Saturday, August 20, 2011

jagalah hati...

Bismillah

pic credit: google



Raya dah semakin dekat ni, masing2 ramai tak sabar nak bercuti

Masa nilah nak berjumpa mak ayah di kampong, adik beradik yg lama tak jumpa, sedara mara yang entah dari pelusuk mana( kes jumpa masa kecik je, dh jumpa masing2 dh dewasa)

Seronoknya berhari raya



Tapi dalam berseronok

Jagalah hati dan perasaan orang sekeliling kita



Lagi2 sesama hati lembut bernama wanita



Jagalah hati

Pada yang sebaya kita atau lebih tua

Tp masih belum berpunya dan berumahtangga

Mungkin jodohnya belum Allah takdirkan utk berjumpa lagi…



Jagalah hati

Pada yang sudah berumahtangga, tp pulang sendiri bersama anak2

Mungkin suaminya sudah dipanggil Tuhan, atau perpisahan itu lebih baik buat mereka…



Jagalah hati,

Pada para isteri yg mungkin sudah hilang bentuk badan satu masa dulu,

Usah ditegur sinis,

Mungkin itu tandanya dia bahagia bersama suami dan anak2nya..



Jagalah hati

Pada yg sudah berumahtangga, tp belum ada cahaya mata

Mungkin Allah tetapkan mereka agar perbaiki dulu mantapkan ilmu dan iman sebelum hadirnya orang baru..



Jagalah hati

Pada mereka yang sudah berzuriat, tapi bertahun mencuba utk menambah zuriat masih belum Berjaya,

Mungkin Allah mahu berikan lebih masa mereka mendidik zuriat yg ada sebaiknya…



Jagalah hati

Pada mereka yg kehilangan ahli keluarga,

Mungkin Allah mahu menggantikan yg lebih baik sedikit masa lagi..



Jagalah hati, jagalah perasaan

Biarlah Aidilfitri menjadi kegembiraan

Bukan satu hari yang membebankan

Dengan kata2 dan tohmahan liar

Membabi buta…

NOTAKUKUKAKIKU: bersederhana lebih baik

2 comments:

  1. suka entry hana ni,..

    especially dekat sini.. "Pada para isteri yg mungkin sudah hilang bentuk badan satu masa dulu,.."

    setujuk!!! :D :D

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)