Wednesday, September 21, 2011

KONVOI -part 1

Bismillah

Sempena 16 September, Hari Malaysia, saya dan hasben join konvoi motor SYM bersama abg ipar dan 140 ahli kelab ni ke Melaka dari Penang..

Dari penang ada lebih kurang 80 bijik motor..

Acara melepaskan konvoi ni dibuat di Esso Juru.. masing2 semangat aje..

Dan sebenarnya ini kali pertama saya dan suami join konvoi ni.. itupon dicucuk beberapa kali oleh abg ipar..hehehe…

en. hasben dminta membacakan doa perjalana..mudah2an dipermudahkan dan dipelihara oleh Allah..selamat pergi dan pulang..

Dan lagi mencabar, saya dipertanggungjawabkan menjadi crew photographer utk misi konvoi kali ni..

Pergh! Gigil jugak la..selalu jadi photographer suka2 aje.. sekali kali ni diorang percaya plak kat saya..so saya cubalah..tapi tak risau sgt sb ada camera2 personal lain yg turut akan menyumbang sama gmbar2 nnti..

Sb tu kena pakai vest kuning nih..

So, sepanjang perjalanan, saya dan suami terpaksa keluar barisan konvoi sebab kami kena standby kat point2 yang saya rasa akan dapat view yg cantik bila motor2 ni samapai…so memang mcm jalan tu kami yg punya lah pagi tu..kekekeke..moto kami 200cc, so boleh blah sesuka hati lah sikit…nak kejaor gmbar yg view cantiklah kononnya..

Memang mencabar, sebab baru je park moto, motor2 lain dah nak smpai..terhegeh2 saya tertonggeng2 tepi lebuh raya nak dapat gmbar yg cantik tu..hahahah…


Sempat berehat sebentar isi minyak kat RnR Tapah.. pastu terus sambung perjalanan..

Nak ditambahkan cabaran, tiba2 tgh pulun bawak laju bagai nak giler tu, sb konon2 nak standby kat tol jalan duta sb sana kan mcm hilly, so mesti cantik nmpak motor2 semua turun bukit… sekali sorang martial konvoi kitorang bagi arahan tangan kat hasben, suh ke tepi lebuh raya..

Rupa2nya, plat cover ekzos kami Nampak mcm bergoyang.. mujur takde apa2, tapi kena gaklah ikat mana yg loose..nasib baik jeep track SYM ada bawa mekanik diorang sekali..

Last2, gmbar di tol duta tak dapat, kami plak kena bawak rilex2 aje..tertinggal dengan ahli konvoi yg lain..

Smpai KL, trus lunch kat satu restorann kepunyaan ahli kelab SYM juga tapi bhagian KL..kawan2 konvoi lain dah nak siap makan, kami baru smpai..so berehat sebenatar sebelum terus ke Melaka…

Hari pertama yang sgt mencabar minda laki bini ni..tapi semangat tetap tinggi..cewah, poyo! Padahal, ada hati nak tahan bus Plusliner nak tumpang balik umah..keh keh

NOTAKUKUKAKIKU: masa ni baru rasa semangat kerjasama kumpulan…alhamdulillah

teaser

Bismillah















panjang ceritanya...

nanti2 update ye :)


kondisi: muka hitam terbako, berat naik asyik dijamu makan sepanjang konvoi dari penang ke melaka...hehehehe

NOTAKUKUKAKIKU: seronok bertemu kawan baru

Thursday, September 15, 2011

terima kasih Malaysia

Bismillah

entri ni adalah auto-publish

mungkin masa ni saya dok atas moto lagi ngan hasben
dan bersama 140 ahli kelab SYM Bikers Malaysia yang lain


kami berkonvoi dari Penang
dan dijangka solat jumaat di masjid berdekatan Istana Negara
dan teruskan misi konvoi ke Melaka


konvoi ini adalah sempena merdeka raya 2011


konsep kelab bikers ni adalah beramal sambil beriadah

so dijangka esok kami akan ke rumah anak yatim dan bergotong royong di sebuah kampung di melaka


dan mungkin saat ini
punggung saya dah panas atas moto

ohmaigod!

ehehehe


SELAMAT HARI MALAYSIA SEMUA!

DOAKAN KAMI SELAMAT PERGI DAN PULANG!


NOTAKUKUKAKIKU: ada jamuan raya lagi :P

tidak mudah

bismillah


tidak mudah
untuk menjadi sabar
lagi2 bila keadaan itu sebenarnya kita mampu atasi
tapi kita tidak mahu ambil kisah

dan akhirnya kita berdiam

tidak mudah
untuk menjadi syukur
tatkala rezeki melimpah ruah
sedangkan selalu disekeliling ada orang yg benar2 memerlukan

dan akhirnya kita baru tersedar


dalam dunia
tidak mudah untuk kita penuhi setiap permintaan
dan harapan orang keliling


kerana itu
selalulah beri peluang pada diri sendiri
dan pada orang lain

moga2 bantuan Allah itu tetap ada
untuk kita sama perbaiki


hidup bukan mudah

kalau tiada iman dan takwa


NOTAKUKUKAKIKU: kadang2 rasa kuat, kadang2 rasa lemah..itulah fitrah manusia biasa

Wednesday, September 14, 2011

mari suka 'mengungkit'

Bismillah


asal gadoh laki bini
mesti tak banyak ,sikit ada mengungkit


"itulah u, sikit2 kata I ego"

"memang u tu ego.. dulu masa bercinta, bila I merajuk, pandai aje u pujuk, hadiahkan itu ini..sekarang , ada u ambik kisah lagi?"

ok, itu mengungkit kisah silam..

dan yang pastinya
bila mengungkit sesama manusia ni
memang menyakitkan hati,betul dak?


tapi dalam Islam, 'mengungkit' dengan Allah adalah dibenarkan

sila fahamkan betol2 konsep 'megungkit' dengan Allah


dalam Islam dipanggil TAWASSUL


contohnya, hari ini kita menderma sejumlah wang pada pengemis jalanan
ditakdirkan petang itu, dpt khabar berita saudara/adik beradik kita kemalangan dan parah


so, kita boleh berdoa
"Ya Allah, sekiranya dermaku pagi tadi dikira satu ibadat yang Engkau terima, maka Kau lindungilah saudaraku yg kemalangan itu dan percepatkanlah sembuhnya"

Konsep tawassul ni kita boleh guna utk diri sendiri mahupon utk org lain.. kita berdoalah dan sebut kebaikan yg pernah kita lakukan dan pohon pada allah sekiranya ibadat kita tu Allah terima sebagai ibadah, maka mintalah Allah bantu kita disaat kesusahan...

dalam satu ceramah Tanyalah Ustaz, ustaz zawawi explained bahawa konsep mengungkit kebaikan ini memang dibenarkan dalam islam dan Allah sendiri mensyariatkannya tapi mengungkit sesama manusia amat dilarang...contohnya mengungkit derma yang kita bagi pada orang lain dengan mengahrapkan balasan lain...

rasionalnya mudah, pemberian pahala di sisi allah tidak sama dengan perkiraan matematik kita.. so sebutkanlah ibadat kita yang ikhlas kerana Allah utk pohon bantuan Dia...

SAYA NAK MULA 'MENGUNGKIT' LAH MCM NI(^_6)


Sb ustaz kata tawassul ini menambahkan pahala dan tidak mengurangkan pahala amalan ibadat kita yg kita ungkit...

ANDA BAGAIMANA?

sudah2lah kita mengungkit sesama manusia..sakit hati dapat, pahala berkurang...hehehehe


NOTAKUKUKAKIKU: semoga Allah dengar dan kabulkan doa kita semua..amin


sudah tua...:(

Bismillah

dulu, lari /jogging mcm nak mati berapa km pon
stamina maintain


kaki takde sakit2
badan takde lenguh2


tapi sejak melangkah nak masul 3 series ni



baru bersilat berkuntau sikit dengan suami
sakitnya mengalahkan orang pergi tebang balak nun


haihhh
kena buat sesuatu ni




ada cadangan tak??


NOTAKUKUKAKIKU: amal madu, habatus sawda, kurma setiap hari..tapi kalau umur semakin meningkat, memang tak leh watpa...fitrah alam..huhu

tiada dalam pasaran

Bismillah










kalau ada pon, tak laku

hahahaha



NOTAKUKUKAKIKU: sibuk siapkan photobook kompilasi percutian :P