Bismillah
Risau jugak nak cerita di blog, takut2 ada yang silap faham ingat nak show-off plak.. Nauzubillah.. tp disebabkan ada 3,4 orang bertanya mengenai pelaburan emas yang saya buat , so saya sharekan sikit lagi info di sini..mudah2an pas ni clear la eh utk kawan2 yang baru mula atau akan mulakan..
Saya pernah sharekan pengalaman sendiri melangsaikan hutang kereta yg sepatutnya dibayar dalam masa 9 tahun dalam hanya masa 3 tahun..
BACASINIDan saya sharekan sikit gmbaran bagaimana pelaburan emas ni boleh bawa keuntungan pada penyimpannya..
BACASINI
Dalam post ni saya sharekan sikit mengapa saya tekad utk melangsaikan hutang kereta terlebih dahulu berbanding hutang lain seperti rumah, tanah dan sebagainya…
Ok, ni saya share dari pengalaman dan pendapat saya..mungkin ada yang tidak bersetuju, itu terpulang pada masing2 ye :)
Contohnya : pada 2007 ketika saya membeli kereta, instalment bulan2 anggaran RM600/month
Sekiranya saya membayar jumlah yang sama selama 9 tahun, secara purata anggaran harga kereta yang dibayar adalah RM600 x 108 months = RM64,800 sedangkan kereta kecik saya hanya berharga sekitar RM46k.
jadi lebihan bayaran adalah hampir RM20k.. leh pi umrah 3, 4 kali tu..hehehehe..
kalau kita anggarkan bulan2 kita bayar RM20,000/108months = RM185/month pada bank secara PERCUMA…
Dari contoh yang saya tulis dalam post
DISINI, pada tahun ke-tiga saya sudah menyelesaikan hutang tersebut dengan anggaran harga tidak jauh dari harga sebenar kereta kecik saya tu..
Misalnya, saya sudah menyelesaikan hutang kereta pada Disember 2010.
Pada januari 2011, duit bulanan saya ada lebihan RM600 sebab saya sudah tidak perlu membayar hutang kereta pada bank..
Di sinilah bermulanya kita boleh mempergiatkan lagi pembelian emas..
Contoh mudah, bermula januari 2011 hingga disember 2011, ada RM600 x 12 = RM7200
Dari penilaian saya sendiri melihat tangga kenaikan harga emas 916 bermula serendah RM164/g pada Januari 2011 dan terkini RM203/g .
Bayangkan kenaikan dalam setahun sangat tinggi hampir 24%..
Kita ambik harga purata harga emas 2011, sekitar RM184/g
So pada 2012, kita jangan target terlalu tinggi kenaikan 24%..half pon dah ok..contohnya kenaikan 10%..
So emas yang kita beli pada tahun 2011 yg bernilai RM7200, pada tahun hadapan akan menjadi RM7920..setahun hampir RM1k keuntungan..tu kita ambik kenaikan 10%, kalau sama apa yang terjadi pada tahun ni sebanyak 24%? Hampir mencecah harga RM8900..beza RM 1700 tu…
kalau kita anggarkan keuntungan bulan2, RM1700/12 months= RM142/month..
Mana untung? Bayar RM185/month pada bank ATAU masyuk utk diri sendiri RM142/month?
Itu kiraan mudah secara bulanan lah..nak bagi jelas ..
Tapi saya selalu ingatkan, jangan terlalu mengharap keuntungan dalam jangka masa pendek..pelaburan emas ni kita leh rasa cepat untungnya, tp lagi lama kita simpan, lagi banyak keuntungannya..
Contohnya ini..
Pada disember 2010, saya membeli beberapa jongkong emas dan dinar bernilai RM 42,300..
Tindakan kurang bijak sekiranya saya hanya menyimpan di rumah, risiko tu..
So masuk ar-rahnu agro bank di mana saya perlu membayar upah simpan kepada bank ..
Ini adalah penyata urusan ar-rahnu di bank agro pada bulan lepas, Nov 2011.. tgok pada nilai marhun..
nilai marhun adalah nilai harga barang yang disimpan di bank mengikut harga semasa emas di pasaran dunia.. pada bulan lepas sudah menjadi RM52,780..
Maknanya, sekiranya saya menjual semula emas ni sekarang, saya sudah punya keuntungan lebih RM10,000 dalam masa setahun sahaja..best tak?
Tapi, saya sudah ada target tertentu dan bila masa sesuai utk menjualnya semula..insyaAllah, kalau panjang umur
Ok, back to the question.. mengapa saya pilih bayar hutang kereta dulu berbanding hutang lain?
Dalam ilmu pengurusan kewangan yang bijak, kita seharusnya target untuk selesaikan hutang terkecil terlebih dahulu..bila hutang terkecik dah settle, lebihan wang tu leh top-up kat hutang lebih besar..so lagi cepatlah hutang tu selesai..macam saya , hutang kereta adalah terkecik buat masa ini..so rasanya saya sudah buat pilihan terbaik..amin..
So, mana yang ada hutang kad kredit ke, hutang ngan kengkawan ke, tu kira hutang kecik dan perlu selesaikan segera..
Got it?
Ok, cukup untuk part ini..
Dalam entri seterusnya, (cewah, ada episode macam cerita Merlin plak..LOL)
Next entry, saya akan sharekan sikit
Bagaimana utk memulakan pelaburan ni sedangkan bajet besar beribu riban langsung tidak ada?
Mengapa kita perlu tahu mengenai Ar-Rahnu dan di mana kita boleh mendapatkan servis ni?
bagaimana utk menggandakan jumlah barang emas samada jongkong ataupun dinar dengan hanya satu jumlah wang?
Apa kita perlu buat sekiranya tiba2 mengalami kecemasan tiada sumber duit tapi ada simpanan jongkong atau dinar?
Mana lebih baik? Jongkong emas, dinar atau barang perhiasan wanita?
Wah, banyak lah pulak..cis! cis! Hahaha
insyaAllah, tujuan saya satu.. nak sama2 kongsi dengan kawan2 yang nak perbaiki kewangan dalam jangka masa singkat mahupon panjang..silap besarlah kalau ada ingat saya nak show-off.. kalau niat nak show-off, baik saya simpan sorang2 ilmu ni, pastu tunjuk handbeg ribu riban, baju branded segala..nan hado..masih pakai beg dapat waktu hantaran kawen..hahahaha..sentimental value tu wei..wakakaka.. takdelah, kalau dah ada dan mampu, apa salahnya kalau kita nak merasa ye dak..bak kata classmate saya dulu,
che ayu, apa barang simpan duit banyak2 tp tak merasa nikmat dunia..I LIKE!! Hehehe..itu hak masing2 lah ,kan?
Ok, kalau ada apa nak Tanya, leh email saya : drhana@ymail.com
Ok, nak promote plak.. saya adalah Priority Dealer Public Gold International..so sapa nak minta tunjuk ajar cara nak beli jongkong emas/ dinar ataupon barang kemas dari Public Gold ni, leh roger kat email ye.. kenapa saya sarankan beli di sini, sebab kalau beli barang kemas contohnya kat kedai emas luar tu, ada caj upah buat emas..lagi berlengkok berbelit corak emas tu, lagi mahal caj upah buat tu..tp di Public Gold, kalau berat dia segitu, juz darab je ngan harga semasa emas..takde upah2 dah..
Tapi kalau nak beli sendiri, pon takpe.. emas tetap 999 atau 916..ker ada emas cap ayam? owh ada! cincin 'emas' dalam telur mesin game masuk 20sen..Hahaha
Ok, bye!
NOTAKUKUKAKIKU: sb tu sambar sebijik Ipad 2..hihi..tp terkial2 nak guna..LOL..insyaAllah, tahun depan berdoa hajat
INI plak tercapai:)