

Thursday, July 21, 2011

TUMBESARAN SEIRING ZAMAN

Bismillah


Kalau korang ada yang lebih kurang sezaman dan seusia saya

Mesti ingat makanan ringan kegemaran masa zaman budak2 dulu ni

Hehehe

Sikit aje isinya

Tapi sedap,kan?


Minggu lalu ke pasaraya

Terjumpa bungkusan yang lebih kurang sama

TAPI….

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Perasan tak gmbar budak tu lebih besar dan demok?


Maknanya tak salah lah kalau kita pon ada yang dah sama2 ‘membesar’

Sebab budak ni pon dah ‘membesar’ sama..


Hahahaha

Perumpamaan hanya untuk menyedapkan hati sendiri…

Keh keh…


NOTAKUKUKAKIKU: indahnya zaman kanak2…

Wednesday, July 20, 2011

bersih dan wangi...

Bismillah


Lagi beberapa hari nak masuk Ramadhan

maknanya malam bertarawikh akan bermula


dah buat persiapan pakaian berterawikh nanti?

Haaa, ramai yang terlepas pandang..

Pakaian raya ada yang dah siap tempah

Ada yang dah siap survey


Tapi pakaian nak beribadat depan Tuhan??

Ada yang bertahun tak bertukar yang baru

Ada yang penuh tahi lalat plak kat telekung tu

Nak guna hari-hari

Tapi Cuma ada sehelai dua

Itupon ada yg dah naik lebam..

Hehehe


Nampaknya ada yang tidak segan mengadap Tuhan


Apa kata

Ramadhan ini

Cuci telekong sebaik mungkin siap pewangi

Barulah aman solat kerana sudah suci


Kalau mampu

Belilah yang baru

Tambah semangat sikit nak isi buku ibadat baru

Kan buku ibadat lama dah diserah pada Allah malam Nisfu Syaaban lalu?


Nak beli yang berkerawang penoh tidak salah

Tapi kalau rasa terlintas rasa riak di hati dan resah

Pilihlah yang putih suci murni sudah memadailah


Allah sukakan kecantikan dan kebersihan

Sama2lah kita perbaiki amalan

Semoga amalan diangkat Tuhan


Selamat beribadat di bulan Ramadhan


NOTAKUKUKAKIKU: bercantik2 dan berwangi mengadap Tuhan, Dia yang Menciptakan kita…

project runaway saya..KONON

xxxx
xxxxxxx
vvvvv
bbbbbbbbbbbbbbb
ffffffffffff
hhhhhhhhhhhhhhhh
ddddddddddddddd
ssssss
eeeeeeeee
bbbbbbbbbbbbb
nnnnnnnnnnnnnn
baju malay

yg buat saya ingin bercinta lagi..haha

aaaaaa
aaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaa
dddddddddd
ggggggggggg
dddddddddd
sssssssssssss
dfffffffffff
dddddddddd
bbbbbbbbbbb
tttttttttt
hhhhhhhhhh
gggggggggggggg
kamar dicat