Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

rasa terpanggil-panggil

Bismillah


Terima kasih pada semua kawan2 yang sama2 mendoakan saya sekeluarga J

Allah saja yang mampu membalas…



Kawan baik saya baru bertolak ke Baitullah semalam mengerjakan umrah

Subhanallah, rasa hati terpanggil2 nak turut bersama

InsyaAllah



Sebenarnya

Memang saya dan suami sudah merancang ke sana tahun ini

Salah satu azam tahun 2012 saya , insyaAllah



Niat asalnya

Mahu menunaikan segera umrah wajib sementara masih lapang waktu, sihat tubuh badan dan punya rezeki murah

Alhamdulillah moga2 dipermudahkan



Awal2 lagi, saya berjumpa dengan kawan baik saya ni minta salin doa penahan haid

Sebab tarikh jangkaan saya ke sana bersama family nnti kemungkinan besar sedang ‘tidak suci’..




Tapi dalam masa sama

Setiap solat saya berdoa, Ya Allah bagilah hambaMu ni pegnen cepat, suapaya tak resah memikirkan utk beribadat ketika di Tanah suci nanti

Dan izinkan hambaMu ini ‘membawa’ bersama di dalam rahim ini untuk aku berdoa agar dia jadi insan soleh solehah.



Alhamdulillah,

Allah perkenankan doa saya

Tak terkata syukurnya

*menangis*



Maka

Saat ini saya berdoa

Semoga saya sihat dan cukup fit untuk meneruskan perancangan asal kami sekeluarga

InsyaAllah, Mei akan datang , kami suami isteri, mak saya serta ayah dan mak mentua

Berdoa untuk diterima menjadi tetamu Baitullah


Doakan perancangan kami lancar dan dipermudahkan ye



Terima kasih , Tuhan

HambaMu mahu sujud syukur di hadapan KaabahMu….

Saturday, January 14, 2012

Tumit...

Bismillah

Nabi s.a.w pernah bercerita mengenai orang yang berwuduk tapi dimasukkan ke dalam neraka..

Sahabat yang mendengar merasa hairan.

Tanya sahabat," Wahai Rasulullah , apakah sebabnya orang berwuduk tapi masih dimasukkan dalam neraka?"

Nabi menjawab, " kerana dia tidak berwuduk dengan sempurna sebab tidak mengalirkan air wuduk dengan sempurna hingga tumitnya.."

Moral of the story: kena lebih hati2 ketika berwuduk. Ada yang bila basuh kaki mcm seolah2 menari. Seeloknya masa basuh bahagian kaki, usap betul2 rata2 dengan tangan kita termasuk celah2 jari kaki.

Wallahualam ...

Sekadar berkongsi

Monday, January 9, 2012

Antara keduanya? Bagaimana?

Bismillah


Saya kongsikan sikit antara isi kuliah agama





Masa kita lahir, ayah kita mengazankan dan iqamat di telinga kita
Kemudian, bila mati kita disembahyangkan

Bandingkan dengan urusan solat seharian kita

Bila azan dah dilaungkan
Dan bilal mengiqamat tanda solat akan dimulakan
Kemudian bersolatlah kita
Yang rata2 tak lebih dari 10 minit
Kemudian selesai solat


Bagaimana kualiti ketika solat?
Kusyuk? Bersungguh2?
Atau masih teringat status apa nak letak di wall FB, blog dsb??


Begitulah perumpamaan kita hidup di dunia ni
Antara azan dan iqamat sewaktu kita keluar dari perut mak kita
Smpailah saat nak disembahyangkan

Bagaimana kualiti kehidupan dan iman kita?

Dan begitulah perumpamaan singkatnya kehidupan kita ni
Sama mcm waktu bersolat


NOTAKUKUKAKIKU : mengingatkan diri sendiri dan kawan2 yg sudi..

Thursday, January 5, 2012

Takut

Bismillah

Tahun 2011 dah banyak benar cerita2 hantu.. Dari yg main congkak, jgn pandang belakang, jgn pandang belakang congkak smapilah kubur berasap ke apa ntah...hehehe..saya bukan pengikut setia di pawagam, crita transformer yg bung bang bung bang pon saya tidor, ini kan pulak crita tak de moral of the story sgt..hehehe

Cukup2lah tu tahun lepas 2011 dgn crita hantu..smpai raya pon dok tayang crita hantu:)

Memanglah manusia normal tu dibekalkan dengan sifat takut.. Tapi ketakutan mcm mana yg kita perlu jadi kan pedoman hidup? Apa takut yang bernilai pada kehidupan Dan diri kita?

Dua perkara sahaja yang sebenarnya kita perlu takutkan...

Pertamanya, TAKUT BERBUAT MAKSIAT...

Alhamdulillah, pada yang sudah berkahwin mungkin tidak lagi terdedah pada berlakunya MAKSIAT.. Tapi bagaimana dengan sejarah kita sewaktu saat berkenalan, bercinta Dan sebagainya.. Allah itu Maha Pengampun, mari kita bertaubat dengan menyesali, berjanji tak akan buat lagi dan membenci perkara2 tu..mudah2an kita diampunkan....



Keduanya, TAKUT AMALAN TAK DITERIMA

Subhanallah, takutnya kita kalau2 kita syok sendiri melakukan ibadat padahal Allah tidak memandang pon nilai ibadat kita.. Contoh paling mudah, dalam bacaan solat.. Kita mungkin rasa kita sudah arif dalam setiap bacaan.walhal, hukum tajwid kita tunggang langgang, sebutan makhraj tidak betul, dsb...

Kita mungkin dalam tak sedar, sombong pada Allah.. Di dalam solat, kita lengkap menutup aurat dan khusyuk sujud pada Dia, tapi sebaik selesai solat, tudung kita dicabut atau mungkin masih tidak menutup dada yang Ada aset penuh berharga yg layaknya hanya utk lelaki bernama suami, stokin tidak dipakai dgn alasan panas Dan rimas... Sabarlah wahai kawan2 wanitaku, Allah mahu menjaga kita Dan mengingatkan darjat kita dengan kewajipan aurat..di sini mungkin terasa beban, tp di akhirat sana, tak terjangkau dek fikiran nikmatnya balasan Tuhan...

Para suami mungkin terabai Dari segi tanggungjawab sebagai suami atau bapa dalam tak sedar.. Contoh mudah dari segi tanggungjawab mendidik isteri.. Kita masih tak berani menegur para isteri yg mengumpat, yg memakai legging jelas lekukannya sana sini, yg mewarnakan rambut takut2 tidak sah mandi junubnya dsb... Allahuakbar, kita bersaksikan tok kadi menyebut perjanjian dengan Allah utk menjaga amanah isteri sewaktu akad nikah, tapi kenapa tidak dijaga para isteri ke arah lebih baik? Utk menegur isteri, kita dulu patut berubah.. Takkan dah sampai berjanggut bermisai masih pakai seluar pendek mendedahkan kepala lutut kot;) cukup2 lah mengenakan seluar pendek sewaktu zaman sekolah rendah.. Jadikanlah diri sendiri berbeza dengan kanak2 yang masih belum akil baligh;)

Dan satu perkara yg dalam tak sedar, kadang2 kita terlupa check pada diri kita, harta benda kita, Ada tak yang Allah haramkan Dan menyebabkan amalan kita tak diterima? Contohnya kita beriktikaf dengan memakai gelang ke tangkal ke sebagai boleh menyembuhkan penyakit.. Allahuakbar, cukup2lah zaman gelang cincin hikmat dalam cerita zaman lalu.. Di zaman penuh kemodenan makin jelas tanda2 yang kiamat itu semakin dekat, cukuplah kita yakin AlQuran itulah sebaik2 penawar;) tapi atas keyakinan kita juga.. Kalau kita sendiri letak AlQuran secondary option, mcm mana nak rasa nikmatnya AlQuran itu sendiri:)


Jom kawan2, kita semak semula diri kita di tahun baru ni.. Manalah tahu, mungkin ini tahun terakhir buat kita.. Semoga Allah menjadikan kita mati dalam khusnulkhotimah..dengan pengakhiran yang baik...Amin....insyaAllah ...


NOTAKUKUKAKIKU: teruskan mencari kekayaan dunia utk lebih berkongsi di jalan Allah, mudah2an bekalan di sana mencukupi utk kita..Amin

Thursday, December 29, 2011

Cerminkan diri

Bismillah

Kita boleh saja
Memuji2 diri sendiri bila bercermin
Tp mengapa menipu hati
Bahawa pujian itu sebenarnya bukan layak buat kita


Oh beratnya dugaan
Di saat diuji kesusahan, kita kuat menghadapi
Tapi saat diuji kesenangan, kita mula bermegah diri
Terlupa kesenangan jua bisa merebahkan memadamkan cahaya hati




Ya Allah,
Jauhkan perasaan bermegah2 dengan harta dan keturunan kami
Kerana kami beriman dengan firmanMu, Surah Al- Kahfi; 46


" Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."

Kayakanlah aku, oh Tuhan....

Bismillah

Ku pohon dariMu , Tuhan

" Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu
Dan hiasilah aku dengan sifat berlapang dada ( lemah lembut)


Muliakanlah aku dengan ketakwaan,
Serta indahkanlah aku dengan kesihatan"




Imam Syafie r.a ;-
"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para Nabi, Rasul, dan orang2 soleh"

Masih belum terlambat

Bismillah

Ada lagi 2 hari sebelum 31 Dec 2011.. Maknanya masih sempat bagi yg masih belum menyempurnakan kewajipan ZAKAT..perkara wajib kenalah ditunaikan , ye dak? Mungkin Ada yg hampir2 terlupa:)

rukun Islam itu 5 perkara

1. Mengucap shahadah Lailahaillallah kerana kita mengEsakan Allah
2. Solat fardu 5 kali sehari
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Mengerjakan haji bagi yg mampu..

Rata2 3 perkara pertama tu rasanya takde masalah kot:) mungkin kena baiki lagi iktikad/ keyakinan di smping cuba lebih solat dengan kusyuk di awal waktu..Dan time posa kena lebih kurangkan perkara sia2.. mengerjakan haji mungkin Ada yang dah buat, dan berazam nak saving supaya dpt tunaikan bila dah cukup nnti;)

Tapi bab zakat ni kadang2 ada yg terlupa..eh, ada plak cuba nak skip:p katanya tak layak sb gaji kecik:) KEcik KE?

Meh tgok syarat SIAPA yg WAJIB zakat?

1. Org Islam yg ada harta samada WANG/ EMAS/PERAK/ SAHAM/ TERNAKAN/ TANAMAN dan yg Ada gaji tetap tak kira org gomen ke swasta..

2. Merdeka- maknanya kita bebas, bukannya hamba

3. Sempurna milik- maksudnya kita bebas guna harta tu sesuka hati kita..bukan yg masih berhutang dsb

4. Cukup nisab - iaitu nilai harta kita tu bersamaan nilai 85 g emas mengikut harga semasa.. Contohnya kalau harga emas skrg RM190 x 85 = RM 16,150..

5. Cukup haul- maknanya kita memiliki harta tu cukup tempos satu tahun hijrah..yg ni Ada pengecualian dalam zakat pertanian Dan pendapatan


So , kita dah lepas tak syarat semua kat atas ni?
Kalau dah, dah WAJIB bayar tu:)



Mudah je nak kira baper kita kena bayar.

1. Total kan jumlah pendapatan kita setahun - A
2. Kemudian tolakperbelanjaan yg DIBENARKAN - B
a. Diri -RM 8000
b. Isteri- RM3000
c. Anak 3 orang x RM1000
d. Pemberian pd mak ayah selama 12 bulan
e. KWSP 11% selama 12 bulan
f. Simpanan tabung haji selama 12 bulan
3. Pendapatan yg lazat dizakat = ( A-B)= C.. Kalau total C ni sama atau melebihi nilai nisab iaitu nilai 85 g emas
4. Zakat yg WAJIB dibayar 2.5 % x C



Rugilah kan, perkara rukun yg lain kita dah molek buat, alih2 bab zakat kita abaikan.. Masih belum sempurna kita sebagai seorang Islam..

Mudah2an sama2 kita beringat;)

One thing, kalau kita dah tunaikan zakat, leh dapat rebat cukai pendapatan..kalau zakat kita melebihi cukai pendapatan, so leh dapat pengecualian cukai pendapatan..tp dengan syarat kena zakat sebelum 31 Dec ye:)

NOTAKUKUKAKIKU : Allah janji tambahkan lagi rezeki pada hambaNya yg belanjakan harta di jalan Allah..lagi pon bukan hak kita nak risaukan rezeki masa depan kita selagi keyakinan kita Allah Yang Memberi Rezeki:)