Bismillah
Saya tak tau kenapa perlu diwujudkan perkataan ‘cliché’ sehingga kadang2 ia membuatkan kita mengabaikan hakikat sebenar dalam sesuatu perkara..
Mengikut terjemahan http://www.thefreedictionary.com, ‘
Cliché means overused expression or idea
Maksudnya, kita cakap benda yang sama dalam perkara2 yang hampir sama situasinya..
Faham tak?
Saya pon tak faham..
Keh keh…
Saya bagi contoh paling mudah lah
Contoh 1
sepasang couple yang baru habis SPM nak bernikah. Pastu ada sorang dok mengata. Muda2 lagi dah gatai nak menikah. Tak fikir masa depan ke
Datang sorang kakak ni. Dia cakap “ dah sampai jodoh, nak buat mcm mana ?”
Ha tu lah contoh ayat yang dikatakan cliché. Sehingga ada orang rasa bila cakap macam tu. Dia rasa kita annoying
Hakikatnya
Memang dah samapai jodoh
Kan Allah dah tetapkan jodoh, ajal maut semua?..
Contoh 2
Setiap kali bila seseorang ditimpa musibah, mesti ada orang kata, ‘sabarlah, setiap ujian mesti ada hikmah tersembunyi’
Itupun ayat yang dikatakan ‘cliché’ dan sebagai penyedap hati
Hakikatnya
Memang Allah dah kata dalam Quran
Allah takkan menguji seseorang yang bukan pada dayanya
Dan sesungguhnya manusia ni tidak tahu bahawa ada benda yang dirasakan buruk pada mereka sedangkan Allah sedang mempersiapkan yang terbaik buat kita
Contoh lain dalam situasi saya sendiri
Beberapa bulan sebelum kawin, suami saya ditawarkan menjadi guru di sekolah melalui program KPLI-jqaf.. gembiranya tak terkata . sebab sebelum tu kerja di bawah kerajaan negeri, gaji tidak seberapa.. selang beberapa minggu, saya pulak ditawarkan kerja dalam badan kerajaan di Bangi dengan gaji sekali ganda dari di tempat swasta yang saya sedang berkhidmat. Orang nak dekat kawen, faham2 sajalah kewangan mcm mana , kan? Ehehe.. kemudian beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan saya, saya ditawarkan pulak membuat ceramah bersiri mengenai bidang ternakan di agensi GLC.. so tambah lagi income bulan2 , Alhamdulillah…sungguhpon baru 3 bulan berkhidmat sbgai pegawai disitu, perkahwinan saya dirai oleh rakan2 sepejabat dengan meriah sekali.. saya sendiri tak terfikir dengan barangan hadiah yang banyak dan wang hadiah.. murah sgt rezeki.. Alhamdulillah..
Saya katakan ‘ inilah rezeki orang nak mendirikan rumahtangga, ikut sunnah nabi’
Bunyinya mcm ‘cliché’ pada sesetengah orang
Hakikaktnya
Memang itulah janji Allah
Pada orang2 yang mencari jalan halal dan mencari redhaNya
Ada rezeki yang Allah siapkan utk kita…
Menjelang aidilfitri ni
Banyak perkara2 yang baik berlaku.. syukur..Sbhanallah… perkara pertama khabar baik suami menerima wang tunggakan gaji yang setahun lebih lamanya sebab baru disahkan jawatan sebagai guru.. Alhamdulillah, isterinya leh tumpang sekaki..ekekeke.. kemudian terima pula khabar gembira ibu dan ayah mentua diizinkan Allah menunaikan puasa selama sebulan di bumi suci Allah walaupun seminggu sebelum berlepas baru confirm. Dan berita baik permohonan cuti saya diluluskan memandangkan semester baru bermula September nanti. Maka bolehlah saya berpuasa genap sebulan bersama suami di Penang.. dah tiga tahun kawen, baru ni first time dapat penuh sahur dan berbuka bersama..maklumlah PJJ..huhu..
Ditambah pulak berita kami suami isteri layak menerima bonus setengah bulan gaji dari kerajaan pusat.. masyaAllah, murahnya rezeki dari Mu Allah.. selang beberapa hari bonus diumumkan, kerajaan negeri Perak pulak umum nak bagi setengah bulan gaji jugak utk penjawat awam di negeri Perak.. maknanya saya layak..Alahmdulillah, siapa sangka pengorbanan tinggalkan kerja lama di Bangi dan mencuba di tmpat baru di perak ni, rupanya Allah balas dengan murahnya rezeki..
Cer teka? Cer teka?
Apa ayat cliché yang patut I kata?
Hehehe
Ha tu ada nak mengata I tu
Alah dia bukan ada anak lagi
Orang ada anak leh la kata’ ini rezeki anak2’…
Sedih (=_=,)
Tapi itulah hakikatnya
*
*
*
*
*
*
*
Alhamdulillah, doa kami termakbul di bulan penuh keberkatan ni.. terima kasih doa kawan2 semua.. Allah saja membalasnya.. doakan saya dan kandungan sihat dan selamat.. amin…
NOTAKUKUKAKIKU: entri ini saya sertakan sekali dengan doa yang tidak putus buat mereka yang masih menanti rezeki yang satu ini.. bersabarlah, orang yg sabar itu dekat disisi Allah.. teruskan bersangka baik..insyaAllah
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi mengomen(^_^)