Sunday, December 23, 2012

selesai sudah..

bismillah

alhamdulillah, dah selesai tanggungjawab ayah ibu nak sempurnakan tuntutan akikah buat anakanda Uwais alQarni pada Khamis lepas di Penang.. alhamdulillah, murah rezeki ramai yang dtg melwat Uwais ..

cuma kesal sikit ada orang2 yang selayaknya dihormati sebagai ayah ibu mahupon atuk nenek tapi tidak memberi contoh yang baik dari segi adabnya.. ikut adab, kalau kita pergi kenduri majlis orang, sebaiknya bersalam2 lah dengan orang tuan rumah dan kalau ada yang dirai, pergilah jumpa bersalam dulu.. contohnya, kalau majlis kawin, pas berslaam mak ayah pengantin, sebolehnya pergilah ucap tahniah pada pengantin dulu..biasa orang pompuan mesti curi2 masuk bilik pengantin kan? tp jangalah lama2..nnti orang tak suka pula..cukup sekadar ucap tahniah..

sama mcm majlis besday misal kata..gilah ucap happy birtday pada yang dirai..

tp dalam majlis akikah uwais aritu, saya tgok ada je yang leh panggil pangkat sedara pakcik makcik ni , smpai balik umah, langsung tak menjengah uwais dan saya.. datang nak makan je kot? jahatnya saya fikir mcm tu..tp sebagai org yg dirai, saya agak kecik hati.. dulu time aku belom pegnen, sibok ko mennaya bila nak pegnen..bila dah ada, eh eh tengok pon tidak.. mcm haram je.. maaf, sesi luahan perasaan plak ni..

saya terkilan orang melayu islam yang kurang adab ni.. kalau ikut mulut jahat, nak je laser sedas.. tp apakan daya, nnti dikata kurang ajar plak..huhu..

pastu set makcik2 ni ada yang tak ucap pon tahniah ke apa, tp dok komplen, eh apasal nmpak badan berisi sikit? hoii!! aku nak jadi berisi ni ambik masa 9 bulan, ni baru dua bulan lebih ko dah pandai komplen badan aku.. ya , itu jawapan saya yang di dalam hati..hwaaa!!!

kadang2 itu sebabnya saya tak suka nak join majlis2 ni.. rasa lebih banyak berdosa daripada pahala menghadiri majlis.. semoga Allah ampunkan saya..huhu..

sabarlah aku...





Saturday, December 8, 2012

Dilemma seorang aku...

Bismillah

Cewah.. Tajuk mcm best je ..heehhe..

Tapi saya beberapa dilemma skrg ni.. Puas memikir

1. Dilema nak hantar Uwais ke nursery atau bawa mak saya Dari Bidor duduk umah saya utk jaga Uwais.. Skrg ni hubby masih cuti sekolah, so sementara saya keja, dia lah menjaga Uwais.. Nnti tahun baru, dia dah kembali ke penang, nursery atau mak?

2. Dilemma nak sambar kereta baru..hehehe.. Masa berdua xpelah kami pakai keta kecik je.. Ni dah bertiga, dengan barang2 yg nak diangkut pun bertambah, terfikir nak upgrade keta yg lebih ber cc besar sikit.. Sikit je..hehehe.. Tapi tak terlalu awal ke?

3. Dilemma nak smbung study.. Ikut planning asal, tahun depan saya plan nak smbung phd. Skrg ni dalam dilemma samada nak buat di luar atau dalam negara? Planning asal, kalau suami tak dpt tukar sekolah tahun ni, kami nak ke luar negara, so leh bawak hubby sekali. Tp kalau keluar, apa jd ngan keta baru kalau jadi beli? Rumah siapa nak duduk? Haishh....


Nampaknya kena istikharah ni.. Kawan2 Ada suggestion?


P/s : berangan nak bawa Uwais ke luar negara juga :p

Uwais dah graduate dah! LOL

Wednesday, December 5, 2012

demi kamu

Bismillah

uwais dah makin kuat minum susu
nampaknya ibu kena kerap stay up buat power pumping

demimu anak....


Thursday, November 29, 2012

Bath time:)

Bismillah

Semalam second jab vaccination utk Uwais:)

Alhamdulillah , nmpak tiada tanda2 demam..
Harap Uwais dah siap sedia dgn antibodinya hasil fully bf;)

Now, my dear son dah 4.5 kg.. Wee!!

Monday, November 26, 2012

siyes saya rindu..


Bismillah

betullah kan, nikmat kesihatan tu tiada tandingan.. bukanlah saya merungut, tp sejak dah diczer ni, pergerakan masih lagi limited, badan mula rasa tak sedap..saya suka keadaan berpeluh lencun habis pas bersenam/berjogging mcm dulu2 sebelum pegnen..rasa puas.. kadang training silat ngan hasben, dah mcm laki bini bergaduh gamaknya..tp pastu puas dengan peluh mencurah2..




skrg, dah dua bulan, masih tak berani nak bersenam berat2.. paling2 tidak, wat senaman ringan je..cuba juga sekali dua bercycling guna basikal senaman dalam umah, tp perut rasa mcm belum selesa lagi...

siyes saya rindu nak berlari2 berpeluh2 mcm selalu..mudah2an cepatlah dikembalikan nikmat yg satu ni :) amin...

Sunday, November 25, 2012

iklan


Bismillah


HARAP MAAF, SUDAH DIJUAL (^,^) UPDATE 17 JANUARI 2013


Ok, hari ni nak wat iklan..


Saya nak letgo pump single electric marvel dari autumz..harga pasaran satu set antara rm335-359..


Mana yang mungkin belum maklum, saya baru bersalin 24/9 yang lepas..so kalau ikut umur pembelian pump ni genap dua bulan..

Tapi honestly speaking, saya jarang guna sb anak laki saya sepanjang pantang selama 42 hari, kena kuning ..sgtlah lama..so saya tak dan nak pump pon sb dia asyik nak melekat je kat saya..huhu

Lagipon saya ada set manual avent jugak sb tamak masa pegnen, nak try mcm2…keh keh
So , pump single electric ni boleh saya bagi conditionnya 9.5/10..hehehe..

Tapi siyes, pump ni sebenarnya best..sgt efisien.. pengalaman saya sendiri menggunakannya dapat jumlah oz lebih banyak berbanding guna manual avent.. dan lebih cepat…

Meh saya buat point pro n con pump ni..

Kebaikan :


1.    Sgt elegan sb comel je, sng nak bawa..tgoklah mesin dia, kecik je.. dan ringan.. 200g je uolls….so don’t worry rasa nak pikul segala mak nenek motor yg berat2 ye..

2.    Cepat dapat letdown.. siyes, yg ni sbnarnya point penting dalam nak membeli pump ..sb once letak je tunnel dia kat breast, within seconds dah dapat milk letdown..

3.    Mudah nak kendalikan,,just adjust high or low button utk suction trend dia..

4.    Two phase suction mimic mcm baby suction.. kalau rasa mcm sakit tu, tandanya kedudukan tunnel dengan aerola tak baper nak tepat..

5.    Kalau betul gaya cara letak tunnel tu pada kawasan aerola kita, siap leh memancut2 ..pengalaman saya, breast belah kanan mcm dah nak tersumbat sb masa awal2 selalu bagi baby belah kiri..tp lama2 guna autumz ni, wah meriah..banyak sekali ‘laluan’nya..hehehe

6.    Breastshield yg lembut..yg ni advantagenya nak elak rasa sakit dan jugak mcm natural urutan la..tp saya lebih suka pump without breastshield sb lagi banyak dan cepat susu keluar tanpa rasa sakit..weee…

7.    Boleh guna electric, boleh guna bateri..so dlm kereta pon leh pump..

Kekurangan :

Mana ada benda perfect, ye dak? Hehehe..ni saya listkan kekurangan yg saya observe

1.    Takleh lalai smpai venting valve silicione dia loose.. venting valve ni make sure masuk rapat2 kat lubang tu ..kalau tak, vacuum lemah dan mungkin menyebabkan backflow..so kalau rasa tetiba suction jd slow, ketatkan balik valve tu..

2.    Bunyi tak lah kuat mana Cuma kalau nak bawak ke ofis, saya sarankan balut dengan kain ke, buatkan pouch kecik ke , so takdelah kot segan kat orang..hehehe..

3.    Dan antara sebab utama saya nak letgo, sebab dia single..huhu..saya dah upgrade kepada double sb nak cepatkan sesi pumping.. maklumlah, bekerja ni jap lagi org tu dtg bilik, jap lagi org ni plak ketuk pintu..haishhh…tp kalau buat tandem pumping, memang sesuailah kalau single ni..












Ok, itu sahaja..sesiapa berminat,leh roger saya di drhana@ymail.com..

HARGA PASARAN : RM335-359

HARGA SAYA : CUMA RM280 including postage