Bismillah
Bila solat tarawikh berjemaah ramai2 ni di masjid, mcm2 gaya orang kita leh tgok ye…
Seronok dapat belajar dari setiap karakter manusia..
Mcm tu lah nnti agaknya bila berkumpul depan Allah di Padang Masyar..malah lebih ramai dari tu…
Ada yang pemurah, selalu membalas senyuman
Ada juga yang buat tak tahu walau bahu bertembung tp tiada kata maaf
Ada pulak yang dengan lemah lembut minta kita lebih rapatkan saf
Eh ada plak buat kejung langsung tak nak gerak rapatkan saf
Hmm mcm2..
Cuma saya ingin kongsikan di sini
Sedikit adab ketika solat berjemaah
Kalau Nampak saf tidak rapat, ada ruang
Lebih afdal orang dari saf belakang dtg ke depan penuhkan saf
Kemudian kalau tiada saf dibelakang
Lebih afdal orang yang kiri bergerak ke kanan rapatkan saf
Saya tak tau kenapa ada yang langsung tak nak bergerak
Kan masih sah solat walau bergerak sedikit dengan syarat tidak melbihi 3 kali berturut2..
Kalau berhenti2 sekejap antara gerakan, solat masih sah
Kemudian, kalau Nampak orang sebelah kita tiada sejadah dan terpaksa sujud atas lantai yg tiada karpet
Apalah salahnya melintangkan sejadah kita
Kan itu menambah pahala percuma?
Islam itu indah sebab adanya adab dan tertib
Jangalah kita terlalu pentingkan diri sendiri
Kita solat berjemaah
Walau belum tentu doa kita dimakbulkan
Tp dengan adanya orang2 soleh dalam jemaah
Mungkin kerana itu doa kita diaminkan dan dimakbulkan sama
Jadi sama2lah menjaga adab kita dengan jemaah lain
insyaALLah.
Mudah2an lebih baik ibadah kita tahun ni dari sebelumnya
NOTAKUKUKAKIKU: budak2 tak sabar tunggu moreh sb ada orang derma cekedis utk kanak2
manusia ni unik....
ReplyDelete10 orang 10 karekter kita leh lihat =)
cheqna: betullah cheqna...kita juga perangai berbeza ngan org lain kan:)
ReplyDelete