Bismillah
Monday, November 26, 2012
siyes saya rindu..
Bismillah
Monday, February 13, 2012
Pengalaman yg sweet(^_^)
Bismillah
Mood menghapdet blog dah ke laut seminggu dua ni
Tp ada masa gak terjah blog orang..keh keh
Ok nak story sikit pasal ekspidisi Gunung Stong aritu
Memang mencabar giler ar
Bayangkan, balik kerja ari jumaat punch kul 5 terus angkut beg dengan husband
Trus menuju Kulim, tempat berkumpul dengan geng2 seangkatan
Smpai kul 10 malam
Tunggu kawan2 yg dtg dari KL semua
Start kul 12 tgh malam terus bertolak ikut Grik
Smpai kat Dabong, Kelantan dalam area kul 5.30 pagi
Dalam kereta mana leh tidoq sgt
Lagi2 jalan grik yg mcm semua kenderaan pon nak laju2
Huh!
Solat siap2 kat Dabong, sarapan
Kul 8 terus masuk melawat jap dalam beberapa jenis gua kat situ
Banyak citer menarik dalam ni
Tapi mcm malas plak nak taip..hehehe
Tapi yg pasti pacat giler banyak
Hampir2 dah nak masuk lubang telinga saya
Seb bek dia buat gigitan maut kat leher
So cepat2 saya buang
*mungkin species pacat drakula*
Dengan tak cukup tidoq
Galas beg berat plak
Trus mendaki smpai ke kem Baha
Jalan sgt mencabar
Licin some more
Beebrapa kali saya berdebuk tergolek
Sampai skrg ada lebam kat *toooooo*** hehehe
Ni dalam perjalanan ke tapak camp
Posing sikit, bagi bukti kat anak cucu..keh keh
Smpai2 je semua lapar tahap gaban
Apa lagi, bukak segala makanan dalam tin beras segala
HIDANGAN TERHEBAT DAN TERENAK saat bercamping
LOL
Awal2 pagi main celup2 mata je pastu gosok gigi mcm zaman P.ramlee
Sejuk mcm ais wooo air dia
Siap2 sarapan terus siap siaga smbung hiking smpai ke puncak
Terhantuk kepala kt dahan kayu la, sliding celah pokok tumbang
Seb bek celuihhh badan..ekekeke
Perjalanan naik ambik masa 4 jam 12 minit
Kira rekod jugaklah sb abg guide kami tu kata selalu 5 jam
Turun lagi cepat sb kami dah tahu baca jalan
So 3 jam setengan je
Alhamdulillah
Balik sambung berjalan ke Rantau Panjang dan seberang ke Golok, Thailand
Tapi ekspedisi ni memang fun giler
Sb banyak funny things happened
Dan lebih bermakna ni first time hiking setinggi 1422 m tu dengan suami
Tak sama mcm pi ngan kawan2 ke gunung ledang, taman Negara dulu
ALHAMDULILLAH….
NOTAKUKUKAKIKU: terima kasih mendoakan kami..sayang kamu semua
Wednesday, January 18, 2012
Semangat!
Bismillah
Alhamdulillah, bila dah start keja, jadual harian totally berubah
Kalau dulu tgh cuti belajar, suka hati pas subuh kalau nak tido semula sebelum ke lab/ farm
Skrg, pagi2 dah siap2
Nak train punctual sungguhpun masa flexible adalah pilihan utk tenaga akademik:)
Kalau dulu masa nak bersiap baru terkial2 fikir nak pakai baju apa
Skrg tidak lagi:)
Dah siap2kan baju Dan tudung semua sejak malam lagi
Bila malas, selalu bercakap dgn diri sendiri
" esok pagi,kalau takde elektrik, kena pakai tudung bibik plak":p
( tudung bibik = tudung instant)..hmm seboleh mungkin tak mau:p
Hehehe
Memaksimumkan penggunaan masa minggu pertama ni utk kenal semua orang,
Kenalpasti facilities baru yg ada
Kenalpasti potensi utk majukan apa2 yg masih perlu dibaiki
Ptg solat siap2 di ofis
Terus salin baju riadah
Terus ke tasik utk jogging
Sengaja tak balik umah dulu
Kalau smpai umah, jawabnya dok ngadap crita kat tv jelah:p
Alhamdulillah, di samping persediaan utk hiking gunung nanti
Kesihatan tmbah baik Dan cergas
Ibadat dapat ditingkatkan
Kerja harian dapat diselesaikan:)
Ptg td up kan KM waktu jogging
Selalu 2 pusingan = ~1.5 km dah pancit
Hari ni rasa badan ringan plak ( perasaan?)
Dapat complete kan 5 pusingan:)
Terdengar dalam tv alhijrah subuh tadi
Kalau kita beriadah berniat kan kerana Allah dan ikut sunnah Nabi
InsyaAllah, riadah kita tidak sia2:)
Mudah2an....
Sejak dua menjak ni saya Dan suami mcm minat nak belajar parkour.. Ye ke eja mcm tu? Tp kt tanjung malim ni tak nmpak plak geng pakour ni" (*,^).. Hehehe
Korang exercise tak? Apa jenis senaman yg korang suka dan buat? Jom share:)
Thursday, January 12, 2012
Saya sahut cabaran! Anda bagaimana?
Bismillah
Dengan berjalan 10,000 langkah sehari, dapat kurangkan secara anggaran 64 gram lemak - Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia
Tapi dari pengalaman saya, kalau jalan banyak tapi lenggang kangkong sangat pastu makan berlebihan pon, berapa puluh ribu pon takde effect..hehehe
Make sure, heart beat kita meningkat dengan berjalan lebih laju;)
NOTAKUKUKAKIKU : sayangi jantung
Wednesday, January 11, 2012
Nak join?
Bismillah
Ada sesiapa yg free cuti Maulidurasul Dan Thaipusam 3-7 Feb ni, nak beraktiviti lasak, meh join saya...
Kita hiking Gunung Stong, Kelantan:)
Sedikit fakta Gunung Stong saya cilok dari gugel
" Gunung Stong merupakan salah satu gunung tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah."
"Gunung Stong menempatkan salah satu air terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang tersohor dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia"
Leh bawa anak isteri, suami, kawan2 Dan sapa2 lah:p
Tapi make sure kena mulakan maintain stamina dari sekarang, ye?
Saya pon doa2 juga supaya kesihatan Dan stamina kami suami isteri baik masa tu.. Kita merancang, Allah yang tentukan, ye dak?:)
Kalau berminat, email saya sebelum Rabu minggu depan ye..
drhana@ymail.com
Bye!

