Tuesday, May 24, 2011

beruntungnya mereka...

Bismillah

kisah anak2 kecil yang pergi selamanya dalam kes tanah runtuh..
MasyaAllah, begitu besar kuasa Tuhan nak ambil semula hakNya bila-bila masa...

bila melihat gmbar mereka berjubah putih berserban kemas
dengan usia yang begitu muda
Subhanallah
beruntungnya mereka
diambil semula mengadap Tuhan dengan tiada dosa
dengan ilmu Quran yang berbekal di dada
mengalir air mata saya dalam tak sedar

beruntung mereka
pergi dengan segera
tak perlu lagi menghadapi dugaan dunia yang penuh kejahilan dan tipu daya
tak risau jiwa yang berasak-asak mengejar kekayaan dunia yang memang nyata sekejap saja
berbahagia sahaja mereka di sana

insaf rasa diri
andai Tuhan memanggil kita saat ini
bersediakah untuk menjawab apa perkara sudah dilangsaikan 28 tahun yang lalu

Ya Allah
jadilah pengakhiran kami yang masih tinggal
pengakhiran yang baik
dalam keadaan beriman menyebut kalimah La Ilahaillallah..

NOTAKUKUKAKIKU: iktibar dari musibah...

1 comment:

  1. sangat sedih dengan kejadian itu
    moga mangsa2 yang terkorban di tempatkan dikalangan orang2 yang Allah kasihi insyaallah

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)