Thursday, August 25, 2011
PASTI
kesian isteri...
Monday, August 22, 2011
LAST
Bismillah
Memandangkan ada yang dah mula nak bergerak balik pulang ke kampong masing2 untuk balik beraya,
Saya awal2 nak minta maaf zahir dan batin sepanjang kita berkenalan, beri komen pendapat dan sebagainya di blog ni..
Kalau ada yang termakan hati dengan kata-kata dan tulisan saya, saya pohonkan seribu kemaafan..
Semoga semuanya selamat pulang ke kampong dan kembali kerja dengan semangat..
Oh ye, tahun ni ikutkan saya beraya di rumah mentua di Penang ni
Tapi ayah dan mak mentua sebulan berpuasa sambil umrah di Mekah sehingga raya kedua
Maka terpaksa tukar giliran raya tahun ni
Raya pertama saya di umah mak saya di Bidor
Raya kedua terus di penang smpai raya ke 5
Baik tak menantu sorang ni?
Hai umi dan ayah, tahun depan bawa kami pi umrah sama ye(^_^)
Hahaha…BODEK!!!
Saya nak jemput dtg ke rumah kami di Tanjung Malim juga
Tapi harap maklumlah ye
Saya masih belum mula bekerja
So jarang2 ada di sana
Kalau nak dtg, roger awal ye
Saya siap sedia menunggu
Hehehehe
Akhir kata,
Semoga ada lagi rezeki bertemu Ramadhan tahun depan
Dan Aidilfitri ini adalah hari penuh keberkatan buat kita
Jaga makan dan kesihatan
Jangan dok pulun sgt makan kuih raya
Sb boleh sambung makan kuih raya sampai raya haji
Heheheh
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!
NOTAKUKUKAKIKU: semoga aidilfitri ini memori terindah…
Sunday, August 21, 2011
ramadhan berdua..
Bismillah
Tender bulan ramadhan 2011
Berbuka: isteri masak
Bersahur: suami masak
*
*
*
Berbuka: isteri make sure paling kurang minyak, paling kurang garam gula, paling kurang lemak
Bersahur : suami belasah buat burger kaw2 punya..extra mayonis, extra perasa
*
*
*
PUNAH DIET ISTERI…
SITUASI: hampir setiap hari
HWAAAA!!!
NOTAKUKUKAKIKU: syukur suami banyak membantu
Saturday, August 20, 2011
jagalah hati...
Bismillah
Masa nilah nak berjumpa mak ayah di kampong, adik beradik yg lama tak jumpa, sedara mara yang entah dari pelusuk mana( kes jumpa masa kecik je, dh jumpa masing2 dh dewasa)
Seronoknya berhari raya
Tapi dalam berseronok
Jagalah hati dan perasaan orang sekeliling kita
Lagi2 sesama hati lembut bernama wanita
Jagalah hati
Pada yang sebaya kita atau lebih tua
Tp masih belum berpunya dan berumahtangga
Mungkin jodohnya belum Allah takdirkan utk berjumpa lagi…
Jagalah hati
Pada yang sudah berumahtangga, tp pulang sendiri bersama anak2
Mungkin suaminya sudah dipanggil Tuhan, atau perpisahan itu lebih baik buat mereka…
Jagalah hati,
Pada para isteri yg mungkin sudah hilang bentuk badan satu masa dulu,
Usah ditegur sinis,
Mungkin itu tandanya dia bahagia bersama suami dan anak2nya..
Jagalah hati
Pada yg sudah berumahtangga, tp belum ada cahaya mata
Mungkin Allah tetapkan mereka agar perbaiki dulu mantapkan ilmu dan iman sebelum hadirnya orang baru..
Jagalah hati
Pada mereka yang sudah berzuriat, tapi bertahun mencuba utk menambah zuriat masih belum Berjaya,
Mungkin Allah mahu berikan lebih masa mereka mendidik zuriat yg ada sebaiknya…
Jagalah hati
Pada mereka yg kehilangan ahli keluarga,
Mungkin Allah mahu menggantikan yg lebih baik sedikit masa lagi..
Jagalah hati, jagalah perasaan
Biarlah Aidilfitri menjadi kegembiraan
Bukan satu hari yang membebankan
Dengan kata2 dan tohmahan liar
Membabi buta…
NOTAKUKUKAKIKU: bersederhana lebih baik
Thursday, August 18, 2011
sejuk hati
Bismillah
Beberapa jam sebelum waktu berbuka puasa:
Tung tang! Tung tang!
Bini memasak di dapur.
Opocot!
Balik tarawikh
Duduk2 dengan sang laki
Sambil sang laki dok belek2 lah tangan bini yang tak berapa nak gebu sb kurang minum air gamaknya
Kenapa ada kesan putih ni
Tanya sang laki
Jawab sang bini
Terkena minyak panas tgh masak td
Kata sang laki
Kena sapu minyak gamat nih
Takpe, Nabi pernah kata isteri yg memasak utk suami dia dan terkena panasnya haba api sewaktu memasak
Di akhirat nanti Allah haramkan api neraka menjilat tubuh isteri tu
Sejuk hati sang bini
(^_^)
Semangat nak masak tiap2 hari :P LOL
NOTAKUKUKAKIKU: org pompuan ni kadang bukan nak apa, Cuma perhatian sikit je,betul tak:P
belajar adab solat berjemaah
Bismillah
Bila solat tarawikh berjemaah ramai2 ni di masjid, mcm2 gaya orang kita leh tgok ye…
Seronok dapat belajar dari setiap karakter manusia..
Mcm tu lah nnti agaknya bila berkumpul depan Allah di Padang Masyar..malah lebih ramai dari tu…
Ada yang pemurah, selalu membalas senyuman
Ada juga yang buat tak tahu walau bahu bertembung tp tiada kata maaf
Ada pulak yang dengan lemah lembut minta kita lebih rapatkan saf
Eh ada plak buat kejung langsung tak nak gerak rapatkan saf
Hmm mcm2..
Cuma saya ingin kongsikan di sini
Sedikit adab ketika solat berjemaah
Kalau Nampak saf tidak rapat, ada ruang
Lebih afdal orang dari saf belakang dtg ke depan penuhkan saf
Kemudian kalau tiada saf dibelakang
Lebih afdal orang yang kiri bergerak ke kanan rapatkan saf
Saya tak tau kenapa ada yang langsung tak nak bergerak
Kan masih sah solat walau bergerak sedikit dengan syarat tidak melbihi 3 kali berturut2..
Kalau berhenti2 sekejap antara gerakan, solat masih sah
Kemudian, kalau Nampak orang sebelah kita tiada sejadah dan terpaksa sujud atas lantai yg tiada karpet
Apalah salahnya melintangkan sejadah kita
Kan itu menambah pahala percuma?
Islam itu indah sebab adanya adab dan tertib
Jangalah kita terlalu pentingkan diri sendiri
Kita solat berjemaah
Walau belum tentu doa kita dimakbulkan
Tp dengan adanya orang2 soleh dalam jemaah
Mungkin kerana itu doa kita diaminkan dan dimakbulkan sama
Jadi sama2lah menjaga adab kita dengan jemaah lain
insyaALLah.
Mudah2an lebih baik ibadah kita tahun ni dari sebelumnya
NOTAKUKUKAKIKU: budak2 tak sabar tunggu moreh sb ada orang derma cekedis utk kanak2
Wednesday, August 17, 2011
doa berpanjangan...
Bismillah
Hari ini ulangtahun kelahiran mak mentua saya..
Ayah dan mak mentua kini di Mekah mengerjakan umrah sejak 1 Ramadhan hingga 1 Syawal nanti..
Subhanallah, mendengar cerita suasana berpuasa sebulan di sana, rasa teringinnya ingin ke sana..
Semoga bertambahlah murah rezeki agar doa kami suami isteri ke sana tercapai, insyaAllah..
Umi,
Selamat Ulangtahun Kelahiran dan kami mendoakan umi diberi keberkatan dan dilimpahkan rezeki yang murah. Terima kasih banyak berkorban untuk kami anak menantu.
Dan terima kasih melahirkan dan mendidik anak yang soleh dan kini menjadi suami terbaik buat saya..
Semoga ayah umi selamat menjalankan ibadah di sana dan selamat kembali ke Malaysia nanti..
Amin…
NOTAKUKUKAKIKU: syukur dikelilingi orang2 yang membahagiakan
Monday, August 15, 2011
dah siap...tp....
Bismillah
Bijak sungguh kawan2 meneka project run away saya tempoh hari ..DISINI
Hehehe.. tu cara orang baru nak belajar jahit manic sendiri kat baju lepas beli e-book cara menjahit manik online..hehehe
Cita-cita asal dalam otak nak cenggini cenggitu design manik dan labucinya.. siap yang berekor, berjurai segala..
Tapi bukan namanya HANAFAZA-SAME PERSON la kalau hangat2 taik ayam kalau bab menjahit benda2 remeh ni..kui kui
Cer tengok kat anak panah tu.. tu pehal yg tetiba ada manik putih aje yg tinggal?
Ok, I jawab itu pesyen….
Hhahahaha
NOTAKUKUKAKIKU: rasa mcm ni yg pertama dan ini yg terakhir kot…hwakakaka :P
weekend lalu..
Bismillah
Weekend lepas sempatlah menghabiskan stok2 bahan2 buat kuih raya tahun lepas punya..ehehehehe…
Tak seberapa aje hasilnya, setakat nak isi tekak bolehlah..
*kesilapan ejaan dlm gmbar.. cokies =cookies..malas nak adjust dah..hehehe
Cewah, ayat down to earth la konon..keh keh…
Eh cop.. tahun ni saya tgok harga2 kuih dijual jauh lebih murah dari tahu lepas la..
Awat ye???
NOTAKUKUKAKIKU: xberapa sihat makan kuih raya ni,kan? Banyak majerin, banyak colestrol :P
Thursday, August 11, 2011
mereka menanti
weekend is coming(^_^)
Bismillah
Owh banyak betul agenda nak dibuat weekend nih
Nak balik umah mak di bidor ptg ni, janji nak berbuka posa bersama
Esok plak nak ‘ketuk2 ramadhan’ di umah sendiri
Ahad ke Bangi, cari baju raya laki bini..
Tp sbnarnya tahun ni tak letak target pon nak beli baju raya
Kalau jumpa , ok..kalau tak, dah pakat pakai aje baju yang lepas..
I ok aje..hehehe
Eh cop?
Lepas kerajaan pusat umum nak bagi bonus setengah bulan gaji
Negeri perak, Kelantan, tganu dan Pahang plak umum nak bagi setengah bulan gaji pada semua penjawat awam dinegerinya
Kalau mcm tu, saya ni terlibat ke ?
Ke tidak ke? Ke ? ke?
Eh kalau dapat, double gaji lah bulan ni ye (^-*)
Wah, tetiba bertanduk ^( “,”)^
Hehehe
NOTAKUKUKAKIKU: kalau dapat, syukur..tk dapat pon , syukur dapat dari kerajaan pusat…
Wednesday, August 10, 2011
bunyi mcm cliche, tp itulah hakikatnya....
Bismillah
Saya tak tau kenapa perlu diwujudkan perkataan ‘cliché’ sehingga kadang2 ia membuatkan kita mengabaikan hakikat sebenar dalam sesuatu perkara..
Mengikut terjemahan http://www.thefreedictionary.com, ‘
Cliché means overused expression or idea
Maksudnya, kita cakap benda yang sama dalam perkara2 yang hampir sama situasinya..
Faham tak?
Saya pon tak faham..
Keh keh…
Saya bagi contoh paling mudah lah
Contoh 1
sepasang couple yang baru habis SPM nak bernikah. Pastu ada sorang dok mengata. Muda2 lagi dah gatai nak menikah. Tak fikir masa depan ke
Datang sorang kakak ni. Dia cakap “ dah sampai jodoh, nak buat mcm mana ?”
Ha tu lah contoh ayat yang dikatakan cliché. Sehingga ada orang rasa bila cakap macam tu. Dia rasa kita annoying
Hakikatnya
Memang dah samapai jodoh
Kan Allah dah tetapkan jodoh, ajal maut semua?..
Contoh 2
Setiap kali bila seseorang ditimpa musibah, mesti ada orang kata, ‘sabarlah, setiap ujian mesti ada hikmah tersembunyi’
Itupun ayat yang dikatakan ‘cliché’ dan sebagai penyedap hati
Hakikatnya
Memang Allah dah kata dalam Quran
Allah takkan menguji seseorang yang bukan pada dayanya
Dan sesungguhnya manusia ni tidak tahu bahawa ada benda yang dirasakan buruk pada mereka sedangkan Allah sedang mempersiapkan yang terbaik buat kita
Contoh lain dalam situasi saya sendiri
Beberapa bulan sebelum kawin, suami saya ditawarkan menjadi guru di sekolah melalui program KPLI-jqaf.. gembiranya tak terkata . sebab sebelum tu kerja di bawah kerajaan negeri, gaji tidak seberapa.. selang beberapa minggu, saya pulak ditawarkan kerja dalam badan kerajaan di Bangi dengan gaji sekali ganda dari di tempat swasta yang saya sedang berkhidmat. Orang nak dekat kawen, faham2 sajalah kewangan mcm mana , kan? Ehehe.. kemudian beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan saya, saya ditawarkan pulak membuat ceramah bersiri mengenai bidang ternakan di agensi GLC.. so tambah lagi income bulan2 , Alhamdulillah…sungguhpon baru 3 bulan berkhidmat sbgai pegawai disitu, perkahwinan saya dirai oleh rakan2 sepejabat dengan meriah sekali.. saya sendiri tak terfikir dengan barangan hadiah yang banyak dan wang hadiah.. murah sgt rezeki.. Alhamdulillah..
Saya katakan ‘ inilah rezeki orang nak mendirikan rumahtangga, ikut sunnah nabi’
Bunyinya mcm ‘cliché’ pada sesetengah orang
Hakikaktnya
Memang itulah janji Allah
Pada orang2 yang mencari jalan halal dan mencari redhaNya
Ada rezeki yang Allah siapkan utk kita…
Menjelang aidilfitri ni
Banyak perkara2 yang baik berlaku.. syukur..Sbhanallah… perkara pertama khabar baik suami menerima wang tunggakan gaji yang setahun lebih lamanya sebab baru disahkan jawatan sebagai guru.. Alhamdulillah, isterinya leh tumpang sekaki..ekekeke.. kemudian terima pula khabar gembira ibu dan ayah mentua diizinkan Allah menunaikan puasa selama sebulan di bumi suci Allah walaupun seminggu sebelum berlepas baru confirm. Dan berita baik permohonan cuti saya diluluskan memandangkan semester baru bermula September nanti. Maka bolehlah saya berpuasa genap sebulan bersama suami di Penang.. dah tiga tahun kawen, baru ni first time dapat penuh sahur dan berbuka bersama..maklumlah PJJ..huhu..
Ditambah pulak berita kami suami isteri layak menerima bonus setengah bulan gaji dari kerajaan pusat.. masyaAllah, murahnya rezeki dari Mu Allah.. selang beberapa hari bonus diumumkan, kerajaan negeri Perak pulak umum nak bagi setengah bulan gaji jugak utk penjawat awam di negeri Perak.. maknanya saya layak..Alahmdulillah, siapa sangka pengorbanan tinggalkan kerja lama di Bangi dan mencuba di tmpat baru di perak ni, rupanya Allah balas dengan murahnya rezeki..
Cer teka? Cer teka?
Apa ayat cliché yang patut I kata?
Hehehe
Ha tu ada nak mengata I tu
Alah dia bukan ada anak lagi
Orang ada anak leh la kata’ ini rezeki anak2’…
Sedih (=_=,)
Tapi itulah hakikatnya
*
*
*
*
*
*
*
Alhamdulillah, doa kami termakbul di bulan penuh keberkatan ni.. terima kasih doa kawan2 semua.. Allah saja membalasnya.. doakan saya dan kandungan sihat dan selamat.. amin…
NOTAKUKUKAKIKU: entri ini saya sertakan sekali dengan doa yang tidak putus buat mereka yang masih menanti rezeki yang satu ini.. bersabarlah, orang yg sabar itu dekat disisi Allah.. teruskan bersangka baik..insyaAllah
Hal bonus...
Bismillah
Semua kakitangan kerajaan seronok eh dapat bonus separuh gaji…
Syukur, merasa nikmat
Murah rezeki bulan Ramadhan..
Tapi
Jangan lupa ye
Zakatkan sikit dari bonus tu
2.5% saja
Semoga bersih rezeki kita
Tambah keberkatan
Amin…
NOTAKUKUKAKIKU: zakat pendapatan tiap2 bulan gaji jangan lupa…bulan ini tambah zakat fitrah pula ye :)
Monday, August 8, 2011
Isteri yang baik, yg pandai berjimat, kan? Cewah….
Bismillah
Ha ngko, jarang2 update blog kebelakangan ni, sekali update, trus tajuk entri panjang berjela mcm org update status dia kat FB wall…
*gitulah cara kalau orang takde FB …mcm saya....(T-T)*
Hari tu hentah apa hangin takde niat nak beli shawl, sekali terembat sehelai kat PKNS Bangi…
Bajet mcm nak jadi sweet warni warni mcm lollipop(=_=’)
Sekali bila balik, try atas kepala, eh dah rasa mcm haru la plak…
Dengan kain dia yang tebal giler ( panas owh) dan panjang sgt smpai rasanya kalau lilit utk dua kepala pon muat..
Sapa nak share kepala dengan I?
EH!
Fikir punya fikir, shawl ni tak praktikal nak dibuat tudung ..lagi2 cuaca panas skrg ni.. lagipon nmpak serabut dengan saki baki lilitan yang panjang tu..
TARRRRAAAAA!!!
Selaku isteri yg cuba nak kreatif le kekonon, trus dining table jadi mangsa I..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dari yang sebegini..dekorasi theme tahun lepas adalah earth color..
So mcm kena upgrade bagi ceria sikit tahun ni..sementara nak beli yang baru,insyaAllah
Trus jadi mcm ni…
*
*
*
*
*
*
*
*
Trus berdesup MMS suami
Suami appreciate, cakap jimat sikit tak payah beli alas meja baru..
Trus I reply, “ siapa kata jimat?”
Kena lah beli tudung saya yang lain pulak gntikan tudung saya ni…
HAHAHAHAHA
SUAMI REDHA….lol
NOTAKUKUKAKIKU: tudung lama pun elok lagi…