Monday, August 15, 2011

weekend lalu..

Bismillah

Weekend lepas sempatlah menghabiskan stok2 bahan2 buat kuih raya tahun lepas punya..ehehehehe…

Tak seberapa aje hasilnya, setakat nak isi tekak bolehlah..

*kesilapan ejaan dlm gmbar.. cokies =cookies..malas nak adjust dah..hehehe

Cewah, ayat down to earth la konon..keh keh…

Eh cop.. tahun ni saya tgok harga2 kuih dijual jauh lebih murah dari tahu lepas la..

Awat ye???

NOTAKUKUKAKIKU: xberapa sihat makan kuih raya ni,kan? Banyak majerin, banyak colestrol :P

Thursday, August 11, 2011

mereka menanti

Bismillah

Dah lama tak update pasal donat2 saya, kan?

Mereka menanti saya pulang ptg nnti dari penang…

Dh bertambah besar ahli keluarga donat2 ni..

Nak kenal donat2 itu siapa, KLIK SINI, SINI dan SINI





Rindu..

NOTAKUKUKAKIKU: nnti saya update ahli keluarga donat2 terkini

weekend is coming(^_^)

Bismillah

Owh banyak betul agenda nak dibuat weekend nih

Nak balik umah mak di bidor ptg ni, janji nak berbuka posa bersama

Esok plak nak ‘ketuk2 ramadhan’ di umah sendiri

Ahad ke Bangi, cari baju raya laki bini..

Tp sbnarnya tahun ni tak letak target pon nak beli baju raya

Kalau jumpa , ok..kalau tak, dah pakat pakai aje baju yang lepas..

I ok aje..hehehe

Eh cop?

Lepas kerajaan pusat umum nak bagi bonus setengah bulan gaji

Negeri perak, Kelantan, tganu dan Pahang plak umum nak bagi setengah bulan gaji pada semua penjawat awam dinegerinya

Kalau mcm tu, saya ni terlibat ke ?

Ke tidak ke? Ke ? ke?

Eh kalau dapat, double gaji lah bulan ni ye (^-*)

Wah, tetiba bertanduk ^( “,”)^

Hehehe

NOTAKUKUKAKIKU: kalau dapat, syukur..tk dapat pon , syukur dapat dari kerajaan pusat…

Wednesday, August 10, 2011

bunyi mcm cliche, tp itulah hakikatnya....

Bismillah

Saya tak tau kenapa perlu diwujudkan perkataan ‘cliché’ sehingga kadang2 ia membuatkan kita mengabaikan hakikat sebenar dalam sesuatu perkara..

Mengikut terjemahan http://www.thefreedictionary.com, ‘

Cliché means overused expression or idea

Maksudnya, kita cakap benda yang sama dalam perkara2 yang hampir sama situasinya..

Faham tak?

Saya pon tak faham..

Keh keh…

Saya bagi contoh paling mudah lah

Contoh 1

sepasang couple yang baru habis SPM nak bernikah. Pastu ada sorang dok mengata. Muda2 lagi dah gatai nak menikah. Tak fikir masa depan ke

Datang sorang kakak ni. Dia cakap “ dah sampai jodoh, nak buat mcm mana ?”

Ha tu lah contoh ayat yang dikatakan cliché. Sehingga ada orang rasa bila cakap macam tu. Dia rasa kita annoying

Hakikatnya

Memang dah samapai jodoh

Kan Allah dah tetapkan jodoh, ajal maut semua?..

Contoh 2

Setiap kali bila seseorang ditimpa musibah, mesti ada orang kata, ‘sabarlah, setiap ujian mesti ada hikmah tersembunyi’

Itupun ayat yang dikatakan ‘cliché’ dan sebagai penyedap hati

Hakikatnya

Memang Allah dah kata dalam Quran

Allah takkan menguji seseorang yang bukan pada dayanya

Dan sesungguhnya manusia ni tidak tahu bahawa ada benda yang dirasakan buruk pada mereka sedangkan Allah sedang mempersiapkan yang terbaik buat kita

Contoh lain dalam situasi saya sendiri

Beberapa bulan sebelum kawin, suami saya ditawarkan menjadi guru di sekolah melalui program KPLI-jqaf.. gembiranya tak terkata . sebab sebelum tu kerja di bawah kerajaan negeri, gaji tidak seberapa.. selang beberapa minggu, saya pulak ditawarkan kerja dalam badan kerajaan di Bangi dengan gaji sekali ganda dari di tempat swasta yang saya sedang berkhidmat. Orang nak dekat kawen, faham2 sajalah kewangan mcm mana , kan? Ehehe.. kemudian beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan saya, saya ditawarkan pulak membuat ceramah bersiri mengenai bidang ternakan di agensi GLC.. so tambah lagi income bulan2 , Alhamdulillah…sungguhpon baru 3 bulan berkhidmat sbgai pegawai disitu, perkahwinan saya dirai oleh rakan2 sepejabat dengan meriah sekali.. saya sendiri tak terfikir dengan barangan hadiah yang banyak dan wang hadiah.. murah sgt rezeki.. Alhamdulillah..

Saya katakan ‘ inilah rezeki orang nak mendirikan rumahtangga, ikut sunnah nabi’

Bunyinya mcm ‘cliché’ pada sesetengah orang

Hakikaktnya

Memang itulah janji Allah

Pada orang2 yang mencari jalan halal dan mencari redhaNya

Ada rezeki yang Allah siapkan utk kita…

Menjelang aidilfitri ni

Banyak perkara2 yang baik berlaku.. syukur..Sbhanallah… perkara pertama khabar baik suami menerima wang tunggakan gaji yang setahun lebih lamanya sebab baru disahkan jawatan sebagai guru.. Alhamdulillah, isterinya leh tumpang sekaki..ekekeke.. kemudian terima pula khabar gembira ibu dan ayah mentua diizinkan Allah menunaikan puasa selama sebulan di bumi suci Allah walaupun seminggu sebelum berlepas baru confirm. Dan berita baik permohonan cuti saya diluluskan memandangkan semester baru bermula September nanti. Maka bolehlah saya berpuasa genap sebulan bersama suami di Penang.. dah tiga tahun kawen, baru ni first time dapat penuh sahur dan berbuka bersama..maklumlah PJJ..huhu..

Ditambah pulak berita kami suami isteri layak menerima bonus setengah bulan gaji dari kerajaan pusat.. masyaAllah, murahnya rezeki dari Mu Allah.. selang beberapa hari bonus diumumkan, kerajaan negeri Perak pulak umum nak bagi setengah bulan gaji jugak utk penjawat awam di negeri Perak.. maknanya saya layak..Alahmdulillah, siapa sangka pengorbanan tinggalkan kerja lama di Bangi dan mencuba di tmpat baru di perak ni, rupanya Allah balas dengan murahnya rezeki..

Cer teka? Cer teka?

Apa ayat cliché yang patut I kata?

Hehehe


Ha tu ada nak mengata I tu

Alah dia bukan ada anak lagi

Orang ada anak leh la kata’ ini rezeki anak2’…

Sedih (=_=,)


Tapi itulah hakikatnya

*

*

*

*

*

*

*

Alhamdulillah, doa kami termakbul di bulan penuh keberkatan ni.. terima kasih doa kawan2 semua.. Allah saja membalasnya.. doakan saya dan kandungan sihat dan selamat.. amin…

NOTAKUKUKAKIKU: entri ini saya sertakan sekali dengan doa yang tidak putus buat mereka yang masih menanti rezeki yang satu ini.. bersabarlah, orang yg sabar itu dekat disisi Allah.. teruskan bersangka baik..insyaAllah

Hal bonus...



Bismillah

Semua kakitangan kerajaan seronok eh dapat bonus separuh gaji…

Syukur, merasa nikmat

Murah rezeki bulan Ramadhan..





Tapi

Jangan lupa ye

Zakatkan sikit dari bonus tu

2.5% saja





Semoga bersih rezeki kita

Tambah keberkatan

Amin…



NOTAKUKUKAKIKU: zakat pendapatan tiap2 bulan gaji jangan lupa…bulan ini tambah zakat fitrah pula ye :)

Monday, August 8, 2011

Isteri yang baik, yg pandai berjimat, kan? Cewah….

Bismillah

Ha ngko, jarang2 update blog kebelakangan ni, sekali update, trus tajuk entri panjang berjela mcm org update status dia kat FB wall…

*gitulah cara kalau orang takde FB …mcm saya....(T-T)*

Hari tu hentah apa hangin takde niat nak beli shawl, sekali terembat sehelai kat PKNS Bangi…

Bajet mcm nak jadi sweet warni warni mcm lollipop(=_=’)

Sekali bila balik, try atas kepala, eh dah rasa mcm haru la plak…

Dengan kain dia yang tebal giler ( panas owh) dan panjang sgt smpai rasanya kalau lilit utk dua kepala pon muat..

Sapa nak share kepala dengan I?

EH!

Fikir punya fikir, shawl ni tak praktikal nak dibuat tudung ..lagi2 cuaca panas skrg ni.. lagipon nmpak serabut dengan saki baki lilitan yang panjang tu..

TARRRRAAAAA!!!

Selaku isteri yg cuba nak kreatif le kekonon, trus dining table jadi mangsa I..

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Dari yang sebegini..dekorasi theme tahun lepas adalah earth color..

So mcm kena upgrade bagi ceria sikit tahun ni..sementara nak beli yang baru,insyaAllah

Trus jadi mcm ni…

*

*

*

*

*

*

*

*

Trus berdesup MMS suami

Suami appreciate, cakap jimat sikit tak payah beli alas meja baru..

Trus I reply, “ siapa kata jimat?”

Kena lah beli tudung saya yang lain pulak gntikan tudung saya ni…

HAHAHAHAHA

SUAMI REDHA….lol

NOTAKUKUKAKIKU: tudung lama pun elok lagi…

Sunday, August 7, 2011

hibernasi...

Bismillah

salam ramadhan semua(^_^)...

dh masuk minggu kedua dah..sat je rasa.. ada yang mula 'tuang' solat tarawikh tak? hehehhe

saya berhibernasi sebentar beberapa minggu ni...

sedikit tips saya nak kongsikan sempena bulan ramadhan ni...

1. disebabkan kita kurang masa utk minum air masak dengan banyak sb berbuka dah pulun air manis, pi tarawikh dah lewat, pastu nak tido dah.. masa sahur plak tak lalu nak teguk air banyak2.. so saya amalkan bawa botol air masak waktu pi tarawikh. setiap selesai solat isyak, dan setiap dua rakaat tarawikh, saya akan minum air masak ..dan pastikan selesai saja witir, pastikan sudah habis sebotol besar tu.. insyaAllah, kulit kekal lembap dan bermaya sepanjang hari, dan tiada pecah2 di bibir..

2. kadangkala kita terlalu gelojoh sehingga kurang menguyah makanan sewaktu berbuka atau bersahur.. ini mengganggu sistem penghadaman kita dan akan menyebabkan sembelit. sembelit mendatangkan kulit yang kusam, tidak sedap perut dan sakit kepala.. saya amalkan makan buah betik hampir setiap hari sewaktu selepas solat tarawikh.. selain membantu pelawasan, ia juga mengelakkan kita makan nasik second round ( sesetengah orang ) dengan banyaknya..kan nak nmpak anggun di hari raya kan ? *konon (^_^)*

3. ketika berbuka dan bersahur, amalkan menguyah makanan sebanyak mungkin ( afdal 40 kali ) untuk memudahkan penghadaman dan buat kita cepat kenyang.. insyaAllah, amalan ni sgt memberi manfaat...

Selamat kekal sihat dan anggun di hari berpuasa !



NOTAKUKUKAKIKU: syukur masih panjang umur utk ramadhan ni...