Monday, January 17, 2011

Meh tanya sikit pasal tulis wasiat??

Salam

Trima kasih pada yang sudi email saya selepas baca hal menulis wasiat dalam entri semalam.. firstly, saya bukanlah terlalu arif dalam hal ini..ini sekadar pada kefahaman saya melalui pembelajaran/pengalaman dan pertanyaan pada mereka yang lebih arif..

Mari saya ceritakan pentingnya tulis wasiat sekali dengan contoh supaya lebih jelas.


 

SOKLAN 1:

Buat apa nak menulis wasiat kalau takde harta benda yang nak diwasiatkan.??


 

Ok, saya bg contoh paling mudah. Misalnya saya tiada rumah sendiri/tanah/kereta dan sebagainya. Tapi saya ada ambil Polisi Takaful untuk melindungi saya sekiranya apa2 terjadi pada saya. Dan polisi ini turut cover khairat kematian dan sekaligus bila tamat tempoh matang, saya akan dpt balik dlm bentuk simpanan. Ditakdirkan saya pergi secara tiba2, maka saya akan meninggalkan sejumlah wang (pastinya jumlah yg besar) dalam bentuk khairat kematian dan simpanan.

Persoalannya, mcm mana saya nak pastikan orang yang sepatutnya menerima wang itu terima dengan jumlah yg betul dan adil??


 

SOKLAN 2:

Bukan ke kita ada letak penama setiap kali kita beli insurans atau beli rumah / apa2 yg berbentuk ikatan dengan pinjaman bank?


 

Ya, betul. Contoh paling mudah, kita ada letak penama kan kalau kita beli insurans. Ok , misalnya kita letak nama suami/isteri kita. Tapi perlu ingat, penama tidak semestinya satu2nya orang yg berhak mewarisi harta yang kita tinggalkan, dia hanya sebagai pemegang amanah. Maknanya, kita berharap dia amanah menerima harta kita tu supaya dapat digunakan pada org2 yg patut/berhak menerima sama mengikut syariat Islam ( ilmu Fidyah).

Kalau penama kita tu amanah, oklah..kalau tak,macam mana? Contoh paling mudah, kita ada simpanan sejumlah RMX. Kita ada suami/isteri , ada anak2 dan masih ada ibu ayah. So kita letak nama pasangan kita sebagai penama dgn harapan duit tu boleh dibagi2utk pelajaran anak2 dan bantu ibu ayah kita bila kita tak de nnti.. tp tak mustahil kan, bila duit selambak macam tu, sapa2 pon boleh berguling bijik mata , lupa diri..sudahnya duit utk anak2 kemana, mak ayah kita terabai..kalau mak ayah kita ada anak ramai, mungkin takde masalah. Tp kalau kita satu2nya anak yg diharapkan dpt bantu duit bulan2? Mcm mano tu? Kes suami /isteri kawen baru, pasangan baru plak jenis kikis duit? Kesian kat anak2..


 

SOKLAN 3

Tulis wasiat ni semata2 utk bahagi2kan harta ke?

Oh tidak..banyak lagi perkara yang boleh disettlekan selepas pemergian kita yg boleh diuruskan melalui wasiat.
contoh utama

  1. Langsaikan hutang kita dengan Allah
    1. Contohnya kalau kita xde rezeki nak tunaikan haji/umrah atau kita ada kifarah atau nazar contohnya bernazar nak derma pada rumah anak yatim sekiranya kita naik pangkat,sekali tetiba kita mati sebelum sempat menunaikan sebaik saja naik pangkat, so Amanah Raya Berhad(ARB) lah yg akan selesaikan bg pihak kita dengan gunakan wang/harta yg kita tinggalkan
  2. Langsaikan hutang kita dengan manusia
    1. Contohnya kita ada hutang dengan kawan2 ke, hutang kad kredit ke, PTPTN ke..so maklumkan siap2 masa menulis wasiat tu supaya ARB dpt settlekan guna harta tinggalan kita
  3. Melantik wasi
    1. Wasi tu maknanya org yg diamanahkan utk uruskan wasiat kita..mcm contoh ni, saya lantik pegawai ARB lah
  4. Melantik pemegang amanah
    1. Yg ni plak kita lantik org yg akan uruskan hal2 kewangan utk anak2/mak ayah kita bila kita dh takde..maklumlah, kadang2 anak2 masih kecil dan bawah umur..so kenalah ada org yg amanah utk kita wasiatkan utk uruskan..contohnya pasangan kita lah


SOKLAN 4

Kalau saya tak tulis wasiat apa bezanya??


 

Kalau kita dh siap2 tulis wasiat, pembahagian harta /wang akan lebih mudah dan cepat. Dan hanya orang yang berhak akan dapat apa yang patut dia dapat. So kat sana, amanlah roh kita sb dh menjalankan apa yg sepatutnya menjadi tanggung jawab kita.


 

Kalau takde wasiat, prosesnya sgtlah leceh dan rumit. Kita kena ada LA atau Letter of Admission. Maksudnya, kita kena cari semua pewaris2 , minta tandatangan semua..oh! leceh owh! Prosesnya makan masa, lagi2 kalau ada plak waris yg kita tak kenal/rapat..duduk oversea ke apa.. boleh bygkan tak, selama ni kita kerja suami isteri, duit bulan2 hasil kerja sama2 contohnya. Makan pakai anak2 semua terjaga. Sekali bila kita takde, bulan tu terkandas la sket( atau banyak??) belanja keluarga. Kalau ditakdirkan masa tu anak2 sakit ke, nak masuk uni atau mula sekolah ke, nak hantar mereka dijaga sedara/nursery (bg isteri yg trpksa bekerja utk sara hidup sendiri/suami yg kehilangan isteri)? Kalau ada duit/hrta peniggalan kita, xdelah rumit sgt,kan?

SOKLAN 5

Ada contoh dari pengalaman sendiri tak?


 

Ada. Selepas arwah ayah saya pergi, rumah yg dibeli bersama mak saya menjadi persoalan sama ada mahu dijual atau tidak memandangkan rumah yg dibeli di Johor, sedangkan kami sepakat adik beradik balik menetap di Perak ( kampong asal). Maka, disebabkan nama rumah tu atas nama arwah ayah dan mak, maka proses utk jual beli tergendala sb tiada wasiat mengatakan rumah itu akan menjadi hak milik mak saya sekiranya arwah ayah meninggal. Sperti yg contoh satu, mak saya hanya sebagai penama. Tapi tidak semestinya pewaris.

Akhirnya , kena melibatkan Amanah Raya kerana dikira harta pusaka.bila dh diikitraf harta pusaka, mestilah kena ikut system Faraid. Maka, mak saya perlu mendapatkan tandatangan persetujuan dari setiap pewaris( anak2, adik beradik sebelah ayah)..ini sangatlah rumit..anak2 oklah lagi, tp bila dh masuk sedara mara ni, perkara lebih rumit. Maklumlah, sikap manusia ni kan mcm2.. bila nmpak peluang, ada yg suka ambik kesempatan..

So urusan ni makan masa 2 tahun lebih.. mujurlah kami adik beradik semua sudah bekerja dan mampu sara mak yg tidak bekerja lagi..kalau kes keluarga yang anak2 masih kecil/study?


 

SOKLAN 6

Macam mana nak buat wasiat??


senang je, samada

  1. contact Amanah Raya Berhad (ARB) punya agen ( boleh tgok di laman webnya) and set the appointment
  2. terus pergi ke cawangan ARB yang berdekatan.


     

Ada yuran dlm RM350 something kalau tak silap. Kalau sesiapa yg nak buat personal loan di Bank rakyat atau Bank Islam, sekaligus anda akan diberi pilihan utk bukak akaun ARB dengan diskaun..

kalau korang buat dengan lawyer atau company luar, berpuluh-puluh ganda mahalnya sampai boleh mencecah RM3,000++.. Amanahraya Berhad merupakan yang termurah dan termudah di Malaysia ni.


 

so itulah sikit yg boleh saya kongsikan. Harap2 membuka mata dan kesedaran betapa pentingnya menulis wasiat. Mungkin ada yang nak pegi Tanya/terfikir nak wat tp xkesempatan/xbetul2 faham .saya harap apa yg saya kongsikan dpt membantu sedikit sebanyak.

Jadi lepas ni, saya menyeru pada diri sendiri dan korang semua, mari kita buat wasiat bukan sebab nak mati cepat atau apa, it just to assure everything is clear dan tanda kita sayangkan keluarga kita sungguhpon kita sudah tiada …


 

NOTAKUKUKAKIKU: kasih sayang smpai ke syurga..dengan wasiat lah salah satunya (^_*)

10 comments:

  1. betul sangat..shiela memang tak berapa faham..hehe..tapi shiela faham maksud pentingnya berwasiat.

    ReplyDelete
  2. shiela: mudah2an sama2lah kita tmbah ilmu ye:) tq shiela

    ReplyDelete
  3. terima kasih hana atas perkongsian ini..
    =)

    ReplyDelete
  4. Thanx for sharing Faza! Sungguh informative & bermanfaat. Kena buat wasiat lepas ni. ; )

    ReplyDelete
  5. cheqna: sama2..sharing is caring ,yawww! :P

    Ayu: most welcome:) sama2 berkongsi,mudah2an kita dipermudahkan urusan..amin

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..trime kasih atas info yg sgt bermanfaat ini..ramai org termasuk sy tidak menyedarinya tetapi puan telah membuka minda sy akan isu ini..tenkiu ya

    ReplyDelete
  7. sahrom: waaalaikumusalam
    insyaAllah, sama2 berkongsi agar memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat..amin

    ReplyDelete
  8. salam

    mmg payah nak citer kalau tak ada wasiat nie, makin kelam kabut dibuatnya...cuba refer www.buatwasiat.com

    ReplyDelete
  9. Terima kasih share tip dan pengalaman tentang Wasiat.

    Jemput lawat weblog www.khaidirzakaria.com disitu ada perkongsian ilmu ttg Wasiat juga untuk mereka yang ingin tahu lebih lanjut. :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)