Bismillah
Jangan bersedih , kawan
Jika terlihat ada yang lebih mudah perjalanannya dalam kehidupan
Sedangkan engkau tak henti diuji berkali-kali
Kerana kita tidak tahu
Apa yang sebenarnya berlaku dan perlu mereka lalui untuk dapatkan kemudahan itu…
Jangan bersedih, kawan
Jika rasa rendah diri menebal melihat pesonanya mereka itu diulit keindahan idaman ramai
Sedangkan engkau tidak segah mana
Kerana kita tidak tahu
Sebenarnya ada orang lain jua melihat kita lebih indah dan bertuah dari mereka…
Jangan bersedih, kawan
Jika merasakan sunyi dalam hidup yang berputar ini tanpa cinta sejati
Sedangkan engkau melihat kebahgiaan mengulit mereka yang lain
Kerana kita tidak tahu
Apakah rasanya bila sedang elok leka merasa cinta tiba tiba Tuhan menariknya sekelip mata
Jangan bersedih, kawan
Dunia ini kita yang tentukan warna warninya
Teruskan berjalan dengan senyuman
Kerana Tuhan sudah janjikan
Setiap bahagian yang adil buat kita
Jangan bersedih, kawan…
NOTAKUKUKAKIKU: senyumlah
terima ksh hana ku
ReplyDeleteLa tahzan :),insyAllah
Ni ce kak, terkesan di hati =)
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDeleteoh... suke sgt ...
ReplyDeletekak hana...hmmm...best seaakan memahami ape tersirat di hati...
ReplyDeleteterima kasih semua..ini memang luahan dari hati sendiri :P
ReplyDelete