Sunday, August 7, 2011

hibernasi...

Bismillah

salam ramadhan semua(^_^)...

dh masuk minggu kedua dah..sat je rasa.. ada yang mula 'tuang' solat tarawikh tak? hehehhe

saya berhibernasi sebentar beberapa minggu ni...

sedikit tips saya nak kongsikan sempena bulan ramadhan ni...

1. disebabkan kita kurang masa utk minum air masak dengan banyak sb berbuka dah pulun air manis, pi tarawikh dah lewat, pastu nak tido dah.. masa sahur plak tak lalu nak teguk air banyak2.. so saya amalkan bawa botol air masak waktu pi tarawikh. setiap selesai solat isyak, dan setiap dua rakaat tarawikh, saya akan minum air masak ..dan pastikan selesai saja witir, pastikan sudah habis sebotol besar tu.. insyaAllah, kulit kekal lembap dan bermaya sepanjang hari, dan tiada pecah2 di bibir..

2. kadangkala kita terlalu gelojoh sehingga kurang menguyah makanan sewaktu berbuka atau bersahur.. ini mengganggu sistem penghadaman kita dan akan menyebabkan sembelit. sembelit mendatangkan kulit yang kusam, tidak sedap perut dan sakit kepala.. saya amalkan makan buah betik hampir setiap hari sewaktu selepas solat tarawikh.. selain membantu pelawasan, ia juga mengelakkan kita makan nasik second round ( sesetengah orang ) dengan banyaknya..kan nak nmpak anggun di hari raya kan ? *konon (^_^)*

3. ketika berbuka dan bersahur, amalkan menguyah makanan sebanyak mungkin ( afdal 40 kali ) untuk memudahkan penghadaman dan buat kita cepat kenyang.. insyaAllah, amalan ni sgt memberi manfaat...

Selamat kekal sihat dan anggun di hari berpuasa !



NOTAKUKUKAKIKU: syukur masih panjang umur utk ramadhan ni...

2 comments:

terima kasih sudi mengomen(^_^)