Monday, July 18, 2011

'LIGAN' baca Al-Quran...

Bismillah

Persiapan pertama menuju Ramadhan dah saya kongsikan DI SINI..

Sepatutnya semua kita dah mula amal baca doa ni setiap hari..

Kerana tak semua ada peluang untuk sampai ke Bulan Ramadhan..

Amalkan setiap pas solat


Saya buat sikit pembetulan *tanda merah*....sebab kebanyakan sumber doa asal di laman2 web paparkan yg ada kesilapan tanda bacaan..bacaan sebenar "wa ballighna” bukan “wa ballaghna"
*update: thanx to shilafaiz. sbnarnya tanda ayat di atas adalah betul, cuma dalam kebanyakan web, dalam terjemahan tulisan rumi, mereka tulis "ballaghna" ..so saya cuma nak jelaskan utk elak salah bacaan..(^_^)

Antara persiapan lain menuju Ramadhan adalah menyiapkan jadual dan sasaran kita sepanjang bulan Ramadhan nnti..

Ok, ni saya sharekan sesuatu masa kuliah agama hari tu...

“PERLUKAH SAYA HABISKAN 30 JUZUK SEPANJANG RAMADHAN KERANA AMALAN BERKHATAM?”

Ok, saya tak tahu knowledge orang lain..tp saya sendiri sebebnarnya masih samar2 sebelum ni mengenai amalan ‘pulun baca selaju mungkin’ sepanjang ramadhan semata2 nak dapat target khatam 30 juzuk..

Mengikut perbincangan dengan ustazah hari tu, ramai yang tersilap hal ni..

Tujuan utama membaca AlQuran /tadarrus adalah untuk kita perbaiki bacaan dan penghayatan terhadap isi Al-Quran. So masa bertadarrus ni lah kita sepatutnya memberi teguran atau menerima teguran dari kawan2 tadarrus kita terutama dari segi tajwid dan makhraj bacaan..

Sebab itu, digalakkan membaca tadarrus dengan kawan2 atau orang yang lebih berpengetahuan ilmu tajwid dan Qurannnya..

Nak menegur kenalah secara hikmah supaya tidak ada yang terguris hati..

Dan yang menerima teguran kenalah berlapang dada..

Pernah dengar kan, membaca Al-Quran dengan tajwid yang salah, TIDAK USAHA utk belajar dan perbaiki, maka Al-Quran akan melaknat kita..

Kan rugi tu.. baca nak pahala, tapi dapat dosa..

Tapi kalau kita ada usaha nak belajar, dan masih ada kesilapan membaca, pahala tetap kita dapat sb usaha itu ada..

So jangan lah ambik mudah langsung tak nak baca mahupon terus membaca dengan silap…

Kalau tak sempat habis 30 juzuk sekalipon, kita masih di kira khatam di mana saja yang kita mampu…

Wallahualam…

Sekadar berkongsi…

NOTAKUKUKAKIKU: setiap orang kena usaha dapatkan guru Al Quran.. jangan takat sekolah rendah dulu aje…

4 comments:

terima kasih sudi mengomen(^_^)