Tuesday, January 10, 2012

Cabaran menjadi perempuan zaman ini

Bismillah


Ada sekali tu, anak sedara perempuan saya yang baru Darjah 3 meluahkan perasaannya.. Katanya, di sekolah dia sering diejek kawan2 sekelas sebab dia ni berkulit gelap...


Sedih saya mendengarnya.. Dalam usia hanya 9 tahun, besarnya cabaran untuk kanak2 perempuan sepertinya...seingat saya, waktu saya berumur mcm tu zaman awal 90an dulu, tiada langsung istilah siapa kulit putih atau hitam, siapa gemuk atau kurus,..pendek kata, zaman kanak2 dulu tiada cabaran perbandingan sifat luaran...


Saya pernah join camping dengan student suami yg masih sekolah rendah. Memandangkan sekolah suami mengajar tiada cikgu perempuan masa tu, so sayalah yg bertanggungjawab menjaga student pompuan kat asrama..

Waktu pagi masa semua org tgh bersiap2 nak ke Dewan , saya terdengar pelajar tahun 2 dan 4 berkongsi cerita tentang krim muka yang dipakainya.. Yg is A cadang krim mukanya bagus, yg si B kata, kulitnya tak sesuai...


Tersenyum saya melihatnya...gamaknya bunyi mcm wanita sebaya saya plak cara bualannya... Bezanya alam kanak2 skrg berbanding dulu;)


Sbnarnya faktor persekitaran banyak menyumbang bagaimana kanak2 zaman skrg berfikir.. Melihat gmbar2 artis pujaan yg cantik2 walhal diphotoshop semata2, melihat iklan2 barang kecantikan di TV, melihat ibu dan saudara perempuan berhabis dengan barang kecantikan...semuanya memberi kesan terhadap pemikiran kanak2..


Dan walaupon ia nampak kecik, tp sebenarnya sedikit sebanyak mempengaruhi self- esteem seseorang..rasa rendah diri, tidak berkeyakinan, takut utk bersosial, takut berada di tempat awam, Dan jika tidak di bimbing, lama kelamaan tak mustahil anak2 ini membesar dengan low self-esteem...

Saya tunjukkan gambar saya ketika menengah rendah ni pada anak sedara tu..





Pakej lengkap: KULIT HITAM BERKILAT, SUNBURN plak tu, JERAWAT sana sini, GEMUK

Sudah cukup menerangkan betapa makciknya ni bukanlah di kalangan org bertuah memiliki kesempurnaan fizikal sejak zaman muda;)

Tapi, dengan kekurangan ni, makciknya ni berazam utk cemerlang dalam hal lain ( walaupon takdelah excellent mana ;p) dan yakin orang akan terlupa memandang kekurangan luaran kita semata2 ...

kenangan zaman degree


Tak dinafikan, melihat kawan2 yang lebih cantik, kulit cerah bersih, dapat perhatian semua, sedikit sebanyak memberi kesan dalam peningkatan keyakinan diri seorang remaja terutama perempuan...


Tapi percayalah, bila kita cemerlang dari sudut lain, kita sendiri akan terlupa tentang kekurangan kita:)






LAGIPON, zaman sekarang dah banyak krim pencerah,! Hahaha


Moral of the story:) kita yang dewasa ni kena bantu anak2 muda yang masih mencari2 identiti Dan keyakinan diri supaya mereka tak tertinggal hanya kerana desakan kecantikan luaran semata2;)


NOTAKUKUKAKIKU : pengalaman mendewasakan;)

13 comments:

  1. memang berbeza zaman kita2 dengan zaman bebudak skang...
    betul..kita kena bantu mereka2 ini sebab mereka dalam proses baru nak kenal diri mereka

    ReplyDelete
  2. Cheqna: tak salah kan mereka juga kan sb zaman beredar terus beredar..cuma yg boleh kita yang dewasa buat, bimbing Dan support

    ReplyDelete
  3. saya setuju sangat. self-esteem begitu penting untuk diterapkan pada anak2.

    adakala kita leka dengan permodenan dan kabur dengan nilai2 yang penting.

    ReplyDelete
  4. Noir: sayang rasanya kalau dengan kemodenan yg semakin maju, tp nilai keyakinan dan kemampuan dihalang hanya kerana kurangnya penerapan membina jati diri.. Sama2 kita perbaiki dgn peluang yg ada:)

    ReplyDelete
  5. hehehhe...sesungguhya cabaran budak skang berbeza dgn zaman kita dulu...eka kalu bt spotcheck kat skolah, benda yg byk dirampas adalah set alat solek la...tah sapa punya diambilnya tak tau la...siap maskara lg...nak tergelak pun ada

    ReplyDelete
  6. beza kan zaman dulu ngan sekarang ni hana...

    ReplyDelete
  7. Eka: hehehe.. Itulah eka, kadang2 mcm geli hati jg tgok gelagat budak2 ni mcm xsabar nak besar:) heehhe..tp kita yg besar kena awasi jg supaya tak terlalu memandang itu semata2;)

    Sheila: betul Sheila, zaman kita dulu lebih selesa Dan takde cabaran mcm ni sgt:)

    ReplyDelete
  8. faza bukan memang putih ke sejak dulu...chooomeeell je huhu

    ReplyDelete
  9. Mas: eh, putih hapenya mas.. Dah makin besar barulah cerah sikit..itupon sibuk pakai itu ini..hehehe..faza rasa masa kat sakti, faza truk sgt ngan jerawat plak tu..huhu

    ReplyDelete
  10. betul tu hana.. betul tu..

    sy sendiri pun masa kecik penah rasa low self esteem, sebab sy kulit gelap n tak cantik semulajadi macam kawan2 lain.. tp sy tekad nnt bila dah kerja, sy akan cari produk yang sesuai, yang boleh buat sy rasa hepi dgn diri sendiri.. hehehe..

    so masa skolah tu blajar je.. nak dapatkan result gempak, kalau tak, lagi la frust.. dah la x cantik, pastu x pandai.. langsung takde orang nak pandang nanti, kate saye dalam hati.. hehehehe

    alhamdulillah it makes me stronger.. ;)

    ReplyDelete
  11. Efa: hehehe.. Now, u're smart with beauty and brain, right?;) I like ur spirit:)

    ReplyDelete
  12. takdela pandai sangat.. cukup makan jugak, sebab kat U selalu main2.. tp Allah mudahkan jalan, alhamdulillah... hehe

    ReplyDelete
  13. Efa:) that's sounds good too;) syukur kita tak sia2 kan peluang, kan:)

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)