Monday, June 13, 2011

melayu islam?

Bismillah

Habis aje bershopping lebih kurang kat Pasar Payang , Ganu, saya dan suami bergegas bertolak ke Melaka sb keesokan harinya en.suami ada pertandingan pertunjukan seni silat sempena Festival Seni Silat Dunia Melayu Dunia Islam yang berlangsung di Melaka..

Alhamdulillah, kali ini penginapan hotel dan makan minum semua ditaja..kami menginap di Melaka selama 5 hari 4 malam..kiranya coti2 Malaysia sponsor lagi lah ni..hehehe..

Kami smpai di Ayer Keroh jam 3.50 pagi..trus check in hotel. Mujurlah semuanya dah disediakan khas.

Pagi esoknya, team silat en.hubby dari Penang berlatih lebih kurang sebelum pertunjukan jam 2.30 ptg di Malacca Mall. I yang dengar aje show ni dibuat di mall, trus hoyey! Hoyey! Mcm tahu2 aje tmpat paling strategic utk para wanita bersiar2 sementara menunggu semua team mempersembahkan silat masing2..hehehe..I LIKE!!

So ptg tu kami pon siap sedia bertolak dari hotel ke Malacca Mall. Team kali ni dtg dari mcm2 negeri dan Negara.. ada dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Tgok tu, sorang je pompuan dalam bus nih..yang lain dalam otak dok fikir cara terbaik nak bersilat nnti, semetara dalam kepala wanita seorang tu, apa nak dismbar di Malacca Mall nnti..hahahah

Saya selaku orang yg tidak pandai bersilat hanya bantu membantu mempersiapkan en.suami dismping menjadi photographer tidak rasmi..huhu


Inilah team dari Penang dan Siam..


En.suami dan guru silatnya..

Motif gmbar adalah nak zoom tang banner sales tu..keh keh

Team dari Indonesia siap bawak group musician diorang sendiri..kagum owh!

Meja pengerusi majlis dan juri wasit

Pembukaan gelanggang oleh wakil dari Indonesia.

Bermulalah persembahan demi persembahan..giler banyak group.. yang I dok menggelupur bawah panas ambik gmbar. Last2, saya tak sedar dok betul2 sebelah meja juri..hahaha..patotlah saya tgok juri tu macam cacing kepanasan cover2 kertas markah dia..hahaha..

Geng gayong siap bawak adik2 kecik..comelnya tgok dak kecik bersilat..

Pastu dalam ramai2 tu, sorang dia ni je budak pompuan kecik..tetiba rasa malu diri sendiri, belajar silat tak habis..hehehe

Turn group penang mempersembahkan silat diorang..hai en.suami:P boleh???


Then group Siam dan Indonesia..

Habis je show, masing2 mula plan haluan masing2 sb result keluar malam esok..

geng siam dh chow awal2..khon khun khrap J

Ok, memang segak tp jgn berniat nak kenal..yang baju kuning dh nak nikah hujung tahun ni, baju hitam sudah berpunya..baju biru?? Tanya sendiri..keh keh…

Sempat lah kejap meronda smbar sesuatu kat parkson tuh..keh keh..tu pon terpaksa pilih cepat2 sb bas kami dah nak gerak..huhu…

Bila tgok festival macam ni, saya rasa bangga juga sb ada juga usaha nak pertahankan seni warisan bangsa kita..cumanya ada banyak lagi perlu diperbaiki..baik dari segi yang menganjurkan, mahupun orng yang melibatkan diri..

Contohnya, nama festival ni sendiri dah cukup cantik. Dunia melayu, dunia Islam.. tp nmpak gaya mcm masih belum betol2 dihayati..

Contohnya pagi tu, diadakan seminar mengenai seni silat dan dunia melayu. Tiba2 keluar fakta bahawa orang Melayu yang mencipta tembok Besar China. Sb ada jumpa nasik kat tmpat tu..sungguhpon nak tunjuk hebatnya Melayu, tp jangan lah sesuka hati berkata benda yg bukan pasti. Lagipon org melayu saja ke yang makan nasik..aduhai!!

Malam diumumkan pemenang, kami semua dijemput makan malam bersama di dewan bersama2 semua team silat remaja.

Saya dan suami serta guru silat duduk semeja dengan beberapa wakil negeri lain. Kebetulan ada yang bawa anak isteri bersama, so isteri tu duduk sebelah saya.

Dh kata saya bukan orang silat dan tidak ambil bahagian pon dalam event ni, so takdelah saya pakai pakaian macam depa, kebanyakannya serba hitam. So saya tgur berbual ckit ngan kakak tu. Leh plak dia smash saya sebab tak ikuti seminar mengenai mengenal asal usul Melayu. Sentap hati mak.. kalau saya tak gi seminar pon, tak beerti saya tak kenal saya melayu.

Bila diumumkan waktu makan, sekelip mata kakak ni dan keluarga dia hilang dok berebut beratur dalam dewan tu. MasyaAllah..

Bukanlah nak kata saya dan suami dan guru silat ni baik sgt, tp bukankah elok bagi peluang pada budak2 sekolah tu ambik makanan. Yang lelaki bagi laluan pada org perempuan dulu. Kemudian berilah penghormatan pada orang2 tua , pesilat dari negeri undangan..

Bila diorang balik ke meja, tu dia..lauk bertimbun. Pastu Tanya kat saya, tak makan ke.. saya Cuma senyum, tunggu line pendek dulu..

Akhirnya, team dari Indonesia tak dapat makan sb dh kehabisan. Saya dan suami dan pakcik sempat merasa nasi berkuahkan asam pedas. Rezeki saya dpt ikan goring bahgian kepala. Rezeki yang sikit tu saya agih2kan isi ikan pada suami dan pakcik..

Bukan nak merungut tak dpt lauk, tp kesal tgok sikap kita yang kononya tahu siapa melayu, tahu Islam..

Dan tmbah sedih bila lihat lauk dalam pinggan kakak tadi masih banyak tak terusik dan terbuang…

Inikah dunia melayu, dunia Islam?

NOTAKUKUKAKIKU: Alhamdulillah, kenyang juga malam tu..

3 comments:

  1. sokong hana bab yang paling last sekali tu...bila bab makan jek paling tak suker kenapa nak berebut2??...tak perlu kan?...tunggu je giliran dengan sabar... :)

    ReplyDelete
  2. shiela: moga2 terlindunglah kita dari sikap pentingkan diri sendiri dan tamak..amin

    ReplyDelete
  3. silat mmg warisan melayu

    nasik kan mknan ruju asia,huhu

    ReplyDelete

terima kasih sudi mengomen(^_^)