Monday, May 23, 2011

ratu SMS?

Bismillah

mula menaip SMS waktu 2001, first time ada handset kat matrix..handset cap ayam ..tapi masa tu handset yang boleh SMS kira hebatlah..heh!

berkenal2an dengan en.suami zaman tu juga. masa tu kawan2 aje.. so SMS lebih banyak pada kawan2 sekolah mennegah..update perkembangan masing2 kat matrix ler kononnya..disamping ada yang mula cucuk jarum..gatal betol budak pas SPM nih...hwakakaka!

mula terjebak bercouple2 zaman Uni.. SMS juga jadi pengantara..maklumlah, duit cukup2..nak kol , mana mampu.. masa tu konon2 'berkawan' ngan satu mamat study di Madinah.. so penghubung Malaysia-Madinah adalah SMS.. tapi sudahnya pemutusnya pon melalui SMS.. sadis tak?

mula berkenalan ngan en.suami.suami studi di Riau, saya di Serdang.. penghubung Malaysia -Indonesia hanya secara SMS..bergaduh, bergelak, berkongsi cerita semuanya dengan SMS..itupon kadang2 short juga sb kredit tak bertop-up sb duit bajet utk praktikal..hehehe

masuk clinical year, kena update selalu dengan group mate untuk kelas praktical, assignement dan sebagainya.. SMS juga jadi pengantara..tapi tension pada ahli group yang suka mengelat..bila kita remind dia suh bawa bahan assignement, alih2 dia kata dia tak tahu. bila kita kata dah SMS, reasonnya mudah..katanya tak dapat pon SMS.. padahal report delivery kita dapat.. tak leh wat apa...

masuk bekerja, dah mula kurang sikit SMS terutama hal2 kerja..sb pada saya, kalau ia urgent, silalah kol. apa guna bergaji tp masih berkira2 nak call? terutama hal2 penting dalam kerja..contohnya, nak report dari anak buah..mcm tak proffesional plak sms aje. silap2 anak buah bagi alasan sama, tak terima SMS..nyampah!

cuma yang masih kekal, SMS dengan suami..24/7.. maklumlah perkahwinana jarak jauh. tp itupon hal2 remeh la..kalau penting, terus je kol..dan juga SMS pada kawan2 yang masih boleh dicontact..paling tidak ucapan pada hari2 istimewa diorang..

jadi, dengan kebolehan menaip SMS selama hampir 1o tahun , kemahiran menaip sangatlah superb..tak kisahlah pad QWERTY ke, apa ke.. sedang memandu pon leh sms dengan pantas tanpa perlu tgok screen..hehehe..

dan pastinya bahasa SMS jadi lebih pendek..

OKAY= k

SAYA= sy

NAK= nk

ASSALAMMUALAIKUM= salam

dan biasanya permulaan sms mesti dengan 'salam',.. dah terbiasa setiap kali sms..

dan hari ini>>

"salam danny.. pagi ni cancel wat AI ok..I ada important matter.tq"

reply

" salam 1 Malaysia..ok"

ayarkk!!! pejadah nya saya bagi salam kat dak cina nih..hahahah!!

siap reply salam 1 Malaysia kat I yang tak tahan tu..tp kira acilah dia faham macam tu..hahahaha

MORAL OF THE STORY: sungguhpon hebat sms, sila PAUSE sekejap dan fikir perkataan yang bakal keluar..keh keh!

NOTAKUKUKAKIKU: hukumnya haram memberi lafaz ‘assalammualaikum’ kepada non-Muslim

4 comments:

  1. hahahaha....
    amik sebiji..hehehe
    cheqna pun dah expert bab2 sms ni tak yah tgk skrin pun tak pe..hehehehehe

    ReplyDelete
  2. ekekeke.. padan muka Hana seniri..hihi..memang kan cheqna, sb dah kerap sgt sms

    ReplyDelete
  3. hihihiihi penangan SMS punya pasal la ni...kantoi sudah fikiran tak selari dengan jari...:D

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)