Monday, January 17, 2011

Mari menulis wasiat…

Bismillah

Salam semua,..

Nak share lah sikit sbgai saling mengingatkan dan berkongsi mengenai pengurusan dalam kehidupan kita ni..

Rata- rata ramai antara kita yang akan mula bekerja/baru bekerja atau sudah lama bekerja.. dan semestinya lepas dh pegang gaji sendiri, keinginan utk memiliki asset sama ada asset tak alih ( mcm rumah/tanah) atau asset boleh alih ( mcm kereta/pelaburan) menjadi impian /target kita , kan?

Rata-rata paling tidak pun sebelum gaji pertama lagi, kita dh target nak punya kereta/motosikal idaman,betul tak? Aha, jgn tipu tau.. sb I pon sama..keh keh.. punyalah tak sabar nak tunggu gaji bulan ke tiga sb nak beli kereta 'cap ayam' sendiri.. maklumlah, syarat pinjaman bank sekarang kan at least 3 bulan slip gajinya,kan? Saya antara manusia yang tak menyempat2 kata org..keh keh…excited dh keja la katakan.. hihi

Makin lama kerja, ada yg makin byk asetnya, betol tak?

So, sebagai satu persediaan utk kesenangan kita dan org2 terdekat kita khususnya ahli keluarga sendiri, eloklah sekiranya kita menguruskan segala harta /asset kita dengan bijak ..dengan PENGURUSAN WASIAT..

Eh cop! Ramai yg ingt org menulis wasiat ni utk org yg berada RM juta2 atau org dh dekat nak mati,je kan? Aish, kita pon tak tahu bila akan pergi,betol tak?

Pada pendapat saya lah, kalau kita dh mula ada asset atas nama kita sendiri atau berkongsi/ ada hutang dengan bank/ambik insurans nyawa/ lebih elok sekiranya kita siap2 menulis wasiat ni.

So, kalau kita ditakdirkan pergi dengan tiba2, amanatkanlah supaya pewaris tolong settlekan aset2 kita..contohnya mcm kita ada ambik insurans dalam masa sama kita ada hutang personal, mintalah tolong pewaris settlekan hutang kita dengan duit claim insurans tu..kan lebih mudah,kan?

Mudah2an pemergian kita lebih tenang dan ahli keluarga kita pon tak dibebankan dengan hutang2 kita…

Lagi satu pada mereka yg bekerja terutamanya di sektor yg sgt berisiko, menulis wasiat sgtlah digalakkan.. pada 2009, kerja saya masa tu selalu travel ke Sabah dan Sarawak. Saya selalu terfikir, kalaulah ditakdirkan nahas masa dlm flight ke hape ( Nauzubillah), saya risau saya tinggalkan keluarga saya ( terutama mak saya, masa tu saya belum kawen) dalam keadaan hutang saya yg masih belum selesai. Masa tu plak saya sudah membeli sebuah rumah kos rendah di Bidor,Perak.

Jadi akhirnya, saya cepat2 menulis wasiat supaya semuanya jelas di situ. Mudah2an..

Ingat sabda Rasulullah S.A.W,

"Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat"

- Hadis riwayat Ibnu Majah -"


ISU 1: HARTA BEKU


Terdapat lebih daripada 1 juta kes tuntutan harta pusaka tertunggak di Mahkamah dengan nilai komersil kini mencecah sebanyak RM40 BILION.

ISU 2: HARTA TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN

Lebih malang lagi, 90% daripada harta terbeku di atas merupakan harta orang Islam.Keadaan ini mengakibatkan ekonomi masyarakat Islam tidak dapat dibangun dan dimajukan secara berkesan.

ISU 3: PEREBUTAN HARTA DI KALANGAN KELUARGA

Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.

ISU 4: HUTANG TIDAK BERBAYAR

"Roh seseorang Mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia

dengan sebab hutangnya sehinggalah hutang itu dijelaskan (oleh saudara-maranya)".

Riwayat At-Tirmidzi, Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban


ISU 5: HUKUM FARAID TIDAK DITUNAIKAN

Jadi, marilah sama2 kita mendaftar utk menulis wasiat agar selepas pemergian kita, tenang roh kita dan juga bahagia org2 yg kita tinggalkan..caranya mudah sahaja..contact sahaja pegawai Amanah Raya Berhad yang terdekat..: )

SELAMAT MENULIS WASIAT

NOTAKUKUKAKIKU: pastikan selalu update wasiat jika perlu…

10 comments:

  1. Ramai orang melayu yang tidak mahu melaksanakan hukum faraid ni. Alasannya sebab tak adil. Macam mana tu? Susah nak ubah mentaliti. Pasal wasiat ni boleh menyebabkan pergaduhan keluarga. Bahaya sangat kalau dari sekarang kerajaan tak buat sesuatu untuk sedarkan masyarakat mengenai wasiat ni.

    ReplyDelete
  2. usagi: betul tu..sb ilmu faraid lah antara ilmu yg makin lama, makin ketara nampak hilangnya Allah tarik..semuanya akibat rasa tamak manusia.. sb itu dengan menulis wasiat, harta kita akan diberikan seadilnya mengikut syariat oleh Mahkamah dan pihak Amanah Raya jugak..at least tidak berlaku perang tanpa ada arahan dari yg bertanggungjawab..
    Wallahualam,,...

    ReplyDelete
  3. follow & blogwalking..

    meh la jenguk belog ai..

    salam kenal! (^_^)

    ReplyDelete
  4. betul la hana..sekarang ni memang terasa kadang kadang tu nyawa kita ni senipis rambut je.senang je Allah nak tarik balik.. kadang kadang memang rasa nak tulis wasiat.. tapi takut husband cakap buang tebiat.. tapi penting kan wasiat ni..

    ReplyDelete
  5. noremy: hai, salam kenal..thanx for following..

    efa: betul efa..skrg ni byk sgt nikmat Allah tarik secara tiba2.. semoga kita terlindunglah hendaknya.. hmm efa discuss baik2 ngan husband,insyaAllah dia ok nnti..lagipun ini tuntutan agama, bukan pilihan. sb itu ilmu faraid Allah turunkan buat panduan buat kita dan yg bakal kita tinggalkan..
    Wallahualam...

    ReplyDelete
  6. salam :)

    thanks for sharing,my hubby pon dah ade kad ni

    ReplyDelete
  7. salam pia:)

    tq for reading.. alhamdulillah, selalu update jika perlu ye:)

    ReplyDelete
  8. shiela pun risau jugak sebelum nie...tapi sekarang dah lega siket sebab husben pun dah letak penama...=))

    ReplyDelete
  9. shiela: alhamdulillah, semoga urusan kita semuanya lancar:)

    ReplyDelete
  10. salam..
    bagus entri nih..
    setakat ni saya dah letak
    penama pada life insurance
    EPF,lain2 harta belum lagi
    nak ke sana juga nanti

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)