Wednesday, November 30, 2011

Usah pernah menghukum

Bismillah

Saya ni bukanlah anti social lebih2 lg dalam era technologi serba canggih skarang ni. Memang trend la zaman skarang majoriti ada FB, twitter, Skype,mcm2 la lagi..

Dan kebanyakannya berdiri di atas satu reason paling munasabah ...untuk mengekalkan social dengan rakan2 , baik yg dh lama kita tak jumpa, yang hari2 jumpa, yang baru berjumpa malah dengan yg langsung kita tak pernah jumpa.. Hebatnya kuasa social networking..

Tp masih munasabah kah medium2 ini sekiranya ia lebih menjadikan kita saling berlumba2 utk menceritakan semua perkara termasuk yg remeh malah sehingga Hal peribadi turut diwarwarkan.

Skrg ni trend "tag and comment" semakin menjadi2..

Apakah terasa hebat bila setiap kali kita upload gmbar yg barangkali melibatkan aktiviti dan perasaan org lain, kemudian kita tag kawan2 yg kebarangkalian akan memberi komen2 yang berderet2 sehingga akhirnya kita lupa bahawa konsep mengekalkan silaturahim itu tercemar.malah lebih bahaya kita sebarkan fitnah plak..Nauzubillah

Dah tiba masa kita 'hijrahkan' diri dari benda2 yg nmpak remeh tp besar kesannya...

NOTAKUKUKUKAKI: Isu melabel org di FB semakin menjadi2..

Tuesday, November 29, 2011

xtvt tahun baru

Bismillah

ahad lepas, balik umah mak saya di bidor perak..sempena Maal Hijrah..mak awal2 lagi dah reminded saya dan suami, Ustaz feveret kami nak mai surau taman perumahan mak ni sempena Karnival Maal Hijrah 1433..

bermula jam 6 pagi, semangat tgok para jemaah ramai sgt turun solat subuh berjemaah sb pas solat subuh, Ustaz Kazim Elias Al Hafiz bagi ceramah..memang tak miss seboleh mungkin kalau ada peluang join kuliah beliau..dulu ustaz mai penang, saya dan mak mentua 'berkejor' smpai masjid negeri penang tu..hehehehe..



isi kuliah ustaz bertemakan Maal Hijrah..insyaAllah, akan saya kongsikan dalam post seterusnya...


mula jam 9 pagi, masing-masing penduduk taman dan sekitar dtg memeriahkan karnival ni..memandangkan ini kali pertama karnival mcm ni diadakan di taman ni, so serba serbi masih dalam proses belajar ..tp saya kagum bila dari budak sekolah rendah smpai pakcik makcik yang berumur semuanya bersatu padu...

ada pertandingan menulis jawi utk kaum wanita..eh eh, saya pon tak lepaskan peluang masuk bertanding..ekekeke... maklomlah, umur dah layak bergelar wanita..huhu..kalau tak, teringin jugak join perlawanan bola jaring..tp bila tgok semuanya adik2 perempuan sekolah menengah yang masih cergas melompat berlari segala, trus cepat2 ambik tempat kat meja pertandingan tulisan jawi..ekekekeke...

utk adik2 lelaki remaja plak, diadakan pertandingan futsal,dan sukaneka...adik2 sekolah rendah plak ada pertandingan bercerita dan pertandingan azan..uii meremang bulu roma dengar adik2 azan beralun2 nadanya...sejuk perut mak dia mengandung..


utk adik2 pra-sekolah, depa join pertandingan mewarna..comel je tgok katun barney jadi kaler kuning..heheheh

utk kaum mak-mak plak, diadakan sukaneka ..kemain meriah sekali sekala tgok makcik2 main tangkap2 belon guna kain batik..segala latah opocot, oh mak kau semua keluar..hehehehe


booth2 pameran dan jualan juga dibukak..beri peluang utk penduduk taman dan yg sekitarnya berniaga..saya rasa baguslah buat mcm ni, sb bagi peluang pada semua orang...yang paling saya rasa bagus sgt karnival mcm ni dibuat, ia secara tak langsung mengimarahkan lagi masjid/taman ..bukan sekadar tempat menunaikan solat dan kuliah agama, tp lebih dari itu..masa nilah dapat berkenal2an dengan orang2 dalam taman, baik dari mak ayah, smpai ke anak cucu..

semoga usaha mengimarahkan masjid/surau akan terus digiatkan...takdelah nnti masjid/surau tersergam indah tapi sunyi tidak bernyawa...

majlis penutup dibuat oleh ADUN yang dijemput khas...seronok bila usaha2 permulaan mcm ni disambut baik oleh pemimpin setempat..malah, ADUN umumkan sumbangan RM5000 utk surau taman ni utk galakkan lagi anjuran majlis2 seperti ni..Alhamdulillah....





Alhamdulillah, ada rezeki ptg tu .saya dapat Johan pertandingan tulisan jawi tu..eh , nmpaknya memang sesuai sgt kategori wanita tu utk saya,iye? ekekekek....


NOTAKUKUKAKIKU: tulisan jawi dah bengkang bengkok sb lama tak guna...

Friday, November 25, 2011

salam maal hijrah 1433

Bismillah

Salam Maal Hijrah yg ke 1433
semoga tahun baru ini ,kita lebih berusaha untuk menjayakan diri sendiri, agama, bangsa dan negara

sempena memulakan tahun baru yang kita harapkan penuh warna warni kebahagiaan
saya pohon ampun dan maaf andai ada salah silap sepanjang menulis dalam blog ni
kalau saya menegur, ada yang terasa hati, maafkan saya kerana teguran itu buat pengingat diri saya sendiri

andai ada terkurang sana sini, ampunkanlah atas ketidaksempurnaan ini..

semoga Allah merahmati kita semua...

NOTAKUKUKAKIKU: permulaan yang gembira di tahun baru (^_^)

Wednesday, November 16, 2011

Rumah P.Ramlee

Bismillah

Tahun ni raya haji tak pi temankan mak ayah mentua pon tgok korbankan lembu..hehehe.. dh en.somi ajak pi jalan penang, maka wajiblah saya mengikut..hihi..

Pi ronda Jalan Kulit, trus nak balik sb mcm nak hujan…alih2 lalu depan rumah kelahiran P.Ramlee

Singgah lah sat, alang2 dah lalu..lagipon nak hujan..kami nek motor je sb dalam penang ni time coti bersaranglah tunggu dalam kereta sb jammed


Ini rupanya rumah P.Ramlee, comel aje



Sampai2 aje, masuk dalam rumah ni..ada diletakkan pelbagai koleksi dokumen P.Ramlee termsuklah sijil kelahiran dan IC dia..
eh nmpak evergreen lah tgok IC ni..dulu tgok mak ngan arwah abah punya pon mcm ni sebelum tukar Mykad.. nmpak gmbar muda belia zamn arwah abah ngorat mak naik vespa..ekekeke….nostalgia betol…

Ni gmbar2 ahli keluarga P.Ramlee..

Yg ni arwah mak dia


Yang ni arwah ayah dia


Ni geng2 band dia la kot


Zaman muda mudi

Ni biola yg bawa nama besar pada P.Ramlee


Ni koleksi baju2 dia,masih elok tersimpan…


Eh nostalgia lah tgok katil style ni..skrg pon dh trend balik mcm zaman dulu kan?


Ronda2 bawah rumah pon ada basikal yg digunakan P.Ramlee dulu.. ada tulis kat situ, P. Ramlee ni krestif orangnya..dia gunakan brek tangan basikal ni untuk cipta irama smbil dia dendangkan lagu..wah, memang super kreatif la…


NOTAKUKUKAKIKU: suka tgok body figure wanita zaman P.Ramlee..mcm kerengga..hehehe

Tuesday, November 15, 2011

cabaran -part 2

Bismillah

Nampaknya semakin kuat cabaran utk saya lebih berusaha kurangkan lagi berat badan…

Cabaran Part 1 ada DI SINI


Sejak join konvoi motor Penang-Melaka beberapa bulan lepas, crita DISINI, SINI LAGI, DAN SINI JUGA


Selalu jugaklah ushar2 moto ngan en.somi

Tambah bila tgok rancangan GPS Iman kat Tv3 tu

Yang anak2 muda naik superbike pi wat program kat kampung2 dan sebagainya

Lagi tambah kemaruk kat motor2 superbike ni



Tapi kesian saya

Setiap kali en.somi mention nama model sekian sekian

Soklan yg saya Tanya

Dan WAJIB saya Tanya adalah

“motor tu sesuai single rider ke atau berdua?”



Yelah, kan ada sesetengah superbike hanya ada single seat aje, kan?

Oh kalau en.somi nak beli yg single, haruslah si isteri bantah habis2an..

Hehehehe



Akhirnya

Minggu lepas

En.somi tunjuk gmbar dari mudah.my

Model Kawasaki ER6N ni


Ok, ciri-ciri sudah menepati criteria

Sesuai dua orang



Tapi….


En.somi dah bagi hint

“ kalau naik berdua, berat balance dua2, motor ni memang superb lah”

(=_=)



Apa maksud ‘balance dua2 tu?

Cer citer cer citer….



Hwaaa!!!

** Smbil sarung kasut jogging dan tambah kilometer larian**

TAK LEH JADI NI

CABARAN NI!!!


NOTAKUKUKAKIKU: dh dpt berat ideal, tp masih di BMI yg maksimum…tak selamat lagi nih..huhu

iktibar kesusahan org lain

Bismillah

Saya cukup kagum dgn kwan2 y semangatnya maintain xberubah baik dr segi pelajaran atau kerjaya..

Saya pulak level smgat ni ada masa naik,ada ms trun..hmm

Pg ni bdn xbpe sedap..agaknya smalam mkn daging byk kot.mula la naik lemau je rasa..

Bila dh lemau,nk buat keja pn mcm malas..hmm

Tgah usaha kembalikan mood,saya intai kt tingkap.nmpk ada 3 org apek tgah btukang buat rumah org nk renovate la gamaknya..sy agak y dua org tu dlm 50-60 an umurnya.sorg lg dlm 30an mcm tu..

Matahari dok cacak atas kepala,dpa steady je buat keja.lg2 y apek tua tu.
Tetiba ujan,dpa msih steady wat work..

Sy tgk keadaan sy.sjuk bhawa dingin,xkna ckit pn pns matahari..

Atas alasan apa sy untk tidak jd produktif mcm mereka..

Astaghfirullah,lalainya diri ni..

NOTAKUKUKAKIKU: kdg2 kita tlalu asyk melihat kesenangan org shj..

Monday, November 14, 2011

BIADAP

Bismillah

memang, kasar bunyinya kalau kita kita sebut biadap ataupon terdengar org sebut perkataan ni..tapi itulah yg dilalui dalam seharian...

dari start atas jalan raya, smpai nak cari parking, di pejabat , atas jalan raya semula dan smpailah ke rumah...ada saja kadang2 perkara2 yg boleh dikategorikan sebagai 'biadap' sama ada orang yang buat atau kita sendiri yg buat..sedar ataupon tidak...

tapi adakalanya kita berlaku 'biadap' kerana 'kebiadapan' org lain..

setuju tak??

contoh situasi saya minggu lalu...


handphone ringing.. saya jawab ..terdengar suara pemanggil seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai wakil sebuah syarikat bla..bla..bla.. dan menawarkan saya kad VIP untuk pelbagai faedah...of course faedahnya bisa buat hati cair kalau tak fikir panjang....

selalunya saya secuba mungkin tidak melayan panggilan dari caller yg tak dikenali kerana sekarang ini, mcm2 syarikat kol utk tawar itu ini tapi hakikatnya sekali berjanji, memang manis janjinya tp bila duit /kad kredit dah di kaut, lesap tinggal ko sorang terkontang kanting...

saya cukup berhati2 bila berurusan dengan kad kredit berdasarkan pengalaman kawan2 yg sudah terkena...

tapi kali ini saya tak sempat beri alasan kerana tersalah sangka dengan panggilan laki tu yg membahasakan saya Dr. Fazhana.. selalunya panggilan dari bank dan sebagianya menggunakan panggilan Puan Fazhana.. urusan di tempat kerja sahaja menggunakan Dr. Fazhana..sangkaan saya ofismate kol atas urusan kerja dsb..

ok, fine, dah hampir terjerat skrg...

yg mula tak sedap hati tu, boleh plak dia main2kan nama saya smbil nyanyi lagu Farhana kumpulan Jimbara tu.. eh? ko ni nak mengorat anak dara ke hape? kalau urusan kerja, cakaplah straight to the point...

takpe, SABAR...

start je dia bagitau antara faedahnya leh potongan gi umrah...itu first thing dia mention..dan siap2 gitau, saya short cut je ni, sb banyak sgt faedahnya..

wah, boleh plak hal macam ni main short cut short cut ye...

takpe, SABAR....

tiba2 leh plak mencelah, eh ni nak panggil Puan ke Cik ni? * nada mengada2* eh, ko ni bercakap nak bersembang ke hape.. tahulah suara aku ni kecik mcm doremon, tp kalau awal2 td dh bahasakan nama official saya, so belasah je lah puan kalaupun aku lom kawen ke hape..

ok, my blood rising up...

disebabkan cara dia bercakap mcm budak2 baru sunat nak try ayat budak junior, saya rasa saya perlu berkeras sikit...

then saya cakap, " ok mcm ni lah, u nak short cut explain kat saya, saya pon nak short cut to the point.. ni apa benda kad semua ni kena bayar ke apa? ada hidden fee ke apa ye?

tahu dia jawab apa...

" eh, saya baru nak cakap semua ni xpayah bayar..puan dah potong2 cakap saya..saya baru nak gitau berita gembira ni kat puan...bla..bla...."--> suara tinggi

ok, my blood now higher than u're expecting! beware!

" takde, senang citer.. u cakap td nak short cut bagi cepat, saya bagi u senang ..lagipon saya ada urusan kerja di ofis ni.." *'

" eh saya pon tgh kerja ni.. puan kerja, saya pon tgh kerja!"

boleh plak ko tengking aku ye...

ada 1% je baki kesabaran dan ayat berbudi bahasa...

" sorrylah, ( wah, boleh lagi aku yg say sorry..) saya nak masuk meeting kejap lagi..sb tu saya nak tahu.. saya rushing ni"

" hah? meeting? eh ni dah tengahari baru nak meeting? puan tak meeting pagi2 ke?"bla..bla...

TETTTT!!!!!!

MY RED BUTTON IS ON!

" eh, u ni sapa nak arah I meeting pagi2 ni? sapa u nak order sesuka hati.. kalau bekerja cara mcm ni, sampai ke tua lah u dok hadap tipon merayu memujuk org dengan offer u yg short cut short cut tu! dah, i"m not interested! tq!

call ended....

pergh! menyirap betol... tu cara berbudi bahasa dengan org ye?eloklah sgt...

pas letak tipon, saya menyesal tak sudah sb tersembur kata2 mcm tu..saya tahu bunyinya memang biadap..tapi kalau dah diasak banyak kali, dh bagi peluang cakap elok2, itulah padahnya....

itu gara saya mengaku sudah Puan, kalau cakap masih Cik td?? mahu lagi berani dia terus paksa dan biadap mcm tu...


tp itulah situasi hari ni...

saya confirm, kalau mamat tu ada blog, mesti dia akan update citer kutuk pasal saya..mulalah mengata orang ada jawatan sikit, kurang ajar dengan dia..takde budi bahasa...

status kat FB, confiirm nak update, "bengang, pangkat ada, budi bahasa zero"


dan itulah juga situasi hari ini..kita selalu menyalahkan org lain kerana biadap/kurang ajar dengan kita...

tapi pernah tak kita fikir dan menyalahkan diri sendiri, mungkinkah diorang biadap sb kebiadapan kita???

HIDUP SELALU MENYALAHKAN ORANG LAIN SAMA SEPERTI KITA BERCERITA KELEMAHAN DIRI SENDIRI KERANA SATU JARI YG MENUNDING, EMPAT JARI BALIK PADA KITA...

fikir2kan....


***kalaulah mamat tu TER jumpa blog ni dan terasa terkena batang hidung, akak minta maaf lah ye..tak niat nak kutuk kerja sesiapa..janji halal..tapi improvelah adab budi bahasa tu.. org tak kisah dek ko kerja apa, pangkat apa..tapi, org kisah sikap kita, budi bahasa kita...

dan sorry lagi satu, sb dah tertipu, sbnarnya akak tgh enak menjilat eskrem kat tesco masa ko kol..hahahhaa..sb ko kureng, terus masuk ofis kononnya..amponnnn!!!! hehehehe

PEACE!!!! akak cool , dek..ko je silap cakap tengking2... laki akak pon tak pernah naik suara, dek oii..

PEACE sekali lagi!


NOTAKUKUKAKIKU: adab budi bahasa dah makin luntur...