Tuesday, January 25, 2011

Nak ber-body seperti Aishwarya Rai??

Bismillah

Haha..tajuk entri tak menahan di situ ye..keh keh..5 masalah, satu penyelesaian..eh? tetiba iklan si Aishwarya Rai..hahaha

Sebenarnya, masa sekolah rendah dulu, pernah jugak dalam 2 tahun mcm tu terjebak ngan tarian klasik India..

Masa tu belum baligh lagi..keh keh.. so pakai sari siap Nampak perut, no hal lah beb! Cuba sekarang? Owh! Tak sanggup I..hahhaa


credit to sini

Tapi saya memang minat dalam benda2 seni ni termasuklah seni muzik ke, tarian ke, lakonan ke, seni pertahan diri ke..

Sb tu pernah nak jadi penyanyi tu..eh?

Tp giler sayang, gmbar2 waktu buat persembahan tarian klasik India masa sekolah semuanya dah selamat jalan sb rumah pernah banjir teruk masa tu saya bersekolah di Johor, so dgn album2 semua hanyut sekali..sayangnya… kalau tak, leh share gmbar I menari tunjuk perut..Eh? hahhaha.. ala, xdenya terliur tgok gmbar budak belum baligh tu..kih kih..

Masuk UPM, masa tahun 1, pernah gak survey2 nak join Kelab Tarian Klasik India.. satunya sebab free..nak dijadikan cerita, malam pendaftaran utk ahli kelab tu saya tak jumpa di mana.. maklumlah masa tu freshie kan, mana lah tahu sgt ceruk dalam UPM yg maha luas ni..last2 fed up, I trus join kelab silat cekak hanafi..

Eh, tp sumpah..kalau suh I bersilat cekak hanafi skrg, haram tak ingat.. bercekak pinggang,I tahu..hahaha

Tp minat I tak pernah padam lah pada tarian klasik india ni..hasben pon tahu sejak kami kawan2 dulu.. dia pon ok je ,janji katanya, jangan pakai sari tunjuk perut dan buat show..hahaha..ada ke mcm tu..takkanlah I nak free2 show je kan..nak belajar for fun aje..

Entah kenapa sejak dua menjak ni, mcm nak try belajar semula..step2 masa belajar dulu ada jugak yg I ingat lagi..Cuma mungkin tak teratur sgt..

Ada jugak bila dtg angin I, naik sheih tetiba, I menari kat umah.. bukak muzik dia, trust tak ingat dunia dancing.. huru hara rumah dibuatnya..cimon dan donat2 berbulus bertempiaran lari..eh, truk sgt ke I menari ni? hahahha

So minggu lepas, masa cuti Thaipusam , I dan hasben survey2 lah kt area serdang dan kajang..

Sekali terjumpa satu pusat tarian klasik india kat serdang..wink wink~ kemain suka sebab sgt dekat dgn UPM..dlm 5 minit mcm tu..

Tp dah kami pergi time hari raya dia, confirm2 lah tutup kan? So just ambik no tipon dia je..

Alih2 kelmarin I try call..

Saya: hai, ini kelas tarian klasik india di serdang tu,kan?

Dia : ya.. boleh I bantu?

Saya: I nak Tanya lah, still on ke kelas tu? Last week I came, tutup..tp memanglah, time Thaipusam..heheh

Dia : oh, ada.. u melayu ke?

Saya : ya, saya melayu..is it ok ke kalau I join? Or u nak Indian saja?

Dia : boleh,boleh no problem.. tp kita pon ada buat festival semua. Kalau u bagus, u boleh join juga.. Cuma frankly speaking, u kena willing lah kalau kena pakai costume seragam. I worried kalau u tak suka..

Saya: oh I ingat for fun saja..tak willing nak join contest ke apa..

Dia: ok, ok..u can come bila free.we discuss lagi..

Saya : ok, nnti I inform u ..

Pas letak tipon, tetiba terbayang mcm ni…

Mcm seriau plak sorang2 yang pakai tudung kat situ..keh keh..

Tak tahulah, jadi ke tidak.. tgok bayaran dia jugak dulu.. ade sesapa nak join dgn I tak? Xdelah takut sgt sorang2..hehhee

NOTAKUKUKAKIKU: dancing pon kira mcm physical exercise


Monday, January 24, 2011

Mengapa kita mudah jd pelupa??

Bismillah

Kalau zaman sekolah dulu, lagi2 kalau masa tu kita ada nak ambek periksa besar mcm UPSR ke, PMR ke, SPM mesti kita sgtlah concern mengenai daya ingatan.. kalau boleh, setiap apa yang kita baca biarlah trus melekat dalam kepala tu..

Masa tulah, kita pantang makan kepala ikan, nmpak sekor semut dalam jug trus buang air se jug tu..tu tak masuk lagi yang beli kismis doa, air zam zam siap baca2 , baca doa penerang hati, baca Al-Quran setiap hari.. eh siap ada jgak yang mak ayah pi minta air 'doa2' kat ustaz…

Nak kata punyalah kita jaga hal daya ingatan ni..

Tak salah amal semua tu, sb itu memang ada disebut dalam agama kita..

Tp bila mula je kerja, ramai antara kita ( termasuk saya lah kadang2 ni..heheh) yang tak berapa nak concern pasal hal daya ingatan ni.. dah kurang amal kismis doa, kurang baca doa penerang hati, kurang baca Quran..

dlm rancangan Tanyalah Ustaz, ada ditanya kenapa kita semakin mudah jd pelupa walaupun umur tidak begitu tua..

jawabnya mudah.. kerana kita banyak dosa..

bila banyak dosa, kurang pula amalan ibadat, hati bertmbah gelap, fikiran semakin malap..

tp betul juga kan.. kita ni hari2 buat dosa dlm tak sedar.. yg mengumpat lah, yg mengeji lah, tu tak masuk lagi yg sakitkan hati org sekeliling dlm tak sedar, yg tag gmbar duit/check kat FB nak tunjuk kat kawan2, yg rasa riak post entri setiap barang mahal yg dibeli kat blog, yg leka main game..ish banyak sgt lah..Nauzubillah..

tu tak masuk lagi yg bercerita hal rumah tangga dalam FB/blog termsuk hal dalam kelambu..maruah keluarga tu..Astaghfirullah

saya mungkin concern balik benda ni sb saya terjebak dalam dunia pendidikan..saya rasa mcm oh menyesalnya tak ingat fakta / apa saja bila student Tanya ad hoc pada saya dlm kelas.. rasa mcm tak dpt nak contribute a lot pada student..dan kadang2 saya sgt pelupa kat mana saya letak sesuatu barang..haishh...

Aritu ada dgr ceramah kat TV pasal hal menguatkan daya ingatan ni..

Tp bagi saya, mungkin itu lebih pada hal2 mind training dari segi pendidikan formal dan sains..

Contohnya, buat Sudoku, buat soalan IQ test, buat re-writing what u've read..

Pada saya tak salah wat tu..malah ia memang fun.. termasuklah saya ni..sgt addicted dengan Sudoku.. punyalah try buat dari level easy, intermediate smpai lah impossible tuh..gigih kemain..

Tp saya rasa mcm masih xlengkap dan tak bnyak sgt membantu dari segi daya ingatan..

Akhirnya saya kembali pada fitrah dan saranan agama..

Dan akhirnya saya rasa , mudah saja..

Baca ayat Al-Quran ..

Fikiran tinggi, daya ingatan kuat dan jiwa tenang..

Simple je kan?

Toksah pening kepala nak fikir gi seminar mak nenek segala, tak salah pon sekali sekala pi seminar cara mind set dan thinking method tu…tp sbgai muslim, balik pada fitrah , balik kepada Pencipta, itu penyelesaian paling mudah dan mujarab..

InsyaALlah

NOTAKUKUKAKIKU: semoga tak mudah lupa

Monday, January 17, 2011

Meh tanya sikit pasal tulis wasiat??

Salam

Trima kasih pada yang sudi email saya selepas baca hal menulis wasiat dalam entri semalam.. firstly, saya bukanlah terlalu arif dalam hal ini..ini sekadar pada kefahaman saya melalui pembelajaran/pengalaman dan pertanyaan pada mereka yang lebih arif..

Mari saya ceritakan pentingnya tulis wasiat sekali dengan contoh supaya lebih jelas.


 

SOKLAN 1:

Buat apa nak menulis wasiat kalau takde harta benda yang nak diwasiatkan.??


 

Ok, saya bg contoh paling mudah. Misalnya saya tiada rumah sendiri/tanah/kereta dan sebagainya. Tapi saya ada ambil Polisi Takaful untuk melindungi saya sekiranya apa2 terjadi pada saya. Dan polisi ini turut cover khairat kematian dan sekaligus bila tamat tempoh matang, saya akan dpt balik dlm bentuk simpanan. Ditakdirkan saya pergi secara tiba2, maka saya akan meninggalkan sejumlah wang (pastinya jumlah yg besar) dalam bentuk khairat kematian dan simpanan.

Persoalannya, mcm mana saya nak pastikan orang yang sepatutnya menerima wang itu terima dengan jumlah yg betul dan adil??


 

SOKLAN 2:

Bukan ke kita ada letak penama setiap kali kita beli insurans atau beli rumah / apa2 yg berbentuk ikatan dengan pinjaman bank?


 

Ya, betul. Contoh paling mudah, kita ada letak penama kan kalau kita beli insurans. Ok , misalnya kita letak nama suami/isteri kita. Tapi perlu ingat, penama tidak semestinya satu2nya orang yg berhak mewarisi harta yang kita tinggalkan, dia hanya sebagai pemegang amanah. Maknanya, kita berharap dia amanah menerima harta kita tu supaya dapat digunakan pada org2 yg patut/berhak menerima sama mengikut syariat Islam ( ilmu Fidyah).

Kalau penama kita tu amanah, oklah..kalau tak,macam mana? Contoh paling mudah, kita ada simpanan sejumlah RMX. Kita ada suami/isteri , ada anak2 dan masih ada ibu ayah. So kita letak nama pasangan kita sebagai penama dgn harapan duit tu boleh dibagi2utk pelajaran anak2 dan bantu ibu ayah kita bila kita tak de nnti.. tp tak mustahil kan, bila duit selambak macam tu, sapa2 pon boleh berguling bijik mata , lupa diri..sudahnya duit utk anak2 kemana, mak ayah kita terabai..kalau mak ayah kita ada anak ramai, mungkin takde masalah. Tp kalau kita satu2nya anak yg diharapkan dpt bantu duit bulan2? Mcm mano tu? Kes suami /isteri kawen baru, pasangan baru plak jenis kikis duit? Kesian kat anak2..


 

SOKLAN 3

Tulis wasiat ni semata2 utk bahagi2kan harta ke?

Oh tidak..banyak lagi perkara yang boleh disettlekan selepas pemergian kita yg boleh diuruskan melalui wasiat.
contoh utama

  1. Langsaikan hutang kita dengan Allah
    1. Contohnya kalau kita xde rezeki nak tunaikan haji/umrah atau kita ada kifarah atau nazar contohnya bernazar nak derma pada rumah anak yatim sekiranya kita naik pangkat,sekali tetiba kita mati sebelum sempat menunaikan sebaik saja naik pangkat, so Amanah Raya Berhad(ARB) lah yg akan selesaikan bg pihak kita dengan gunakan wang/harta yg kita tinggalkan
  2. Langsaikan hutang kita dengan manusia
    1. Contohnya kita ada hutang dengan kawan2 ke, hutang kad kredit ke, PTPTN ke..so maklumkan siap2 masa menulis wasiat tu supaya ARB dpt settlekan guna harta tinggalan kita
  3. Melantik wasi
    1. Wasi tu maknanya org yg diamanahkan utk uruskan wasiat kita..mcm contoh ni, saya lantik pegawai ARB lah
  4. Melantik pemegang amanah
    1. Yg ni plak kita lantik org yg akan uruskan hal2 kewangan utk anak2/mak ayah kita bila kita dh takde..maklumlah, kadang2 anak2 masih kecil dan bawah umur..so kenalah ada org yg amanah utk kita wasiatkan utk uruskan..contohnya pasangan kita lah


SOKLAN 4

Kalau saya tak tulis wasiat apa bezanya??


 

Kalau kita dh siap2 tulis wasiat, pembahagian harta /wang akan lebih mudah dan cepat. Dan hanya orang yang berhak akan dapat apa yang patut dia dapat. So kat sana, amanlah roh kita sb dh menjalankan apa yg sepatutnya menjadi tanggung jawab kita.


 

Kalau takde wasiat, prosesnya sgtlah leceh dan rumit. Kita kena ada LA atau Letter of Admission. Maksudnya, kita kena cari semua pewaris2 , minta tandatangan semua..oh! leceh owh! Prosesnya makan masa, lagi2 kalau ada plak waris yg kita tak kenal/rapat..duduk oversea ke apa.. boleh bygkan tak, selama ni kita kerja suami isteri, duit bulan2 hasil kerja sama2 contohnya. Makan pakai anak2 semua terjaga. Sekali bila kita takde, bulan tu terkandas la sket( atau banyak??) belanja keluarga. Kalau ditakdirkan masa tu anak2 sakit ke, nak masuk uni atau mula sekolah ke, nak hantar mereka dijaga sedara/nursery (bg isteri yg trpksa bekerja utk sara hidup sendiri/suami yg kehilangan isteri)? Kalau ada duit/hrta peniggalan kita, xdelah rumit sgt,kan?

SOKLAN 5

Ada contoh dari pengalaman sendiri tak?


 

Ada. Selepas arwah ayah saya pergi, rumah yg dibeli bersama mak saya menjadi persoalan sama ada mahu dijual atau tidak memandangkan rumah yg dibeli di Johor, sedangkan kami sepakat adik beradik balik menetap di Perak ( kampong asal). Maka, disebabkan nama rumah tu atas nama arwah ayah dan mak, maka proses utk jual beli tergendala sb tiada wasiat mengatakan rumah itu akan menjadi hak milik mak saya sekiranya arwah ayah meninggal. Sperti yg contoh satu, mak saya hanya sebagai penama. Tapi tidak semestinya pewaris.

Akhirnya , kena melibatkan Amanah Raya kerana dikira harta pusaka.bila dh diikitraf harta pusaka, mestilah kena ikut system Faraid. Maka, mak saya perlu mendapatkan tandatangan persetujuan dari setiap pewaris( anak2, adik beradik sebelah ayah)..ini sangatlah rumit..anak2 oklah lagi, tp bila dh masuk sedara mara ni, perkara lebih rumit. Maklumlah, sikap manusia ni kan mcm2.. bila nmpak peluang, ada yg suka ambik kesempatan..

So urusan ni makan masa 2 tahun lebih.. mujurlah kami adik beradik semua sudah bekerja dan mampu sara mak yg tidak bekerja lagi..kalau kes keluarga yang anak2 masih kecil/study?


 

SOKLAN 6

Macam mana nak buat wasiat??


senang je, samada

  1. contact Amanah Raya Berhad (ARB) punya agen ( boleh tgok di laman webnya) and set the appointment
  2. terus pergi ke cawangan ARB yang berdekatan.


     

Ada yuran dlm RM350 something kalau tak silap. Kalau sesiapa yg nak buat personal loan di Bank rakyat atau Bank Islam, sekaligus anda akan diberi pilihan utk bukak akaun ARB dengan diskaun..

kalau korang buat dengan lawyer atau company luar, berpuluh-puluh ganda mahalnya sampai boleh mencecah RM3,000++.. Amanahraya Berhad merupakan yang termurah dan termudah di Malaysia ni.


 

so itulah sikit yg boleh saya kongsikan. Harap2 membuka mata dan kesedaran betapa pentingnya menulis wasiat. Mungkin ada yang nak pegi Tanya/terfikir nak wat tp xkesempatan/xbetul2 faham .saya harap apa yg saya kongsikan dpt membantu sedikit sebanyak.

Jadi lepas ni, saya menyeru pada diri sendiri dan korang semua, mari kita buat wasiat bukan sebab nak mati cepat atau apa, it just to assure everything is clear dan tanda kita sayangkan keluarga kita sungguhpon kita sudah tiada …


 

NOTAKUKUKAKIKU: kasih sayang smpai ke syurga..dengan wasiat lah salah satunya (^_*)

Mari menulis wasiat…

Bismillah

Salam semua,..

Nak share lah sikit sbgai saling mengingatkan dan berkongsi mengenai pengurusan dalam kehidupan kita ni..

Rata- rata ramai antara kita yang akan mula bekerja/baru bekerja atau sudah lama bekerja.. dan semestinya lepas dh pegang gaji sendiri, keinginan utk memiliki asset sama ada asset tak alih ( mcm rumah/tanah) atau asset boleh alih ( mcm kereta/pelaburan) menjadi impian /target kita , kan?

Rata-rata paling tidak pun sebelum gaji pertama lagi, kita dh target nak punya kereta/motosikal idaman,betul tak? Aha, jgn tipu tau.. sb I pon sama..keh keh.. punyalah tak sabar nak tunggu gaji bulan ke tiga sb nak beli kereta 'cap ayam' sendiri.. maklumlah, syarat pinjaman bank sekarang kan at least 3 bulan slip gajinya,kan? Saya antara manusia yang tak menyempat2 kata org..keh keh…excited dh keja la katakan.. hihi

Makin lama kerja, ada yg makin byk asetnya, betol tak?

So, sebagai satu persediaan utk kesenangan kita dan org2 terdekat kita khususnya ahli keluarga sendiri, eloklah sekiranya kita menguruskan segala harta /asset kita dengan bijak ..dengan PENGURUSAN WASIAT..

Eh cop! Ramai yg ingt org menulis wasiat ni utk org yg berada RM juta2 atau org dh dekat nak mati,je kan? Aish, kita pon tak tahu bila akan pergi,betol tak?

Pada pendapat saya lah, kalau kita dh mula ada asset atas nama kita sendiri atau berkongsi/ ada hutang dengan bank/ambik insurans nyawa/ lebih elok sekiranya kita siap2 menulis wasiat ni.

So, kalau kita ditakdirkan pergi dengan tiba2, amanatkanlah supaya pewaris tolong settlekan aset2 kita..contohnya mcm kita ada ambik insurans dalam masa sama kita ada hutang personal, mintalah tolong pewaris settlekan hutang kita dengan duit claim insurans tu..kan lebih mudah,kan?

Mudah2an pemergian kita lebih tenang dan ahli keluarga kita pon tak dibebankan dengan hutang2 kita…

Lagi satu pada mereka yg bekerja terutamanya di sektor yg sgt berisiko, menulis wasiat sgtlah digalakkan.. pada 2009, kerja saya masa tu selalu travel ke Sabah dan Sarawak. Saya selalu terfikir, kalaulah ditakdirkan nahas masa dlm flight ke hape ( Nauzubillah), saya risau saya tinggalkan keluarga saya ( terutama mak saya, masa tu saya belum kawen) dalam keadaan hutang saya yg masih belum selesai. Masa tu plak saya sudah membeli sebuah rumah kos rendah di Bidor,Perak.

Jadi akhirnya, saya cepat2 menulis wasiat supaya semuanya jelas di situ. Mudah2an..

Ingat sabda Rasulullah S.A.W,

"Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat"

- Hadis riwayat Ibnu Majah -"


ISU 1: HARTA BEKU


Terdapat lebih daripada 1 juta kes tuntutan harta pusaka tertunggak di Mahkamah dengan nilai komersil kini mencecah sebanyak RM40 BILION.

ISU 2: HARTA TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN

Lebih malang lagi, 90% daripada harta terbeku di atas merupakan harta orang Islam.Keadaan ini mengakibatkan ekonomi masyarakat Islam tidak dapat dibangun dan dimajukan secara berkesan.

ISU 3: PEREBUTAN HARTA DI KALANGAN KELUARGA

Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.

ISU 4: HUTANG TIDAK BERBAYAR

"Roh seseorang Mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia

dengan sebab hutangnya sehinggalah hutang itu dijelaskan (oleh saudara-maranya)".

Riwayat At-Tirmidzi, Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban


ISU 5: HUKUM FARAID TIDAK DITUNAIKAN

Jadi, marilah sama2 kita mendaftar utk menulis wasiat agar selepas pemergian kita, tenang roh kita dan juga bahagia org2 yg kita tinggalkan..caranya mudah sahaja..contact sahaja pegawai Amanah Raya Berhad yang terdekat..: )

SELAMAT MENULIS WASIAT

NOTAKUKUKAKIKU: pastikan selalu update wasiat jika perlu…